Baru lepas makan, kenyang-kenyang. Memang tak boleh nak fikir. Nak makan ape ye hari ni?
Everyday do the same thing. Bosan kan! boleh ke cakap macam tu. haha =)
Bila aku berpuasa memang aku akan ada Habits memasak. Aku tak terliur pergi bazar ramadhan.
Lagi terliur tengok Menu and masak ikut tekak aku. Macam-macam nak, kalah orang mengidam.
Normal day, memang menagis lah nak jadi rajin. Wink wink
Konon-konon aku plan nak masak Bubur Asyura. Tapi, manalah aku sempat nak masak. huhuhu. Rushing kot. Sebab tu lah aku tak dapat nak masuk Master Chef. Baru nak buat pemilihan. Out terus ! Sedih~
Disebabkan aku jarang masak. Kecuali di hari-hari tertentu mengikut permintaan orang ramai.
So, aku pilih menu yang ringkas. Orang bujang pun boleh try ye! No excuse ohkey =)
'' Fridge Macaroni '' |
Yeaaahhh ! dah siap!!!
Itu selepas memasak ok. haha. So, pls follow the easy step below here =)
'' Tumis bahan-bahan utama untuk perencah '' |
Nampak tak aku menumis apa tu ?
Mesti ada yang teror masak kat sini. So sukatan ikut sukahati korang. Pandai-pandailah sesuaikan rencah dengan makaroni ye.
Aku masak 1 bungkus kecik makaroni. then aku blender bahan utama :
Bawang besar 3 biji, bawang putih 5 ulas, lada kering 1 mangkuk.
Masukkan semangkuk MINYAK then bila kuali sudah panas.
Tumis bahan utama. TUMIS sampai naik bau! Ingat~ mesti berbau harum, hilang bau lada.
" Biar Daging & ayam empuk dan lembut " |
udang !!! |
Then , aku masukan rencah penyeri. Daging & ayam dipotong dadu. Udang sedikit. Ala-ala melayu. Kalau nak western sangat, maybe boleh letak sosej. Mudah aje kan !
Sayur-sayuran ! |
Korang masukan lah benda yang lambat masak dulu. Then bahan-bahan macam sayur. Boleh masuk kemudian. Jangan lupa masukan garam, gula and ajinomoto. Secukup rasa. Jangan lebih and kurang. =)
Step akhir, masukan makaroni yang sudah direbus. Dalam 10-15 minit sudah boleh toskan.
Campurkan dan gaul-gaulkan rencah dan jugak makaroni tersebut. Bila digaul sehingga rata. Siaplah !!
Nak penyeri boleh jugak letak daun sup, bawang goreng.
Lagi sedap! Ikut kreativiti & selera masing-masing.
* Selamat Mencuba *
No comments:
Post a Comment