Thursday, April 24, 2014

CINTA Terhalang Oleh Dot..Dot..Dot

'' Dia.. Insan pertama yang bertatah. Dia.. Insan Pertama yg ku cinta ..
Tapi cinta terhalang oleh ..... "
Sila isikan jawapan di tempat dot.dot.. di atas. kalau betul dapat 1 sen ! hehee

Nampak sangat aku dah bengong habis ni. hehe. Lirik lagu pun dag tunggang langgang.
Actually nak focus tang " cinta terhalang " aje..
Nampak tak permainan aku di situ . kikiki. macam main bola sepak rasanya.

Apesal lately, aku sibuk cakap pasal cinta ek? maybe sebab musim orang kahwin kot..
Pada pendapat aku, tak semua cerita cinta dapat disempurnakan tanpa ada halangan.
Itulah nama ujian orang bercinta. haha. begitulah kekdahnya. ceewaahh !! puihh..


Hensem lagi macho lelaki di atas kan? hik hik.
Sila jangan pandang untuk kali ke-2 ye gadis-gadis sekalian. Tak tidur siang jawabnya.
Ofcoz dia bukan boypreng aku yang sebenar. Tapi terlebih dan terkureng macam ni rupanya.
Mama meletakan 1 syarat, yang lamaran si dia akan diterima..
Jika si mamat arab nun jauh di Dubai balik ke Malaysia.
Dan menetap bersama keluarga aku di sini. Malaysia yang tercinta gitu. woah !
Orang kata jika cinta lautan api sanggup direnangi.
Tapi tak payah nak berenang kuak lentang pelbagai aksi. Dah tak sanggup. huhu
Tak sanggup nak pindah ke luar kepompong. hik hik. Aku lah orang tu ! hahaa
Family dia ok, sepupu dia pun rajin FB Chat dengan aku.
Tapi itulah. Tak ade jodoh katekan. Aku ok je . haa. Ok.. next halangan !!


Ala~ ade boypreng kembar tu biasalah kot.
Selagi hampo-hampo tak tertukar pasangan time nak dating. Kira dah ok la tu.
Bukan aku nak cerita pasal kembar pun. Point yang penting its ..
Percintaan berlainan AGAMA. boleh di terima tak?
Lagi-lagi lelaki tu, mix blood (cina + indian) = Kembar cindian

Terhalang kerana.. si ibu kepada lelaki tersebut. Tak benarkan si anak masuk ISLAM.
Dia takut si anak, akan lupakan si ibu (cina)
Walaupun lelaki itu, memang dah lame berkeinginan nak masuk ISLAM.

'' He such a good man, very gentleman & respect other people " - aku doakan dia-


Aku tak nak sentuh bab halangan dari segi status dan kekayaan.
Sebab.. depend on people. Ade yang ok, sanggup share kekayaan & kesenangan bersama.
Ada yang ukur tahap Pendidikan. Nak baka pandai (Dr. Professor) katanya ! hahaha.

Last thing pasal Keturunan. Urm.. masalah yang aku sedang hadapi sebenarnya.
Sebab aku tak ada Sharifah. Aku ada SITI. Bukan si tikuss ye. hehee
Aku kurang pasti bab keturunan ni. Sebab aku tak ada pengalaman.

Any one can share with me ? haahaa.
'' Umi dia kata proceed after a month "


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Monday, April 21, 2014

IQ Test : Are U Genius ??

Hai u olls ! Morning Monday Bluess !!

Yeah!! today aku berjaya menceriakan hati dan kepala hotak yang semak dengan kerja.
Korang boleh tiru cara aku ni. FOC tanpa bayaran.
mahupun kos-kos yang tersembunyi. eheee ^__^


Over 140 - Genius or near genius

120 - 140 - Very superior intelligence

110 - 119 - Superior intelligence

90 - 109 - Normal or average intelligence

80 - 89 - Dullness

70 - 79 - Borderline deficiency

Under 70 - Definite feeble-mindedness "


Pandai ke aku ni? dulu masa study selalu bandingkan diri dengan kawan-kawan.
huhuu. Selalu cakap kat diri sendiri. Kena lulus exam. Otak jangan jadi lembu.
Maaf Encik lembu ! tak niat nak kutuk lembu pun. haha. sebab aku makan daging lembu.

Tapi kalau failed in exam. Rasa nak maki diri sendiri membuak-buak!
apesal la aku ni "pandai sangat" (menyindir tu ) hohohoo
Perkataan yang paling baik & positive untuk memaki diri aku sendiri. hahaaa.

Kadang-kadang aku buat kerja sambil lewa.
What i learn today, ambil exam jangan main jawab aje. haha
Kang jadi keputusan macam kat atas.

Hei korang !! selamat mencuba ohkey ?? wa chau dulu . 
Full credit from : wancrazykid


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Thursday, April 17, 2014

My Love Everywhere



Luaran nampak bersahaja,
Namun di dalam hanya Allah yang tahu.

Isi hati tak terucap dengan kata ..
Tapi aku mahu kamu Tahu,
Aku sayangkan kamu..

Keluarga, sahabat, kawan-kawan,
Yang aku sayang Tanpa sempadan..

Maafkan aku jika terlanjur kata,
Terlebih perkataan,
Sekiranya aku khilaf.

Nukilan di petang hari.
Di hari terakhir ..

Tuesday, April 15, 2014

L.O.V.E Letter For You

Assalammualaikum w.b.t & Salam Selasa.

Hampir 2 hari aku tak dapat tidur dengan nyenyak. Membuatkan aku stress. huhuhu.
Nak bagi LOVE Letter kat si dia, terasa macam tak sampai hati.
Almost 3 years aku bertahan dengan si dia.

Walaupun agak tak cukup kasih sayang yang si dia curahkan kepada aku.
Namu, langkah aku berat nak tinggalkan si dia. Adakah aku jatuh cinta??
ohhh nomm nom no !! tak mungkin. haha. Nonsense ever !! hohoho

Apa perasaan korang bila nak bagi love letter (resign letter) kat bos korang?
Walaupun mase kerja ada aje benda yang uolls tak puas hati.
Still ada sesuatu yang korang tak boleh tinggalkan. betul tak?

Tapi kalau dah menyampah sangat. tak payah tunggu 1 month notice kot.
hahaha. rasa nak bagi notice serta merta. Dasyat sungguh tu.
Mesti mental tercedera kan, sebab tu ada yang buat keputusan drastik tak hinggat dunia.

Kenapa aku nak berhenti kerja ?
ofcoz bila dapat better offer, kita akan berpaling tadah. Bukan tak setia ok.
Tapi bila kita terlalu selesa dengan apa yang kita ada. Kehidupan sangat membosankan.
Kalau nak berjaya mesti ada target dan wawasan. Ceitt !! baru sekarang aku ada matlamat.
Dulu ada angan-angan aje! hahahaa. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.


Surat resign aku dah bertaip. Copy je kat internet. hahaha.
Tapi ade betul jugak. Company yang aku kerja sekarang. Memang buat aku banyak makan.
Stress tu faktor. Tapi hantu-hantu raya merangkap BFF aku juga faktor ke-2.

Gilerlah ! badan bagai di pam-pam. adoiyai. Korang ni perosak diet aku la.
ahahhaa. Tu yang aku sayang nak tinggalkan korang.

Rindu nanti nak dengar makian korang dan tangisan korang.
Walaupun stress kerja, ada kawan macam dorang. Aku happy aje.
Thanks buddy for all thing ! sorry aku tak bagitahu korang aku nak resign.

Kalaulah budak 2 orang tu tahu. aku dah plan nak resign. Mau berbakul makian aku terima.
Eh !! jap aku nak pasang perisai. Macam kapten amerika (pegang tudung periuk)


p/s : terima kasih korang yang supporting baca bebelan aku sampai habis !!
sob.. sobbb.. kesat air mata sikit. hohohoho ^__^


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Monday, April 14, 2014

'' Blogger - Mini GATHERING 2014 "

Good Evening People ^__^

Alhamdulillah, aku rajin menaip hari ini dengan perasaan teruja ! Kenapa ya?
sebab aku nak ajak korang-korang berdating dengan aku.

hehe. bukan aku soranglah. bersama-sama dengan blogger cun & comey yang lain.


So, who's available on :
1st- May - 2014
LUNCH time together at 12.30 pm until 3.00 pm

Tempatnya memang sangat best dan meletops. kebambom gitu.
Pernah dengar 'Flora Kafe' tak?
Scha & Awal pernah buat event kat situ.
Then cerita Ariana Rose juga buat pegambaran di situ.
Kerlassss tak kak jah?? hahaha

Aku memang excited tengok bunga-bungaan, bagai dalam taman bunga.
Decoration yang sangat mewah.
Tapi harga makanan mereka pada aku murah. Tak semahal hotel.

Eh, kenapa we olls nak buat mini gathering?
kan seronok kalau dapat join then berkumpul ramai-ramai.
secara santai dan kenal mengenali kawan-kawan blogger yang korang selalu komen.
More better jumpa face to face and borak lama-lama sampai lebam.

Tak adalah isu blogger itu sombong or tak mesra alam.
Mestilah korang havoc & the best kan?
lagipun tempat yang we olls pilih sesuai dan selesa sangat lepak-lepak.




OK.. Aku tak nak ngurat korang-korang banyak sangat. hahaa
kalau rasa dah tergoda dengan pelawaan aku, terasa nak join we olls.

Boleh inbox aku atau tingalkan URL blog untuk aku kejar korang.
hahaa. yang betul-betul free & berminat ajela.

Setakat ini, yang dah confirm nak pergi dalam 5 Orang.
Tiada limit dan had. Kalau nak jangan segan-segan komen kat bawah ok.

Actually, aku just jadi organizer aje. hahaha. Ada mastermind yang lain.
Aku tolong-tolong untuk permudahkan perjumpaan kami.

Kalau nak tahu location boleh google ataupun tengok map kat bawah ni.
Dekat aje dengan KLCC rupanya. So, siapa rajin lepak Ampang. Moh kita lepaking together !


Surprises & Excited :
Mell a.k.a Manager Flora Kafe akan bagi discount to us ! blogger's
Then maybe ada some surprise yang pihak Flora Kafe sediakan untuk kita.
Kenapa aku invited blogger pergi sana.
Mana tahu korang dapat job review makanan kat sana.
So, sila hadir-hadirkan diri anda jika kelapangan.

Sebarang pertanyaan boleh terus inbox /PM / komen Aku !!  

FLORA CAFE (AMPWALK)
Ground Floor,The AmpWalk 218, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Always open
Phone: 03-2161 8010 / 03-2181 0986 (mel)
Email: florakafe@gmail.com
Website: http://floraetc.blogspot.com/



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Wednesday, April 9, 2014

Nak Tarik Perhatian Si DIA

Selamat Petang Rabu kawan-kawan ^_^

Aku nak cerita sikit, aku ada seorang sepupu lelaki.
Hari tu kan, mase pergi holiday sesama. Aku dok perli dia. Mane girlprengg epol ??
Tak kan sampai sekarang tak dapat nak ngurat girlprengg kot. Menyendiri aje?!
choiii ~ siap buat nada-nada perli dan sinis gitu. hahaa. Pelawak je tu. hohooho

So, sepupu aku pun ngadu kat aku ....
" member epol yang pecah ghumah pun dapat aweks lawa & comel "

hahaaaahaha !! serios. kiteorang terbahak-bahak gelak. Dah macam ponti pulak. huhuhu
Aku pun bagilah sikit-sikit tips. Niat nak menyakat dia semakin membuak-buak. hehee

" epol, kalau nak ngorat buatlah muka macho. Ni muka jambu ! mana nak dapat "
aku menyakat sepupu aku. Mamat tu kalau malu, muka merah padam. Macam pakai blusher.
Itu lah siapa suruh putih sangat. hahaaa. dah kantoi malu ! iskk.iskk.

kalau nak pikat jangan terus cakap nak couple ke, nak meminang, nak kahwin ke.
itu gelojoh sangat. takut lah si dia tu. Terkejut monyet lah jawapnya. hahaa.
Orang tua-tua kata:
bagaikan tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak.

Susah sangat ke nak mengorat perempuan? hurm. tak susah asalkan ikhlas dan berusaha.
Nak ngurat tak tahu no HP? tak apa, boleh cuba step yang pertama ni.
Bagilah nota perkenalan. kat FB, Twitter, IG, surat pun boleh kalau nak. oldskool gitu.
So, si dia akan tercari-cari siapa pengirim tersebut ye. hurmmm T_T


Try buat dalam seminggu macam tu. Tak payah jiwang-jiwang sangat.
Cukup si dia tahu korang cuba mendekati dia.
kalau dia bagi respond yang positif, korang boleh teruskan ke step yang ke 2. hihiihii


2nd step boleh start bagi lollipop yang comel-comel. Coklat 20 sen pun ok. ahaha.
Jangan lupa tampal kan NOTA ok ?
Say : Jiran saya nama Mak Eton, Nak Nombol handpon. *kikiki


Kalau dah berjaya dapat no HP si dia. Kira dah senang sangatlah kerja mengurat tu. hohoho
Boleh sekali-sekala bagi bunga + note. Tak payahlah buat hari-hari.
Bankrup nak cop duit. hahaa. Tak pun petik bunga mak korang. Habis togel pasu bunga nanti.


Then final step, if korang berhajat nak melamar secara sweet. Boleh bagi Encik Teddy.
So, peluang si dia untuk menolak lamaran anda hanya 45% mungkin.
Jangan gelojoh bagi cincin terus.
Kalau aku pun tak nak. Terperanjat mak jemah. hahaa. Slow its better.

Bila dah betul-betul berkenan? nak langkah bendul-bendul di atas?
Terus nak say " will you marry me ? "
Macam omputih kekdahnya. 101% akan direject dari kehidupan si dia. haha
Kalau dia terima beruntunglah. Maybe anda tak bertepuk sebelah tangan.

Kalau dah dapat hati si Dara, jangan lupa orang tuanya. Tak elok tu namanya.
Next entry, aku share macam mana nak ngurat keluarga si DIA pulak ye ^__^


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

# 12 Words Wednesday : Tiket PERCUMA

Assalammualaikum wbt & Selamat Pagi ^__^

Sahabat-sahabat media & alam maya sekalian,
Sesiapa yang berada berdekatan di kawasan berikut.
Jika mempunyai kelapangan, boleh menghadiri majlis ilmu agama.



Pesanan Mak Jah : Ilmu Agama itu ilmu taman-taman Syurga.
Tiket PERCUMA ke syurga tanpa bayaran masuk ^__^


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Friday, April 4, 2014

COKLAT PEPERO : Halal atau Tidak ?


Salam Jumaat & Selamat Petang ^__^

Rasanya sudah ke-2 kali aku menulis pasal coklat kegemaran korang kan?
ok, straight to the point. Hari ni, aku malas nak buat mukhadimah panjang-panjang.
Mak jemah sangat Busy body today ! *tak paham buat-buat paham. hahahaa

Berjuta terima kasih buat jejari comel korang yang rajin menaip dan terjebak kat blog picisan ini.
Welcome! welcome.. welcome to our club. hehehe.
Aku pasti, masih ramai lagi yang keliru tentang isu Halal coklat pepero. kan?
Sampai tertaip nama blogger otai "Ben Ashaari Pepero Halal"
Tak percaya? sila tengok di bawah ok. T_T


Sungguh aku tak sangka abam ben pun dikaitan dengan coklat tu. hahaha.
(tak lawak tak ape asalkan boleh gelak)
Yup ! jika aku peminat tegar coklat tu, mungkin aku curious macam korang.
Dah sentak berkotak-kotak coklat tu, tetibe cakap tak halal ?? what the fish !! huh
Pulak tu sodap, hurmm.. lagi lah tak boleh terima hakikat. huhuhuh. 
Aku memang mengerti perasaan korang yang bergelora tu. sesuatu yang kita minat nak buang macam itu aje kan?

Semalam, masa aku jalan-jalan (blogwalking)
aku ada terjumpa 1 entry berkenaan coklat tersebut.
Alhamdulillah, penulisan beliau memudahkan otak aku mencerna fakta & bukti.
Bukan mudah nak fahamkan orang ye. Sebab sememangnya ada orang yang faham,
tapi buat-buat tak faham.
So, hope siapa-siapa yang masih lagi ragu-ragu & was-was. Boleh rujuk blog INI.

Apa yang aku faham, status Coklat PEPERO BUKAN pemegang sebarang Sijil Halal.
mahupun daripada pihak JAKIM juga Perbadanan Pensijilan Halal dari Korea / Antarabangsa.

So, apa kata orang ramai? masih lagi tak faham? pening? tak boleh terima??
Itu terpulanglah ye. Aku cuma menyampaikan apa yang aku rasa perlu.
HALAL atau tak bukan bidang kuasa aku. Point yang penting aku nak sampaikan.
Coklat tersebut dikilangkan di luar negara, bukan negara Islam.
Bahan-bahan & cara-cara pemprosesan yang kita tak nampak.
Mungkin bahan-bahan yang terlarang diproses di bekas yang sama ataupun berlainan tempat.

Tapi, kalau ada yang nak makan. Terpulanglah. Kalau yakin halal. Silakan.
Tak ada siapa nak marah pun ^_^  *sebab tak pakai duit aku pun. ehehee.

Seriously, aku memang takut nak tulis pasal isu semasa lagi hot macam ni.
Takut jadi fitnah kalau salah.
Aku bukan semata-mata menulis dan mengejar trafik blog ye kawan-kawan.
Tapi disebabkan aku dah terlanjur menaip entry pertama kat SINI.
Korang-korang penyumbang rating entry tersebut. Maka aku terpanggil untuk menulis lagi.

Kalau coklat itu sudah ada PenSijilan Halal dari JAKIM.
Insyallah, aku menaip lagi. Selagi aku bernafas.


Komen Mak Jemah : ada yang kata halal, ada kata tak halal. Tapi manusia fikir guna akal elakkan guna perasaan ^_^ peace yo !

'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Wednesday, April 2, 2014

# 11 Silent Wednesday : ISTIQAMAH



HIDAYAH datang menyapa dengan pelbagai cara.
Samada kita merasainya atau tidak.

Dan kadang kala orang lain tak faham, sering bertanya dengan pelbagai soalan.
Seringkali membuat kita berasa serba salah dan naik muak diasak oleh persoalan.


Kenapa saya tak senyum ?
Saya tahu senyuman itu satu SEDEKAH. Tapi kan awak, daripada awak sedekah kat saya.
Lagi baik awak tersenyum 24 jam dengan mak & abah awak, mesti dapat banyak PAHALA.
saya bukan nak sombong, tapi permintaan awak tu bukan-bukan sangat.

Kenapa saya Tak TEGUR awak?
saya pun perlu jaga diri dan aib saya depan lelaki-lelaki ajnabi. 
Tak perlu juga, awak TEGUR saya depan khalayak ramai. Seolah-olah kita ni sangat rapat.
That annoying !
Itu menyebabkan orang lain pandang serong terhadap saya.
Awak sangat-sangat tak respect saya lah. ='(

Kenapa saya TAK bagi awak TENUNG saya lama-lama?
Simple Words its - itu FITNAH Mata. Elok ke awak tenung anak dara orang lama-lama?
For sure, kalau awak ada anak perempuan, mahunya awak cungkil mata lelaki tu.

Dulu dan sekarang saya LAIN?
''cuba jadikan hari INI lebih BAIK daripada SEMALAM''
saya perlu menjaga diri saya sendiri, sebab sekarang saya masih Single.
Dan jika saya berkahwin, saya perlu menjaga aib suami & keluarga saya.
Saya pasti Allah ada bersama saya untuk menghiburkan hati saya. ^__^


Salah ke saya nak jadi Istiqamah? Sebab ini adalah pilihan saya.
Hanya Allah tahu perjuangan saya melawan dugaan di saat hari pertama
saya mendapat hidayah.
Ada kala saya jatuh terduduk, Allah berikan saya semangat untuk saya bangun.

Awak tak ada masa tu, jadi awak tak berhak nak tanya soalan macam tu dengan saya.
Saya bukanlah kejam, saya masih lagi membalas senyum & teguran orang lain dengan ikhlas.

Tapi alangkah baiknya awak memahami ini. Dan KENAPA yang terAKHIR ....
Tiada istilah DATING lagi sebab saya memang tak akan terima
pelawaan lelaki yang ajak saya berDating.
Buat masa ini waktu terluang saya hanya untuk orang yang untuk
keluarga dan kawan saya sahaja.


''aku masih terlalu baru dalam dunia yang PUTIH, kerana aku terlalu lama di dalam dunia GELAP''

p/s : mungkin ini baru sikit je JAWAPAN yang paling sweet dan sopan daripada muslimah untuk pertanyaan LELAKI di luar sana.
Kalau nak AYAT paling KEJAM. boleh PM aku. huhuhu ^__^ peace


DIA itu adalah ALLAH. kalaulah awak mengerti ^_^


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''