Sunday, December 28, 2014

Majalah LIBUR Lancar Blog O' Rama Untuk Blogger


Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Pada hari Sabtu, 20 Disember 2014 yang lepas. Majalah LIBUR telah mengadakan satu majlis khas santai bersama blogger yang bertempat di Starbucks Coffee Kota Kemuning, Shah Alam. Majalah LIBUR yang mula diterbitkan pada 2002, sudah pun memasuki 12 tahun penerbitan. Sempena Ulang Tahun ke 12 tahun, Majalah LIBUR telah melancarkan ruangan khas untuk para blogger mengasah bakat penulisan iaitu ''Blog O' Rama''


Majlis gilang-gemilang berbentuk santai itu, dipengerusikan oleh penyampai radio Era.fm iaitu Radin Amir Affenddy. Turut sama hadir pada acara pada hari tersebut, 20 orang blogger dan krew majalah Libur. Kami juga sempat berkenalan dengan Editor Majalah LIBUR, Encik Meor Khairi Idris dan juga penyumbang artikel untuk LIBUR blogger Rosmadi Shakri dari www.mrjocko.com


Slogan ''Mudah dan Selesa'' amat bertepatan dengan konsep Majalah Libur menyediakan isi kandungan yang padat bagi memudahkan para pengembara kita mendapat tips yang berguna sepanjang mereka pergi bercuti nanti. Bermula pada tahun 2015, pihak majalah Libur akan menyiarkan 2 buah blog yang menarik bagi diperkenalkan kepada pembaca LIBUR dalam kolum khas Blog O' Rama bagi penulisan blog terpilih.



Jika kamu seorang blogger yang gemar mengembara dan suka mencari tempat makan yang menarik, bolehlah berkongsi pengalaman sambil mengasah bakat penulisan formal di kolum khas Blog O' rama. Ruangan khas ini bertujuan memperkenalkan penulis-penulis blog yang berasaskan konsep 'Pelancongan dan Gaya Hidup'. Ini bukan sahaja terbuka untuk blogger otai, tetapi blogger-blogger yang baru berkecimpung dalam dunia blogging juga boleh menyertai kolum khas ini.



Berita baik bagi mereka yang terpilih untuk berkongsi artikel di majalah LIBUR, juga diberi peluang untuk menyertai aktiviti majalah LIBUR bersama blogger. Antaranya seperti bengkel penulisan dan fotografi juga berpeluang mengikuti program percutian dan tugasan bersama krew majalah LIBUR. Wah seronoknya !


Sudah bersedia dengan artikel-artikel percutian yang menarik ? Ingin menjadi sebahagiaan dalam majalah kesayangan kamu ? Jangan malu-malu untuk menghantar penyertaan kepada ahmad.syahir@karangkraf.com


Terima Kasih tak terhingga khas untuk krew majalah LIBUR dan rakan blogger yang lain. Walaupun agak lewat sampai ke acara berkenaan, namun layanan 'tuan rumah' yang peramah amat selesa buat kami sebagai tetamu. Rugi rasanya jika blogger yang lain tidak merasai pengalaman kami. Hadiah tajaan sebagai kenangan dari pihak Karangkraf untuk kami. Jangan lupa beli Majalah LIBUR Januari 2015 ! Selamat Tahun Baru !


Thursday, December 25, 2014

HI-TEA : Majalah LIBUR bersama Blogger

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua .



Malam ni aku buat entry disebalik tadbir perjalanan aku semasa hari kejadian. hehe. Sementara virus M belum menjejaskan mood dan naluri seorang perempuan. Baik aku update dulu. Memandangkan aku tak berapa sihat, namun gatal jari nak berblogging.So, aku guna ayat santai dan ringan je. Tapi tak pernah pun nak guna ayat baku sangat pun. harharhar =) Siapa-siapa terlepas pandang entry aku semalam boleh tekan SINI. perjalanan korang sudah dipendekan. Guna aje laluan alternative, tak payah guna trafik light. Kena saman sila bayar sendiri ye ! 

Sebelum aku mengarut mencarut , baik aku teruskan misi #throwback untuk event last week. Bagaikan rezeki disiang hari, dapat jemputan dari blogger kacak ,terhebat +Bro Framestone . Thanks for invited us! Bro macam tahu-tahu je tekak bella ni request nak rasa starbuck. kikiki. So, memandangkan aku dah lama tak jumpa bro. Aku pun bersetuju menerima lamaran. EH?! jemputan beliau. hik hik. Baik sungguh hati bro ni =) Aku dengan muka yang malu, sibuk ajak blogger +Faez Ramly  dan +Sally Samsaiman merangkap segroup wassap yang kaki bahan. 


Pic ni adalah selepas sejam lebih majlis berlangsung. ahahahah !! sila buat muka tebal masuk private event. Tapi acah-acah macho dan bersahaja. Siap mengigil-gigil tangan aku ni hah. Hilang selera makan. Kesian Sally lambat dek kerana KTM yang kurang power. Pakej aku bertekak dengan pakcik teksi lagi. Kfine! sudahlah kami ni lambat boleh pulak macam-macam hal jadi . 


Fuhhhh.. muka lega + panas dan muka blushing kena bahan dengan emcee. Siapa emcee tu ? DJ Radin dari radio era. hehhee. Nampak pulak mata dia aku dok bisik-bisik kat sally. Tanya siapa mamat tu. kekekekkee. die sound aku pakai mic kot. hahhaa. Sabar ajelah. pergh.. Nasib aku ni cool dan macho . macho ke ? heheheheheheheh.


Kami bertiga sampai pun sudah pertengahan majlis, so sempat jugak la si sally and adik aku merasa lucky draw. Aku ? hampehh.. memang susah nak lucky ni,. kiki. Rezeki datang lambat jatuh kepada adik aku +Faez Ramly . Menang 1st prize dohh. lagak dah macam menang TOTO daaa. hik hik hik.

Puas aku suh sally doa untuk aku, nak sangat menang benda alah tu. Tapi tempias pergi kat depan aku. kakaka. Haihh. memang tak bertuah betul aku ni. mandi air kelapa la macam ni. Sally frust tak dapat beg backpacker. Tak apa sally kite cari yang lain ok? Mulut memang kalau dasar puaka plus masin agaknya.Cakap gurau-gurau gelak manja dengan sally, menjadi pulak menang hadiah besar gabak tu. Alhamdulillah. rezeki mulut manis. hehehe. Sally cakap dengan aku. ''haihh, macam manalah kalau bella menang khemah tu kan ? besar giler kot. kita ni nak balik pun tak ade transport!'' kakkaaa. gelak sawan kami berdua

bella pun cakap, alaaa.. tak akan menang lah. bukan kecik weh nak usung balik port klang. haha. tapi dok gelak-gelak menunggu pemenang. Tup-tup adik sendiri menang. Masa tu, tak tahu nak rasa ape. hehe. suke ke derita ? haiyokkkk.. suke la kot mengusung khemah !

Alhamdulillah, tengah fikir siapa nak mintak tolong drop by kiteorang kat KTM. Encik syahir dari majalah libur offer nak hantar kami si gelandangan. huhuu. korang boleh la melawat blog beliau. Mana tahu penulisan bagus boleh masuk majalah weh ! Terharu kami ! kesat air liur sikit. Di KTM Shah Alam aku dengan sally berpisah. Balik dengan keadaan yang gembira.

Aku naik motor dengan segrombolan barang-barang gedabak dengan jayanya. Yeahh !! petang tak sempat lepas lelah berguling. Aku masuk office. Kerja melambak  weeh.

Nota Kakitangan aku :
Ni entry disebalik tadbir aje. Tunggu entry part 2 dengan penuh bahasa baku dari aku ok ?
Lepas ni makan ubat tidur esok nak berjimba !! yeahh i like. Good night semua.

Liebster Award From Ain Ruslee



Hello Peeps !!

Malam ni aku betul-betul teruja nak jawab soalan-soalan cepu emas ni. Walaupun aku agak ketinggalan zaman. hehehe. Orang lain da jawab berbulan-bulan lamanya. Aku baru nak start menjawab. Kalau exam, comfirm failed !! hihihihii. Thanks for tag +ain ruslee 
muuahh ..muaah. bella jawab ok ?


5 perkara tentang diri aku?
aku tengah pikir, pasal diri aku ek? hahhaa. tak tahu nak describe 
aku ni peramah dengan orang sekeliling , tapi nak rapat susahlah.
aku boleh jugak dikategori kan sporting. baik hati ? mestilah!
gila-gila dan suke gelak guling-guling kalau lawak nak mati.
Aku ada simpanan wang masa hadapan
simpanan ? haha. adelah sikit-sikit. untuk bulan hadapan.
seriously, aku tak pandai manage kewangan aku. Hopefully aku dapat hubby yang boleh control nafsu meoww aku ni.
Kenapa pentingnya simpanan wang?
eh ? dah kenapa asik tanya pasal duit weeh. haha. stress pulak aku !
sangat penting and perlu untuk aku berkahwin, ada asset juga untuk bakal anak-anak aku.
Apakah perancangan,5 tahun akan datang dengan menggunakan wang simpanan yg sedia ada?
Insyallah, simpan duit nak pergi umrah dan travel round the world ! yeah.
Blogger yg aku minati?
Blogger yang aku minat , semestinya Fatin Liyana. She so adorable. pada pendapat peribadi aku, die layak dicontohi. Lagi-lagi dah bergelar DR. kan ?
Negara yg paling diminati utk bercuti? 
wajib nak pergi tanah Mekah, Korea , Europe.
Impian yg dah tercapai?
Alhamdulillah, target untuk umur 25 tahun. aku dah capai sekarang.
Allah permudahkan, dapat kerjaya dan gaji yang aku nak.
tapi tak putus asa. target untuk umur 30 mesti lagi demand ! yeess
Impian yg belum tercapai?
kalau aku cakap jangan gelak ok? hehe. nak sangat jadi DOCTOR PSYCHOLOGY.
suka sangat nak wat orang mental. haha. so awesome! call me DR. NABILA
Sebab aku berblog?
2012 aku ada 1 blog, tapi macam biasalah berkubur tak bertanda. haha
now baru serious berblogging. sebabnya? biarlah aku aje yang tahu.
tapi aku bersyukur, hidup aku makin ceria dan ramai kawan.
Apa pendapat aku tentang blogger yg sekejap ada dan takde nak remove ke dia?
 aippp.. kejam betul aku nak remove blogger yang macam biskut kan?
terkena batang hidung kemik sendiri.hahaha. masing-masing ada urusan.
lainlah yang cari rezeki melalui medium berblogging.
Kalau ada 1million apa yg aku akan lakukan?
 salah orang la tanya ni!! hehe. aku tak pernah terpikir langsung.
tapi kalau tetiba ade jutawan nak bagi. aku ambil aje lah. rezeki jangan di tolak.


 p/s : aku jawab skema giler kan ? hahaha. macam exam plak. ok .. see next entry uolls

Tuesday, December 23, 2014

Apa Khabar Blogger ??

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia semua !

Wah .. sudah hampir 7 bulan lamanya aku tak update blog. Bersawang, berdebu, berhabuk pakej 3 in 1 kekdahnya. Hehee. Nasib tak wujud penghuni lain kat blog aku ni. Ok bella, tak klakooo ! ~_~

Walaupun dibiarkan dan ditingalkan tanpa belas kesian. Tapi masih ada yang sudi jenguk dan membaca entry lama aku. Terima kasih korang! Huhu. Kesat air liur sikit. Aku sedar yang ayat ni kaku semacam. Ibarat patung cendana kononya. Korang harus memahami yang aku baru nak bertatih menulis.
Eh! Menulis pulak, ok menaip. 

Rasanya last entry aku masa gathering for blogger di flora cafe pertengahan tahun ni. Lepas je gathering gila-gila dengan blogger yang lain. Aku pun berholiday sakan di hospital. 5 hari dok hospital, memang tepu habis. Dengan tukar kerja baru, memang tak boleh aku mengular nak blogwalking. Aku telah menjadi pekerja yang berdedikasi lagi terbilang.Budak blogger lain borak-borak dalam group wassap. Wa bengkek je,
tak tahu apa-apa. Buat muka confident paham. Kikiki. Tutup mata sendiri.

Relax..relax! ni entry pemanasan je. Nak bagi longgar otot jari jemari aku, sambil memerah sel-sel otak kembali berhubung. Hehee. Al-maklumlah, setelah aku menghadiri ke 1 event yang dianjurkan oleh majalah malaysia terkenal. Cewahhh..TERKENAL gitu. Bagai disuntik jentik semangat aku ye. Insyallah akan aku up to date segala entry tertangguh. Qodok balik.Korang bacalah sampai muntah. Jangan lupe sedia beg plastik. Ahaks!


Nota kaki pak ang : Dont be lazy and dont do this at home ! See next entry.