Thursday, December 25, 2014

HI-TEA : Majalah LIBUR bersama Blogger

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua .



Malam ni aku buat entry disebalik tadbir perjalanan aku semasa hari kejadian. hehe. Sementara virus M belum menjejaskan mood dan naluri seorang perempuan. Baik aku update dulu. Memandangkan aku tak berapa sihat, namun gatal jari nak berblogging.So, aku guna ayat santai dan ringan je. Tapi tak pernah pun nak guna ayat baku sangat pun. harharhar =) Siapa-siapa terlepas pandang entry aku semalam boleh tekan SINI. perjalanan korang sudah dipendekan. Guna aje laluan alternative, tak payah guna trafik light. Kena saman sila bayar sendiri ye ! 

Sebelum aku mengarut mencarut , baik aku teruskan misi #throwback untuk event last week. Bagaikan rezeki disiang hari, dapat jemputan dari blogger kacak ,terhebat +Bro Framestone . Thanks for invited us! Bro macam tahu-tahu je tekak bella ni request nak rasa starbuck. kikiki. So, memandangkan aku dah lama tak jumpa bro. Aku pun bersetuju menerima lamaran. EH?! jemputan beliau. hik hik. Baik sungguh hati bro ni =) Aku dengan muka yang malu, sibuk ajak blogger +Faez Ramly  dan +Sally Samsaiman merangkap segroup wassap yang kaki bahan. 


Pic ni adalah selepas sejam lebih majlis berlangsung. ahahahah !! sila buat muka tebal masuk private event. Tapi acah-acah macho dan bersahaja. Siap mengigil-gigil tangan aku ni hah. Hilang selera makan. Kesian Sally lambat dek kerana KTM yang kurang power. Pakej aku bertekak dengan pakcik teksi lagi. Kfine! sudahlah kami ni lambat boleh pulak macam-macam hal jadi . 


Fuhhhh.. muka lega + panas dan muka blushing kena bahan dengan emcee. Siapa emcee tu ? DJ Radin dari radio era. hehhee. Nampak pulak mata dia aku dok bisik-bisik kat sally. Tanya siapa mamat tu. kekekekkee. die sound aku pakai mic kot. hahhaa. Sabar ajelah. pergh.. Nasib aku ni cool dan macho . macho ke ? heheheheheheheh.


Kami bertiga sampai pun sudah pertengahan majlis, so sempat jugak la si sally and adik aku merasa lucky draw. Aku ? hampehh.. memang susah nak lucky ni,. kiki. Rezeki datang lambat jatuh kepada adik aku +Faez Ramly . Menang 1st prize dohh. lagak dah macam menang TOTO daaa. hik hik hik.

Puas aku suh sally doa untuk aku, nak sangat menang benda alah tu. Tapi tempias pergi kat depan aku. kakaka. Haihh. memang tak bertuah betul aku ni. mandi air kelapa la macam ni. Sally frust tak dapat beg backpacker. Tak apa sally kite cari yang lain ok? Mulut memang kalau dasar puaka plus masin agaknya.Cakap gurau-gurau gelak manja dengan sally, menjadi pulak menang hadiah besar gabak tu. Alhamdulillah. rezeki mulut manis. hehehe. Sally cakap dengan aku. ''haihh, macam manalah kalau bella menang khemah tu kan ? besar giler kot. kita ni nak balik pun tak ade transport!'' kakkaaa. gelak sawan kami berdua

bella pun cakap, alaaa.. tak akan menang lah. bukan kecik weh nak usung balik port klang. haha. tapi dok gelak-gelak menunggu pemenang. Tup-tup adik sendiri menang. Masa tu, tak tahu nak rasa ape. hehe. suke ke derita ? haiyokkkk.. suke la kot mengusung khemah !

Alhamdulillah, tengah fikir siapa nak mintak tolong drop by kiteorang kat KTM. Encik syahir dari majalah libur offer nak hantar kami si gelandangan. huhuu. korang boleh la melawat blog beliau. Mana tahu penulisan bagus boleh masuk majalah weh ! Terharu kami ! kesat air liur sikit. Di KTM Shah Alam aku dengan sally berpisah. Balik dengan keadaan yang gembira.

Aku naik motor dengan segrombolan barang-barang gedabak dengan jayanya. Yeahh !! petang tak sempat lepas lelah berguling. Aku masuk office. Kerja melambak  weeh.

Nota Kakitangan aku :
Ni entry disebalik tadbir aje. Tunggu entry part 2 dengan penuh bahasa baku dari aku ok ?
Lepas ni makan ubat tidur esok nak berjimba !! yeahh i like. Good night semua.