Tuesday, December 23, 2014

Apa Khabar Blogger ??

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia semua !

Wah .. sudah hampir 7 bulan lamanya aku tak update blog. Bersawang, berdebu, berhabuk pakej 3 in 1 kekdahnya. Hehee. Nasib tak wujud penghuni lain kat blog aku ni. Ok bella, tak klakooo ! ~_~

Walaupun dibiarkan dan ditingalkan tanpa belas kesian. Tapi masih ada yang sudi jenguk dan membaca entry lama aku. Terima kasih korang! Huhu. Kesat air liur sikit. Aku sedar yang ayat ni kaku semacam. Ibarat patung cendana kononya. Korang harus memahami yang aku baru nak bertatih menulis.
Eh! Menulis pulak, ok menaip. 

Rasanya last entry aku masa gathering for blogger di flora cafe pertengahan tahun ni. Lepas je gathering gila-gila dengan blogger yang lain. Aku pun berholiday sakan di hospital. 5 hari dok hospital, memang tepu habis. Dengan tukar kerja baru, memang tak boleh aku mengular nak blogwalking. Aku telah menjadi pekerja yang berdedikasi lagi terbilang.Budak blogger lain borak-borak dalam group wassap. Wa bengkek je,
tak tahu apa-apa. Buat muka confident paham. Kikiki. Tutup mata sendiri.

Relax..relax! ni entry pemanasan je. Nak bagi longgar otot jari jemari aku, sambil memerah sel-sel otak kembali berhubung. Hehee. Al-maklumlah, setelah aku menghadiri ke 1 event yang dianjurkan oleh majalah malaysia terkenal. Cewahhh..TERKENAL gitu. Bagai disuntik jentik semangat aku ye. Insyallah akan aku up to date segala entry tertangguh. Qodok balik.Korang bacalah sampai muntah. Jangan lupe sedia beg plastik. Ahaks!


Nota kaki pak ang : Dont be lazy and dont do this at home ! See next entry.