Thursday, October 31, 2013

Bunohan Part 2

Azam aku kengkonon nak update kesinambungan "Bunohan Part 2" before lunch tadi.  
Dari pagi sampi ke tengahari, tak jugak aku habis menaip. Disebabkan aku ketawa tak hingat.
Bagai nak terputus urat tekak yang bersambung ke urat perut aku ni hahh. Separuh data-data perjalanan aku yang lepas pun turut hilang berterbangan ke awang-awangan.

Lunch time aku, bukan sahaja dipenuhi dengan menu makanan yang berbagai-bagai jenis. Malahan tersaji dan terhidang berita terkini lagi 'meletops' u'olls. Aku tahu la korang sudah ber'ghumah tangga.
Cerita 'Malam Jumaat' not allowed. Kah kah kah. So, stop it. Hamboiiii !! suka bebenor korang bab-bab macam ini ye. Aku tak nak tulis bab tu panjang-panjang, tak pasal-pasal belog zaman tok kadok aku ni kena "gham". hehehe~

Agaknya sebab semalam tidurku bertemankan "Fizo Omar". Macam best je kan? Haha~ Tak best pun, sebab aku hanyalah bermimpi dan bukan bebetul pun ohkey! Dont make any speculation ye babeh. Marah pulak bakal isteri 'Hero' kesayangan korang tu.

Eh? Apsal pulak cerita Fizo masuk dalam enrty aku ni. Disebabkan Hero Semalaya korang ni ada kena mengena dengan trip 'bidang terjun' kali ini. Aku sangat bermurah hati dok menaip nama dia banyak kali. Kalau idokk, tak ade pepasalnya teman nak taip free-free tak berbayar.




glamorousbybellaluna.blogspot.com
we are hungry !!!!!

Aku sampai rumah my 'Granny' around 11pm. Biasalah, sampai pun da gelap gulita. Dengar bunyi cengkerik dan katak yang liar. Huhu. Tak ade pemandangan malam yang aku boleh snap. Mane berani nak snap memalam. Kang tak pepasal ter'snap' benda lain. Yang menyambut kedatangan aku adalah 2 ekor makhluk yang berbulu. Budget seram lah konon-kononyee! Mereka 2 ekoq ni binatang peliharaan Mak su aku. Secara tidak "LIVE", aku mewarisi sifat mak su aku menjadi pencinta haiwan. Eeee! aku rasa macam nak ghomol-gomol je binatang ni.


glamorousbybellaluna.blogspot.com
my name is Kembang. Want to know more about me? just send me a mesej~ hohoho

Aktiviti malam di kampung yang paling fofular adalah TIDUR. Tu aje yang paling best pada aku.
Stay bandar, bising dengan bunyi kereta, motor merempit, anjing-anjing buat persatuan menyalak plus dengan bangla dan warga-warga kota bergaduh! huhu~ Nikmat giler stay kampung. Excited balik kampung selepas 10 tahun tak menjejakkan kaki ke Kelantan. Sibuk menumpang kat kampung orang lain. Menyibok ! hahahaha. When we wake up at the morning, my granny ajak tawaf kg Bunohan. Pergi beli breakfast, murah-murah aje. Sodapp pun iye jugak. Nasi berlaukan Serati, RM2.00 ajee. Aku tak tahu apa itu 'serati'. Mak aku cakap orang sana pangil itik dengan gelaran serati. Ohkey! im understand.


glamorousbybellaluna.blogspot.com
maaf! kaki dan tangan tak termasuk dalam Set Lunch! hehee

For lunch, kiteorang masak sendiri ala-ala kampung. Kat kampung yang serba tak moden ni,
kena makan duduk bersimpuh kat atas lantai. Kompemmm korang boleh kurus, sebab perut aku pun berlipat-lipat, nak sekat selera makan aku yang mengiler kataanyeee.



Aktiviti memungah Rambutan! wahhh~

Di siang hari, cuaca memanglah amat panas. Engko hengat ado e-cond ke. huhuhu. Mau nya aku dok berebut kipas dengan mak aku. Elak kipas zaman zuhud nenek aku tu gugur ke bumi ajoo. Tak dapek den nak nolog. Kena beli yang baru lah jawabnya. Si bapa yang mithali (sila rujuk gambar di atas) melakukan kerja-kerja ibadah seperti memanjat pokok rambutan. Kesian pokok rambutan itu, yang menahan azab muatan penuh abah aku ni.Jahat aku mengutuk!(maafkan anaknda, wahai ayahanda ku)


** hokkk aloooh !! tengah feeling kampung. Aku tengok kat luar kempopong, macam nak hujan aje! macam dah hujan aje! aku nak kena balik laa. Then azam aku untuk menamatkan riwayat si "Bunohan" tak dapat aku teruskan. Waiting for Part 3, maybe akan terjawabkah persoalan abang Fizo Omar ??**


~ wa salute yang scroll sampai ke bawah ni! thanks babeyy ~



Wednesday, October 30, 2013

Everyday Like Party

Happy Wednesday readers! Everyday like party? tak ade lah party sangat pun. huhuhu. 
Kalau hari-hari aku ber'party, tak adelah menunggu berhari-hari aku nak meng'update' blog aku. Padahal, banyak benda aku nak tulis tapi disebabkan aku ni "Pencerita & Penulis" separuh masa plus tak berbayar, maka terpaksalah aku mencurik masa bekerja aku. 

Untuk pekerja kepompong dalam bangunan buruk macam aku ni, aktiviti makan menjadi matlamat dan bahan utama dalam perbualan pagi. haha. Macam hampeh, kerja asik makan aje!
Jom layan "Pavlova" di petang hari. Tapi layan gambar aje la yang mampu aku beri. (ceewahh)



glamorousbybellaluna.blogspot.com
" MY SWEETS PAVLOVA "

Tengok gambar "Pavlova" pun macam nak tertanggal bijik mato den!. My sweety Pavlova dihiasi dengan limau, strawbery, kiwi dan juga anggur. Pepagi aje si kamalya dan syah banun gigih merempit sambil membawa kek pavlova K.A.M.I

Secara versi yang sangat real, this pavlova memang sedap, enak dan lazat tidak terkata tapi "ongkos" nya harus lumayan jugak dong~


aku dan pavlova

Pleshhh~ abaikan muka aku yang lemau ibarat panda kepenatan. kembali bersinar dek pancharan warna-warni pavlova dan baju aku sendiri. Mau nye aku terasa sangat excited, dapat pegang and makan pavlova besar macam gitu. Hengkau adoooo~ kui ku kui




glamorousbybellaluna.blogspot.com
K.A.M.I + kepompong buruk! hahaha



Disebabkan menu K.A.M.I sangat special, maka pakaian K.A.M.I pun turut mencerminkan warna-warna pelangi. Adoi! aku terasa dah macam Hari Raya, Kanak-kanak Ribena pun ade. Tak pun macam Astro Ceria (macam-macam ado!) hahaha

" Tak kan gambor ajoo Cik Bella oi. Resepi or tester manoo ??". hehehe. 
Memang tak ade lah kengkawan oii, tak akan cik bella nak jadi "Chef Pavlova" dan menggantikan
Chef Nabila pulok ye!
 
Sememangnya aku nak menaip dengan lebih panjang dan panjang lagi. Tapi bila idea aku datang mencurah-curahnya, datang pulak kerja yang melambak-lambak. Kalau ado sebarang pertanyaan dan tempahan sila jangan segan dan silu untuk bertanya dengan aku. Sementara kaunter pertayaan dibuka. Just kidding!



glamorousbybellaluna.blogspot.com
KFC kah ini ???!!!

Haku dah kenapa tetibe selitkan gambar KFC?! Membuatkan perut u'olls bertambah-tambah berkeroncong gituu~ hahaha. Sekian entry kali ini, dan aku harus mengabiskan sisa-sisa makanan yang masih berbaki. K.bai ! aku mau sambung agenda makan dan pulang ke rumah ! hohoho. Rezeki oghang belanje namanya, mana boleh tolak babe. 

* Thanks for reading my bebelan today! *



Tuesday, October 29, 2013

Bunohan

    " Bunohan " Apakah itu? Cerita khayalan ataupun realiti? Jeng, jeng, jeng. Suspend la pulok ! 
Aku bukan nak buat review pasal filem ni pun. Actually, this filem mengingatkan aku pada seseorang yang berado di Kampung Bunohan, Pengkalan Kubur, Kelantan. Maaf ! Seriously, aku tak reti nak 'kecek' kelate dan aku tak berapa nak paham apo diorang cakap. Walaupun abah ambo oghe kelante. haha. Aku menaip pun dah tunggang langgang. 


* eh~ pandang papan kenyataan yg kat belakang tu aje *


Ini bukan watak sebenar dan tak ade kena mengena dengan yang hidup maupun yang mati ye. Hehe. Menurut cerita oghe lelame dari my granny a.k.a mommy kepada abah aku. Jalan cerita yang sebenar adalah lebih kurang sama dengan filem yang dilakokan. Pergh~ ayat aku baku giler seyhh !
(kalau A.Samad Said terbaca, mau menangis penuh syahdu) hohoo. Ohkey + enoughff & next pleshh!

Pengembaraan "bidang terjun" aku berlaku pada Hari Raya Aidiladha (15/10/2013). Raya Korban lah senang cakap. Huhuhu. (Tobat aku pergi kelantan naik kereta). Menurut kiraan ' Ilmu hisab ' aku yang tak berapa nak TEROR. Bila ditambah tolak darab dan bahagi, almost 24 hours aku duduk dalam kebass. Wah, sehari cuti emergency aku telah di bazirkan. That means ade 2 hari cuti berbaki. haha



hujan menguundang dipetang hari dan pengunaan telepon di dalam kereta tanpa membuka tingkap




mc donals/bunohan
 Pencarian MCD !!!

Itu baru mukadimah aje. hehe. Aku tak larat nak perah otak aku sambil paksa tangan aku untuk menaip. Sebab aku lapor dan aku nak lunch! Nanti aku sambung " Bunohan -Part 2 "


 

Thursday, October 24, 2013

Kawan menjadi Sahabat


          Morning sunshine!!. I'm so impress, 25 ' kawan ' sudah menjenguk blog in two days aku ber'bloging'. Tapi macam poyo aje kan? 25 poeple aje kot, bukan 25K pun! Blogger famous pun tak jadi ikan puyu macam aku. Whatever, I just wanna to say
''Thank so much for reading blog '' for some people maybe ter'click or ter'baca my entry, sengaja atau tidak disengajakan. Hopefully u guys suka baca blog aku. Tak ade paksaan okey ! haha. Aku suka layan lagu ni. Pada aku dia memang seorang yang sangat berbakat Salute giler wa cakap lu!! Okeh, mohh kite layan ~


"Sahabat by Najwa Latif"

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu



*selembar doa dan secawan teh*

Disebabkan pepagi aje emosi aku sudah tongang-langgang, tambah lagi dengan muka yang sememangnya tak cun. Wah !! ada secawan teh dan juga aku terpandang 'Doa' kat atas meja aku. Make me fell clam and better. Thanks *sya banun for a cup of teh.


glamorousbybellaluna.blogspot.com 
* syah banun - teman bergaduh aku*



glamorousbybellaluna.blogspot.com
 * kamalya - suka bius aku dengan ubat gelak dan perangai selamber dia *



          Aku memang senang bergaul dan berkawan, tapi tak bermakna aku senang untuk bermesra dan rapat dengan orang lain. Syukur Alhamdulillah! walaupun umur aku dah tua macam ni. Muncul jugak diaorang berdua. Watak-watak penyeri dalam kehidupan aku yang macam TV (black & white). Buat korang berdua, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Dengar aku menangis, layan we-chat aku, layan selera aku and everything we done together ! Aku tahu *syah akan nangis kalau dia terbaca. haha. but *lyia still cover slamber ~ love both of u dear *muuuahhhhaaa*

" Kawan sentiasa datang dan pergi tapi sahabat sejati akan sentiasa di sisi
. Harap persahabatan kita kekal sampai akhir hayat. "


Wednesday, October 23, 2013

What a Life ?


Kehidupan, kehidupan dan kehidupan. Agak-agak apa yang akan jadi selepas seminit, sejam, sehari? Hari ini bila aku terjaga, '' Syukran Ya Allah '' kerana masih sayangkan aku. Walaupun zahirnya aku bukan hamba-Nya yang baik dan kadangkala aku terkeluar dari landasan hidup tapi dengan berkat keyakinan aku pada-Nya, aku masih di jalan yang benar. Alamak!! first entry aje aku dah beremosi bagai, dengan ayat yang cukup baku dan metaflora-warna bagai. But seriously, its me and totally be my self. Maybe akan ada ayat-ayat *free style
(gaya formal dan tak formal, gaya kuak lentang, ibarat rojak di kedai mamak) Apa punya perbandingan daaaa~ hoho. So, life must go on event your heart so hurt. Don't ever give up, fight for our LIFE  =) 



glamorous by bella luna

     
           
              Teringat pulak aku masa zaman hingusan (sekolah). Berdebar bertahun kot sebab nak merempuh UPSR. That my first EXAM ever, semenjak aku diberikan nyawa untuk menikmati kehidupan aku yang penuh semak samun lagi lorong berliku ini. Wow! setengah hari aku dok menaip tapi tak jugak posted.Kecik-kecik dulu bagi sejam pun sudah 2 muka surat penuh aku tulis. Markah pun 70% ke atas. Menaip lagi lambat dari menulis kah?? *muka cunfius . Adakah disebabkan otak aku dah berlumut, maka susahlah aku nak dapat '1st entry' yang agak superb-duperb. Its okey! practice make perfect yeah babe.*muahaahaaa




glamorous by bella luna



aku     : wehy ! im so, stress. arghhhh!!! (muka teging) 
bff      : ala~ relax arhh.. aku kalau tension dengar lagu pun dah ok ! haha

(aku pun try sumbat ear-phone then konon-konon enjoy the song)

aku    : wehy ! aku rasa macam lagi stress apesal??
bff     : haha! ape ke peliks kau ni, org stress dengar lagu la best! baru la rock.
aku    : okey, aku da tahu ape yg boleh re-fresh otak aku ni hah 
            (tersenyum sambil capai novel dan baca)


# okey !! BUBYE ! Time Out~ back to my sweet home. Last words today, aku kena dan harus menulis bila membaca sudah tidak boleh membuatkan aku tenang #