Assalamualaikum awok-awok sekalian =)
Mood agak-agak suci dalam debu aje. Mentang-mentang hari Jumaat dan Indah. Ohkey. Agak lame jugak entry Part 3, terkempam dan dikempang dalam draff. Somak ajo den tengok.
So, mana-mana yang terbaca bab pengabisan, silalah rujuk ' Bunohan Part 1 & 2 ' barulah mengkome paham. Kalau idok mana nak paham bila tahu episod last. Hehehe. Tak gituu~
********************************************************************
Hari siang di kampung, memang tersangat panas. Huhu. Nasib juga angin laut kuat. Tapi bahang kepanasan tetap terasa.
Pagi-pagi aku dengan adik bujang aku dah buat onar. Kacau kucing-kucing mak su aku. Then aku nampak perigi tepi rumah nenek aku. Masa tu, mata aku dah bersinar-sinar. Blink-blink macam watak anime dalam komik. kikiki. Teringat dulu waktu kecik-kecik aku bersiram dengan air perigi. Macam ice! Sejok giler woo~ Maunya rasa terkena sawan, gigi atas bawah berlaga-laga. Par yang paling best iaitu buang anak kucing dalam perigi. Ape ke dasyatnya kiteorang. Akak aku lah master mind dalam segala kejahatan! hoho =)
Aku dengan tak mandi and selambernya bergambar di tepi perigi tersebut. Hahahaha!
Mak aku dah jerit bising-bising, dia takut aku jatuh dalam perigi tu. Tapi kalau aku terjatuh, naya oo! Sape nak tarik aku naik atas. Terbalas sudah perbuatan dulu. wink wink
Gambar tu aku tak bolehlah aku nak publish. Tak pasal-pasal dapat publisiti murahan. Hampeh! Dah lah aku rembat baju kurung kedah and kain batik nenek aku. Boleh bayangkan aku jadi 'Kampung Girl' yang sebenar. Hahahaha. Malu.
Restoran MC Donald's ~ aku tukang traslate jawi =) |
On the way nak pergi Bachok rumah sedara mara aku. Tetibe aku terpandangkan sigboard MCD ! Cayalah weh ade MCD kat Kelantan. Aku pun teruskan misi pencarian. Mencari MC Donald's! hahaa. Aku suh lah bapak aku ikut jejak mencari MCD. Akhirnya aku temui.
Yahooo~ tapi aku salute. Tak kisah peniaga orang Melayu, Cina or India. Papan tanda perniagaan diaorang mesti ada tulisan ' Jawi '. Aku masuk negeri arab sekejap. (korang reti baca tulisan jawi tak?) Soklan mintak cepuk!
After that, aku pun ziarah anak sepupu aku yang kiranya aku paling kenal. Last kiteorang jumpa mase aku umur 13 tahun. Kot. Macam manalah rupa dia sekarang. Anak sepupu aku tu, perempuan dan sebaya umur dengan akak aku. means 23. Muda kan? hahaha. Nak cakap aku lagi muda lah kot =')
Sampai aje kat Bachok, sepupu aku dok membebel dan gelak-gelak riang dalam bahasa kelantan. Aku yang tak bape nak paham. Hanya pasrah menganguk dan tersenyum. Ayat novel seyh! kikiki
So, dipendekan cerita. Rupa-rupanya anak sepupu aku comel loteh itu sudah pun berkahwin and dapat baby. I like baby! hehehe. Kira rezeki jugak la lawatan mengejut aku. Dapat jumpa kaum keluarga yang memang aku tak kenal siapa. Secara gear automatiknya, aku sudah bergelar Nenek yang tak berapa nak Vogue! aiyoooo~
Lepas meramah mesra, Ibarat Kak long kawasan turun menjenguk. Puas aku mengejar dan membuli kambing biri-biri dan kambing tersebut lari melepaskan diri. Hahaha. Aku plan nak singgah Pantai Irama, Bachok. Tapi jalan jem tak hingat + hari macam nak hujan. Maka aku batalkan hasrat lagi murni. huhuhhu . Hikayat yang sadis giler.
Next destination adalah " Shopping "
Terlepas jalan ke 'Wakaf Che yeh' |
Abah aku kan Kelantan Murtad. hahaha . Suka-suki aje aku bagi gelaran. So, memang banyak jalan dan lorong terlepas. Then U-turn segala bagai. Dapat jugaklah aku snap gambar yang tak cukup kualiti dalam kereta. Zoom dekat-dekat, rapat-rapat siot. Seksa sungguh nak cover 'travelog' ni . hohohoho.
Hampeh! sesudah sampainya, hujan + kedai tak banyak nak bukak. Maybe aku tiba awal sangat kot. Shopping sikit-sikit dah la. Esok nak g tempat lain lagi.
Abah aku jadi mangsa untuk jadi pengangkat barang. Manalah kiteorang pernah shopping dengan abah. Lelaki kan tak suka menunggu ikut perempuan shopping. Samalah juga fitrah abah aku. So, mak aku suh die stay luar bangunan dengan barang-barang mak aku borong. Cayalah~
Trend ber'pelikat' kah ? |
meredah hujan dengan bertopi + berpelikat! hahaha |
So, lepas penat berjalan, memborong dan diborong. Lepak kat Pantai Cahaya Bulan, orang sekarang pangil Pantai Sri Tujuh. Hikayat sebenar, aku tak korek and gali lagi. wink wink. Gelap sangat. Aku tak nak sanp memalam. Naya nampak benda lain. Penakut plak aku ni.
Lepak kat fun fair ala-ala muzik wayang kulit. Laporr. Then kiteorang pun pergi ke deretan kedai makan berhadapan pantai. Nasi biasa-biasa ajelah. Macam korang makan kat kedai kelantan. Tapi TOMYAM memang sedap. Kuah dia pekat and betul-betul berasa macam makan Tomyam. Hehe. Selama ni tak berapa nak puas hatilah. Memilih giler kan.
Ok, yang best bila part nak bayar. Mak aku pangil pelayan perempuan tu. Cakap nak mintak bill. Lepas 15 minit dia datang.
Aku : '' Berapa yar Dik?"
Dia : '' Rm 64.50 "
Pergh! harga punya lah mencekik darah macam nak mati bunuh diri kot! Otak aku dah bergegar buat congak kira-kira. Macam tak relevan aje. Makan berempat aje kot. Mak aku hulurkan duit dengan muka selamber. Aku pulak yang hots. Makan nasi gorang 4 pinggang + Sup Tomyam untuk sorang makan. Air pun biasa-biasa aje. What the fish!!!!
Aku ni kalau tak puas hati, memang aku terus tanya. Kalau dah balik malas nak bising-bising. Budak tu pun datang pulangkan baki berjumlah ' RM0.50 ' Aku dengan muka serius bertanya.
Aku : ' Nasi sepinggan berapa yar dik? Tomyam berapa yar?'
Dia : ' saya tak tahu, orang lain yang kira' (loghat kelantan pekat)
What?! dia tak tahu? Aku baru perasan yang kedai aku makan. Tak ada signboard and tak ada menu,harga. Abah aku senyum aje tengok aku menyinga. Dia kata tak apelah dik. Thanks. Budak perempuan lingkungan belasan tahun pun berlalu pergi.
Huh! aku nak pergi kat kaunter. Abah aku cakap. Biasalah. Orang luar dok mari makan. Kaw-kaw bagi harga sembelih leher la. Adakah sebab kiteorang tak cakap loghat kelantan. Abah aku pun dok diam tak bercakap.
Aku marah? tak lah marah. Just bengang and rasa tertipu. Aku tak suka rasa ditipu,menipu, tertipu dan seangkatan denganya. Memang bukan duit aku yang keluar, duit mak abah aku. Then aku bukan tak pernah makan tempat yang mewah siap pakej dengan harga yang lumayan. Tapi depends kepada tempat, facilities and keistimewaan tempat tu la. Tak boleh aku nak complaint banyak-banyak kalau aku pergi dinner kat 5 star hotel. Paham-paham sendiri la kawan. Ini hanya kedai biasa, sama macam kedai lain-lain. Tak baik kot nak kenakan orang luar datang makan kat tempat kau! huhuhu
Calm down~ hehe. So, kesimpulanya. Abah aku cakap kita tak akan makan situ lagi. Then dia sempat pesan ambik gambar kedai tu masuk FB. cakap mahal. hahaha! tak boleh blah. Aku tak lah sejahanam tu nak lingkupkan perniagaan orang lain. Tapi, peniaga-peniaga luar tolonglah jangan amix kesempatan. Ini pada keluarga aku. nasiblah kiteorang mampu lagi nak bayar dengan muka terkulat-kulat. Makan tak berapa nak mewah. But! fikir guna otak yang suci murni. Orang-orang yang susah anak ramai. Tak ke menyusahkan diaorang terkena macam tu. Sedihh wo pikirkan nasib orang lain.
'Kalau tak ada duit jangan makan luar?'
Hey, ni mesti ade yang nak berkata macam tu. Fitrah manusia lah babe. Tak kira kau kaya or miskin mesti nak cuba sesuatu. Nak buat anak-anak or mak ayah happy sesekali ambil angin makan luar. Terpulang pada pemikiran masing-masing ye.
Ok, aku stop membebel panjang, sebelum jadi bebal. Huhu. Balik ghumah and layan citer hindustand jap baru aku tido dengan gaya udang. Sejok macam air-cond. Nyamuk tok sah cakap. Besar ayam! macam nak sembelih buat gulai kawah. =) yummmy.
Jom p Thailand ! |
Last day aku kat kelantan, merengek-rengek mintak abah bawak pergi 'Pengkalan Kubur' nak shopping lagi. Macam tak ade keje lain pulak ye. Hahaha. Pokai duit gaji aku. Balik cuti makan maggie jawabnya.
Hingat aku berpeluang nak merengek macam budak-budak ke? Di alam nyata (bukan alam percutian). Abah aku campak kunci kereta kat aku. Sah-sah kena pergi sendiri. hahaha. Tak pun akak aku jadi drive part time kiteorang.
Passport aku yang tamat tempoh, tak sempat nak renew. Memang tak dapek lah nak pergi Thailand. Hanya sempadan mampu aku jejak.
Shopping di waktu tengah hari dalam cuaca malaysia ni bukanlah satu benda yang menyeronokan. wink wink. Mood redha membaluti diri aku. hahahaa
Sementara tunggu bapak aku cucuk duit die kat tembok. Aku nampak aiskrim! wah~ feeling macam kanak-kanak riang sikit. Faktanya aku jarang makan aiskrim. Sejuk membuatkan otak aku rasa membeku.
BABA ICE-CREAM ! |
Tak pepasal jadi fofular Pak cik Baba ni. Review yang berbayar untuk ICE-CREAM. =)
Siap dengan Plat No siot !! caya la wa cakap lu~ |
Panas-panas dapat makan ice-cream memang terbaik dari ladang la~
Model ICE-CREAM tak berbayar |
ICE-CREAM BABA memang best! sebab apa aku cakap best?
Bukan warna menjadi ukuran. Cewah~ tapi rasa dia yang unik and sedap sangat. Ada mashmallow, pulut, ice-cream (ofcoz lah), jelly-jelly, kacang and jagung. Lagi satu dia letak roti sikit. Macam Tiramitsu pulak.
Siapa yang berpeluang pergi sana. Plssssss! try it =) Mulut aku penuh dengan air liur. Tahan kecur sewaktu menaip ini. hahaha
Abis sudah!! |
Tengah sedap-sedap aku makan. Abah aku cakap nak try then dia bawak lari aku punya ice-cream! huarggghh. aku beli lagi sekali.. Dapat makan dengan puasnya. Ala~ RM2 aje . Murah + sedap. Worth it
ala~ mok chik interframe pulok =) |
Lorong-lorong di Pengakalan Kubur |
Jangan nak imagine lebih-lebih ye. Keadaan kat sini bukan shopping mewah. hehe.
Nama pun bebas cukai. Tapi pada aku harga barang-barang tak adelah 'bebas' sangat! huhu
Biasalah emak-mak borong Narita ajolah. Sonang orang nak tidur bila datang bertandang.
Ghumah aku ibarat macam Homestay jugak la. Kalau musim tetamu datang. Memang tak putus-putus. Alhamdulillah. Ustaz and ustazah cakap tetamu ibarat rezeki. Tak adelah miskin kalau terima tetamu dan layan elok-elok ye. Budi Bahasa kan Budaya Melayu. =)
Kalau barang-barang yang lain tangok jugak la kalau nak beli, Sometime ada yang lain murah kat tempat kita. Ada yang mahal. Pandai-pandailah korang buat perbandingan.
Aku beli baju and skirt labuh dalam 2-3 helai aje. Aku memang tak suka beli baju mahal-mahal. Sebab lumrah perempuan akan shopping and shopping lagi. Baju kat almari bagi tikus gigit tak pun tempat lipas bersarang.
Tengok punye belek. Teringat pulak nak belikan 'ole-ole' untuk kengkawan kat opis. So, cari key-chain memang susah ohkey. Puas aku tawaf. Nak tanye segan. Tu yang sesat jalan. Hahaha.
Tapi memang rezeki budak-budak ni agaknya. Dapat jugak aku cari keychain & FM tu. Harga sedang-sedang ajelah. Mampu milik lagi.
KEY-CHAIN & FM |
Akhirnya aku ketemui Cinta hati & sejati. Lama aku mencari.
Coklat DAIM ! |
Itu ajelah aku boleh borong. Nak borong banyak-banyak alamat mengaum kuda putih aku tu.
Nak tahu lepas tu aku menyingah mane? Ni special request daripada adik bujang aku. Orang belajar lagi. Buatlah lawatan sambil belajar sikit. =') wink wink
Pintu masuk =) |
Wat machimmaram ataupun orang panggil Seating Buddha. Korang boleh baca kat sini & sini
Kg. Jumbakar, Tumpat Kelantan |
me with my bujang |
The King |
The Queen |
Cukuplah 1 wat aje aku terjah. Lagi 2 wat aku tak sempat nak pergi. huhuhu. Insyallah ade kesempatan. Aku pergi terjah siap interview orang sekeliling. Macam wartawan penchen pulak! hahaha. Aku ada search untuk korang boleh baca kat
SINI & Wat Buddha di Kelantan
BERIA BERGAMBOO =) |
Love and Miss My Granny |
After tak puas jugak berjalan terpaksa undur diri. Pukul 4 gerak balik ke Klang. Esok aku kerja. Adoi!
Syok-syok jalan-jalan, balik kena pikir pasal kerja. hahaha
Dalam kereta my project adalah tidur! Ma and abah aku dok la bercerita. Kisah lama. Hikayat itulah inilah. Aku tengelam di alam mimpi. Kitaorang balik memlalui Gua Musang. Mana ada highway.
Golap + jalan bagai ular kena katok.
So. end of the story. Dimanakah slot cerita pasal abg fizow ye?? hek hek hek. Nak di jadikan cerita. Abah aku da penat drive. Tak sape nak tolong ganti. So lepas magrib stop dekat perhentian Gua Musang.
Nak cari toilet, terpandang muka' Fizo Omar' ! omg~ masa tu aku tak perasan sebab aku kan rabun siang malam tahap tak dewa sangat. Kelam-kelam aje muka dia. Mak aku kenal aje. Pengikut drama-drama swasta katakan.
Tapi aku memang tak reti nak bertegur sapa and bermadah mesra. Maka aku pandang fizo dan fizo pandang aku. Saling pandang memandang. Maka terpandanglah aku Papan tanda 'Toilet'. hikhikhik. Fizo lepak bersama sekutunya. Dengan memakai baju kuning. Sama seperti aku.
Cewahh~ tak payah nak jodoh sangat ye. Sebab aku teringatkan Gossip Mak Jemah kat opis aku mengatakan Fizo nak berkahwin dengan Mawar. Aku bukan baca cerita hiburan sangat ni.
So, mak jemah yang tolong jadi pembaca berita kat aku. =)
Tapi, memang terbuktilah yang diaorang nak kahwin.
Apek technician 'Samsung' dah call nak datang rumah betulkan TV. huhhu. Berkemungkinan aku dapatlah tengok diorang ni Nikah.
Tapi aku tak sabar nak layan cerita Tamil ! wah~ dapat aku tengok citer TAMIL malam ni. Penat aku draff entry dari pagi sampai ke petang. Korang bace eh? hek hek. (Tutup muka)
* Thanks for reading my entry lovers *
No comments:
Post a Comment