Monday, November 18, 2013

I Love PENIPU


Morning Monday =)

Walaupun sakit perut, aku tetap gagahkan diri. Walaupun moody, aku tetap gatal tangan nak update.
PMS merasuk tubuhku. Semua tak kena. haha =')


LOVE & Penipu ?


glamorousbybellaluna.blogspot.com
* nak dengar 1 cerita tak .. psst..pst *


Pagi-pagi, aku dah ada kes untuk di kaunseling. Mahkluk yang bertanggungjawab itu aku namakan sebagai F. Jantina? ofcoz lah perempuan. So, di pendekkan cerita. F share something kat aku.

F pun berkata '' Ko rasa, kalau orang yang kau sayang, TIPU kau. Ape perasaan kau? ape kau buat? ''

Soalan yang tak bertempat kot. Otak aku tak sempat nak 'wake up'. Tetibe keluar isu TIPU?. Macam nak spoil kan mood aku for the whole day.

Aku: Urm.. Mane boleh main rasa-rasa babe. Ko kenapa? Cer citer..
F    : &^*# TIPU aku. Dia cakap keluar nak pergi karoke. Tapi pergi SPA.
Aku : Betul ke? Ada bukti kau nak tuduh dia. Mana tahu kau salah paham.
F     : Aku check beg dia pagi tadi. Then aku terjumpa 1 resit bertarikh **/11/13 Kalau kau buat ape?


Aku diam and mula berfikir. If this jadi kat aku.



Percaya atau Tidak ?


Sebelum aku bagi jawapan. Rasa-rasanya ada ke manusia yang nak kena TIPU ? How feel menipu orang?

Apa kepuasan dalam menipu? Rasa hebat? rasa dihormati? rasa disanjungi or sebenarnya orang yang menipu tu jadi orang yang paling MUNAFIK. Menipu orang lain yang memang tak tahu.
But most importance, Sang Penipu tu ada fikir tak? yang dia itu adalah makhluk yang paling bodoh di alam semesta ni.

Because why? 1stly Sang Penipu, menipu diri dia sendiri. Second reasons bodohkan diri sendiri & create cerita yang agak pandai. Walhal, dia memang tahu cerita tu bohong & bodoh. Bila sudah terkantoi. Memalukan diri sendiri. Mulalah nak salahkan orang tu, salahkan orang ini. Kesian!



You 're LIAR  ?!!


Back to our story. Aku jawab....

'' hurrrm.... kalau jadi kat aku. Senyap ajelah, diam & buat tak tahu. Tengok next penipuan pulak. Kalau banyak sangat penipuan. Aku blah. ahaha. ''

Aku sebenarnya tak tahu nak bagi nasihat bentuk macam mana. Kalau salah cakap, orang lain yang tanggung akibat. Sebab kalau aku kat tempat si F, tak kan aku nak marah-marah then putuskan hubungan. Simple thing sebenarnya. KOTTT ! =p






Sekali kena TIPU boleh ke nak PERCAYA lagi? Kepercayaan itu penting dalam setiap hubungan. Tak kira dalam keluarga, sahabat & percintaan. But, janganlah hancurkan Kepercayaan orang lain terhadap diri kita.

Aku yang menaip ni pun, tak lari dari kesalahan. Tipu kalau aku cakap, aku tak pernah menipu kan? Tipu pun ade batasan. Jangan sampai orang lain terima akibat daripada Penipuan yang sendiri cipta. 






Bukan aku tak pernah kena TIPU. Walaupun aku tahu orang tu berbohong pada aku banyak kali. Sampai tak terkira. Aku sabar. Aku yakin Allah itu ada. Allah akan pelihara orang yang benar. Yang penting niat kita jujur and ikhlas.

Yang tipu itu, maybe suami or tunang korang? Nak buat macam mana. Terima ajelah. Yang penting bincang elok-elok. Jangan gaduh-gaduh. Make it as a simple thing. 

Kita pun tak sempurna. So, sebelum buat fikir hati orang yang kita sayang. Apa yang bakal terjadi. Kalau tak terjadi sesuatu yang buruk. Better jangan buat. Semuanya terletak pada tangan masing-masing.


* Peringatan untuk diri sendiri juga belajar bercakap benar. Walaupun PAHIT untuk di TELAN *