Thursday, May 14, 2015

REVIEW : Garnier Lightening Peel-Off Mask

Hello Kaki Blogwalking !

Korang sihat ? Hopefully ade yang sudi jadi pembaca setia blog aku ni.. hikhik. sebab tuan tanah kedaung ni memang jarang menaip. haih ... kesian blog usang aku ni. Maafin ya dong!!

Ok, nak citer ni.. Last week aku baru balik dari pulau. Lepas balik dari bercuti, memang sunburn la kulit aku. hahaaa. Seriosly memang malas nak tengok cermin. Asik mengadu kat Mr. H pasal muka aku sunburn. Die cakap  *alaaa.. biasalah tu pergi pulau, memanglah sunburn. Then aku pun mencebik, buat muka. haahaaa. Nyampah sehh.

Masuk office, budak opiss aku ngalan aku **budakk pulau.. siot tau. hahaaa. aku wat muka sposen, muka redhaa dan passgrahh gitu. Lepas seminggu, Alhamdulillah. Kulit aku slowly cerah, nasib tak mengelupas. Sebab aku guna produk Mary Kay (bukan marry me) sensitip LOL ! huhuhuhu. Aku tak nak review dulu produk tu. Tunggu sampai kulit aku recover betul2 la. But Alhamdullilah, thanks again. Produk tu memang terbaik.

Hari tu, aku gak tanya2 tok google, nak cerahkan kulit ni balik. So, ade 1 review cakap die guna masker Garnier Lightening Mask. Lepas die guna, kulit die cerah. Diaa cakaap laa. aku pun pergi la cari semalam. Get prepare untuk esok sebab aku ade dinner dengan Dato Siti. Perempuan memanglah nak nampak cantik !

Nak dijadikan cerita, malam tadi dengan semangat membara. Aku pun try. Da lama tak pakai masker bagai ni. Aku pulak jadi tak reti. ahaa. Ape kejadah pakai masker da tengah malam, dengan mata mengantuk. Aku koyak kan sachet masker tu (da macam makan supplement daa ) *_*

Aku pun baru tahu, yang masker Garnier ni ade 2 jenis. 1st yang jenis ade topeng siap2 kat dalam tu, ko tak payah nak bancuh ke ape just tepek je kat muka. Tu mahal sikit la, around RM 8++ ( 1 kali guna) Tapi sebab zaman GST, zaman jimat cermat. Cheewahh !! aku pun beli yang lg 1. Kandungan sama la kot. Berasakan ekstrak LEMON ye dik noon. Yang 2nd, dalamnya jenis gel / cecair. Harus guna jari korang yang comel untuk sapu ke muka dengan rata.


Disebabkan aku mengantuk malam tadi, tak terpikir pulak nak snap pic. hahaa. Pagi nak wat entry, mengagau cari gambar. Korang boleh klik, kalau nak baca testimoni tuan tanah, Boleh guna 2 kali tau, kalau ko jenis yang kedekk. Pun boleh guna 4 kali kalau muka korang kecik. Tak selebar pinggan mangkuk macam aku ni, hik hik

Gel warna kuning tu, bau lemon tersangat kuat, menusuk kalbu ok! sapu secara merata kat muka tu, elakan kawasan bawah mata ye. Sepatutnya lepas 15-20 minit dah boleh tanggal dan cuci. Aku tunggu punya tunggu, sampai tertidur. Pagi tadi baru cuci. Masker jenis ni boleh kopek tau. Tarik topeng tu dari bawah ke atas.

Alhamdulillah, walaupun semalam aku bawak tidur malam, sampai mimpi-mimpi. Tapi tak ade pulak kulit aku kering mengelupas ke ape. Pagi tadi tarik topeng rasa smooth then cerah sikit dari kulit yang sunburn aritu. Ok! berkesan da ni. hehee. 

Baki yang lagi 1 tu, aku masuk dalam peti ais, bile sejuk2 keluar dari peti ais. Sedap je pakai kat muka. hahaa. Tu cara aku la. masukan masker dalam peti ais sebelum guna. Esok boleh guna lagi sekali, baki masker Garnier.

So, siapa2 plan nak pergi bercuti ke pulau or tempat yang panas terik. Boleh dah standby masker untuk rehatkan kulit muka lepas berpanas kat luar !
Selamat mencuba .. Thank for reading this entry . Love u aalll

Tuesday, April 28, 2015

Party Lipstick Special for Mothers Day

Assalamualaikum Girls !!

Siapa yang stay area klang? Shah Alam? Dan sewaktu dengan sila angkat tangan.
Yeeeaahh.. Jom sertai kami gegadis cantik untuk "Lipstick Party" pada 9 MAY 2015.

Jangan risau korang tak payah lah susah2 datang bawak lipstick sebatang due ke ape.
Just DAFTAR >DATANG > ENJOY !! senang kan? Kat sana nanti, korang boleh try macam2 jenis lipstick and colour. Mase ni la nak melaram.

Samalah macam aku bila pergi watson ke guardian. Konon-konon nak beli lipstick baru, colour baru. Tapi bila dah start belek2 nak try. Tetiba ade pulak sales girl datang tengok2 aku, usha aku. Macam aku tak pakai pulak seluar reaksi dia !! Hahaha. Tension wehh.Datang dengan niat murni tulus ikhlas gitu. dah kene pandang kerekk. =)

Ok.. Jangan stress2.. Reda kan stress bila korang daftar ke partylipstick ni. Tak perlu segan silu ye. Jangan lupa pulak bawak mother korang. Sempena raikan hari ibu. Ape kata sekali sekala ajak mother korang bersenam, kuak lentang dengan kawan2 baru. Tak ade la bosan mother kat rumah nanti. Kesian mother korang uruskan hal korang dari kecik sampai korang dah beranak kecik. hik hik . Alaa RM15/ sorang tanpa GST ok. kalau kene GST. tampar je!!


Ape tengok-tengok lagi ?? sila call / wassap no kat atas tu. Cakap je '' den nak daftar''
Jangan lupa daftar sebelum 8 May 2015 untuk limited seat yeah.

Jangan risau, makan minum disediakan plus ade cabutan hadiah. Best-best hadiah ok!
Rugi kalau tak datang uolls . Jom la datang meraikan dan meriahkan HARI IBU bersama kami.