Friday, July 13, 2018

#FOODHUNTER: TEXAS CHICKEN, JOHOR BAHRU - Its Crunch Time !

Salam Jumaat Everyone..

Texas Chicken salah satu makanan kegemaran aku. Macam biasa aku memang suka makan ayam. Segala jenis ayam, semua aku suka. Yang penting adalah AYAM !!


So, aku sangat teruja apabila Texas Chicken secara rasminya sudah beroperasi di City Square  Johor Bahru.  Ini adalah restoran pertama Texas Chicken yang dimulakan di Pusat membeli belah City Square dan yang ke-48 di negara ini.

Sejarah Texas Chicken, adalah ayam goreng yang diasakan oleh George W. Church pada tahun 1952 dan lebih 50 tahun sudah berada di pasaran antarabangsa. Texas Chicken adalah merupakan restoran francais juga salah satu jenama restoran khidmat pantas yang terbesar di dunia. Di Malaysia, jenama ini diurus oleh pemegang francais tempatan Envictus International Holdings Limited (Envictus Group).


Texas Chicken menyediakan pelbagai menu istimewa dengan rasa berani dan luar biasa. Yang paling popular ialah Spicy Chicken yang diperap 2 kali dan disaluti sedak roti. Rangup dan sedap! Yang special nya kat Texas Chicken ialah Biskut Mentaga Madu Amerika, tak akan dapat kat mana-mana tempat melainkan di Texas Chicken. Tak percaya ? cuba lah sendiri..

Part yang paling best lagi, Texas Chicken menyediakan 7 pilihan air minuman dan aku boleh tambah air secara percuma tanpa membuat pembayaran lagi. Mengapa perlu bayar lebih ? free of charges.

Nak berjimat ? jangan risau, boleh cuba set CRUNCHY DEAL dengan harga bermula dari RM5.50 sahaja. Jangan risau waktu restoran ini beroperasi 10pagi - 10 malam pada setiap hari. Diantara menu yang disajikan di restoran Texas Chicken.


JALAPENO set sesuai untuk pengemar makanan pedas. Oh!! lada jalapeno die menyengat..




Texas Chicken pun dah upgrade ok. Next time boleh lah try delivery Texas Chicken bila terasa tekak ni gatal mengidam. 


Texas Chicken Johor Bahru City Square
Lot J3-21, Level 3, Johor Bahru City Square,
106-108,Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Johor.


with Love,
belle

2 comments: