Monday, March 31, 2014

Sepetang Bersama Blogger Yeos 2014 - Part 1


Assalamualaikum wbt & Selamat Petang Warga Blogger semua ^_^

Aku tahu and sedar diri yang aku dah terlambat. huargg. >_< Rata-rata blogger yang lain semua dah update story pasal #SBBYEOS2014 kan?
Aku masih tergedek-gedek nak update. hahaa. Bukan tergedik ye. Rasanya kalau aku cerita pasal event tu lagi korang muntah tak?

Kalau ada yang mula pening, niat nak muntah. Sila sediakan besen di sebelah anda ok. ahhahaa. Segala kemudharatan selepas membaca blog ini.
Tidak ditanggung oleh penulis. T_T hik hik hik * sila tanggung sendiri *

Korang boleh scroll slow-slow kat bawah ni sambil menikmati gambar-gambar. Mungkin ada yang banyak kali korang dah terpandang dari blog lain.
Tapi tak ape, buat-buat 1st time tengok ye. ahahaha. Kalau belum tengok, baguss sangat la. INI memang Khas untuk korang lah !! hahaa

Disebabkan aku tak bawak sebarang gadjet untuk menyumbang gambar di event tersebut. Maka aku terpaksa redha menumpang kasih HP kawan-kawan blogger yang baru aku menyembang di sana. Korang memang best. Sebenarnya nak mentions Table No.19 ! hahaha !



 Sorry, kite terpaksa letak picture ni no.1 sebab nak jeloskan awak-awak semua. haha.
Jahat kan kite? ehehe. tak adalah. sebenarnya niat kita nak ajak awak-awak yang jelos tu plan untuk datang event blogger untuk tahun 2015.
Insyallah kalau Denai.com bebesar hati nak anjurkan lagi.
Boleh kita sama-sama bergambar sampai muntah darah ! hahaha. sampai pengsan pun tak ape. tak ado sape nak marah aih T_T


Kira 1st time aku beranikan diri untuk bergambar bersama artis. hehehee.
Walaupun aku nampak cacat disitu, demi seseorang tu bertanya mana gambar Memey  Norman.
Maka, aku pun dengan senang hati upload untuk tatapan umum. hahaa. Sila jangan gelak ok.
See? nampak gemok? abaikan. Itu disebabkan baju. (ayat cover line)
Kak +Mia Liana  cakap aku kecik? urm. macam tak je. kan? kan ?


Kenal tak siapa disebelah aku? ahaha.
Si hensem Abang +Zarul Umbrella 
Kesian pulak dia, mengacau masa makan. Walaupun muka beliau agak keruh.
Bila dapat tahu pasal MH370 =( Masih segak dan tersenyum.


Masih lagi sempat bergambar dengan akak +AyueJean AJ. Blogger yang baru aku kenal.
Tak malu betul join Table 19. HAHAHA. *opsss. tutup muka !



Aku dan blogger +Cheq Eem  yang rajin comment blog aku ! akhirnya jumpa jugak.


P/s : ni baru entry pengenalan. hahaha. Next aku update lagi ye. ahahhaa. Jangan muntah . daaa !!



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Friday, March 28, 2014

Bersyukur Wahai Hati


Assalammualaikum wbt & Salam Jumaat.

Alhamdulillah.. rezeki tak putus-putus dari Allah. Walaupun bukan nilai yang besar.
Namun itu juga salah satu rezeki dan nikmat yang Tuhan berikan kepada aku.
Aku berharap tahun 2014 adalah tahun rezeki. Setelah aku harungi tahun 2013 yang penuh kesukaran. ^__^ 


sample from #berrybright. Also bertemu janji dengan Model Kembar yang ohsem !!



Akhirnya dapat jugak aku merasa nak guna #pixy. Dulu tengok blogger lain review produk ni.
Memang best sangat. Aku dapat sample yang kecik-kecik. comel sangat! hehe
Majalah ni semua sponsor dari #Karangkraf. So banyaklah extra majalah kat aku. huhu


owh ! beg 'jeep' ni aku dapat dari blogger Pendekar Berkuda. Sampai 3 beg gitu.
1st aku guna yang ini dulu. Memang class habis. haha. Dapat jolokan retis tak bertauliah gituu. hik hok


Akak bodyshop yang baik hati bagi sample kat aku. hahaa
Mana tak banyak dia bagi kiteorang sampel. sebab aku gan akak aku borong barang body shop.
Sampai berterbangan 200 kerat lebih. huhu. haaih *berpeluh mak jemah.


hahh !! yang ini panas-panas dari thailand. Bos akak aku yang permurah bagi kat aku.
Sebab aku adalah pelawat tetap office akak aku. Sampai berkhemah kat sana. haha
Dasyat tak dasyat lah. hohoho

p/s : Alhamdulillah,,syukur, walaupun kecik tapi rezeki ok.Ingat tu !! Kalau ada nak bagi hadiah kat aku dipersilakan ye. hahaa. Nak bagi sampel buat review pun ok gak. **kidding


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Wednesday, March 26, 2014

PEPERO Tidak Ada Status Halal?


Assalammualaikum wbt & Selamat Sejahtera.

Hahhh !! siapa diantara korang suka makan coklat ni? kalau pergi Langkawi je mesti borong banyak-banyak. ehehee. Aku tak pernah merasa langsung coklat ni. Lagipun aku kurang gemar makan yang manis-manis ni. Jarang makan coklat. Tak makan pun badan naik. haha.
Sel-sel badan nak berkembang kekdahnya, nak buek macom mano kan?

Sebelum-sebelum ni, ada gak aku tengok kecoh-kecoh kat laman sosial pasal kekeliruan pembeli produk dari KOREA ni. Bila dah makan baru teringat nak check ada status HALAL ke Tidak ye. ehehe. yang dah sempat merasa tu, untunglah. Yang belum sempat merasa. Sila jangan cuba-cuba nak beli.
Sebab semuanya sudah terjawab persoalan dari pertanyaan dari korang-korang yang blur tu. Aku tak termasuk dalam hal tersebut  T_T

                                                       

Serios babe !! aku tergoda tengok gambar coklat kat bahagian luar tu. Perghh. meleleh tahap teringin pulak. Tapi apakan daya. Status coklat tersebut adalah TIDAK HALAL. IYE anok-anok, statusnya tidak halal. (tak perlu aku nak buat tulisan besar lagi kot) hehee. 
Kurang jelas dengan tulisan dan penyataan di atas? Kabur ke ? Ok, beri perhatian kepada statement bertulis di bawah :

'' any exporting products of lotte (korea company) are not HALAL. So, Pepero also not halal ''

Yang tak paham omputih macam aku ni, sila rajinkan jari anda jumpe pengetua google. ehehe.
Ok, bila dah tahu ni, ada yang cuba-cuba nak makan tak ? hurmm.. aku tak tahu tak halal dari segi ape. mungkin bahan dari sumber yang terlarang.

Setahu aku, apa jua makanan yang hendak keluar atau masuk ke Malaysia. Pihak kastam dan badan yang berwajib akan check segala SIJIL dan kebenaran yang sah. Agaknya cokelat ni jual kat ZON BEBAS CUKAI. maka tak ade dokument perkapalan kot. Entahlah ya, aku yang bekerja di syarikat perkapalan. Uruskan dokument untuk urusan import & export syarikat Nestle. Masih memerlukan Sijil Halal dan Sijil dari Doktor. Alamak masuk bab kerja pulak. Panjang-panjang explain, orang tak paham. ehehee. 

p/s : Any ask & question, boleh check it out kat blog Abam Otai HH. ok,, Daa !!


# 10 Speechless Wednesday : AL-FATIHAH


                                           


Hanya Mampu di Hadiahkan,
Tanpa waktu perkenalan di antara kita,
Masih terkena di hati,
Kerana aku juga salah satu pengujung kamu.

Semoga Allah perlihara ROH kamu di alam sana.
Berehat sepuas-puasnya.
Dikalangan orang yang beriman.
Setelah bertahun-tahun melawan penyakit KANSER.

Sekali lagi hati dipagut pilu.
'' Hamba kembali kepada Sang Pencipta ''


#AL-Fatihah #printscreen from #bellealyahya

Tuesday, March 25, 2014

Kegembiraan di sebalik Kedukaan Tragedi MH370


Malaysia dirundung kedukaan dengan pengumuman tragedi yang menimpa pesawat MH370.
Seramai 239 penumpang dan anak kapal pada adat manusiawinya berpindah ke alam seterusnya menemui PenciptaNya.
Selaku umat Islam kita dikehendaki mengamalkan ayat 155 surah Al Baqarah .


 “Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 
اِنَّا ِللهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
"Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."
Kepada ahli keluarga mangsa mintalah kebaikan di sisi Allah di sebalik apa yang berlaku berdasarkan arahan Nabimu di dalam Sahih Muslim iaitu:
اللَّهمَّ أجِرني في مُصيبَتي واخلُفني خيرًا مِنها
"Ya Allah, berilah pahala padaku menerusi musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik”

Berita gembira kepada kaum keluarga mangsa yang beragama Islam, kerana mereka telah terpilih menerima janji Rasulullah sebagai salah seorang yang mendapat ganjaran mati syahid akhirat.
Ini berdasarkan hadis di dalam Shahih Ibnu Hibban.
الشهادة سبع سوى القتل في سبيل الله : والغريق شهيد ،…، وصاحب الحريق شهيد ….
“Ada tujuh lagi golongan yang syahid selain daripada terbunuh di dalam perang sabilillah, antaranya mereka yang mati lemas,.. dan mereka yang mati dalam kebakaran…”


Kematian mereka merupakan kematian terindah, walaupun tragis dan boleh menimbulkan trauma jika dibayangkan saat kematian tersebut namun rahmat Allah lebih besar untuk mereka yang kini sedang aman seumpama di dalam dakapan ibu sambil menunggu tiupan sangkakala kedua yang akan membangunkan semua manusia untuk ke padang mahsyar menghadapi Hari Perhitungan.

Pemergian mereka juga diiringi dengan jutaan doa dan pengharapan yang terbaik buat mereka. Pelbagai bacaan Al-Quran mengiringi mereka, semuanya ini memberikan satu gambaran awal kemuliaan mereka. Tragedi yang menimpa mereka menyebabkan ummah bersatu dengan imam yang satu dengan doa yang satu.

Yang tinggal ialah kita yang masih tidak tahu destinasi manakah berakhirnya denyutan nyawa kita, bagaimanakah tercabutnya nyawa kita? Adakah dengan rentapan malaikat maut..di saat sedang terkinja-kinja dengan kelalaian yang diaktifkan lagi dengan dadah?

Yang tinggal ialah kita yang perlu mengikut segala acuan Allah dan RasulNya bagi memastikan kematian kita juga kematian terindah.. kematian terpilih….

- Ustaz Azhar Bin Yahya -


P/S : Tiada kata yang mampu di luah dikala hati remuk berendam luka.

SEGMEN : MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah


Assalammualaikum wbt rakan blogger !!


Kalau nak join sila klik banner di bawah. Jangan lupe baca syarat-syarat sebelum nak join ^_^

1) Blogger warganegara Malaysia
2) Boleh follow blog ayie. Takde sebarang paksaan
3) Buat satu entry bertajuk "MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah"
4) Tempek banner di bawah dan backlink kan ke blog penganjur.
5) Publish dan tinggalkan url korang dekat komen.


MiniGiveaway ni bermula 24 Mac 2014 sehingga 28 Mac 2014. Pemenang akan di umumkan pada 31 Mac 2014. Insyaallah..
Jom ramai-ramai memeriahkan MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah! Promote tau kat rakan blogger lain =)



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Segmen : DAILY AHMAD by NIL



Assalamualaikum wbt & Salam Petang Isnin. Pagi Selasa.

Entry semalam yang aku tinggalkan. So, hari ni aku harus tunaikan tugas menaip aku walaupun seluruh dunia berkabung keatas kehilangan #MH370. Moga Allah berikan yang terbaik =(

Ok, we start again. Aku tertarik dengan 1 segment yang dianjurkan oleh blogger Nil Dinda. Konsep yang berlainan dari GA yang lain, yang membuatkan aku terus nak join. So selepas mendengar Lagu Si Manis ciptaan Daily Ahmad seorang artis youtube. Aku terpanggil untuk jadi pengkritik tak berbayar beliau. T_T

Syarat nak menang contest ni, harus create ayat yang mampu menarik perhatian beliau. Urm,, agak-agak aku mampu ke nak menarik perhatian dia?? huhuuu. Aku tak reti nak mengayat orang ni. Gayat wehh,, sungguh aku gayat.

Straight to the point, berulang kali aku mainkan lagu-lagu beliau di Youtube. Agak-agak koranglah dia nak dengar komen yang sweet lagi tak berapa nak benar. Ataupun komen yang jujur dari aku?? hurmm,, aku decided nak bagi pujian yang paling jujur dan secara lurus bendulnya.
Hope dia boleh menerima pujian dari pengkritik belakang tadbir kilauan emas ni. ok?

1- Pandangan aku dari luaran dulu ye, Al-maklumlah aku dah tengok rupa dia sebelum aku dengar suara beliau. Secara kasarnya, die memang ada pakej. Good looking, berbadan tegap dan ada ciri-ciri kegilaan wanita diluar sana. Maybe ade aura untuk menjadi orang yang diminati umum.

2- Aku baca lirik kat SINI. Kalau akulah wanita tersebut baca bait-bait lirik tersebut. Mampu buat aku say 'YES' sebab sangat best dan berkesan. Sangat funny & mencuit hati gadis. (ok,jangan perasan)

3- Bab melodi pulak?.. tersusun mengikut irama dan tone lirik-lirik tu. Alunan musik tu memang macam nak mengorat sakan. terasa aura di ngorat oleh lelaki. ahaha. Mix & match antara lagu dan lirik memang kena sangat. Bravo bro. u did well !!

4- Last thing & last comment. Pada mengamatan aku, pengkritik belakang tadbir ni. Suara beliau sangat lelaki. A bit keras dan lantang. Rasanya tak sesuai tone suara die dengan lagu ni. Maybe kalau dia softkan tone suara dia, menyanyi secara santai dan tak terlalu tertekan.
Aku rasa dia ada potensi sebagai pencipta dan penyanyi yang berkebolehan. Boleh bersaing dengan bakat-bakat besar yang lain. Insyallah.


P/s : Kalu korang nak rebut RM100 tu, sila klik banner ok? Aku tak mengharapkan hadiah, tapi kalau aku menang.
Aku nak suruh dia cipta lagu untuk aku. ahhaa. ok. Chaw !!




" Bakat itu anugerah yang tak boleh dibeli atau diberi sesuka hati.
Penyanyi hanya mampu menyampaikan bait-bait lagu tersebut.
Lirik dan lagu hanyalah ilham dari Sang Pencipta untuk disampaikan kepada sang hamba "



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Saturday, March 22, 2014

My Big Day - Part 1


Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan-kawan

Im here again, menulis dan menaip. Rajin sungguh cik bella korang hari ni. ehehee. Ok, 1st of all thanks so much kepada semua yang koment entry
Pra-Perkahwinan iools !! Sungguh terharu gitu dengan ucapan selamat pengantin baru dari mengkoment tegar sahabat blog bella. Thanks again korang. Sorry tak dapat nak reply satu-satu komentnya. Bella jawap kat sini ok? alaaa ~ bolehlah,, bolehlah T_T

Actually, bukan bella nak kahwin. Wat suspend je kan. Lepas bella baca balik, entry yang lepas. Baru bella perasan kenapa korang beria-ria wish kat bella. Nak tergelak sangat. Bella lambat lagi nak mendirikan rumah tangga. Jauh lagi perjalanan tu. Calon Pengantin Lelaki masih banyak kekosongan ni. ehehee. Silalah apply kalau tak malu ye. aha !!

Last week, bella busy attend event kat Shah Alam. Tempat event tersebut memang tersangat gojes uolls. Bella pun rasa macam nak kahwin gitu. Dengan dewan yang sangat romantik and ala-ala garden. Memang kena dengan jiwa bella. Al-maklumlah, retis-retis macam Che Ta, Izzue Islam and ada beberapa retis pernah melangsungkan perkahwinan kat dewan tu. Syamsul Yusof & Puteri Sarah pun bakal melangsungkan majlis resepsi mereka di sana. Mesti olls nak tahu kat mana kan? Korang layan gambar dulu . eheheee



Dewan tu ada 2 tingkat. Memang besar and best. Kat tepi Entrance Door ade mini stage pelamin tau.
Perghh.. memang menangis tengok. Banyak gila bunga-bunga kat situ.
Rasa nak rembat sorang jejaka nikah kat situ terus. hahaha.
Ganas tak ganas ? Nama pun girl kan, mesti nak yang sweet ever on big day. ehehe ^_^ ok, next picture pls !



Tak payah bella nak cerita panjang-panjang. Tahap histeria kot tengok Tengku Adam & Ariana Rose bersanding.
Lagi-lagi tema Winter. Berdarah hidung wa cakap lu. ehehee. Eh, jangan sampai macam tu.
Masa cerita tu di tayangkan aku dok terpikir, siapa punya set perkahwinan lah dorang ni tumpang.
Banyak betul nak keluar duit buat decoration grand giler *$&% macam tu.
Rupa-rupanya, set pengambaran pelamin mereka tempat aku nak 'runway' !! omaigaddd !!
Excited giler kan. Mana tak gilerr engkauuu. hahaa.


Ok, ok !! nak bagitahu ni, Kat situlah bella kena runway. Dari Red Carpet yang kat bawah tu sampailah ke atas pentas.
Tapi time che ta kahwin, die pakai purple carpet. ehehee.
Time bella special edition sikit. Pakai Red Carpet. Nak tengok actual stage? Jom !! scroll down.


Cantik kan??? ehehe. Jangan malu-malu nak cakap cantik ok. Menangis tengok.
hahaha. propa betul si bella ni. Tapi masa bella runway tak adalah banyak bunga macam tu.
Just simple props, tapi memang best. Dewan ni kat tingkat atas ye.
Harus naik tangga yang tinggi sambil pakai my heels yang 5 inch !!


My shoes #goldblack nasib tak sakit sangat pakai heels ni. Selesa je kat kaki.
Kalau idok, memang aku campak p main jauh-jauh ye! ahaha.
Ok, kesinambunganya bella story next entry ye.


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

SEGMENT : 1st Giveaway By Puan Husna




Assalammualaikum wbt semua ^__^

Im back !! wink..wink T_T rindu kat my belog picisan ni. Seminggu ber'honeymoon, bella just sempat BW & Comment some friends entry aja.
Yang bella terlepas pandang sorry ye. Tak sempat singgah dan baca. sebab tu tak comment. ^_^

Disebabkan Puan Husna ada buat 1st giveaway, bella nak join, mana tahu dapat hadiah dari dia. ehehheee. Tapi tak harapkan hadiah pun,
ofcoz bella nak support kawan. 

So, mana kawan-kawan nak support kawan bella ni, boleh klik banner kat atas & join !!! Sebelum nak join tu.
Sila follow blog beliau ok ? Janji !! jangan tipu. ehehe ^_^

To Husna :
'' Bella sangat berpuas hati dengan blog una. Tak ada apa yang buruk pun.
Simple blog, tak messy & senang nak baca. Then pengunaan bahasa dan tulisan una senang nak paham.
Setiap entry yang una tulis fresh and teratur !! overall ~ no complain ! yeah ''




'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Friday, March 14, 2014

Counting My Big Day


Assalam wbt & Salam Sejahtera kepada awek's juga balak's semua ^__^


Yahooo !! i want take a holiday and stop blogging for two weeks !!!
ehehehe. hohoho. boleh tahan aku gelak. T_T 

ok, we skip story about holiday tu. Aku tengah gemuruh, sejuk, keras beku tahap peti ais ni.
Tinggal sehari je lagi weh ?! serioslly? arghhhh.. tiba-tiba hati aku tak tentu arah menanti esok.
Rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Eh esok dah 15-March-14 ?? huhuhu.
Maybe this 1st and last time for me. hik hik hik. will do the best ever for event tomorrow !!

Disebabkan last entry sebelum aku mendiamkan diri. Aku nak citer sikit-sikit pasal esok. sikit je ok?
So, theme yang dipilih adalah ''Gold & Black "


opsss !! so nice !! memang glamour gile ah. hihiihi
macam tak ada sebab aje aku nak gelak kot. urmm, maybe nak sembunyikan gemuruh di hati?
Apa yang bakal aku lalui esok ye. Excited but a bit nebess jantung kita ni. kikikiki


Lovely shoes. tetibe terbayangkan citer ' Cinderella ' hahaha. kebudak-budakan betul aku ni.
Aku nak cari kasut lebih kurang macam tu, tapi puas pusing punye pusing kat Jusco. Tak jumpa jugak.
Dengan rushing nye, mengalahkan marathon.  Adoii ! maaf aku tak mengeluh pun. hehehee.
So, dengan redha aku pilih heels lain. Warna hitam & ada perincian manik berwarna keemasan.
Wooow !! im very like it. Post gambar yang sebenarnya selepas event ye berlangsung. ehehe

For the dress, aku imagine la dapat baju ala-ala pinchesss. yang kembang-kembang gitu. tapi...
Huh !! dasar tak sedar diri betul aku ni, boleh pulak high taste yang tak bertempat. hehehe.
Aku suka tengok dress kat bawah ni, nampak sangat simple dan mewah sangat !! admire gile!


Sampai sini sahajalah aku buat post ala kadar ni, dengan banyak kerja menimbun-nimbun.
Nanti iollss cerita lagi ok.. 

Sorry sangat pada yang tanya kat aku bila nak publish entry #SBBYEOS2014
Kerana aku masih belum pikir nak post entry event last week. eheee. lambat benor aku ni.
Tak apa, bagi blogger yang lain bukak cerita dulu. Post banyak-banyak muntah pulak korang. T_T
Insyallah, i will update soon, cover semua pasal event tu. After tomorrow event and honeymoon time.
Ohkey anak-anak ? jaga diri ye anak-anak. ehehe


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Wednesday, March 12, 2014

REVIEW : Follower #200



p/s : Penantian follower ku yang ke-200 sudah berakhir. Aku bloglist kan beliau sebagai tanda terima kasih.
Bolehlah kita sama-sama follow dan berbalas comment. Support each other.
Semoga ukhwah terjalin berkekalan. '' special thanks to follower "


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

# 9 Silent Wednesday


https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

28-JAN-2014

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

12-MAC-2014



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe


Assalammualaikum wbt dan salam rabu semua ^__^

ok murid-murid, today bella nak ajak ramai-ramai join segment dari blogger Cikgu Zamani kite nie. Silalah JOIN.


https://glamorousbybellaluna.blogspot.com


p/s : sokong each other okey !! blogger memang best !! Jangan Malu-malu untuk menang !!


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Monday, March 10, 2014

Pray for #MH 370


Assalammualaikum wbt kepada semua mahkluk Allah.



https://glamorousbybellaluna.blogspot.com


Siapa kita ? kenapa kita dilahirkan sebagai hamba Allah? kenapa manusia?
kenapa bukan Malaikat, Jin, Haiwan mahupun Tumbuh-tumbuhan?

Kadangkala Allah turunkan satu musibah, kerana Allah sayangkan hamba-hamba-NYA.
Menegur dalam kasih sayang, tanpa kita sedar.
Manusia adalah khalifah dan sebaik-baik mahkluk di muka bumi. Kita tidak sedar.
Malaikat pun tidak dapat menandingi darjat manusia. Dimana hati seorang manusia atau muslim?

Banyak sangat tanda tanya. Sehingga sekarang, masih tiada siapa dapat merungkai kisah misteri kehilangan #MH 370.
'' siapa kita hendak menidakan kuasa Allah? Tuhan mana yang kita dustakan? ''

Bukan Allah menzalimi manusia. Tetapi manusia yang diberikan akal dan fikiran yang
berbunuh-bunuhan sesama sendiri, penindasan berlaku kerana butanya hati seorang manusia.
Tidak kira dimana kita, siapa kita, rupa kita, pangkat kita.
Hidup dan mati, Garisan takdir, kekayaan dan keindahan semua milik Tuhan. Iaitu #ALLAH

Kita bernafas sebagai manusia, berdiri di dunia sebagai hamba Allah. kita adalah HAK #ALLAH.
DIA boleh menghidupkan kita dan mampu mematikan kita, kerana DIA Sang Pencipta yang Maha Hebat.
Di zaman yang konon-konon maju ini, teknologi yang diciptakan manusia.
Adakah teknologi yang kononya maju dapat melangkaui kekuasaan Sang Pencipta.

Sewaktu aku menaip ini, hati aku kosong. Merenung nasib kita di mata DIA.
Apakah di akhir zaman yang teruk ini, masih ada yang beriman kepada Allah.
Jari aku hanya menaip mengikut gerak dan rentap tari jemari ku. Hati ku di pagut pilu.
Masihkan ada hati-hati yang tidak insaf melihat kekuasaan NYA?

Aku tak mampu berkata-kata kepada dunia, di sini aku melahirkan rasa.
Dalam hati tidak putus-putus mendoakan kebaikan dari musibah ini.
Hampir menitis air mata, tatkala membaca berita demi berita.
Spekulasi yang tak berasas, dan tak kurang pula bersorak riang atas kedukaan orang lain.
Ya Allah, Sedarkan hati mereka yang riak, takbur dan khilaf itu.

Aku berharap, jauh dilubuk hati aku. Masih ada secebis keikhlasan dan ketakwaan.
Yang terpahat di dalam hati yang paling dalam.
Talkala menulis ini, aku tak mampu melahirkan rasa yang sebenarnya. Kesedihan yang mengunung.

Aku bukanlah salah seorang waris, kawan mahupun sahabat yang terlibat.
Tapi dari kejauhan aku turut merasa impak yang sangat dasyat berlaku dalam diri ini.
Berdiri di muka bumi yang fana sebagai hamba Allah bukan mudah.
#Allah permudahkan urusan kami





https://glamorousbybellaluna.blogspot.com



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Friday, March 7, 2014

Sepetang Bersama Blogger's 2014


Hai, selamat petang para pembaca semuanya.

Tal sangka, cepat aje masa berlalu. Esok hari yang dinantikan, majlis perjumpaan para blogger.
Actually, aku memang tak ada apa-ap preparation. kui kui. Baju ape? kasut ape? tudung ape?
Malam ni aku baru nak selongkar robok. Agaknya aku terlebih focus pada event aku yang lain next week.
Nasib tak terlupa pasal esok. hahaaa.

Berdebar sungguh rasa hati den menanti esok. Aku langsung tak kenal mane2 blogger.
KIra berani mati jugaklah pergi sorang-sorang attend event. hihihi.


https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

Tadi buat spot check name den tak jumpa-jumpa. Rupa-rupanya aku kat meja 31. 
Jauh ke belakang ni, hahaa. tak apelah dekat dengan pintu keluar masuk. Motip??
So, yang dok semeja dengan aku. Sorang aje yang aku kenal. Yang lain, esok baru nak kenal.

Blogger Mak Dara dan family stay meja 27. Alamak jauh pulak nak bertegur sapa !!

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

Aturcara majlis bermula pada pukul 10 untuk pendaftaran. Kena kuar awal pagi esok.
Doakan majlis berjalan lancar ye ^__^

p/s : Segan nak bertegur sapa dengan orang sebenarnya. Aku bukan mudah mesra.
Tapi kalau dah banyak kali, memang tak hingat gelak sakan =)



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Thursday, March 6, 2014

'' Playboy Itu Bakal Suami Aku ?? "


Hai.. Good Morning Everybody !! Matahari dah terpacak still lagi morning? ehee. Selamat petang ^__^

What?? Playboy itu bakal suami aku. Bukan bakal lagi dah. Betul-betul dahh. Luruh jantung guwa babe. hik hik hik.
Tu la kata orang tua-tua. Jangan mudah membenci seseorang kan dah jadi 'laki' aku. Sape nak jawab!!

Memang tak percaya mamat tu jadi Suami aku kan? Yes !! suami dalam mimpi. Apekehal aku dok mimpi dia. Yang mamat ni, dok interup mimpi suci aku ape kes. hahaaa. tak pasal-pasal bangun pagi dengan muka tersengih-sengih macam kambing. Konon seronok sangat ade suami playboy cap buaya darat macam dia. har har har. T_T

Watak dia dalam mimpi aku? jengg, jeng,, nak citer ni. Sama aje macam dalam drama melayu yang korang tengok-tengok tu. Yang pelakon perempuan tu aku la. hahahahaaa. Gelak macam nak berguling-guling ni, masa menaip. Naik semua bulu roma aku. kikiki. Bukan seram cerita hantu. Tapi geli mimpi pasal kahwin.

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

serious! segupha dengan warna baju dalam mimpi aku. Aku masih pelik, Seingat aku tak ade masa aku nak tengok cerita tu.
Layan lagu Encik Mimpi pengarang jantung buah hati aku je. Iskk... iskk.iskk..
Ape-ape pun thanks suami ku !
'' awak tetap romantik,caring dan soft walaupun playboy. but pls jangan muncul lagi. takot i falling in love''
Haaahaa. Jahanam ayat cinta aku.

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

"  Sayang, tunggu abg balik ye, nanti kite pergi jalan-jalan "
Sambil memeluk tubuhku dan menghadiahkan ciuman hangat di dahi. 
Jangan marah laaa. ni skrip dalam mimpi je. haha. kalau betul-betul? maybe not him la..

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

Dalam mimpi boleh la !! luar mimpi jangan harap. hahaaa.
Orang yang berOTAK KIRI mampu jugak bermimpi kan?Hahahaa. perasaan cewahhh.


p/s : my status now? opkos la single, available dan sewaktu dengannya. hik hik.
dan aku masih menunggu seseorang untuk meniti hari tua bersama aku =)



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Wednesday, March 5, 2014

Tuesday, March 4, 2014

Anda BerOtak Kanan Atau Kiri ?


Hai semua ^__^ Assalamualaikum wbt.

Hari ni demam check otak rasanya. hahaa. So, aku terbaca dari satu blog NIE. Aku dengan sepantas kilat.
Tak tunggu ape lagi dah. terus buat ujian mental. Iskk. buat sakit mental tau. Nak tahu kecenderungan otak kita berpikir.
Kiri atau Kanan? YES or No ?

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

Result yang aku dapat. Urm.. aku banyak seorang berotak KIRI ??
Nasib ade otak, kalau otak udang. Masuk Hospital Bahagia. Memangg bahagiaa. ehehe

Ade yang betul ade gak yang tak berapa nak betul. Memang aku suka fikir secara rasional.
Lagi-lagi melibatkan masalah dan pekerjaan. Tapi di posisi yang lain, aku suka bidang seni.
Dari kecik aku suka melukis, menyanyi, menjahit. Memasak memang bukan aku la.
Mathematic ?? Oh My Allah !! janganlah sogok kat aku. Sejarah dan BM ok la.

Kalau bab jiwang? memang tak la. tapi more romantik. haha. POYO. Nampak sangat macam aku ni hati batu.
Aku memang mudah mengalirkan air mata kalau aku sedih.
But, my prinsip tak kan menangis depan orang yang aku sayang or sakitkan hati aku.
Bukan ego, tapi itulah kekuatan dalaman dan mental aku.

Panjang pulak ceramah, eheee. Sorry. Korang punya mana???



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Alhamduliallah ~ Rahmat MU



Tiap kesusahan kesedihan, kekecewaan Allah gantikan dengan lebih baik.
Alhamduliallah ~ Hujan turun membasahi bumi MU. Menyuburkan tanah yang gersang.
Air hujan yang turun ibarat mutiara yang mengembirakan hati ku yang gundah.

Kadang kala dibalik ujian yang aku terima, aku nampak seseorang yang setia disebalik aku.
Terima Kasih atas jawapan MU. Aku masih bersyukur menjadi hamba MU.

Bila roda kita di atas jangan lupa pandang ke bawah.
Bila kita jatuh terduduk, baru kita tahu langit tu tinggi ke rendah.
Peringat kepada diri aku sendri. Agar sentiasa bersyukur dan redha dengan ujian dari Allah

Aku masih menanti, adakah hari esok ada sinar bahagia untuk aku ??
Hanya Allah yang tahu Hidup dan Mati ku.



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''