Assalammualaikum wbt kepada semua mahkluk Allah.
Siapa kita ? kenapa kita dilahirkan sebagai hamba Allah? kenapa manusia?
kenapa bukan Malaikat, Jin, Haiwan mahupun Tumbuh-tumbuhan?
Kadangkala Allah turunkan satu musibah, kerana Allah sayangkan hamba-hamba-NYA.
Menegur dalam kasih sayang, tanpa kita sedar.
Manusia adalah khalifah dan sebaik-baik mahkluk di muka bumi. Kita tidak sedar.
Malaikat pun tidak dapat menandingi darjat manusia. Dimana hati seorang manusia atau muslim?
Banyak sangat tanda tanya. Sehingga sekarang, masih tiada siapa dapat merungkai kisah misteri kehilangan #MH 370.
'' siapa kita hendak menidakan kuasa Allah? Tuhan mana yang kita dustakan? ''
Bukan Allah menzalimi manusia. Tetapi manusia yang diberikan akal dan fikiran yang
berbunuh-bunuhan sesama sendiri, penindasan berlaku kerana butanya hati seorang manusia.
Tidak kira dimana kita, siapa kita, rupa kita, pangkat kita.
Hidup dan mati, Garisan takdir, kekayaan dan keindahan semua milik Tuhan. Iaitu #ALLAH
Kita bernafas sebagai manusia, berdiri di dunia sebagai hamba Allah. kita adalah HAK #ALLAH.
DIA boleh menghidupkan kita dan mampu mematikan kita, kerana DIA Sang Pencipta yang Maha Hebat.
Di zaman yang konon-konon maju ini, teknologi yang diciptakan manusia.
Adakah teknologi yang kononya maju dapat melangkaui kekuasaan Sang Pencipta.
Sewaktu aku menaip ini, hati aku kosong. Merenung nasib kita di mata DIA.
Apakah di akhir zaman yang teruk ini, masih ada yang beriman kepada Allah.
Jari aku hanya menaip mengikut gerak dan rentap tari jemari ku. Hati ku di pagut pilu.
Masihkan ada hati-hati yang tidak insaf melihat kekuasaan NYA?
Aku tak mampu berkata-kata kepada dunia, di sini aku melahirkan rasa.
Dalam hati tidak putus-putus mendoakan kebaikan dari musibah ini.
Hampir menitis air mata, tatkala membaca berita demi berita.
Spekulasi yang tak berasas, dan tak kurang pula bersorak riang atas kedukaan orang lain.
Ya Allah, Sedarkan hati mereka yang riak, takbur dan khilaf itu.
Aku berharap, jauh dilubuk hati aku. Masih ada secebis keikhlasan dan ketakwaan.
Yang terpahat di dalam hati yang paling dalam.
Talkala menulis ini, aku tak mampu melahirkan rasa yang sebenarnya. Kesedihan yang mengunung.
Aku bukanlah salah seorang waris, kawan mahupun sahabat yang terlibat.
Tapi dari kejauhan aku turut merasa impak yang sangat dasyat berlaku dalam diri ini.
Berdiri di muka bumi yang fana sebagai hamba Allah bukan mudah.
#Allah permudahkan urusan kami
Yang terpahat di dalam hati yang paling dalam.
Talkala menulis ini, aku tak mampu melahirkan rasa yang sebenarnya. Kesedihan yang mengunung.
Aku bukanlah salah seorang waris, kawan mahupun sahabat yang terlibat.
Tapi dari kejauhan aku turut merasa impak yang sangat dasyat berlaku dalam diri ini.
Berdiri di muka bumi yang fana sebagai hamba Allah bukan mudah.
#Allah permudahkan urusan kami
'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''
No comments:
Post a Comment