Saturday, March 22, 2014

My Big Day - Part 1


Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan-kawan

Im here again, menulis dan menaip. Rajin sungguh cik bella korang hari ni. ehehee. Ok, 1st of all thanks so much kepada semua yang koment entry
Pra-Perkahwinan iools !! Sungguh terharu gitu dengan ucapan selamat pengantin baru dari mengkoment tegar sahabat blog bella. Thanks again korang. Sorry tak dapat nak reply satu-satu komentnya. Bella jawap kat sini ok? alaaa ~ bolehlah,, bolehlah T_T

Actually, bukan bella nak kahwin. Wat suspend je kan. Lepas bella baca balik, entry yang lepas. Baru bella perasan kenapa korang beria-ria wish kat bella. Nak tergelak sangat. Bella lambat lagi nak mendirikan rumah tangga. Jauh lagi perjalanan tu. Calon Pengantin Lelaki masih banyak kekosongan ni. ehehee. Silalah apply kalau tak malu ye. aha !!

Last week, bella busy attend event kat Shah Alam. Tempat event tersebut memang tersangat gojes uolls. Bella pun rasa macam nak kahwin gitu. Dengan dewan yang sangat romantik and ala-ala garden. Memang kena dengan jiwa bella. Al-maklumlah, retis-retis macam Che Ta, Izzue Islam and ada beberapa retis pernah melangsungkan perkahwinan kat dewan tu. Syamsul Yusof & Puteri Sarah pun bakal melangsungkan majlis resepsi mereka di sana. Mesti olls nak tahu kat mana kan? Korang layan gambar dulu . eheheee



Dewan tu ada 2 tingkat. Memang besar and best. Kat tepi Entrance Door ade mini stage pelamin tau.
Perghh.. memang menangis tengok. Banyak gila bunga-bunga kat situ.
Rasa nak rembat sorang jejaka nikah kat situ terus. hahaha.
Ganas tak ganas ? Nama pun girl kan, mesti nak yang sweet ever on big day. ehehe ^_^ ok, next picture pls !



Tak payah bella nak cerita panjang-panjang. Tahap histeria kot tengok Tengku Adam & Ariana Rose bersanding.
Lagi-lagi tema Winter. Berdarah hidung wa cakap lu. ehehee. Eh, jangan sampai macam tu.
Masa cerita tu di tayangkan aku dok terpikir, siapa punya set perkahwinan lah dorang ni tumpang.
Banyak betul nak keluar duit buat decoration grand giler *$&% macam tu.
Rupa-rupanya, set pengambaran pelamin mereka tempat aku nak 'runway' !! omaigaddd !!
Excited giler kan. Mana tak gilerr engkauuu. hahaa.


Ok, ok !! nak bagitahu ni, Kat situlah bella kena runway. Dari Red Carpet yang kat bawah tu sampailah ke atas pentas.
Tapi time che ta kahwin, die pakai purple carpet. ehehee.
Time bella special edition sikit. Pakai Red Carpet. Nak tengok actual stage? Jom !! scroll down.


Cantik kan??? ehehe. Jangan malu-malu nak cakap cantik ok. Menangis tengok.
hahaha. propa betul si bella ni. Tapi masa bella runway tak adalah banyak bunga macam tu.
Just simple props, tapi memang best. Dewan ni kat tingkat atas ye.
Harus naik tangga yang tinggi sambil pakai my heels yang 5 inch !!


My shoes #goldblack nasib tak sakit sangat pakai heels ni. Selesa je kat kaki.
Kalau idok, memang aku campak p main jauh-jauh ye! ahaha.
Ok, kesinambunganya bella story next entry ye.


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''