Thursday, October 31, 2013

Bunohan Part 2

Azam aku kengkonon nak update kesinambungan "Bunohan Part 2" before lunch tadi.  
Dari pagi sampi ke tengahari, tak jugak aku habis menaip. Disebabkan aku ketawa tak hingat.
Bagai nak terputus urat tekak yang bersambung ke urat perut aku ni hahh. Separuh data-data perjalanan aku yang lepas pun turut hilang berterbangan ke awang-awangan.

Lunch time aku, bukan sahaja dipenuhi dengan menu makanan yang berbagai-bagai jenis. Malahan tersaji dan terhidang berita terkini lagi 'meletops' u'olls. Aku tahu la korang sudah ber'ghumah tangga.
Cerita 'Malam Jumaat' not allowed. Kah kah kah. So, stop it. Hamboiiii !! suka bebenor korang bab-bab macam ini ye. Aku tak nak tulis bab tu panjang-panjang, tak pasal-pasal belog zaman tok kadok aku ni kena "gham". hehehe~

Agaknya sebab semalam tidurku bertemankan "Fizo Omar". Macam best je kan? Haha~ Tak best pun, sebab aku hanyalah bermimpi dan bukan bebetul pun ohkey! Dont make any speculation ye babeh. Marah pulak bakal isteri 'Hero' kesayangan korang tu.

Eh? Apsal pulak cerita Fizo masuk dalam enrty aku ni. Disebabkan Hero Semalaya korang ni ada kena mengena dengan trip 'bidang terjun' kali ini. Aku sangat bermurah hati dok menaip nama dia banyak kali. Kalau idokk, tak ade pepasalnya teman nak taip free-free tak berbayar.




glamorousbybellaluna.blogspot.com
we are hungry !!!!!

Aku sampai rumah my 'Granny' around 11pm. Biasalah, sampai pun da gelap gulita. Dengar bunyi cengkerik dan katak yang liar. Huhu. Tak ade pemandangan malam yang aku boleh snap. Mane berani nak snap memalam. Kang tak pepasal ter'snap' benda lain. Yang menyambut kedatangan aku adalah 2 ekor makhluk yang berbulu. Budget seram lah konon-kononyee! Mereka 2 ekoq ni binatang peliharaan Mak su aku. Secara tidak "LIVE", aku mewarisi sifat mak su aku menjadi pencinta haiwan. Eeee! aku rasa macam nak ghomol-gomol je binatang ni.


glamorousbybellaluna.blogspot.com
my name is Kembang. Want to know more about me? just send me a mesej~ hohoho

Aktiviti malam di kampung yang paling fofular adalah TIDUR. Tu aje yang paling best pada aku.
Stay bandar, bising dengan bunyi kereta, motor merempit, anjing-anjing buat persatuan menyalak plus dengan bangla dan warga-warga kota bergaduh! huhu~ Nikmat giler stay kampung. Excited balik kampung selepas 10 tahun tak menjejakkan kaki ke Kelantan. Sibuk menumpang kat kampung orang lain. Menyibok ! hahahaha. When we wake up at the morning, my granny ajak tawaf kg Bunohan. Pergi beli breakfast, murah-murah aje. Sodapp pun iye jugak. Nasi berlaukan Serati, RM2.00 ajee. Aku tak tahu apa itu 'serati'. Mak aku cakap orang sana pangil itik dengan gelaran serati. Ohkey! im understand.


glamorousbybellaluna.blogspot.com
maaf! kaki dan tangan tak termasuk dalam Set Lunch! hehee

For lunch, kiteorang masak sendiri ala-ala kampung. Kat kampung yang serba tak moden ni,
kena makan duduk bersimpuh kat atas lantai. Kompemmm korang boleh kurus, sebab perut aku pun berlipat-lipat, nak sekat selera makan aku yang mengiler kataanyeee.



Aktiviti memungah Rambutan! wahhh~

Di siang hari, cuaca memanglah amat panas. Engko hengat ado e-cond ke. huhuhu. Mau nya aku dok berebut kipas dengan mak aku. Elak kipas zaman zuhud nenek aku tu gugur ke bumi ajoo. Tak dapek den nak nolog. Kena beli yang baru lah jawabnya. Si bapa yang mithali (sila rujuk gambar di atas) melakukan kerja-kerja ibadah seperti memanjat pokok rambutan. Kesian pokok rambutan itu, yang menahan azab muatan penuh abah aku ni.Jahat aku mengutuk!(maafkan anaknda, wahai ayahanda ku)


** hokkk aloooh !! tengah feeling kampung. Aku tengok kat luar kempopong, macam nak hujan aje! macam dah hujan aje! aku nak kena balik laa. Then azam aku untuk menamatkan riwayat si "Bunohan" tak dapat aku teruskan. Waiting for Part 3, maybe akan terjawabkah persoalan abang Fizo Omar ??**


~ wa salute yang scroll sampai ke bawah ni! thanks babeyy ~