Monday, December 30, 2013

Throw Back - JB & Fraser Hill


Hai korang >_<
Malam ni aku saja nak buat throw back.
Percutian yang tak berapa nak jadi percutian sangat.
Bulan Jun yang lepas. Aku merajinkan diri turun ke JB.
Selalunya setahun sekali aku balik. Tu pun time raya.
This time, ada kelainan sikit. hehee


kelainan apa? badan aku dah susut.
so, ramai sedara mara aku tegur badan aku slim.
Raya yang lepas, sepupu aku siap ejek 'bluehippo'
hahaaa ! jahat giler. tapi aku memang tak sentap.
Lagi ejek, lagi membuak-buak selera makan.
Sampai mak aku pun malas nak tegur. dasyatt!

Jangan tanya aku kenapa aku kurus,
walaupun aku makan banyak. heeeehe
yang itu soalan sentap. +_+


terlanjur dah balik ke JB, aku ambil kesempatan melawat kubur arwah adik lelaki aku.


Gambar diatas memang hobi kiteorang.
Tak sah kalau tak pegi karok. kaki karoks semua ni *tak boleh blah
hehee. melantaklah aku karaoke dari pkul 11 malam pai pukul 3 pagi kalau tak silap aku.
Memang hilang suara kejap. Menyumbang kepada virus demam. huhuhu
Lepas karok lepak pulak kedai mamak sampai pagi.
Memang bertambah-tambah aku tak sihat.



aktiviti siang hari yang seterusnya, keluar shopping dengan sepupu kesayangan aku ni.
Macam adik aku sendiri yang boleh layan kepala aku.
Then memang jadi giler-giler la kalau dah bergabung.


So, hari yang aku nak balik tu. Boleh pulak demam panas.
Macam tak nak balik. tapi sebab nak book tiket awal-awal.
Terpaksa gerak balik. Sorang pulak tu. Mood terpaksa redha.


Keesokan harinya aku gerak pergi Bukit Tinggi, Pahang.
Memang terbaik bercuti dengan demam dan hujan-hujan.
Hahaaa. Teruja giler demam pun dah tak kisah.
Aku selalu pergi genting tapi aku tak pernah pergi Fraser Hill.
So, that why. aku memang excited nak pergi jugak.

Pukul 10 pagi member aku ambil, then kiteorang gerak.
Sampai sana around pukul 12 lebih. Sampai sana hujan renyai.
Tak ape. aku redah jugak. hahaha



Bila dapat jejak kaki kat sana. Rasa macam nak loncat-loncat je.
hik.hik.hik. macam budak-budak rabina kan?
Tapi suasana kat sana sejuk, segar dan nyaman.



Aku beria-ria nak pergi sana sebab bangunanya macam kat obersea (oversea)
tu yang mengila aku nak pergi sana.
Felling konon-konon macam kat venice, tak pun london.


Pintu masuk tu, ada jambatan panjang.
Bawah jambatan ada tasik kecil.
Eh, bukan tasik. Kolam kecik. Nampak swan babe!!
Comel sangat >_<


opss! kat sana memang tak ada MCD.
Kalau korang pusing 10 kali pun memang tak ada.
hehe. itu aku tapau sebelum aku naik atas.
Bekalan. laparrr siot.




Comel kan swan tu?? geram aku tengok.
Aku nak pegang tak berani. Takut dia gigit aku.
Tengok kat tepi ajelah.


Gambaran sebenar dalam bangunan tersebut.
Tak ramai sangat orang datang masa hari tu.
Maybe pergi tempat lain kott.
Kalau korang bernasib baik. ada pertunjukan budaya kat situ.
Kat dalam bangunan tu, ada banyak kedai-kedai comel.
Bolehlah korang mengperhabiskan duit beli ole-ole.
Lepak makan or minum pun memang best.
Bolehlah rasa kat luar negara kejap. hehe
harga aku tak jamin murah.


Sebelum balik, harus bergambar dulu.
huuhuhu. Nampak tak kat belakang tu?
* Fraser Hill *


Tak boleh nak lepak lame sangat. Kejar masa.
Gerak pergi kampung Jepun.
Kena mendaki. perghhh! memang penat.
Hujan plus licin. Must be carefull ohkey.


Stop berjalan. snap-snap kejap. hehee
Berdiri kat tepi tu, rasa macam nak jatuh ke bawah.


Long journey. fuuuhh ketihh den.
Pintu masuk perkampungan tu boleh nampak ciri-ciri Jepun.
Yang ketara. Memang feel kat jepun sangat la.
Sejuk sebab hujan. So, aku tak boleh nak snap banyak gambar.


ada mini air terjun. memang release tension.
macam nak stay lama-lama. Ikan pulak gemok-gemok.


Taraa! dah sampai. ohkey lagi sikit dah sampai.
hehehe. Rumah ala-ala Jepun gitu.
semuanya berasaskan kayu.
Kat dalam tu, ada perkhidmatan sewa baju
hanbok kalau tak silap aku.
Pakaian tradisi Jepun.
Aku malas nak try. hahaa. Rugi kan?

Pukul 2 petang aku dah gerak turun. Banyak lagi tempat aku tak pergi.
Tak sempat, sebab lawatan pendek aje ni.
Insyalah lepas ni, nak pergi lagi sekali.

Round semua tempat yang ada kat sana.
Tapi kena ada camera yang bagus sikit. hehe
Ni pakai camera HP cap Itik. >_<


* Ohkey, Now pukul 12am. Jom tidur *

No comments:

Post a Comment