'' Fiksyen 302 ''
'' Banyak Pembunuhan berlaku''
'' Psychology ''
'' Tahun 2012 ~ tahun 2032 ''
Suspend ?????
Yang penting .....
'' JANGAN PERCAYA ''
'' Banyak Pembunuhan berlaku''
'' Psychology ''
'' Tahun 2012 ~ tahun 2032 ''
Suspend ?????
Yang penting .....
'' JANGAN PERCAYA ''
AMARAN : BUKAN patung ANABELLA !
haha ~ shereemmm (seram) tak ?
Belum baca lagi dah seram bagai. Mention pulak pasal bunuh-bunuh.
Ohkey~agak bertahun aku menunggu untuk mendapatkan hasil penulisan otai yang aku minat.
'' Ramlee Awang Murshid ''
Actually, this novel sudah keluar pada tahun 2011.
Aku yang lampi (lembab) sangat nak dapatkan.
Kedai buku tak restock. aku pulak lupe nak order online.
Sinopsis :
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
Aku baca sinopsis. Aku pikir. tak berapa nak complex. Aku boleh agak siapa dalang di balik watak.
dammmm ! aku tersasar jauh and jauh.
Sampai ke pertengahan plot cerita. Kepala aku semakin pening.
Totally, aku sudah masuk dalam watak. '' JANGAN PERCAYA ''
Then, tak semena HP yang kat sebelah aku hilang.
Adoi~ dasyat betul penangan novel ni.
Baru lepas balas mesej member letak sebelah sudah hilang.
(ultraman taroo betul la! ke salah tarok ?)
Fine! aku malas nak pikir, aku malas nak cari.
Aku just ingat tag novel ini "JANGAN PERCAYA"
Kat bawah, korang boleh baca plot cerita, watak.
Yang malas nak pikir or selalu baca pasal cinta.
Boleh kot kalau nak paksa otak korang berfungsi secara semulajadi.
Kat bawah, korang boleh baca plot cerita, watak.
Yang malas nak pikir or selalu baca pasal cinta.
Boleh kot kalau nak paksa otak korang berfungsi secara semulajadi.
************************************************************************************************
Fiksyen 302 mengisahkan sebuah plot balas dendam oleh tunang kepada Zarina Mustapha yang telah mati dibunuh dengan kejam. Mayat Zarina ditemui dengan keadaan muka yang teruk dan sukar untuk dikenali. Suspek utama pembunuhan, Datuk Mahali dan Sabri dilepaskan oleh mahkamah atas keputusan tidak bersalah sekaligus melepaskan mereka daripada hukuman mati mandatori di bawah kanun keseksaan 302.
Seorang demi seorang yang terlibat dalam kes pembunuhan Zarina dibunuh dengan tragis oleh Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah yang kesemuanya adalah pesakit mental yang telah dibebaskan daripada Hospital Permai Johor Bahru yang telah disahkan pulih sepenuhnya oleh Dr. Rozlina. Pembunuh-pembunuh ini melakukan pembunuhan ke atas pelaku-pelaku jenayah, melakar "302" pada dahi mangsa dan kemudiannya menelefon polis untuk membuat laporan serta berbogel semasa diberkas oleh pihak polis. Mereka mengaku tidak bersalah dan mendakwa pembunuhan itu dilakukan oleh Zonan, roh jahat yang tidak berwajah. Zonan boleh muncul di mana-mana dan boleh datang sesuka hati serta sangat kejam. Sekiranya mereka tidak melakukan pembunuhan tersebut atas perintah Zonan, mereka sendiri akan menjadi mangsa pembunuhan kejam Zonan.
Tambah suspen lagi bila peguam bela Lan Lani iaitu Noorhafiza Izura mendakwa diganggu oleh Zonan yang bertopeng putih tanpa mulut dan hidung, hanya kelihatan mata sahaja di parkir kereta dan di rumah beliau sendiri. Pembunuhan kejam Nurul, pembantu Noorhafiza yang bekerja di firma guaman Sainoh & Co. tambah mencelarukan keadaan kerana Nurul tidak terlibat dengan kes pembunuhan Zarina. Pihak polis agak sukar mengaitkan kes pembunuhan Nurul dengan kes pembunuhan mangsa-mangsa lain.
Penampilan watak Dina binti Din teman wanita Farid Ja'ah juga mengundang konflik dalam penceritaan Fiksyen 302. Dina yang kuat cemburu juga mempunyai perwatakan yang cukup membahayakan kerana beliau sanggup membunuh demi kekasihnya, Farid.
"Jangan Percaya" pada diri anda sendiri kerana pengakhiran Fiksyen 302 tidak seperti yang anda jangkakan.
**************************************************************************************************************************
Aku bagi korang baca half ajelah.
Nak gak korang rasa macam yang aku rasa.
Bila baca novel ni. Cabaran !
Puas hati aku ! Habis pun baca.
Haha (gelak jahat)
Nak gak korang rasa macam yang aku rasa.
Bila baca novel ni. Cabaran !
Puas hati aku ! Habis pun baca.
Haha (gelak jahat)
Jam menunjukan pukul 02.15am.
Ade hantu? kiki
Selesai sudah misi aku.
" korang bila lagi?? selamat membaca "
Ade hantu? kiki
Selesai sudah misi aku.
" korang bila lagi?? selamat membaca "
No comments:
Post a Comment