Friday, December 13, 2013

Ayat-Ayat Cinta Dari PU Rahmat


Salam Jumaat =)
Wahai bidadari & bidadara.

Kisah seorang perempuan melamar seorang lelaki beriman.
Kerana mencintai dan ingin bersuamikan lelaki itu.
Maka si lelaki itu menjawab, 'tidak kisahkah kamu jika menjadi isteri kedua ku?'
perempuan itu terkejut. Lalu di lelaki itu berkata.
'kerjakan istikharah, mintak dari petunjuk Allah'


PU RAHMAT-AYAT CINTA
aku bukan bidadari, bukan juga pari-pari

Siapa yang tengok Mimbar Pencetus Ummah semalam?
>_< perghhhh ! memang menangkap syahdu babe.

Peserta Favorite aku. Memang tertunggu-tunggu persembahan dia.
Aku kan mewakili mak cik-mak cik bedah , kak jemah, hantu kak limoh.
Memang minat kat dia abis-abisan. hehee

PU Rahmat dapat tajuk yang sangat tetap.
Filem 'Ayat-ayat Cinta'
Pembukaan pentas dengan lagu tema filem. Nyanyian Dato' Rossa.
Memang tangkap pilu,leleh air liurr.
air mata semua keluar. (tak caya?)
Boleh tengok ulangannya nanti. OK?


AYAT CINTA PU RAHMAT


Hati mana yang tak cair bila bercakap soal cinta?
Perasaan mana yang tak tersentuh?
Alamak! aku emosi terlebih pulak. terbawak-bawak feel semalam.

Part yang aku suka, bila dia cakap.

'' Cintai Allah sebelum mencintai makhluk-Nya ''
'' Carilah Cinta Allah, Insyallah kita temui cinta sejati ''


AYAT CINTA PU RAHMAT


Semalam ramai jugak yang mengalirkan airmata.
Kira PU Rahmat sudah pandai tackle hati penonton.
Tak kira genre, golongan tu atau muda.

kesimpulan aku :
Beruntung si isteri memiliki khalifah atau ketua keluarga yang memiliki hati yang penuh Cinta.
Secara automatiknya dia juga akan mengerjakan sesuatu Jihad kerana Allah.
Tak hairan kalau ada hati isteri yang ikhlas dimadukan juga kerana Allah.
kerana itulah sebenar-benar ' Payung Emas ' 



No comments:

Post a Comment