Tuesday, December 17, 2013

# 10 FAKTA Tentang Bella Luna


Entry ni Khas untuk orang-orang yang nak tahu pasal aku. (ade ke yang nak tahu??)
Ohkey, macam syok sendiri. haha.
So, aku memang tak reti nak tulis biodata formal.
Sebab tak nak kena bahan. Orang cakap aku ni 'Baku' sangat. kui kui
Antara 10 fakta yang terbesar dalam sejarah kehidupan aku.
Cehh! ayat tragis giler. Tak hinggat.


#1 - Aku dilahirkan pada 09-Dec-91. Aku baru aje 22 tahun 8 hari. hehe.
Siapa-siapa baca Mental Level aku. Igore pls. sesunggunya aku belum masuk 3 series lagi.

#2 - Tempat kelahiran aku di Jalan Gambang, Kuantan, Pahang.
Aku di hanyutkan ke Johor Bahru dan membesar dengan cara dan percakapan JB. kiki

#3 - Mixed blood? maybe? haha. Tak tahu nak cakap ade ke tak.
Ikut warisan ayah aku. Kelantan-thailand-arab.
Kalau ikut warisan Bonda aku. Johor-bugis-aceh.
Macam tak berapa nak mix & match. haha. Reghaa

#4 - Aku anak no. dua dari empat adik beradik.
1st mestilah kak long kawasan ,
2nd aku yang entah ape-ape, 3 arwah adik lelaki aku. Last sekali adik lelaki bongsu yang kepoh.
hehe. kena potong. nanti dia gigit aku. haha. Sudah habis SPM pun adik aku.
Bulan 1 nak masuk Kolej. Good Luck Bro.

#5 - Bekas pelajar. Sek. Rendah. Taman Damai Jaya.JB
Juga Sek. Rendah Kampong Pasir. JB

#6 - Sekolah rendah dulu. belum mumaiyis, belum matang dan seangkatan dengan maksud tersebut.
Aku aktif Menyanyi. Wakil sekolah dalam Bintang kecil.
Cita-cita konon nak jadi Penyanyi, nak kalahkan Kak Siti. hihi (poyo terlebih)
Terpilih menyertai Koir Nyanyian Lagu Kebangsaan untuk Malaysia Book Of Record.
Then aktif juga dalam Coral Speaking.
Tapi sampai sekarang hampeh cakap English. haha 

#7 - Selepas tamat UPSR, bajet-bajet sudah matang konon.
Aku kena paksa diri aku mendaftar Form 1 di Sek. Men. Dato' Abdul Rahman Yassin.(JB)
Sekolah pengumpulan budak gangster. No choice babe. sekarang tak lagi.

#8 - Zaman sekolah dulu pun, aku pernah kena buli. Aku tahu nikmat kena buli tu. haha.
Yela~form 1 kott, hinggusan lagi. Tak belajar nak protect diri sendri.
Bajet orang lain tu baik aje dengan kita. >_< Kak long kawasan aku pun tak boleh back up.
Tak tahu ape salah aku, penuh contengan nama siap pakej dengan kata makian dalam tandas.
Aku cool aje. Buat bodoh sudah. Sampai masa diorang penat jugak. Alhamdulillah.
Setiap tahun aje ada yang akak-akak @ abang-abang senior sukarelawan jadi back up terbesar aku.
Kelakar giler kalau hingat balik. Thanks senior !

#9 - Bila sudah matang, hehe. aku pun mula melasakkan diri aku. Masuk Kadet Polis.
Latihan lasak dah terbiasa. Bumping atas jalan tar. Guling dalam lecak, Kawad dalam hujan.
Masuk hutan. Agak extrem. Nasib tak jadi tomboy. Walaupun rambut macam jantan mase tu.

#10 - Cer'try tanya budak Johor. Wajib ke tak pergi sekolah agama & mengaji ??
Ape rasanya kalau tak pandai baca jawi, ngaji or failed dalam sekolah agama?
Pergh. aku pernah rase diri ini, bodo yang amat. Mase mula nak belajar baca jawi,
ngaji Al-Quran, nak kuasai bahasa Arab lagi. Memang nangis wa cakap lu.
Umur 7 tahun dah struggle exam sekolah agama dan sekolah rendah. hehe.

#11 - Nama sebenar aku. Siti Nabila Binti Ramlie.
Bella Luna nama tak commersial aku. hehe


biodata-10fakta-bellaluna


opps~ opp~ terlebih sudah!
Banyak fakta yang aku tulis. Siap kenangan bagai.
Lain kali jangan suruh aku tulis bab biodata. haha
Cikgu sekolah pun taubat nak bagi aku buat karangan.

Aku tak tahu nak sambung lagi ke tak.
Kalau ada niat nak suruh aku sambung lagi. Boleh feedback kat comment. hehe.


** Thanks for reading aweks & pakweks **


No comments:

Post a Comment