Thursday, February 27, 2014

My Routine : Every Night


Petang Pepps =)

Hampo semua sihat naa? hehe. tetiba nak asah bakat cakap utara ! huhuh. tak boleh blah. Semua mandi ke tak hari ni? iskkk.. iskkk.. mentang semua tempat dah terkena virus program catuan air. Iolls opkos la mandi, tak payah nak sembur minyak wangi. Tapi tunggu sat lagi, bauu ashem kemainnn lagi. heheee. Tak apelah belajar berjimat cermat. Hujung bulan tak payah bayar bill air banyak sangat. Boleh menabung. ye dok? wink wink T__T

Aku sambung topik kita hari ni k, lari sangat mukhadimah aku tadi. Actually aku saje nak mengkobar kat hampo semua, yang siapa-siapa mengalami kulit kering tahap bersisik + boleh salin kulit macam kulit ulor tu. Meh aku nak kongsikan sikit petua untuk mendapatkan kulit yang lembab dan lembut ibarat bayi. Nak tak? Was-was?? Dont worry be happy gigirl, we olls dapat petua fresh-fresh dan panas-panas dari Doctor facial akak i. huhuhu. Sungguh gedik benor kan.

Aku ni memang ade penyakit yang suka perpuas hati dengan apa yang aku ada. ehehe. Eh? baguslah kan? bersyukur dengan aku ada. Tapi apa yang tak bagusnya, aku suke ambil sikap sambil lewa bab penjagaan muka ni. Dulu, time sekolah aku belum lagi di anugerahkan mutiara-mutiara menghiasi kulit muka. Kawan-kawan yang lain semua dah dapat tanda-tanda kematangan. huhu. Bukan bermakna aku tak matang k. haha. Just hormon tu datang semasa aku berumur 20-an.
Kawan-kawan yang dulu mencemburui kulit ku yang gebu gebas, kini tidak. Oh! tidak. Sebab dulu aku tak berjerawat now bertingkek-tingkek pulak. Macam bermarathon ye kau jerawat. Haihh!! pening aku cari cara nak hilangkan jerawat ni.
Kawan-kawan yang dulu kulit bermasalah dah meletops dan gebuss sekarang. Plus now, kulit aku type kombinasi kulit berminyak dan kering. Minyak tu dah satu hal. Bab kulit kering ni kalau make up paling aku tak suke, nampak berkerak-kerak. Ouh. sumpah stress giler!! ok, nasib tak giler.


https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

Muka aku setelah dibersihkan tanpa sebarang alat make up dan seumpanya. Maap! aku berpeluh sikit sebab nebos !!
tak adelah aku sibuk belit tudung tu. Apekejadah aku pakai tudung memalam. hik hik. Habih nak buat tutorial kononnya. hahaha. Tapi aku belum tahap buat kerja gila nak upload kat youtube k. ahaha. Malu denn ! Sepatutnya sebelum nak kruuhhh~kruiihh (tidor). Sila basuh muka anda sebersih-bersihnya iiye gigirl. Kalau nak dapatkan kulit yang suci bersih ibarat Nelydia senrose. hehe. Haruslah cuci muka sebelum tidur. Sebenarnya aku dah jatuh hati tengok kulit die. Muda remaja gitu. Ada ke mahkluk tak cuci muka sebelum tidur?? hahaha. Adelahh. aku salah sorang nya. Sebab bila balik dari jalan-jalan dah pukul 2-3 pagi, basuh kaki then masuk bilik teruss bamm !! tidurrr (kruiihh-kruihh)

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

See,, nampak tak kesan dari sikap pemalas aku tu. Pikir kalau aku skip cuci muka sebelum tidur. Cuci time bangun pagi je muka aku tak tumbuh jerawat. Teori aku salah dan salah. huhuhu. Memula tak kisah sangat kalau tumbuh sebijik dua. Ape la sangat. tapi bila dibiarkan makin lame, makin banyak pulak geng-geng jerawat di camping kat muka aku. Bikin wa panas je. hehehee. Tak ape,, tak pe. bagi peluang dulu. ^__^


https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

Alamak ape tu? Minyak Kelapa Dara?? yupp anok-anok.. Aku akan apply kat muka sebelum aku nak tidur. Tak payah letak banyak-banyak. Kang ade pulak jadi orang minyak. kikiki ^_^ Korang letak sesedap rasa aje, macam korang apply pelembab muka. Best ke pakai benda tu? opkos la. tak kan aku nak bagi petua yang tak boleh pakai kan. Bila bangun pagi cuba usap muka korang. Akan rasa smooth dan lembab. tapi tak berminyak ok. Kulit rasa macam baby. Tak caya boleh try malam ni ok. Brand ape pun boleh, Asalkan Minyak Kelapa Dara tau. Minyak kelapa tak dara tak pernah pulak aku dengar. eheee T_T

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

Port jerawat melepak sekarang kat pipi, bawah hidung and dagu. Sungguh menyakitkan muka aku dan menyakitkan hati aku. hahaha. Makin stress makin naik jerawat itu. huhu. So, just ignore ye babeh !! Minyak Kelapa Dara ni bagus tau, memang tak secara total boleh hilangkan korang dengan sekelip mata. Atleast boleh membantu mengurangkan jerawat dan mendapatkan kulit muka yang glowing.

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

Kalau kulit tak berapa nak kering sangat, korang boleh selang sehari atau 2 hari. Means seminggu boleh try pakai 2-3 kali aje. Yang kering tu, korang opkos kena apply hari-hari. Tapi jangan banyak-banyak ok. Nipis-nipis je.
Aku dapat tips dari akak specialist kulit, dia kata better selang selikan rutin penjagaan muka kita dengan sabun beras.

Why? tak percaya?? ini kisah benar k, aku memang tak suka buat statement bohong.
Sepupu lelaki aku penuh jerawat kat muka, semua produk muka dia dah try. Lastly guna sabun susu beras.
Kulit dia bersih, cerah dan putih. Eh, die memang putih macam mat salleh pun. hik hik. tapi bekas merah-merah jerawat memang tak adela. But semua ni makan masa. Lagi-lagi dah meningkat umurnya.
Hormon semakin menurun, then macam-macam toksid ade dalam badan. Usaha ok! tangga kejayaan !


p/s : Sesiapa nak beli sabun susu beras boleh klik LINK ni.. Murah aje dia jual. Boleh beli banyak-banyak then kongsi dengan kawan or family !! Happy Hots day ^_^


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Wednesday, February 26, 2014

# 7 Silent Wednesday




p/s : sekali imbas tengok macam tak ada ape-ape kan? cer,,tengok carian yang bawah sekali.



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Musim Panas ohh Kemarau


Assalamualaikum dan selamat pagi rabu semuanya ^__^

haiihh,, lebih seminggu menunggu mase terluang nak update blog. huhu. sadis sungguh biarkan blog tak berpenghuni kan. Nasib tak jadi ''Ghumah Hantu'' hehehe. Guwa ni sibuk sangat mengalahkan Encik Menteri. Hadoii !! banyak moment terlepas. Padahal niat murni sesuci minyak murni nak update segala benda yang aku buat. kiki. Walaupun orang lain tak nak baca. Buang masa katanya. Tapi tak ape, 1 day aku selongkar blog aku ni. Nak baca apelah aku mengarut. hehehehe.
Hokey,, tak mengarut lagi. ^__^

Perasan tak? bukan perasan cun or hensem yee. hehehe. Korang perasan tak, tiap-tiap pagi aje cuaca mendung macam nak hujan rupa-rupanya jerebu di pagi hari. Sambil mengeluarkan bau yang kureng enak di hidung guwa. Sorry, peribahasa sesedap rasa dan perencah aku je ni. wink wink T_T

Summer day ? bunyik macam best je kan?? kalau dok obersea memang seronoklah. Ehehe. tak payah nak ober imagine sangat, feel kat London ke Paris ke. hehee. Memang tak panas la. Pengalaman dari orang-orang ke obersea, musim panas seronok pergi laut bermandi-manda. Mase tu la ade fashion-fashion 'bikini bottom' ala Si Sandy cerita Spongebob tu. hahaha. Kalau kat Malaysia punye Summer day?? huurm.. korang paham-paham ajelah. tak payah imaginasi terlebih. heheeh. Memang jadi 'Rentung day' la jawapnya !! huhu.

So, semenjak 2menjak 3 menjak dan bermenjak-menjak. (banyak benor menjak-menjak ni)
Disebabkan aku tak post something yang berguna buat masyarakat sebelum-sebelum ni. hehehe. Today ade pesan khidmat masyarakat dari aku A.K.A Dr. Nab. Tak glamor benor name + Oldskool. Hihihi. yela tak mahu kalah dengan Dr. R 'hot f.m' konon nyee.



Di musim kemarau plus dengan panas yang membara ni. Pls ye, minum air kosong banyak-banyak.
Kurangkan aktiviti luar rumah. Nak jogging pun macam tak best je kan. Hirup udara yang tak sihat. hehhee.
Jangan nak ambil kesempatan nak berMC je. penuh aku tengok Klinik dengan pesakit.
Hutunggg arrr. jadi Doctor ni. hahhaa. Wehh! bayaran klinik sekarang makin lame makin naik tau!!
apelaa aku merepek ni. Sorry again people. T_T




Dulu aku kalau kemarau sikit je, dah sibuk buat Solat mintak Hujan. Nowday, macam tak kisah je kan?
Ape dah jadi ni?.. hurmm, dengan isu catuan air lagi kat selangor ni. Tapi baru sikit ujian dari Allah.
Untuk sedarkan orang-orang yang dah salah gunakan kuasa mereka.


p/s : Dr. R (rosyam nor) kata nak bagi hujan kat malaysia ni. Kena kumpulkan katak. hahaha. Semalam kat berita TV3, kerajaan nak buat 'benih taburan hujan' lebih kurang macam tu la. Hope sejuk sikit bumi malaysia. Ingat ! jangan main API ok, nanti terbakar hutan !! ^_^




'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Saturday, February 15, 2014

Jom TURUNKAN Berat Badan !!!


Selamat Tengahari Blogger & Pembaca semua ^_^

Eheeee.. Uolls ape khabar? sihat?. Kesian korang datang menjenguk teratak piscisan aku ni tanpa penghuni. hehehee. Nasiblah tak bersawang sampai tumbuh lalang. Aku dah standby penyapu aje ni.  Melampau benor ayat aku ni. hahahaa. Dahlah tak lawak, gelak sendiri pulak. mihmihmihh. T_T

OK, Korang mesti tak menyabar aku bukak topik yang ituuu.. ala yang beleh turunkan berat badan tu. Eheee. Ape rahsianya ye?? Padahal aku pun tak kurus mana pun. Chubby macam korang-korang jugak. So, orang yang kurus tu tak payahlah nak baca. Buat i lagi jelos aje uolls. hahaha. Sorrylah aku tak menghalau pun. Silakan, kalau nak baca. Boleh share teknik dan aplikasi yang aku buat. kikiki.

Aku sebenarnya cemburu dengan orang yang slim-slim tu. Pakai baju ape semuanya beoleh masuk. Boleh match. Pendek kata walaupun korang tak tinggi tapi still looking good. uhuuu. Aku jugak yang menangis frust. Sebab badan semakin membesar mengikut peredaran umur yang semakin bertambah. huaagggrrr !! tu la, dulu mase slim-melim sibuk nau nak naikkan berat badan.

Nah! hambik kau. Bila lemak-lemak berjaya diternak dengan jayanya. Usaha gigih selama bertahun-tahun aku memang tak sia-sia. Memang sangat-sangat membuahkan hasil lemak tepu yang bertengkek-tengkek, macam apartment. Tak pun KLCC. hahaha. Nampak nau menipu kan? tapi tulah kenyataan. Nak gemuk tak susahlah der. Cuma perlu makan banyak mengikut waktu yang ditetapkan. Nak-nak melantak tengah malam lepas tu tidur. Pergh.. memang terbaik dari ladanglah !!

Aku tak nak cerita cara naikkan berat badan. Point aku macam mana nak turunkan berat badan dan mengawal selera korang yang selalu berada di kemuncak. wink wink T_T Hampir seminggu lebih aku berjaya mengawal nafsu makan aku.
Selama itulah aku terpaksa tolak tepi makanan kegemaran aku. Fuhhh~ kau pikirin emang gampang mahu lupain makanan favorit guwe ? aduhh. bikin sebal banget nih. hehee. Tettiba aku jadi bibik surti. ^_^

Korang have to say "NO" to : Makanan ringan bahasa jawenya Junk Food. Macam kropok penuh MSG. Aku tahu bila korang tengah diet. Konon tak nak makan NASI sangatlah. Tapi korang duk melantak makan Twisties, Mr Potato dan makanan yang sewaktu dengannya. Korang makan benda-benda tak berpaedah tu, semata-mata nak mengaburi selera raksasa yang membuak-buak kan? hahaha. U got wrong my dear. Nak tahu tak? snek ringan macam itulah yang akan buat korang punya lemak berlipat kali ganda banyaknya. Bunyi macam seram kan? Bila banyak sangat MSG dalam badan, tak elok tau. Boleh mengundang banyak penyakit. Darah tinggi dan sakit buah pinggang. Badan pun tak ada zat. Yang ado lemak haih.

Kalau lapar sebelum masuk waktu makan? Ok, teknik yang aku aplikasikan ialah makan 'Oat ataupun biskut marrie' yang lain kena tolak jauh-jauh (masuk kubur). Biskut juga tergolong dalam makanan membunuh diet korang k. hehe. Take nOte pls!

Say 'NO' to ~ '' Fast Food Fast Die ''!!! perghh..lagi scary. ahhaha. orang yang bagi tips ni pun bagi ayat macam nak membunuh pulak ye. mihmihmihh. Aku terpaksa jauhkan diri dari tengok Makanan favorite aku. Dalam mata aku ni sekarang terbayangkan MCD ! KFC ! PIZZA!! menari tanggo dalam kepala hotak aku ni. Menjadi satu penyeksaan batin bagi diri aku.

Say 'NO' to ~ Minuman bergas, bikabonat, minuman manis-manis, teh, kopi, milo dan bersusu lemak penuh krim disukai orang ramai. Panjangkan amanat aku tu? haha. Aku lapar just minum air tanpa gula dan garam tau! huh.. air ape? air kosongla. tu yang paling sedap untuk orang diet macam aku. hahaha. Awek-awek kena ingat, jangan diet secara memvavi buta. Nanti badan jadi lemah dan tak bertenaga. Aweks jugak yang sakit. hehehe. Balaks yang jaga. ^_^

Semua say NO !! ape yang YES nye?? hahaha. Say YES to healthy food ! yes u can do it! macam iklan kesihatan kan. hihihi. So, aku sarankan korang banyakan makan sayur hijau. Sebab bila kita tengah berdiet ni, proses pembuangan kumbuhan kotor akan sikit terganggu. Aku memang nasihatkan uolls makan sayur fiber. So senang nak BOM tandas nanti. hahaha

Ok, untuk seminggu ni aku amalkan cara pemakanan macam mana ye? Actually, semua diet aku dah try. Tapi aku tak istiqamah. Bila tak istiqamah. Maksudnya tak ada disiplin dan semangat yang kuat. Semua plan-plan diet akan hilang ter'flush dalam toilet rumah korang. So mental kena kuat, siapkan target berat yang korang nak. Let say dalam sebulan aku berazam nak turukan 4kg. So, kena usaha capai benda tu. Kalau tak tercapai jangan menyerah. Kena usaha lebih sikit je. Maybe kena bersenam untuk dapatkan bentuk badan yang cantik dan sexy liur terliur gitu.

Mehh !! bonus untuk yang membaca blog aku hari ni. Aku kongsikan Plan Pemakanan aku.

08.30 am - sampai offices aku akan ambil Supplement or makanan tambahan aku sebagai sarapan. Pantang untuk supplement aku ni, memang tak boleh minum teh, kopi, milo dan bikabonat. Sesuai dengan rules diet aku la. hehe.

10.00 am - Sepatutnya selepas 1jam aku boleh ambil snek. Tapi lepas aku minum ambil suppliment. Aku akan kenyang. Around that time aku akan minum susu panas campur dengan kulit kayu manis. Kebiasaanya aku tak rasa lapar. Oklah nak tunggu waktu lunch. kalau lapar? Ambil biskut Oat atau pun cornflakes macam tu je. Tak lupe minum air kosong !!

01.00 pm - Lunch time aku akan makan lauk (ikan atau ayam) dengan roti penuh serat. Bukan roti gandum k. Aku ambil 2-3 keping memang dah terasa kenyangnya. Jangan lupa waktu pagi ke tengahari better minum air kosong 2-3 liter ok? korang mesti ok punya. tak kan rasa lemah.

04.00 pm - Petang macam ni memang terasa lapar. Depend pada kerja yang korang lakukan. Boleh makan buah macam epal, buah lai, buah tembikai pun rendah kalori. Tolong refer kat google before set up buah ape korang nak ambil. Takut tinggi kalori.

06.00 pm - Masa untuk makan malam, boleh makan sayur dan roti kalau nak. Sebab aku memang tak nak makan nasi. Perang dengan nasi buat sementara waktu. hehehe. Jangan lupa kena minum 2-3 liter untuk waktu lepas lunch ke malam.

(waktu malam) kalau lapar boleh kunyah buah dan minum air kosong. Aku disiplin skit sebab sebelum tidur aku akan kosong kan perut 1 jam sebab nak minum supplement lagi. wink wink



https://glamorousbybellaluna.blogspot.com



" aku bukanlah nak kurus macam Scha Al-yahya. Sedor diri ni katik. hehe. Tapi aku nak berat badan yang ideal !!
Doakanlah aku berjaya dalam proses menurunkan berat badan. Tak makan nasi adelah rasa badan ringan skit.
Naik tangga pun best je. Yang paling best mak aku tertukar orang. die pikir aku ni akak aku. yela aku kan chubby! ''




'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Monday, February 10, 2014

Fenomena : Wak Doyok Malaysia


Selamat Petang Semua ^_^

Breaking News ! Trafik blog aku mencanak naik 2-3 hari ni disebabkan kata carian 'Siapakah Wak Doyok'
Mungkin kerana tidak disengajakan korang nak taip key words tersebut then keluarlah blog cabuk aku ni? hehee.
Terharu aku. isk..isk.. Apeape pun thanks to uoollss. Baca entry pasal Wak Doyok tu.





Memang aku mengunakan ayat yang ringkas dan entry tu memang seringkas-ringkasnya. Tanpa ada ayat-ayat membina. huhu. Lepas tu sumber semua aku main cedok-cedok kat internet. Dengan bantuan Wak Google. hehehe.
Sebab aku tak expect korang akan cari mamat bermisai ni. Aku rasakan popularity wak doyok mencanak-canak naik selepas beliau menghadiri ''Anugerah Meletop'' jumaat yang lepas.

That why, korang semua berlumba-lumba cari siapa mamat ni kan? mimimihmihh . Aku pun kurang info pasal dia.
Sebab wartawan pun kureng nak Interview dia. Maybe sebab dia bukan artis. Tapi more to fesyen kan? Aku nak interview dia? hahaha. Omaaigadd !! Memang aku caras kerja wartawan-wartawan kat Malaysia ni. Opss Maaf ! tak ade niat pun nak caras-caras ni. hik hik. Better jadi wartawan tak berbayar. kiki. Macam kiah propa pulak gamaknye.

Tadi aku saje teropong Instagram Mr Doyok ni. Pestime teropong nih. hehehee. Pasal yang FB tu korang mesti tertanye-tanyakan. Betul ke wak doyok tu nak add aku? HAHAHAA. Hambik kau. Gelak besar nampak. Jawapannya memang TAK la!! manelah dia ade masa nak FB-FB bagai. Lagi punya baik hati nak add orang lain. Macam gila fofulariti sangat kan?? huhuhuu.
Siap berbahasa-basi bagai chat dengan aku. Saje aku layankan. Rupanya ada orang obses dengan Wak Misai ni. Tak boleh marah ye abang Misai. Awak dah semakin femess. hehe

Jom layan Abang Misai punya gamabr. Aku rembat kat Insta dia. Jangan marah ok ^_^
Kita pinjam sat nahhh =)




hahaha !! yang ini kelakar. Selalu orang tanya. Tak panas ke fesyen yang wak doyok pakai??
Dia fashion designer, lantak dialah nak bergaya macam mana.
Kalau korang rasa badan selalu sejuk masuk angin. Boleh try bergaya macam dia.
Kompem tak ada masalah kembung perut lagi !! hehe.
Tengok macam Wak doyok. mana ada bun--cit. ^_^ peace yo


Muka nampak ganas, Hati ada taman wo..
Terkedu i tengok u main piano Mr. Misai ! haehehehe
sweet benor aku menengoknye =)



hahhh~ yang ini muka beliau mase suci murni ok.
Nak ngurat ?! ok. sila ke Instagram beliau.
Tata uoollss !! muaaaahhh xoxo



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Friday, February 7, 2014

Penangan si Retiss !!

** Hai, saja nak menghapdate picture dari kawan aku yang terlebih kreatif..
entry ni suka-suki hati aku aje. Hobi kiteorang memang suka mengarut.
Watak di bawah tak ada kena mengena antara hidup dan mati . hehe. Sekian dan maklum **


1ST - Kawan aku si Lya merangkap tukang mix & match lukisan-lukisan kiteorang. haha
Sampai hati kau singkirkan Scha demi berada disamping Awal. ^_^ mihmihhh


Di sebabkan muka member aku ala-ala Siti sarah sikit. Kiteorang kenenkan dia dengan shuib.
hihihihii. Rasa macam sweet couple plak. Mentang-mentang Maharaja Lawak Mega malam ni =)


Ni hah lagi sorang, tergila-gilakan si Keith Foo. hahaha. Tak abis-abis cakap pasal keepoo.
Fenomena betul Arina Rose ni. Sabarr je la. Tapi cer tegok pic keepo tu. Apsal pakai skirt?
Lyia ko salah pilih pic ni. hehehehehee


eerrrrr . yang kat atas tu Pic sape erk??? hahaha. Ade ke patut letak TMJ.
Sikit pun tak seiras ok. Mengarut betul kawan aku ni. Bila tak ada kerja.
Otak masuk air. ^_^




'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Al-Kisah : Kes Penceraian Kami


Selamat petang Jumaat yang Berkah ;)

Semoga kalian semua sihat hendaknya. Ohkey, aku tengah ambil mood 'keghairahan' bak kata blogger Zack. hahhaa.
Sungguh puitis bahasa mu. Tapi aku kena tolak mood marah-marah. Tak pasal-pasal boleh mempercepatkan proses penuaan di muka ku. hik hik hik. So, smile always ok ^_^ nak muda punya pasal.

Merujuk perkara di atas, aku dan P1 sah bercerai pada 23-JAN-2014. Perasan tak ?? macam surat kiriman rasmi. hahaha. Saje nak bagi feel dramatic sikit. Walaupun aku banyak mengarut bila menaip entry.
Korang baca pun turut blur semacam. Aku salute babe! hehehee. thanks for reading my blog.




Alhamdulillah.. akhirnya selesai jugak kes aku ni. Tak adelah dok meroyan sorang-sorang pikir pasal benda ni.
Nasib aku mungkin baik sikit dari lain. Ade aku dengar kes diaorang tertangguh dan tak selesai.
Aku harap pihak P1 lebih bertanggungjawab menyelesaikan hal CTOS dan Termination yee ??

Berbalik kepada entry semalam, sambung perbualan aku dengan Wakil dari Ex-husbeng.
Dia tak patut cakap aku tak pulangkan modem. Then cakap pihak diaorang tak dapat kesan modem tersebut.
Tak kan aku nak simpan benda tu kat rumah. Rumah aku bukan muzium. Banyak lagi barang aku tak buang-buang lagi.
Rumah pun bukan besar mana. hahaha. So, better aku pulang harta benda bukan hak aku.



Actually, before aku pulangkan modem bulan 10 yang lepas. Pembayaran untuk penutupan akaun sudah aku langsaikan. Tinggal tunggu email or SMS dari P1 yang mengatakan aku boleh pulang modem.
So, tunggu punya tunggu dapat bill tertunggak. Tu yang wat semak kepala aku. Tetiba pulak kena CTOS.
hurmm.. mahunya aku tak jadi Hulk warna Pink. (walaupun ganas tetap comey) hehehehe.

So, aku memang fight kes ni habis-habisan. Melibatkan masa depan gak oii. huhu. Sebelum aku refer akak angkat aku si Lawyer. Refer je kot, belum sampai nak pakai khidmat dia. hahhaa. Alhamdulillah. tak sampai sebulan kes dah tamat.

Nasihat aku? urm.. siapa-siapa yang nak hentikan perkhidmatan dengan P1 better pergi dekat Centre besar P1 kalau tak silap aku kat PJ. alaaa korang search aje lah. Banyak maklumat kat google. Takut jadi kes macam aku.

For P1?? aku tak boleh nak cakap P1 fully tak bagus. Memula dulu services ok, feedback cepat. Tapi, makin lama sistem pun tunggang langgang. hopefully P1 dapat berikan maklumat yang secukupnya kat pengguna. So, mereka-mereka tak buat silap dan baikot P1. Bukan aku tak kesian pasal isu P1 kena Boikot. Tapi cara korang buat bisnes tu kurang menepati citarasa rakyat malaysia gitu.

Peace no war !! aku bebas sekarang. hehehe. No CTOS lagi !! Boleh rujuk gambar di bawah ^_^




'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Thursday, February 6, 2014

#SBBYEOS2014 : Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014


Assalammualaikum dan Selamat Petang wahai pembaca sekalian alam ^_^

Eh korang pergi event tu tak? alaa.. yang ade blogger otai tu.. kui kui kui. Sebenarnya kan... aku dalam dilema ni.
Samada ada nak pergi ke tak event Sepetang Bersama Blogger 2014 anjuran Encik Amir dari Denaihati.com
Sungguh pening aku dok pikir-pikir dari pagi tadi. Pusing-pusing kepala sampai pening iolls. hahaha.
Hari tu ade gak tanye adik lelaki. Dia plak tak nak pergi.huhu. Ye la sibuk study. Aku pun malas nak kacau student life.
So, kakak kau yang bukan student ni nak tanya korang,korang dan korang semua. Boleh ???


Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Ada siapa-siapa yang pergi event tu tak? eh rasanya dah 2 kali tanye. heheh. Lantaklah ko makjemah.
So, soalan ke-3 aku. Ada siapa-siapa sudi pergi event tu dengan aku tak? Boleh la kita berjanji dan berdating bersama-sama nanti. Tak kan aku nak pergi event tu sorang-sorang, then dok tercatuk, melaghu dagu kat meja tu. Segan laaa. eheee..
kite buat muka cutee ni T_T  tolong kesian skit. hehehe.

Eheh!! nampak sangat menipu kau bella. Aku tengok kat web site dorang lebih 100 blogger sudah pun mendaftar. Tak caya? jom check ! Sebab tu la aku sangat malulah wehh. sudahlah tak pemes. Blog pun ala kadar, macam bayi belum pandai merangkak. hehehee. Nak pulak pergi event besar-besar ni ada otai-otai blogger. Aduyaii ! stress sendiri pulak. hahaha. Hurm.. macam tak nak pergi je. Macam nak pergi je. haiihhh.. hahahah. Bergaduh pulak dengan diri sendiri.


Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014


Kalau ada siapa-siapa yang rasa macam nak pergi rasa macam tak pergi sebab segan.
Kite gengg la! so boleh contact aku kalau korang join. Ade gak aku member.
Baru boleh daftar . eheheh . Sayang awok semua la !!!

'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Keputusan Kemenangan Milik JDT




Apa kes dah ni ?? hurm. actually, kalau tanya aku beribu-ribu kali. Apa yang terjadi antara JDT dan T-TEAM
For sure aku geleng kepala lelaju cakap tak tahu. Eheee ^_^ 

Budak-budak office aku sibuk interview aku pasal isu tu. ahhaa. Aku tak ada ditempat kejadian. Lagi pulak aku bukan wartawan yang berbayar. Sebab tak berbayarlah. Entry selalu lambat nak post. hahahaha. 1st game hari tu pun aku tak sempat nak story lagi. Sorry babe!

So, punyalah semangat kawan aku si Lyia ni jadi Fans JDT walaupun dia tak ada kena mengena dengan darah JOHO pun. Salute lu akakk! maybe sebab pakwe kau minat giler kat JDT ni. hahaha. kau pun ikut sama. Keluar je berita tu kat twitter. Sibuk interkom aku. (lyia floor bawah, aku kat floor atas) kalau sama floor memang kerja bergossip. hehehe.

Lyia : Eh !! bella. bella.. Ko tengok kat twitter. Keputusan Piala FA dah keluar.
Aku  : apesal kau ni. Aku mana layan twitter sangat. hahahahha
Lyia : alaaa ~ kau ni pun. JDT menang 3-0 menentang T-TEAM. wehhyy !!
Aku  : yeke??? ok-ok.. aku g search sekarang.

hahaha. semangat betul kau lyia. Thanks jadi akak nara.com untuk aku. hehehe. aku pulak macam siput ba alip ba ya. lembap sangat. So, korang boleh picit gambar tu.
Aku dah back link ke sumber asal. hehehe. dah pandai backlink pulak aku sekarang ni. ^_^





Yang mana nak tahu kes pasal ape. Boleh terjah kat SINI. aku pun kurang paham apa yang terjadi.
Tak berani nak cakap siapa betul dan siapa yang salah. Yang penting semangat menyokong tu terus segar.
Jangan kerana bola sebijik, kita pulak yang bergaduh. Pasal bola je kot. Kita tukang tengok ni just duduk and sorak.
Pls be matured sikit. Menang dan kalah tu kan adat pertandingan. macam korang join sukaneka kat sekolah dulu.
Janganlah nak nangis kalau kalah  ^_^ peace yoo



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Al-Kisah : Aku dan P1 Max


Salam semua-semuanyaaa gituuuw ^_^

Uoollss sihat? happy?. hurmmmm.. Awal-awal tahun ni, yang aku perasan semua blogger busy kan? busy benor gamaknya. Ohkey, aku pun tak terkecuali. har har har. Sibuk dengan kerja, dengan percutian, dengan pemalasnya. hah?? Masuk jugak ke bab pemalas?? T_T Mulut hangpo semua tutup sikit, kang masuk lebah. hehehe. So, aku memang tak sempat nak draft post baru yang panjang-panjang. Semua pendek-pendek je. Renek macam tuan punye blog.
Sorry uools, i sempat blogwalking mane yang ternampak aje. Bukan nak sombong ke ape tak nak join GA.
Tapi masa mencemburui aku. hihkhik. Jangan marah hahh  =) senyum itu menawan !!

Hari ni, aku nak cerita sikit pasal bercintaan jarak jauh dan berdarah. Antara aku dan Incik P1. huhu. Sungguh hebat kes penceraian kami. Al-maklumlah Incik P1 masih sayangkan aku. Tak mahu dia menceraikan aku. hik hik hik.
Tapi apakan daya. Aku tidak mampu beri komitment terhadap dirimu lagi sayang ku! Perghhh ~ ayat mukadimah macam haremm. huhuhu. (power tak ayat dari balu) ^_^

Lebih dari 3 tahun aku bersama dengan Incik P1. Susah tu memang banyak dari yang senang. huhuhu. Tapi terpaksa aku kemam pahit tu. mimimihhmihh. Sebab aku terlalu bergantung pada Incik P1. ohkey, aku bagi ayat yang tak berapa nak jiwang sangat " aku terpaksa panjat-panjat dan cari area yang senang aku nak dapat line Internet "

Selama bertahun-tahun itu, aku memang tak cari yang lain. Tak terpikir pun. Tapi last year, aku mula merasakan pelaburan masa depan kami tidak dapat memberi kebahagiaan kepada pihak aku. Asik-asik pihak dia je yang untung.
Maka aku bercadang untuk menceraikan Incik P1. Kahwin kontrak kami 2 tahun sudah aku laksanakan.
No more excuse babe ! Lu apa citer ?? hek hek (loghat gangster macha)

Aku telah berjumpa ramai lawyer untuk menamatkan kisah penceraian kami. Kes ini berpindah-randah dari satu tangan ke berbanyak-banyak tangan yang lain. Namun tidak juga selesai. huhuhu. Sungguh dramatik !! Tak paham? maksudnya aku dah refer dengan banyak Customer Services. Tapi mereka,mereka dan mereka itu tidak mampu selesaikan hal kami.

Tak lama kemudian tu, aku di senaraikan dalam CTOS. Oh My Allah!! rasa macam nak pitam sekejap. Aku dah pun pulangkan barang kepunyaan mereka (modem) tapi aku masih di kenakan hukuman sebegitu. Huh !! susah jugak nak cerai-cerai ni. hehehehehe. Aku call pihak mereka tapi masih tidak dapat jawapan. Kes berlangsung lebih kurang setahun. Dari 2013-2014. Ohkey.. aku pun mula mencari jalan penyelesaian aku sendiri. Orang bagi advise suh aku naik pejabat P1. Masalahnya aku ni tak ada masa and tak ada cuti nak turun naik pejabat diaorang. Kes aku kat JPJ pun tak settle lagi.
Haiihhh... nasib .. nasib .. huhuh.. sedihh banget kite ~_~

Kite pun geram dan semakin geram. huk huk (batuk-batuk sebab asap marah)  T_T
Aku berkeras nak hal kami settle secepat mungkin. Memang aku belum buat sebarang pinjaman.
Tapi tak nak ada masalah di kemudian hari. Matured pemikiran mak jemah kau ni. hehehe

Aku pun buat laporan kat SKKM. Syukran,, Allah dah mudahkan perjalanan kes penceraian aku dan dia.
Meh skodeng laporan kes penceraian kami =)






Sungguh cepat, tangkas dan libas lawyer aku yang baru ni buat kerja? hik hik hik. Tak rugi aku hire dowang ni buat kerja.
kan ??? hehehe. ok, sila angguk kepala anda sekarang.

18-Jan-2014 : tarikh yang bersejarah. Eh tak payah kot nak guna perkataan sejarah sangat. hahahahhaha.
Wakil dari EX aku telefon bertanyakan kes kami.

Wakil : Assalam Cik Nabila, Saya Encik xxxx Dari P1. Kami dapat aduan tentang kes itu.

Aku   : Yes , saya nabila. Memang saya dah #*$**&!@&*#* bla.. bla.. &^$% awak yang &^$%#
          (aku menceritakan kronology aku dan Incik P1) si pemalas, malas nak menaip lagi.

So, lepas bertekak dan ber bla..blaa dengan wakil mereka. Ade 1 part aku tetibe naik hot! Ade ke patut dia cakap aku tak >>>>>>>




* Okie tunggu next entry Kisah penceraian aku ni. Yang blur-blur tak paham boleh baca entry lama aku.
Sorry penggunaan bahasa tak mesra alam. Menulis dalam keadaan panik, geram bercampur baur jadilah kek hanggus *



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Wednesday, February 5, 2014

Tuesday, February 4, 2014

'' Cancer Day 2014 "


Selamat Pagi Pepps ^_^

Hari pertama bekerja setelah menghadapi 'Nightmare Holiday in 2014' hehehe. Berlaku secara live bukan dari panggung wayang yang terpilih hokey. Malas aku nak cerita panjang-panjang. Tunggu next entry. huhuhu. So, mood bercuti terpaksa aku tolak ke tepi buat selama-lamanya. hihi. Ok! yang ini aku tipu. T_T

Pagi tadi sebelum memulakan pekerjaan. Jangan lupa ucapkan Bismillah. Then bagi enjin badan panas-panas sikit. Kalau tak memang tersengguk-sengguk aku menahan godaan mengantuk. hahahaaa. So, secara tak langsung aku aku terpandang kan benda alah tu. Ape ke namanya. Tak reti aku nak taip. Maybe doodle kot. Eh doodle ke? Hurm,,, entahlah ek...
Kite bedal ajelah labu. hihihihi ^_^


Today is 4th February 2014 also " World Cancer Day "
Jangan risau korang tak ketinggalan pun sebab aku pun baru aje tahu pagi tadi. hehehe. Poyo an?



Kenapa aku sibuk-sibuk nak post pasal benda alah ni? alaa.. biarlah. ni kan blog aku. Suka hati maklahnak. hahaha. kejam betul kenyataan hidup aku ni. mihhmiimihh. Sebab aku sayang orang-orang yang aku sayang. Aku nak orang yang aku sayang baca. haha. Confius dengan perkataan *sayang.

Nak dijadikan cerita. Akhir tahun lepas, ada sorang kawan aku ni bagitahu aku. Lepas mak dia buat 'medical check up' ade sel-sel kanser mula membiak. So, doc sahkan mak dia terkena kanser otak. Aku rasa peringkat pertama. Hurmm.. memang tak teruk sangat. Tapi boleh buat semangat untuk hidup hilang. Aku yang mendengar tapi yang tak merasa. Terbang semangat aku kejap. kuusshhhh! semangaattt.. oooihoiiiii.. hoiii

Walaupun member aku story dalam wechat je. Aku macam boleh nampak reaksi dan air muka dia. Mestilah sedih kan.
Tak kan nak lompat-lompat macam katak pulak. Plus member aku ni, sibuk nak sambung study kat Yaman bulan 6 nanti. Hurmm.. macam manalah agaknya. huhuhu. Again, U leave me alone.. t_t



Jangan bertanya itu dan ini. Kerana segala yang berlaku ada hikmah. Tak semestinya kita baik, Allah tak uji kita.
Bila Allah turunkan ujian. Jangan tuduh diri kita ni terlalu jahat sampaikan tidak terbuka langsung pintu kemaafan dan taubat dari hati kita.

Alhamdulillah. Just being the positive person, sokongan dari keluarga dan orang sekeliling. Sel kanser mak kawan aku tu semakin menghilang. Aku terus berdoa agar mak kawan aku tu bebas dari kanser. Sebab kanser pun salah satu dari penyakit keturunan.


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''