Friday, February 7, 2014

Al-Kisah : Kes Penceraian Kami


Selamat petang Jumaat yang Berkah ;)

Semoga kalian semua sihat hendaknya. Ohkey, aku tengah ambil mood 'keghairahan' bak kata blogger Zack. hahhaa.
Sungguh puitis bahasa mu. Tapi aku kena tolak mood marah-marah. Tak pasal-pasal boleh mempercepatkan proses penuaan di muka ku. hik hik hik. So, smile always ok ^_^ nak muda punya pasal.

Merujuk perkara di atas, aku dan P1 sah bercerai pada 23-JAN-2014. Perasan tak ?? macam surat kiriman rasmi. hahaha. Saje nak bagi feel dramatic sikit. Walaupun aku banyak mengarut bila menaip entry.
Korang baca pun turut blur semacam. Aku salute babe! hehehee. thanks for reading my blog.




Alhamdulillah.. akhirnya selesai jugak kes aku ni. Tak adelah dok meroyan sorang-sorang pikir pasal benda ni.
Nasib aku mungkin baik sikit dari lain. Ade aku dengar kes diaorang tertangguh dan tak selesai.
Aku harap pihak P1 lebih bertanggungjawab menyelesaikan hal CTOS dan Termination yee ??

Berbalik kepada entry semalam, sambung perbualan aku dengan Wakil dari Ex-husbeng.
Dia tak patut cakap aku tak pulangkan modem. Then cakap pihak diaorang tak dapat kesan modem tersebut.
Tak kan aku nak simpan benda tu kat rumah. Rumah aku bukan muzium. Banyak lagi barang aku tak buang-buang lagi.
Rumah pun bukan besar mana. hahaha. So, better aku pulang harta benda bukan hak aku.



Actually, before aku pulangkan modem bulan 10 yang lepas. Pembayaran untuk penutupan akaun sudah aku langsaikan. Tinggal tunggu email or SMS dari P1 yang mengatakan aku boleh pulang modem.
So, tunggu punya tunggu dapat bill tertunggak. Tu yang wat semak kepala aku. Tetiba pulak kena CTOS.
hurmm.. mahunya aku tak jadi Hulk warna Pink. (walaupun ganas tetap comey) hehehehe.

So, aku memang fight kes ni habis-habisan. Melibatkan masa depan gak oii. huhu. Sebelum aku refer akak angkat aku si Lawyer. Refer je kot, belum sampai nak pakai khidmat dia. hahhaa. Alhamdulillah. tak sampai sebulan kes dah tamat.

Nasihat aku? urm.. siapa-siapa yang nak hentikan perkhidmatan dengan P1 better pergi dekat Centre besar P1 kalau tak silap aku kat PJ. alaaa korang search aje lah. Banyak maklumat kat google. Takut jadi kes macam aku.

For P1?? aku tak boleh nak cakap P1 fully tak bagus. Memula dulu services ok, feedback cepat. Tapi, makin lama sistem pun tunggang langgang. hopefully P1 dapat berikan maklumat yang secukupnya kat pengguna. So, mereka-mereka tak buat silap dan baikot P1. Bukan aku tak kesian pasal isu P1 kena Boikot. Tapi cara korang buat bisnes tu kurang menepati citarasa rakyat malaysia gitu.

Peace no war !! aku bebas sekarang. hehehe. No CTOS lagi !! Boleh rujuk gambar di bawah ^_^




'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

No comments:

Post a Comment