Showing posts with label HIDUP. Show all posts
Showing posts with label HIDUP. Show all posts

Wednesday, April 9, 2014

# 12 Words Wednesday : Tiket PERCUMA

Assalammualaikum wbt & Selamat Pagi ^__^

Sahabat-sahabat media & alam maya sekalian,
Sesiapa yang berada berdekatan di kawasan berikut.
Jika mempunyai kelapangan, boleh menghadiri majlis ilmu agama.



Pesanan Mak Jah : Ilmu Agama itu ilmu taman-taman Syurga.
Tiket PERCUMA ke syurga tanpa bayaran masuk ^__^


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Monday, March 10, 2014

Pray for #MH 370


Assalammualaikum wbt kepada semua mahkluk Allah.



https://glamorousbybellaluna.blogspot.com


Siapa kita ? kenapa kita dilahirkan sebagai hamba Allah? kenapa manusia?
kenapa bukan Malaikat, Jin, Haiwan mahupun Tumbuh-tumbuhan?

Kadangkala Allah turunkan satu musibah, kerana Allah sayangkan hamba-hamba-NYA.
Menegur dalam kasih sayang, tanpa kita sedar.
Manusia adalah khalifah dan sebaik-baik mahkluk di muka bumi. Kita tidak sedar.
Malaikat pun tidak dapat menandingi darjat manusia. Dimana hati seorang manusia atau muslim?

Banyak sangat tanda tanya. Sehingga sekarang, masih tiada siapa dapat merungkai kisah misteri kehilangan #MH 370.
'' siapa kita hendak menidakan kuasa Allah? Tuhan mana yang kita dustakan? ''

Bukan Allah menzalimi manusia. Tetapi manusia yang diberikan akal dan fikiran yang
berbunuh-bunuhan sesama sendiri, penindasan berlaku kerana butanya hati seorang manusia.
Tidak kira dimana kita, siapa kita, rupa kita, pangkat kita.
Hidup dan mati, Garisan takdir, kekayaan dan keindahan semua milik Tuhan. Iaitu #ALLAH

Kita bernafas sebagai manusia, berdiri di dunia sebagai hamba Allah. kita adalah HAK #ALLAH.
DIA boleh menghidupkan kita dan mampu mematikan kita, kerana DIA Sang Pencipta yang Maha Hebat.
Di zaman yang konon-konon maju ini, teknologi yang diciptakan manusia.
Adakah teknologi yang kononya maju dapat melangkaui kekuasaan Sang Pencipta.

Sewaktu aku menaip ini, hati aku kosong. Merenung nasib kita di mata DIA.
Apakah di akhir zaman yang teruk ini, masih ada yang beriman kepada Allah.
Jari aku hanya menaip mengikut gerak dan rentap tari jemari ku. Hati ku di pagut pilu.
Masihkan ada hati-hati yang tidak insaf melihat kekuasaan NYA?

Aku tak mampu berkata-kata kepada dunia, di sini aku melahirkan rasa.
Dalam hati tidak putus-putus mendoakan kebaikan dari musibah ini.
Hampir menitis air mata, tatkala membaca berita demi berita.
Spekulasi yang tak berasas, dan tak kurang pula bersorak riang atas kedukaan orang lain.
Ya Allah, Sedarkan hati mereka yang riak, takbur dan khilaf itu.

Aku berharap, jauh dilubuk hati aku. Masih ada secebis keikhlasan dan ketakwaan.
Yang terpahat di dalam hati yang paling dalam.
Talkala menulis ini, aku tak mampu melahirkan rasa yang sebenarnya. Kesedihan yang mengunung.

Aku bukanlah salah seorang waris, kawan mahupun sahabat yang terlibat.
Tapi dari kejauhan aku turut merasa impak yang sangat dasyat berlaku dalam diri ini.
Berdiri di muka bumi yang fana sebagai hamba Allah bukan mudah.
#Allah permudahkan urusan kami





https://glamorousbybellaluna.blogspot.com



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Tuesday, March 4, 2014

Alhamduliallah ~ Rahmat MU



Tiap kesusahan kesedihan, kekecewaan Allah gantikan dengan lebih baik.
Alhamduliallah ~ Hujan turun membasahi bumi MU. Menyuburkan tanah yang gersang.
Air hujan yang turun ibarat mutiara yang mengembirakan hati ku yang gundah.

Kadang kala dibalik ujian yang aku terima, aku nampak seseorang yang setia disebalik aku.
Terima Kasih atas jawapan MU. Aku masih bersyukur menjadi hamba MU.

Bila roda kita di atas jangan lupa pandang ke bawah.
Bila kita jatuh terduduk, baru kita tahu langit tu tinggi ke rendah.
Peringat kepada diri aku sendri. Agar sentiasa bersyukur dan redha dengan ujian dari Allah

Aku masih menanti, adakah hari esok ada sinar bahagia untuk aku ??
Hanya Allah yang tahu Hidup dan Mati ku.



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Thursday, February 6, 2014

Al-Kisah : Aku dan P1 Max


Salam semua-semuanyaaa gituuuw ^_^

Uoollss sihat? happy?. hurmmmm.. Awal-awal tahun ni, yang aku perasan semua blogger busy kan? busy benor gamaknya. Ohkey, aku pun tak terkecuali. har har har. Sibuk dengan kerja, dengan percutian, dengan pemalasnya. hah?? Masuk jugak ke bab pemalas?? T_T Mulut hangpo semua tutup sikit, kang masuk lebah. hehehe. So, aku memang tak sempat nak draft post baru yang panjang-panjang. Semua pendek-pendek je. Renek macam tuan punye blog.
Sorry uools, i sempat blogwalking mane yang ternampak aje. Bukan nak sombong ke ape tak nak join GA.
Tapi masa mencemburui aku. hihkhik. Jangan marah hahh  =) senyum itu menawan !!

Hari ni, aku nak cerita sikit pasal bercintaan jarak jauh dan berdarah. Antara aku dan Incik P1. huhu. Sungguh hebat kes penceraian kami. Al-maklumlah Incik P1 masih sayangkan aku. Tak mahu dia menceraikan aku. hik hik hik.
Tapi apakan daya. Aku tidak mampu beri komitment terhadap dirimu lagi sayang ku! Perghhh ~ ayat mukadimah macam haremm. huhuhu. (power tak ayat dari balu) ^_^

Lebih dari 3 tahun aku bersama dengan Incik P1. Susah tu memang banyak dari yang senang. huhuhu. Tapi terpaksa aku kemam pahit tu. mimimihhmihh. Sebab aku terlalu bergantung pada Incik P1. ohkey, aku bagi ayat yang tak berapa nak jiwang sangat " aku terpaksa panjat-panjat dan cari area yang senang aku nak dapat line Internet "

Selama bertahun-tahun itu, aku memang tak cari yang lain. Tak terpikir pun. Tapi last year, aku mula merasakan pelaburan masa depan kami tidak dapat memberi kebahagiaan kepada pihak aku. Asik-asik pihak dia je yang untung.
Maka aku bercadang untuk menceraikan Incik P1. Kahwin kontrak kami 2 tahun sudah aku laksanakan.
No more excuse babe ! Lu apa citer ?? hek hek (loghat gangster macha)

Aku telah berjumpa ramai lawyer untuk menamatkan kisah penceraian kami. Kes ini berpindah-randah dari satu tangan ke berbanyak-banyak tangan yang lain. Namun tidak juga selesai. huhuhu. Sungguh dramatik !! Tak paham? maksudnya aku dah refer dengan banyak Customer Services. Tapi mereka,mereka dan mereka itu tidak mampu selesaikan hal kami.

Tak lama kemudian tu, aku di senaraikan dalam CTOS. Oh My Allah!! rasa macam nak pitam sekejap. Aku dah pun pulangkan barang kepunyaan mereka (modem) tapi aku masih di kenakan hukuman sebegitu. Huh !! susah jugak nak cerai-cerai ni. hehehehehe. Aku call pihak mereka tapi masih tidak dapat jawapan. Kes berlangsung lebih kurang setahun. Dari 2013-2014. Ohkey.. aku pun mula mencari jalan penyelesaian aku sendiri. Orang bagi advise suh aku naik pejabat P1. Masalahnya aku ni tak ada masa and tak ada cuti nak turun naik pejabat diaorang. Kes aku kat JPJ pun tak settle lagi.
Haiihhh... nasib .. nasib .. huhuh.. sedihh banget kite ~_~

Kite pun geram dan semakin geram. huk huk (batuk-batuk sebab asap marah)  T_T
Aku berkeras nak hal kami settle secepat mungkin. Memang aku belum buat sebarang pinjaman.
Tapi tak nak ada masalah di kemudian hari. Matured pemikiran mak jemah kau ni. hehehe

Aku pun buat laporan kat SKKM. Syukran,, Allah dah mudahkan perjalanan kes penceraian aku dan dia.
Meh skodeng laporan kes penceraian kami =)






Sungguh cepat, tangkas dan libas lawyer aku yang baru ni buat kerja? hik hik hik. Tak rugi aku hire dowang ni buat kerja.
kan ??? hehehe. ok, sila angguk kepala anda sekarang.

18-Jan-2014 : tarikh yang bersejarah. Eh tak payah kot nak guna perkataan sejarah sangat. hahahahhaha.
Wakil dari EX aku telefon bertanyakan kes kami.

Wakil : Assalam Cik Nabila, Saya Encik xxxx Dari P1. Kami dapat aduan tentang kes itu.

Aku   : Yes , saya nabila. Memang saya dah #*$**&!@&*#* bla.. bla.. &^$% awak yang &^$%#
          (aku menceritakan kronology aku dan Incik P1) si pemalas, malas nak menaip lagi.

So, lepas bertekak dan ber bla..blaa dengan wakil mereka. Ade 1 part aku tetibe naik hot! Ade ke patut dia cakap aku tak >>>>>>>




* Okie tunggu next entry Kisah penceraian aku ni. Yang blur-blur tak paham boleh baca entry lama aku.
Sorry penggunaan bahasa tak mesra alam. Menulis dalam keadaan panik, geram bercampur baur jadilah kek hanggus *



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Friday, December 27, 2013

Jom JADI Sahabat IQRA !!!



Salam Jumaat Semua =)
Hari ni, adalah last jumaat dalam tahun 2013.
So, sebelum kita semua menyambut tahun baru.
Apa kata, korang semua Join Sahabat Iqra !!


sahabat iqra


Tak rugi pun Mendaftar sebagai Sahabat Iqra.
Tak keluar satu sen pun. Melainkan ada sesiapa yang baik hati nak jadi sponsor.


sahabat iqra


sahabat iqra


Blog aku sudah tersenarai dalam web mereka.
Korang pun boleh . Jika mendaftar dengan mereka =)


sahabat iqra


'' Jika kita tidak punya harta hendak disumbangkan,
lagi elok kita sumbangkan tenaga untuk membantu.
Jika tidak punya tenaga untuk membantu,
Kirimkan DOA agar mereka sentiasa diperlihara Allah''


* Mana tahu boleh naikan traffik akhirat nanti. Insyallah *