Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Tuesday, April 28, 2015

Party Lipstick Special for Mothers Day

Assalamualaikum Girls !!

Siapa yang stay area klang? Shah Alam? Dan sewaktu dengan sila angkat tangan.
Yeeeaahh.. Jom sertai kami gegadis cantik untuk "Lipstick Party" pada 9 MAY 2015.

Jangan risau korang tak payah lah susah2 datang bawak lipstick sebatang due ke ape.
Just DAFTAR >DATANG > ENJOY !! senang kan? Kat sana nanti, korang boleh try macam2 jenis lipstick and colour. Mase ni la nak melaram.

Samalah macam aku bila pergi watson ke guardian. Konon-konon nak beli lipstick baru, colour baru. Tapi bila dah start belek2 nak try. Tetiba ade pulak sales girl datang tengok2 aku, usha aku. Macam aku tak pakai pulak seluar reaksi dia !! Hahaha. Tension wehh.Datang dengan niat murni tulus ikhlas gitu. dah kene pandang kerekk. =)

Ok.. Jangan stress2.. Reda kan stress bila korang daftar ke partylipstick ni. Tak perlu segan silu ye. Jangan lupa pulak bawak mother korang. Sempena raikan hari ibu. Ape kata sekali sekala ajak mother korang bersenam, kuak lentang dengan kawan2 baru. Tak ade la bosan mother kat rumah nanti. Kesian mother korang uruskan hal korang dari kecik sampai korang dah beranak kecik. hik hik . Alaa RM15/ sorang tanpa GST ok. kalau kene GST. tampar je!!


Ape tengok-tengok lagi ?? sila call / wassap no kat atas tu. Cakap je '' den nak daftar''
Jangan lupa daftar sebelum 8 May 2015 untuk limited seat yeah.

Jangan risau, makan minum disediakan plus ade cabutan hadiah. Best-best hadiah ok!
Rugi kalau tak datang uolls . Jom la datang meraikan dan meriahkan HARI IBU bersama kami.
 

Friday, January 9, 2015

Mitsubishi Electric

Hello peeps ,

Pada Sabtu 3 Januari 2015 yang lepas, bertempat di Mitsubishi Electric Office, Petaling Jaya. Pihak Mitsubishi Electric Malaysia telah menganjurkan satu acara bagi memperkenalkan produk keluaran Mitsubishi bersama blogger. Ini bagi meluaskan lagi penjenamaan Mitsubishi dalam keluaran electrik.

Mungkin nama Mitsubishi gah dalam keluaran kereta, tetapi mereka juga turut memasarkan produk electrik jenama mereka sendiri. Acara yang berlangsung selama 3 jam itu berobjektif, perkenalkan 4 produk keluaran Mitsubishi iaitu Aircond, Jet Towel, Fan dan Fridge. Wah. lepas ni bolehlah shopping barangan Mitsubishi Electric. Untuk mobile application, akan dilancarkan pada pertengahan Januari bagi android application dan IOS pada akhir Januari 2015.



Aircond jenama Mitsubishi ni senang dibersihkan. Ada 3 cara mudah macam mana cara hendak bersihkan aircond ini tanpa perlu kita susah-susah upah maintenance luar untuk bersihkan aircond kita. Jangan risau aircond Mitsubishi juga senyap dan tak bising, selain itu juga dapat menjimatkan bil elektrik. Aircond Mitsubishi juga telah mendapat iktiraf 5 bintang - less energy used and energy efficiency.




Pada pendapat aku, aircond Mitsubishi ni cepat sejuk tau. Instal 2 aircond , tapi guna 1 aje. Jimat tak? Mudah aje Nak control swing mode aircond Mitsubishi ni. Mesti lah mesra pengguna kan.



Sekarang nak keringkan tangan tak payah Nak guna mesin pengering yang bunyi2 bising tu. Letak aje tangan yang basah kat Jet Towel keluaran Mitsubishi ni , 10 saat aje tangan korang sudah pun kering. Hahh.. Senangkan dan mudah tanpa perlu sentuh jet towel (hand towel) tersebut.



Aku rasa setiap rumah kat Malaysia, wajib ada kipas. Pelik kot kalau tak ada kipas kat rumah. Kalau tak ada, boleh cuba salah 1 saiz kipas keluaran Mitsubishi dan jangan risau ada waranti untuk 3 tahun. Kipas ni juga selamat digunakan. Banyak keistimewaan , antaranya double fuse protection dan fuse automatic cut off bila overheat.


Peti ais ? ni sangat excited. Nak simpan makanan dan sejuk beku mestilah nak ruangan yang luas dan besar. Peti ais keluaran Mitsubishi mempunyai keluasan capacity (width 950mm)


Vitamin Factory - Triple-coloured LED light which helps to increase vitamins 1.5 times
acts as ‘miniature sun’ to help promote longer-lasting freshness, sustain nutrient and increase vitamins in vegetables.


Peti ais Mitsubishi juga ada '' Humidity control'' suitable for vegetables and fruits to stay crisper and fresher for longer. Tak perlu risaulah lepas ni sayur dan buah-buahan kita tak akan cepat rosak dan makanan lain tak serap rasa peti ais bila kita makan makanan dari peti ais. Sangat tak sedap. 

Pendek kata, barangan Mitsubishi amat berpatutan dengan harga dan penggunaannya. Ingat Mitsubishi , ingat jugak barangan elektik keluaran mereka !

Friday, January 2, 2015

PELAYARAN ISLAMIK MALAYSIA PERTAMA DI DUNIA !!

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua !

Selamat menyambut tahun 2015 ! Dulu aku selalu dok usha pakej kapal mewah yang berlayar di lautan.Eh, memanglah berlayar di lautan. Tapi lepas aku tengok harga ! Amboi bukan kemain lagi. Buatkan muka aku terkulat-kulat depan promoter travel tu. haha. Lepas tu imaginasi aku ni mula terfikir.
'' Kan best kalau ada Pelayaran mewah di atas kapal tapi berkonsepkan Islamik.
Tapi ada ke pakej yang macam tu? ''


Korang pun tahu, kalau pakej biasa-biasa yang cikai cap ayam tu pun dah lebih RM 2K ke atas sekepala. Bukan sekapal ok. Ni lagi nak buat konsep Pelayaran Islamik kan. haah? Ketuk kepala sendirilah ! suka sangat imaginasi lebih-lebih aku ni. Tapi Alhamdulillah. bagaikan seruan Illahi. Kini sudah ada pakej PELAYARAN ISLAMIK di Malaysia. malahan kapal pelayaran mewah berkonsepkan Islamik yang pertama di dunia!! Wahhh , berpinar mata aku. seperti yang aku idam-idamkan telah menjadi kenyataan. Tapi mampu ke cik bella nak pergi ni? Kalau ada yang sudi sponsor ape salahnya kan. Ok, Jom baca. ape yang istimewa sangat Pelayaran Islamik ni tawarkan. walaupun kite tak dapat pergi. Yahoooo.



Pelayaran Islamik 3.0 yang dianjurkan oleh IntraTama Travel Consultant & Tour Sdn Bhd,juga akan disertai barisan penceramah terkenal negara kita. Bukan calang-calang orang, nanti aku perkenalkan barisan panel yang akan berkongsi ilmu. Kan seronok kalau kita bercuti tapi dapat ilmu. Jangan bersangka buruk, tak baik tau.. Bercuti atas kapal yang mewah, jangan ingat tak dapat ilmu dan pahala. Orang tua-tua selalu berkata, sambil menyelam minum air. Sambil bercuti banyak ilmu yang dapat dipelajari. Mana ada guru-guru kat sekolah kita nak berkongsi cara mengetahui kedudukan arah Kiblat di lautan, betul tak? Nama pun kat darat. Selain itu, kita dapat mempelajari Solat Jama' & Qasar dan juga dapat mendengar ceramah & kuliah oleh barisan penceramah. Seronok tak kalau dapat bangun awal untuk Qiyamulail di atas kapal mewah yang membelah lautan. Mesti terasa syahdu kan.

Aku dah mula terbayangkan betapa indahnya permulaan pagi kita diteranggi dengan Qiyamulail. MasyaAllah ! Tengah-tengah seronok bercuti dapat juga kita kumpul pahala dengan berzikir dan berselawat. Tak lupa juga dengan program ziarah dan makan malam kesyukuran. Hidup mesti bersyukurr barulah rezeki tu berkat. Amin.


Wahhh. Teruja sungguh aku tengok barisan pendakwah. Terbaiklah !! Tak kan lah kita tak kenal dengan barisan pendakwah kat dalam gambar tu kan? selalu sangat masuk TV bagi ceramah. Dapat dengar tazkirah dan perkongsian ilmu secara berdepan dengan Ustaz Badlishah, Sheikh Abdelaziz Ghonim dan Imam muda Miril. Haahh... Dato Hassan Mahmud dan Dato Dr. Hj. Fadzilah Kamsah kita selalu tengok kat dalam program Pencetus Ummah. Pasti kenangan yang paling terindah. Jangan kita fikir bercuti atas kapal mewah, mesti dipenuhi dengan benda-benda negative. Haip! tak baik fikir buruk. Buang fikiran macam tu ye. Bukan mudah nak mengajak sesama kita menimba ilmu, lagi-lagi tengah bercuti. Ape ke halnya? tapi Pelayaran Islamik yang berkonsep SYUKUR, TENANG dan DAMAI pasti mengamit sanubari kita. Itu namanya release tension yang sebenar.

Shopping-shopping jugak, tapi jangan dilupakan mereka yang lebih susah dari kita. Sebahagian harga pakej yang korang bayar itu akan disalurkan kepada anak-anak yatim, tahfiz dan fakir miskin. Eh tak seronok lagi ke bercuti sambil beramal? Mudah-mudahan rezeki kita mendapat berkat dari DIA. Walaupun tak banyak, at least ada sedikit daripada bahagian kita untuk mereka yang memerlukan.


Hemm-ehem.. mak abah dah sibuk bertanya hadiah Ulang tahun perkahwinan mereka. Tak tahu nak beri hadiah apa kat mak abah. Eh pakej Pelayaran Islamik 3.0 yang akan berlayar pada 1 - 4 Februari 2015 boleh dijadikan hadiah yang pasti mak abah korang akan ingat sampai bila-bila. Mana yang sudah dapat duit bonus tu, bolehlah kongsi adik beradik hadiahkan kat mak abah. Mesti mak abah kita terharu kan? Kalau konsep Islamik tak semestinya yang tua-tua sahaja yang boleh pergi, anak-anak muda macam kita ni lagilah sesuai. Kita yang sedang melalui proses penghijrahan, pastinya ingin mendalami ilmu agama dengan lebih lagi. Yang baru memulakan hidup baru (berkahwin), suami isteri sama-sama berbulan madu di atas kapal mewah sambil menimba ilmu. Mana tahu ada resepi-resepi rumah tangga akan diturunkan. Tanyalah ustaz dan mereka-mereka yang lebih berpengalaman. Barulah kita dapat bina hidup dengan pasangan kita mengikut landasan dan syariat Islam. '' Cinta Sampai Syurga '' katanya, barulah berkat.


Sudah baca sampai bawah ni, rasa minat dan perasaan nak pergi membuak-buak?? boleh aje skip pembacaan korang dan boleh layari link di SINI untuk langkah-langkah pendaftaran.
Pilihlah mana-mana pakej yang korang nak. Ikut kemampuan masing-masinglah. Kalau nak keselesaan sila bayar lebih. Tapi kalau lambat mendaftar, memang tak ada tempat untuk korang. Harga pakej Pelayaran Islamik bermula dari RM 1677 seorang hingga RM 2577 untuk seorang.


Tapi maaf, hanya tingal lagi 7 pakej sahaja. Lagi 2 pakej sudah ''Sold Out'' 
Pakej Pelayaran Islamik 3.0 pada 1-4 Februari 2015 ini merangkumi segala cas. Kecuali perbelanjaan untuk shopping ditanggung oleh individu. Toksah pening-pening lagi, bus dari KL Sentral ke Penang, pelayaran cruise dari Penang ke Phuket dan Krabi termasuk dalam harga yang korang bayar tu. Murah dan berbaloi kan? mana nak dapat lagi pakej macam ni. Pertama di Malaysia dan Dunia ye. SIla booking laju-laju. Jom tengok program lawatan.







wahhh .. Terbeliakk biji mata aku. Nak pergi sangat! ehee. Ok, siapa yang tak sabar macam aku ni jangan lupa mendaftar cepat-cepat tau. Kalau habis, jangan nangis. Jangan risau mereka semua menggunakan Bahasa Ibunda kita, iaitu Bahasa Malaysia. Tak payah susah-susah nak pakai google translate. Jika korang ada sebarang pertanyaan dan masalah tentang pendaftaran, boleh cuba call no di bawah :

Contacts

Tel : +603 6185 0010
Fax : +603 6189 9010
Email : info@intratamatravel.com 
Web : https://pelayaranislamik.com



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Tuesday, December 24, 2013

Mr. Nuffnang - Kempen INTI Cycle 1 Degree & Transitions Optical


Hello readers,

Gian sungguh rasanya, sudah dua hari tak berblogging.
Alhamdulillah.. Mr Nuffnang berbaik hati berikan lagi berikan aku 2 lagi kempen.
Hari ini, rata-rata kau tengok blogger ucapkan million thanks kepada Mr Nuffnang.
Tidak terkecuali aku. Saje nak bodek-bodek.
Hopefully next time, pihak pengiklanan sudi-sudikanlah memberi aku lagi rezeki.
Walaupun tak banyak. Aku amat menghargai =)


nuffnang


Tapi, ada 1 aku musykil bin ajaib. Kenapa CPUV aku tak naik-naik ye?
ada siapa-siapa boleh tolong aku.
CPUV (cost-per-unique-visitor)
Mostly aku check, unique visitor blog aku yang terbaru.
75 ke atas per day.
(hehee. bahasa rojak sebab gugup) >_<


nuffnang


Tadi aku dah send ticket kat Mr Nuffnang.
Harap ada jawapan. Al-maklumlah. Aku kan baru lagi. Budak baru belajar.
Hei, korang tolonglah ajar aku lebih sikit.
Baru aku reti nak klik nuffnang korang. Seriously aku memang belum mengerti.
Hehee. jangan kata aku kedekut nak klik ke ape tau.


nuffnang


Punca 2 hari aku menyepi. Semalam harus MC sebab wabak penyakit D menyerang.
Musim hujan, musim penyakit.
So tak nak sakit sila duduk dalam rumah diam-diam.
Tak pasal-pasal jadi macam aku.
Mood berblogging ada. Tapi kerja banyak nak kena settle.
Esok pulak cuti. Adoi. membebel pulak aku ni.


nuffnang


* jaga diri dan kesihatan *


Monday, December 16, 2013

RUJUK My EX



Hello Reader's.
Saje nak bagitahu korang nii.
Aku sudah pun RUJUK dengan My EX. Sudah genap seminggu kami kembali bersama.
Kali ini, aku pastikan hubungan kami berjaya. Yeah ! heheee
Walaupun seringkali aku melihat beliau. Tetapi, aku tak pernah mengenali beliau secara dekat.
Mungkin sudah Jodoh kami.
Aku mula dia, di saat aku mula berblogging dulu.
Aku mendaftarkan diri untuk teruskan hidup bersama si dia.

Kengkonon aku berjanji untuk memenuhkan tabung untuk bekalan hidup aku di masa hadapan.
Tetapi aku berpaling tadah dengan menukarkan si dia dengan yang lain.
Now, aku kembali kepada dia. Selepas bosan berfoya-poya. (poyo giler)

hahaha! ayat cinta cap bunga taik ayam memang tak boleh blah. huhu
Proppaaa aje tu. Aku kembali setia dengan Encik Nuffnang sebenarnya.

 '' Million thanks to Nuffnang ''



nuffnang
jangan nak mengade compare dengan visitor korang key 1 babap kang. hehee

Kalau korang perasan. Tak perasan buat-buat paham. hehe
Dulu aku ada letak syarikat pengiklanan lain kat header blog aku.
So, selepas kecurangan aku tak mendapat sebarang habuan.
Also, buek menyemak kat belog picisan guwa.
Maka guwa buat keputusan untuk rujuk kembali.

Mujurlah si dia. Tidak keberatan menerima diri ku.
Huhu. siap ada status ' Glitterati '
Now sudah ada earning.
Walaupun tak banyak. Atleast menyumbang kenaikan trafik tabung ayam aku. >_<


nuffnang


https://glamorousbybellaluna.blogspot.com
Jam 3.00 PM tadi. Cantik No. 111


'' Special Thanks to  Nuffnang reply my Ticket. So, baru aku valid untuk buat pengiklanan ''



Saturday, December 14, 2013

blogrrr - booth No #22


Hai u'olls !

hahh! kantoi~ tak tidur lagi, chat dengan endut la tu(gf/bf) =)
This its 1st time aku update belog larut malam, eh ke pepagi buta?
confuses di situ. ketepikan. tak penting.

Hehe. Most importance kejap lagi aku nak gerak pergi The Mines.
Untuk event ' blogrrr ' esok.
Kena standby awal. huhuhu.

So, aku just nak update pasal booths NO #22 
Dari aritu dok gebang-terbang citer pasal projek ni.
kiki


beg tangan-bella-luna
vibrant Colour for beg !


blogrrr-beg-bella-luna
Red & Purple choice >_<


blogrrr-beg-bella-luna




Baju-baju dan shawl yang memenuhi bonet kereta wa
tak muat nak masuk kotak ! huhu

So, ladies kalau nak cuci mata ke nak cari new collection.
Insyallah aku layan korang , best services punya.
haha.




Aku memang minat mix & match fesyen & bisnes.
So, why not aku try. Part time aje. Aku masih suka dengan kerja full time aku.
Walaupun sebagai kuliii . hehe

1st project, buka booth. Biasa online aje.
Alhamdulillah. Sudah ade rezeki just grab.

Harap-harap ada yang sudi datang.
Kalau tak beli pun tak ape. Datang kenal-kenal gan aku.
ok , dear >_<

Untuk lelaki, aku tak reti nak fesyenkan korang.
Kang para lelaki pakai skirt pulak.
hehe. ade berani ?
Tapi, lelaki hensem boleh tengok kat Facebook Ini

'' Happy weekend sayang's ''


Wednesday, December 4, 2013

New Shawl Here !!


Selamat petang awekss cun !

Model tudung sama aje ?
Bosan layan same design ??

Ok,kalau korang bosan dengan design dipasaran yang sedia ada.J
Jom cuci mata. Layan new shawl from
''bella luna''

Tengok aje! tak payah bayar.
i gerenti u'olls 




Shawl Handmade ''bella luna''
Diperbuat dari kain yang berkualiti tinggi.
Yang penting tak jarang dan tak panas.
Tak perlu fikir panas or berpeluh bila pergi menghadiri
''Majlis Kahwin''


Material : Chiffon Georgette with Lace & beads




bella memang suka sangat lace !
so, kat atas shawl tu. Bella ada jahit lace dan manik.
Manik diselangseli kan dengan warna pink & purple.
So akan nampak exclusive dan mewah gitu.
Sesuai untuk di gayakan dengan baju kurung bercorak.
Berlainan colour pun boleh.
''Remaja'' kan mix and macth ^_^





Kalau siapa-siapa berkenan, maybe nak pergi kenduri kendara hujung tahun ni.
Dinner?? ataupun ada ura-ura nak pergi jumpa bakal mak mertua??
Korang amat-amatlah sesuai.
Boleh sangat grab shawl ni cepat-cepat.
Stock Limited ye dear's 

Korang boleh drop email :
glamorousbybellaluna@gmail.com

Wechat:
ms_veilaluna




'' Thanks for view & reading ''