Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Friday, January 2, 2015

PELAYARAN ISLAMIK MALAYSIA PERTAMA DI DUNIA !!

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua !

Selamat menyambut tahun 2015 ! Dulu aku selalu dok usha pakej kapal mewah yang berlayar di lautan.Eh, memanglah berlayar di lautan. Tapi lepas aku tengok harga ! Amboi bukan kemain lagi. Buatkan muka aku terkulat-kulat depan promoter travel tu. haha. Lepas tu imaginasi aku ni mula terfikir.
'' Kan best kalau ada Pelayaran mewah di atas kapal tapi berkonsepkan Islamik.
Tapi ada ke pakej yang macam tu? ''


Korang pun tahu, kalau pakej biasa-biasa yang cikai cap ayam tu pun dah lebih RM 2K ke atas sekepala. Bukan sekapal ok. Ni lagi nak buat konsep Pelayaran Islamik kan. haah? Ketuk kepala sendirilah ! suka sangat imaginasi lebih-lebih aku ni. Tapi Alhamdulillah. bagaikan seruan Illahi. Kini sudah ada pakej PELAYARAN ISLAMIK di Malaysia. malahan kapal pelayaran mewah berkonsepkan Islamik yang pertama di dunia!! Wahhh , berpinar mata aku. seperti yang aku idam-idamkan telah menjadi kenyataan. Tapi mampu ke cik bella nak pergi ni? Kalau ada yang sudi sponsor ape salahnya kan. Ok, Jom baca. ape yang istimewa sangat Pelayaran Islamik ni tawarkan. walaupun kite tak dapat pergi. Yahoooo.



Pelayaran Islamik 3.0 yang dianjurkan oleh IntraTama Travel Consultant & Tour Sdn Bhd,juga akan disertai barisan penceramah terkenal negara kita. Bukan calang-calang orang, nanti aku perkenalkan barisan panel yang akan berkongsi ilmu. Kan seronok kalau kita bercuti tapi dapat ilmu. Jangan bersangka buruk, tak baik tau.. Bercuti atas kapal yang mewah, jangan ingat tak dapat ilmu dan pahala. Orang tua-tua selalu berkata, sambil menyelam minum air. Sambil bercuti banyak ilmu yang dapat dipelajari. Mana ada guru-guru kat sekolah kita nak berkongsi cara mengetahui kedudukan arah Kiblat di lautan, betul tak? Nama pun kat darat. Selain itu, kita dapat mempelajari Solat Jama' & Qasar dan juga dapat mendengar ceramah & kuliah oleh barisan penceramah. Seronok tak kalau dapat bangun awal untuk Qiyamulail di atas kapal mewah yang membelah lautan. Mesti terasa syahdu kan.

Aku dah mula terbayangkan betapa indahnya permulaan pagi kita diteranggi dengan Qiyamulail. MasyaAllah ! Tengah-tengah seronok bercuti dapat juga kita kumpul pahala dengan berzikir dan berselawat. Tak lupa juga dengan program ziarah dan makan malam kesyukuran. Hidup mesti bersyukurr barulah rezeki tu berkat. Amin.


Wahhh. Teruja sungguh aku tengok barisan pendakwah. Terbaiklah !! Tak kan lah kita tak kenal dengan barisan pendakwah kat dalam gambar tu kan? selalu sangat masuk TV bagi ceramah. Dapat dengar tazkirah dan perkongsian ilmu secara berdepan dengan Ustaz Badlishah, Sheikh Abdelaziz Ghonim dan Imam muda Miril. Haahh... Dato Hassan Mahmud dan Dato Dr. Hj. Fadzilah Kamsah kita selalu tengok kat dalam program Pencetus Ummah. Pasti kenangan yang paling terindah. Jangan kita fikir bercuti atas kapal mewah, mesti dipenuhi dengan benda-benda negative. Haip! tak baik fikir buruk. Buang fikiran macam tu ye. Bukan mudah nak mengajak sesama kita menimba ilmu, lagi-lagi tengah bercuti. Ape ke halnya? tapi Pelayaran Islamik yang berkonsep SYUKUR, TENANG dan DAMAI pasti mengamit sanubari kita. Itu namanya release tension yang sebenar.

Shopping-shopping jugak, tapi jangan dilupakan mereka yang lebih susah dari kita. Sebahagian harga pakej yang korang bayar itu akan disalurkan kepada anak-anak yatim, tahfiz dan fakir miskin. Eh tak seronok lagi ke bercuti sambil beramal? Mudah-mudahan rezeki kita mendapat berkat dari DIA. Walaupun tak banyak, at least ada sedikit daripada bahagian kita untuk mereka yang memerlukan.


Hemm-ehem.. mak abah dah sibuk bertanya hadiah Ulang tahun perkahwinan mereka. Tak tahu nak beri hadiah apa kat mak abah. Eh pakej Pelayaran Islamik 3.0 yang akan berlayar pada 1 - 4 Februari 2015 boleh dijadikan hadiah yang pasti mak abah korang akan ingat sampai bila-bila. Mana yang sudah dapat duit bonus tu, bolehlah kongsi adik beradik hadiahkan kat mak abah. Mesti mak abah kita terharu kan? Kalau konsep Islamik tak semestinya yang tua-tua sahaja yang boleh pergi, anak-anak muda macam kita ni lagilah sesuai. Kita yang sedang melalui proses penghijrahan, pastinya ingin mendalami ilmu agama dengan lebih lagi. Yang baru memulakan hidup baru (berkahwin), suami isteri sama-sama berbulan madu di atas kapal mewah sambil menimba ilmu. Mana tahu ada resepi-resepi rumah tangga akan diturunkan. Tanyalah ustaz dan mereka-mereka yang lebih berpengalaman. Barulah kita dapat bina hidup dengan pasangan kita mengikut landasan dan syariat Islam. '' Cinta Sampai Syurga '' katanya, barulah berkat.


Sudah baca sampai bawah ni, rasa minat dan perasaan nak pergi membuak-buak?? boleh aje skip pembacaan korang dan boleh layari link di SINI untuk langkah-langkah pendaftaran.
Pilihlah mana-mana pakej yang korang nak. Ikut kemampuan masing-masinglah. Kalau nak keselesaan sila bayar lebih. Tapi kalau lambat mendaftar, memang tak ada tempat untuk korang. Harga pakej Pelayaran Islamik bermula dari RM 1677 seorang hingga RM 2577 untuk seorang.


Tapi maaf, hanya tingal lagi 7 pakej sahaja. Lagi 2 pakej sudah ''Sold Out'' 
Pakej Pelayaran Islamik 3.0 pada 1-4 Februari 2015 ini merangkumi segala cas. Kecuali perbelanjaan untuk shopping ditanggung oleh individu. Toksah pening-pening lagi, bus dari KL Sentral ke Penang, pelayaran cruise dari Penang ke Phuket dan Krabi termasuk dalam harga yang korang bayar tu. Murah dan berbaloi kan? mana nak dapat lagi pakej macam ni. Pertama di Malaysia dan Dunia ye. SIla booking laju-laju. Jom tengok program lawatan.







wahhh .. Terbeliakk biji mata aku. Nak pergi sangat! ehee. Ok, siapa yang tak sabar macam aku ni jangan lupa mendaftar cepat-cepat tau. Kalau habis, jangan nangis. Jangan risau mereka semua menggunakan Bahasa Ibunda kita, iaitu Bahasa Malaysia. Tak payah susah-susah nak pakai google translate. Jika korang ada sebarang pertanyaan dan masalah tentang pendaftaran, boleh cuba call no di bawah :

Contacts

Tel : +603 6185 0010
Fax : +603 6189 9010
Email : info@intratamatravel.com 
Web : https://pelayaranislamik.com



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Monday, February 10, 2014

Fenomena : Wak Doyok Malaysia


Selamat Petang Semua ^_^

Breaking News ! Trafik blog aku mencanak naik 2-3 hari ni disebabkan kata carian 'Siapakah Wak Doyok'
Mungkin kerana tidak disengajakan korang nak taip key words tersebut then keluarlah blog cabuk aku ni? hehee.
Terharu aku. isk..isk.. Apeape pun thanks to uoollss. Baca entry pasal Wak Doyok tu.





Memang aku mengunakan ayat yang ringkas dan entry tu memang seringkas-ringkasnya. Tanpa ada ayat-ayat membina. huhu. Lepas tu sumber semua aku main cedok-cedok kat internet. Dengan bantuan Wak Google. hehehe.
Sebab aku tak expect korang akan cari mamat bermisai ni. Aku rasakan popularity wak doyok mencanak-canak naik selepas beliau menghadiri ''Anugerah Meletop'' jumaat yang lepas.

That why, korang semua berlumba-lumba cari siapa mamat ni kan? mimimihmihh . Aku pun kurang info pasal dia.
Sebab wartawan pun kureng nak Interview dia. Maybe sebab dia bukan artis. Tapi more to fesyen kan? Aku nak interview dia? hahaha. Omaaigadd !! Memang aku caras kerja wartawan-wartawan kat Malaysia ni. Opss Maaf ! tak ade niat pun nak caras-caras ni. hik hik. Better jadi wartawan tak berbayar. kiki. Macam kiah propa pulak gamaknye.

Tadi aku saje teropong Instagram Mr Doyok ni. Pestime teropong nih. hehehee. Pasal yang FB tu korang mesti tertanye-tanyakan. Betul ke wak doyok tu nak add aku? HAHAHAA. Hambik kau. Gelak besar nampak. Jawapannya memang TAK la!! manelah dia ade masa nak FB-FB bagai. Lagi punya baik hati nak add orang lain. Macam gila fofulariti sangat kan?? huhuhuu.
Siap berbahasa-basi bagai chat dengan aku. Saje aku layankan. Rupanya ada orang obses dengan Wak Misai ni. Tak boleh marah ye abang Misai. Awak dah semakin femess. hehe

Jom layan Abang Misai punya gamabr. Aku rembat kat Insta dia. Jangan marah ok ^_^
Kita pinjam sat nahhh =)




hahaha !! yang ini kelakar. Selalu orang tanya. Tak panas ke fesyen yang wak doyok pakai??
Dia fashion designer, lantak dialah nak bergaya macam mana.
Kalau korang rasa badan selalu sejuk masuk angin. Boleh try bergaya macam dia.
Kompem tak ada masalah kembung perut lagi !! hehe.
Tengok macam Wak doyok. mana ada bun--cit. ^_^ peace yo


Muka nampak ganas, Hati ada taman wo..
Terkedu i tengok u main piano Mr. Misai ! haehehehe
sweet benor aku menengoknye =)



hahhh~ yang ini muka beliau mase suci murni ok.
Nak ngurat ?! ok. sila ke Instagram beliau.
Tata uoollss !! muaaaahhh xoxo



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Thursday, January 9, 2014

Entry Terakhir Untuk Pencetus Ummah


Selamat Petang Semua =)

tadi tengahari ada seorang kawan ingatkan aku pasal
Final Pencetus Ummah - Astro Oasis 106 - 9.00 malam.

Everyday, aku pantau traffic dan search keywords belog aku.
So, macam biasalah. Jumpa perkataan yang peliks and hots gitu. hoho

Hampa layan gambar sat naaa =)





Kalau dah berkenan sangat tu, ape kata korang pergi inbox dia kat FB.
hahaha. kalau aku ada jawapan untuk korang dah lame aku bagi jawapan =)

'' jangan lupa undi PU kesayangan korang dan selamat menonton ''

Wednesday, January 8, 2014

Friday, December 6, 2013

Pencetus Ummah


Salam Jumaat pepps.

Malam Jumaat. Semalam. Ade sesiapa tengok Astro 'Oasis' tak?
Bior kak bell terangkan ohkey? keep quite. (kejam sungguh den)

Rancangan diterbitkan bagi menyampaikan dakwah islam dalam cara yang kreatif.
Secara ringkasnya, berkonsepkan dakwah yang moden.
Sesuai dengan jiwa masyarakat dan anak muda zaman sekarang.

Pada aku, cara penyampaian atau communication skill dengan audience sangat penting.
Pendekatan mengunakan cara psychology adalah satu bonus.

Hey! korang suka Ustaz Azhar Idrus kan? mesti ada yang sanggup pergi tengok movie dia. hahaha ^_^
Alhamdulillah~dari sudut positive. Dakwah secara halus dalam gelak dan tawa.
Hati pun ikhlas menerima teguran.


pencetus ummah astro oasis


Berbalik cerita asal, selain dari 12 peserta yang berentap.
Barisan Murabbi (fasilitator) yang terdiri daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Zulkefli Hamat dan Ustaz Ahmad Termizi Abdul Razak
Tang pengacara aku memang suka sangat.
Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Tak sangka beliau lawak giler!
Setakat ini, tetamu dari kalangan artis yang datang.
Mawi, A.C Mizal, Catt, Anita Baharom, Samsul ghau-ghau.

Dua kali aku tengok rancangan ni, aku tertarik pada 2 peserta.

PENCETUS UMMAH


1# PU SHAHRUL HAMID BIN M.P.H. SEENI MD.
Berumur 38 tahun dari Teluk Kumbar Pulau Pinang.
Master Hadith (Al Quran danSunnah) UKM dan mempunyai
Maahad Tahfiz juga Kedai Runcit.
Beliau merupakan peserta paling senior di antara peserta yang lain.
Kalau bagi speech, memang powerlah!
Beliau juga guru kepada ' Juara Imam Muda Asyraf '


PENCETUS UMMAH



2# PU Rahmat Ikhsan Bin Mohd Sofyan
Berumur 20 merupakan peserta paling termuda.
Boleh buat calon Imam ni. Sanggup berkorban tangguhkan pelajaran dia di Matrik Melaka.
Beliau berasal dari Kuala Lumpur.



MACAM MANA AKU BOLEH TERJEBAK ???


Peliks bin ajaib.
Semalam aku excited tunggu depan TV. haha
Terjebak dengan rancangan macam ini. Tak ape kot.

Sebab apa aku suka?
Speech yang tak membosankan.
Pendekatan dengan isu semasa, lawak dan lagu yang berkaitan.
Salah satu menyucian jiwa untuk aku, boleh clorox otak aku yang berkeladak.


p/s : Kebetulan itu menyebabkan aku tersedar sesuatu. Juga tanpa aku sangka.