Tuesday, January 13, 2015

Kau Tercipta Untuk Diri ku

Hai,

Dah lama tak update pasal diri sendri. Ter.. rasa nak update pasal diri sendri pulak. hahaa. Hari ni, mood feeling2 cintan cintun. *blushing tetiba. ahhh !! Penangan dengar lagu Lah Ahmad. Suara da la merdu, lembut je. betul2 buat aku keawang-awangan. Power tak ayat aku. layan perasaan bosan depan PC, boleh gak Lah teman aku. kiki >_<


Telah lama ku nantikan
Saat semua ku impikan
Kau jadi ratuku
Wahai bidadari ku
langkah lah duniaku..

Bawalah aku ke alam mimpimu
Mencintai mu takkan pernah menjenuh akan ku
Tulusnya hatiku dalam mencintai mu
Semuanya untukmu...

Peluklah aku jika terkenang
Semua kau idamkan
Semua hanya milikmu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksudku untuk melukaimu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna ku sayang padamu
Kau tercipta untuk temani diriku...

o0o0o.. yeh yehhh

Bersyukur kita pada Yang Esa(terciptanya cinta)
Ku mendoakan kebahgiaan selalu
Peluk lah aku jika terkenang
Semua kau idamkan semua hanya milikmu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksud ku untuk melukai mu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna ku sayang pada mu
 
Ok, tak nak cerita pasal Lah Ahmad. haha. aku nak citer yang aku suka lagu dia! lepas tu boleh la operasi berangan-angan ke langit tercipta. Mula terpikirkan jejaka yang jadi video klip kat otak aku ni. *blushing lg ! Hadoi perempuan ni memang tak dapat dipisahkan dengan fantasi kan.hihhii. Petang2 macam ni layan jiwang, malam tak boleh tidur la. Lagi-lagi petang tengok Zul Ariffin !!! mau tak histeria aku. hahaa. Aku tenung dia lama2.

'' bella !! ko jangan nak tenung dia lama-lama ye ?! tu ma punya ''

Mak aku kalau bab potong line nafsu aku memang teror. Aku dah selalu sangat berebut abang2 sado kat tv tu dengan mak aku. kiki. Walaupun dia bukan Zul Ariffin, aku tak tahu siapa yang tercipta untuk aku. Tapi ape yang aku selalu doa.. Seseorang yang dapat memahami aku, bersama ketika aku susah dan senang, ketika aku sakit dan paling penting mencintai aku sepenuh hati dia. Ceecehhh. jiwang la aku . Semua perempuan pun nak macam ni. Tapi tak ada pulak listing nak hensem, kaya ke sado ke apa. Kalau tak boleh melindungi kaum wanita pun tak guna jugak. 
 
Tak semestinya jumpa lelaki idaman , dia adalah yang terbaik untuk kita kan ? bersyukur dengan apa yang ada dan terus menunggu. haha. Insyallah . Ok sambung jiwang lagi. Bye!

Friday, January 9, 2015

Mitsubishi Electric

Hello peeps ,

Pada Sabtu 3 Januari 2015 yang lepas, bertempat di Mitsubishi Electric Office, Petaling Jaya. Pihak Mitsubishi Electric Malaysia telah menganjurkan satu acara bagi memperkenalkan produk keluaran Mitsubishi bersama blogger. Ini bagi meluaskan lagi penjenamaan Mitsubishi dalam keluaran electrik.

Mungkin nama Mitsubishi gah dalam keluaran kereta, tetapi mereka juga turut memasarkan produk electrik jenama mereka sendiri. Acara yang berlangsung selama 3 jam itu berobjektif, perkenalkan 4 produk keluaran Mitsubishi iaitu Aircond, Jet Towel, Fan dan Fridge. Wah. lepas ni bolehlah shopping barangan Mitsubishi Electric. Untuk mobile application, akan dilancarkan pada pertengahan Januari bagi android application dan IOS pada akhir Januari 2015.



Aircond jenama Mitsubishi ni senang dibersihkan. Ada 3 cara mudah macam mana cara hendak bersihkan aircond ini tanpa perlu kita susah-susah upah maintenance luar untuk bersihkan aircond kita. Jangan risau aircond Mitsubishi juga senyap dan tak bising, selain itu juga dapat menjimatkan bil elektrik. Aircond Mitsubishi juga telah mendapat iktiraf 5 bintang - less energy used and energy efficiency.




Pada pendapat aku, aircond Mitsubishi ni cepat sejuk tau. Instal 2 aircond , tapi guna 1 aje. Jimat tak? Mudah aje Nak control swing mode aircond Mitsubishi ni. Mesti lah mesra pengguna kan.



Sekarang nak keringkan tangan tak payah Nak guna mesin pengering yang bunyi2 bising tu. Letak aje tangan yang basah kat Jet Towel keluaran Mitsubishi ni , 10 saat aje tangan korang sudah pun kering. Hahh.. Senangkan dan mudah tanpa perlu sentuh jet towel (hand towel) tersebut.



Aku rasa setiap rumah kat Malaysia, wajib ada kipas. Pelik kot kalau tak ada kipas kat rumah. Kalau tak ada, boleh cuba salah 1 saiz kipas keluaran Mitsubishi dan jangan risau ada waranti untuk 3 tahun. Kipas ni juga selamat digunakan. Banyak keistimewaan , antaranya double fuse protection dan fuse automatic cut off bila overheat.


Peti ais ? ni sangat excited. Nak simpan makanan dan sejuk beku mestilah nak ruangan yang luas dan besar. Peti ais keluaran Mitsubishi mempunyai keluasan capacity (width 950mm)


Vitamin Factory - Triple-coloured LED light which helps to increase vitamins 1.5 times
acts as ‘miniature sun’ to help promote longer-lasting freshness, sustain nutrient and increase vitamins in vegetables.


Peti ais Mitsubishi juga ada '' Humidity control'' suitable for vegetables and fruits to stay crisper and fresher for longer. Tak perlu risaulah lepas ni sayur dan buah-buahan kita tak akan cepat rosak dan makanan lain tak serap rasa peti ais bila kita makan makanan dari peti ais. Sangat tak sedap. 

Pendek kata, barangan Mitsubishi amat berpatutan dengan harga dan penggunaannya. Ingat Mitsubishi , ingat jugak barangan elektik keluaran mereka !

Wednesday, January 7, 2015

The Best Beauty Products


Hello Beauty !! 

Perempuan dan kecantikan mana boleh dipisahkan. Baik perempuan ataupun lelaki, semua nak kelihatan cantik dan sempurna! Dulu masa aku muda remaja , memang tak berapa nak kisah sangat bab rawatan dan penjagaan wajah. Waktu zaman sekolah, kawan-kawan sibuk risau dek mutiara yang menghiasi kulit muka dorang. Tapi aku, relaks je sebab kulit sihat lagi masa tu. Sekarang bila umur dah masuk peringkat matang dan mumaiyis. Jerawat macam bermarathon keluar kat muka ni hah. Lagi-lagi bila stress. ahh! stressnyaa. Bila sudah matang,aku mula obses pada kecantikan. Macam-macam nak produk nak try.
Aku nak cantik macam Emma Watson boleh tak ?? ngeee >..<


Ini gambar beliau semasa muda remaja. Comel betul, si emma masa belakon cerita Harry Potter. Aku suka cerita tu, start aku baca novel then repeat tengok kat TV. Memang lagi best la jawabnya. Lagi-lagi dapat cuci mata tengok Emma Watson yang gebu gebas ni. Pelakon yang terkenal dengan watak Hermione Granger ini telah dipilih sebagai antara selebriti wanita paling disukai di dunia. Bukan mudah menjadi selebriti yang terkenal, beliau haruslah bijak bergaya dan memilih trend fesyen yang sesuai dengan jiwanya. Emma juga telah dilantik menjadi duta dalam program UN kerana pakej rupa parasnya yang cukup anggun dan mengancam.



''emma, why u so beautiful?'' give me tips please. huhuhu.
No wonder lah, paparazi & photographer berebut berguling-guling nak snap gambar dia. Dengan pakej kecantikan yang dia ada, plus kecantikan semulajadi dari luar & dalam. Kalau nak cantik macam Emma Watson, korang harus bijak memilih beauty products yang tepat dan sesuai untuk kulit korang. Eh.. Jangan main taram je letak kat muka. Bahaya tau.

Antara tips yang terbaik untuk memilih the beauty products in the market, korang perlu berulang kali membuat kajian tentang sesuatu jenama. Sampai korang puas hati dengan kandungan dan keberkesanan produk tersebut, barulah decide nak beli. Ini sangat2 lah penting untuk kita mengetahui tentang kelebihan produk yang kita hendak gunakan. Bukan sahaja untuk kecantikan diwajah tetapi bahan yang selamat apabila kita menggunakan produk tersebut.

Kadang-kadang kita terpengaruh bila tengok iklan dan koleksi testimoni. Tertarik jugak nak cuba-cuba produk tu. Tapi, korang kena tahu yang tak semua produk di luar sana sesuai dengan kulit korang. Bila orang lain guna, elok je, bersih dan cantik pulak tu. Bila korang guna, tetiba pulak jerawat naik kat muka, kulit mula kusam dan timbul masalah kulit yang lain. Yang paling teruk, kulit korang akan terus jadi allergic!!
eee. takutnya !! macam mimpi ngeri weh ..

Tips yang terakhir , korang kena bersabar dan banyak buat research yang lebih mendalam jika hendak bertukar produk yang lain. Walaupun nak cantik, tapi pastikan kita tak menjadi mangsa kecantikan ye ! Hendak cantik bak Emma Watson kena bersabar sikit ye kawan-kawan.

Friday, January 2, 2015

PELAYARAN ISLAMIK MALAYSIA PERTAMA DI DUNIA !!

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua !

Selamat menyambut tahun 2015 ! Dulu aku selalu dok usha pakej kapal mewah yang berlayar di lautan.Eh, memanglah berlayar di lautan. Tapi lepas aku tengok harga ! Amboi bukan kemain lagi. Buatkan muka aku terkulat-kulat depan promoter travel tu. haha. Lepas tu imaginasi aku ni mula terfikir.
'' Kan best kalau ada Pelayaran mewah di atas kapal tapi berkonsepkan Islamik.
Tapi ada ke pakej yang macam tu? ''


Korang pun tahu, kalau pakej biasa-biasa yang cikai cap ayam tu pun dah lebih RM 2K ke atas sekepala. Bukan sekapal ok. Ni lagi nak buat konsep Pelayaran Islamik kan. haah? Ketuk kepala sendirilah ! suka sangat imaginasi lebih-lebih aku ni. Tapi Alhamdulillah. bagaikan seruan Illahi. Kini sudah ada pakej PELAYARAN ISLAMIK di Malaysia. malahan kapal pelayaran mewah berkonsepkan Islamik yang pertama di dunia!! Wahhh , berpinar mata aku. seperti yang aku idam-idamkan telah menjadi kenyataan. Tapi mampu ke cik bella nak pergi ni? Kalau ada yang sudi sponsor ape salahnya kan. Ok, Jom baca. ape yang istimewa sangat Pelayaran Islamik ni tawarkan. walaupun kite tak dapat pergi. Yahoooo.



Pelayaran Islamik 3.0 yang dianjurkan oleh IntraTama Travel Consultant & Tour Sdn Bhd,juga akan disertai barisan penceramah terkenal negara kita. Bukan calang-calang orang, nanti aku perkenalkan barisan panel yang akan berkongsi ilmu. Kan seronok kalau kita bercuti tapi dapat ilmu. Jangan bersangka buruk, tak baik tau.. Bercuti atas kapal yang mewah, jangan ingat tak dapat ilmu dan pahala. Orang tua-tua selalu berkata, sambil menyelam minum air. Sambil bercuti banyak ilmu yang dapat dipelajari. Mana ada guru-guru kat sekolah kita nak berkongsi cara mengetahui kedudukan arah Kiblat di lautan, betul tak? Nama pun kat darat. Selain itu, kita dapat mempelajari Solat Jama' & Qasar dan juga dapat mendengar ceramah & kuliah oleh barisan penceramah. Seronok tak kalau dapat bangun awal untuk Qiyamulail di atas kapal mewah yang membelah lautan. Mesti terasa syahdu kan.

Aku dah mula terbayangkan betapa indahnya permulaan pagi kita diteranggi dengan Qiyamulail. MasyaAllah ! Tengah-tengah seronok bercuti dapat juga kita kumpul pahala dengan berzikir dan berselawat. Tak lupa juga dengan program ziarah dan makan malam kesyukuran. Hidup mesti bersyukurr barulah rezeki tu berkat. Amin.


Wahhh. Teruja sungguh aku tengok barisan pendakwah. Terbaiklah !! Tak kan lah kita tak kenal dengan barisan pendakwah kat dalam gambar tu kan? selalu sangat masuk TV bagi ceramah. Dapat dengar tazkirah dan perkongsian ilmu secara berdepan dengan Ustaz Badlishah, Sheikh Abdelaziz Ghonim dan Imam muda Miril. Haahh... Dato Hassan Mahmud dan Dato Dr. Hj. Fadzilah Kamsah kita selalu tengok kat dalam program Pencetus Ummah. Pasti kenangan yang paling terindah. Jangan kita fikir bercuti atas kapal mewah, mesti dipenuhi dengan benda-benda negative. Haip! tak baik fikir buruk. Buang fikiran macam tu ye. Bukan mudah nak mengajak sesama kita menimba ilmu, lagi-lagi tengah bercuti. Ape ke halnya? tapi Pelayaran Islamik yang berkonsep SYUKUR, TENANG dan DAMAI pasti mengamit sanubari kita. Itu namanya release tension yang sebenar.

Shopping-shopping jugak, tapi jangan dilupakan mereka yang lebih susah dari kita. Sebahagian harga pakej yang korang bayar itu akan disalurkan kepada anak-anak yatim, tahfiz dan fakir miskin. Eh tak seronok lagi ke bercuti sambil beramal? Mudah-mudahan rezeki kita mendapat berkat dari DIA. Walaupun tak banyak, at least ada sedikit daripada bahagian kita untuk mereka yang memerlukan.


Hemm-ehem.. mak abah dah sibuk bertanya hadiah Ulang tahun perkahwinan mereka. Tak tahu nak beri hadiah apa kat mak abah. Eh pakej Pelayaran Islamik 3.0 yang akan berlayar pada 1 - 4 Februari 2015 boleh dijadikan hadiah yang pasti mak abah korang akan ingat sampai bila-bila. Mana yang sudah dapat duit bonus tu, bolehlah kongsi adik beradik hadiahkan kat mak abah. Mesti mak abah kita terharu kan? Kalau konsep Islamik tak semestinya yang tua-tua sahaja yang boleh pergi, anak-anak muda macam kita ni lagilah sesuai. Kita yang sedang melalui proses penghijrahan, pastinya ingin mendalami ilmu agama dengan lebih lagi. Yang baru memulakan hidup baru (berkahwin), suami isteri sama-sama berbulan madu di atas kapal mewah sambil menimba ilmu. Mana tahu ada resepi-resepi rumah tangga akan diturunkan. Tanyalah ustaz dan mereka-mereka yang lebih berpengalaman. Barulah kita dapat bina hidup dengan pasangan kita mengikut landasan dan syariat Islam. '' Cinta Sampai Syurga '' katanya, barulah berkat.


Sudah baca sampai bawah ni, rasa minat dan perasaan nak pergi membuak-buak?? boleh aje skip pembacaan korang dan boleh layari link di SINI untuk langkah-langkah pendaftaran.
Pilihlah mana-mana pakej yang korang nak. Ikut kemampuan masing-masinglah. Kalau nak keselesaan sila bayar lebih. Tapi kalau lambat mendaftar, memang tak ada tempat untuk korang. Harga pakej Pelayaran Islamik bermula dari RM 1677 seorang hingga RM 2577 untuk seorang.


Tapi maaf, hanya tingal lagi 7 pakej sahaja. Lagi 2 pakej sudah ''Sold Out'' 
Pakej Pelayaran Islamik 3.0 pada 1-4 Februari 2015 ini merangkumi segala cas. Kecuali perbelanjaan untuk shopping ditanggung oleh individu. Toksah pening-pening lagi, bus dari KL Sentral ke Penang, pelayaran cruise dari Penang ke Phuket dan Krabi termasuk dalam harga yang korang bayar tu. Murah dan berbaloi kan? mana nak dapat lagi pakej macam ni. Pertama di Malaysia dan Dunia ye. SIla booking laju-laju. Jom tengok program lawatan.







wahhh .. Terbeliakk biji mata aku. Nak pergi sangat! ehee. Ok, siapa yang tak sabar macam aku ni jangan lupa mendaftar cepat-cepat tau. Kalau habis, jangan nangis. Jangan risau mereka semua menggunakan Bahasa Ibunda kita, iaitu Bahasa Malaysia. Tak payah susah-susah nak pakai google translate. Jika korang ada sebarang pertanyaan dan masalah tentang pendaftaran, boleh cuba call no di bawah :

Contacts

Tel : +603 6185 0010
Fax : +603 6189 9010
Email : info@intratamatravel.com 
Web : https://pelayaranislamik.com



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Thursday, January 1, 2015

'' Selamat Datang 2015 ''

Hai ! Hello peeps,

Wahhh .. sebelum pukul 12am lagi, HP aku sudah bertalu-talu masuk mesej. Siang tadi aku dapat half day off, pergi pulak merayap dengan si bujang. hehe. kononnnya nak shopping year end sale tak sudah-sudah. Nak muntah aku tengok barang-barang. Rambang mata juga. hehe. Nafsu perempuan kan ada 9.. katanya!! Clear stock cepat sikit, boleh cuci mata tengok stock baru pulak. huhu. Belinya tidaak. Sampai hilang nafsu aku nak berbelanja. Perempuan cepat jemu ke? ahaks. Tapi dalam diam-diam, dah beratus jugak abis.
Garu kepala aku yang tak gatal ni ^_^

Anyway , selamat menyambut tahun baru, 2015 semua!! Alhamdulillah, diberi peluang bernafas di permulaan tahun baru ni. Orang kata buka buku baru, tutup buka lama rapat-rapat. Jangan buang dalam tong sampah weh. Kalau boleh tak nak ingat yang pahit-pahit dah. huhuhu Pedihh weh. sakit hanya kita je yang tahu. Macam diri sendiri yang terasa kan ? Yang manis jadikan kenangan yang terindah dan semangat untuk mengharungi masa-masa yang akan datang. Amin..

Azam tahu baru ? urmm. macam tak berapa nak ada azam sangat la. haha. Untuk diri aku yang kerdil ni, aku berazam nak capai ape yang aku belum aku capai. Tapi sebelum aku berumur 25 tahun, Alhamdulillah.. Allah sudah permudahkan dari segi rezeki dan kerjaya. Aku berdoa , kesihatan aku bertambah baik. DIA beri aku semangat yang kuat untuk aku mengharungi hari-hari yang mendatang nanti. Semangat yang kuat untuk aku terus bertahan. Beri kebahagiaan dan Insyallah kurniakan bakal suami untuk aku. hihi. *_*

Azam tahun untuk dunia blogging aku ? semestinya, aku nak lebih maju dan matang dalam penulisan aku. Tak nak la merepek yang bukan-bukan. huhuhu. Kadang-kadang melawak dalam menulis, orang bukan paham pun. hohoho. Lagi-lagi kalau membaca tanpa perasaan, memang sadisss laa weeh *_*  bila baca entry lepas-lepas rasa macam nak sorok muka bawah katil kot ! tergelak-gelak, geli-geliman pun ada. maaf la ye, kalau entry lama agak poyo sikit. nak padam. Update tak banyak. Insyallah, aku akan baiki sikit demi sedikit =)

Thanks jugak kepada siapa yang volunteer follow aku. Kalau nak mintak aku follow, pls remind me. Aku terlepas banyak benda. Aku tak mengharap sangat angka follower bertambah, tapi aku lagi happy kalau dapat BW kesemua followers aku. Aku hanya termampu melayan comment di blog aku. Thanks kawan-kawan blogger's, hopefully our friendship never ending =)



Buka buku baru , tingalkan buku yang lama. Azam tahun baru nak pergi travel. huhu. Bercuti itu satu ibadah! Jadikan semalam sebagai satu pengajaran , untuk mengajar kita jadi manusia yang lebih baik. Tak dinafikan kadang-kadang, kita tergelincir disaat melalui penghijrahan. Peace No War !! Love u all

p/s : boss single aku dah lamar awek die. hehee. so sweet ! Doakan jodoh mereka kekal.


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''