Hai ! Hello peeps,
Wahhh .. sebelum pukul 12am lagi, HP aku sudah bertalu-talu masuk mesej. Siang tadi aku dapat half day off, pergi pulak merayap dengan si bujang. hehe. kononnnya nak shopping year end sale tak sudah-sudah. Nak muntah aku tengok barang-barang. Rambang mata juga. hehe. Nafsu perempuan kan ada 9.. katanya!! Clear stock cepat sikit, boleh cuci mata tengok stock baru pulak. huhu. Belinya tidaak. Sampai hilang nafsu aku nak berbelanja. Perempuan cepat jemu ke? ahaks. Tapi dalam diam-diam, dah beratus jugak abis.
Garu kepala aku yang tak gatal ni ^_^
Anyway , selamat menyambut tahun baru, 2015 semua!! Alhamdulillah, diberi peluang bernafas di permulaan tahun baru ni. Orang kata buka buku baru, tutup buka lama rapat-rapat. Jangan buang dalam tong sampah weh. Kalau boleh tak nak ingat yang pahit-pahit dah. huhuhu Pedihh weh. sakit hanya kita je yang tahu. Macam diri sendiri yang terasa kan ? Yang manis jadikan kenangan yang terindah dan semangat untuk mengharungi masa-masa yang akan datang. Amin..
Azam tahu baru ? urmm. macam tak berapa nak ada azam sangat la. haha. Untuk diri aku yang kerdil ni, aku berazam nak capai ape yang aku belum aku capai. Tapi sebelum aku berumur 25 tahun, Alhamdulillah.. Allah sudah permudahkan dari segi rezeki dan kerjaya. Aku berdoa , kesihatan aku bertambah baik. DIA beri aku semangat yang kuat untuk aku mengharungi hari-hari yang mendatang nanti. Semangat yang kuat untuk aku terus bertahan. Beri kebahagiaan dan Insyallah kurniakan bakal suami untuk aku. hihi. *_*
Azam tahun untuk dunia blogging aku ? semestinya, aku nak lebih maju dan matang dalam penulisan aku. Tak nak la merepek yang bukan-bukan. huhuhu. Kadang-kadang melawak dalam menulis, orang bukan paham pun. hohoho. Lagi-lagi kalau membaca tanpa perasaan, memang sadisss laa weeh *_* bila baca entry lepas-lepas rasa macam nak sorok muka bawah katil kot ! tergelak-gelak, geli-geliman pun ada. maaf la ye, kalau entry lama agak poyo sikit. nak padam. Update tak banyak. Insyallah, aku akan baiki sikit demi sedikit =)
Thanks jugak kepada siapa yang volunteer follow aku. Kalau nak mintak aku follow, pls remind me. Aku terlepas banyak benda. Aku tak mengharap sangat angka follower bertambah, tapi aku lagi happy kalau dapat BW kesemua followers aku. Aku hanya termampu melayan comment di blog aku. Thanks kawan-kawan blogger's, hopefully our friendship never ending =)
Buka buku baru , tingalkan buku yang lama. Azam tahun baru nak pergi travel. huhu. Bercuti itu satu ibadah! Jadikan semalam sebagai satu pengajaran , untuk mengajar kita jadi manusia yang lebih baik. Tak dinafikan kadang-kadang, kita tergelincir disaat melalui penghijrahan. Peace No War !! Love u all
p/s : boss single aku dah lamar awek die. hehee. so sweet ! Doakan jodoh mereka kekal.
'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''
Showing posts with label jodoh. Show all posts
Showing posts with label jodoh. Show all posts
Thursday, January 1, 2015
Thursday, April 24, 2014
CINTA Terhalang Oleh Dot..Dot..Dot
'' Dia.. Insan pertama yang bertatah. Dia.. Insan Pertama yg ku cinta ..
Tapi cinta terhalang oleh ..... "
Sila isikan jawapan di tempat dot.dot.. di atas. kalau betul dapat 1 sen ! hehee
Nampak sangat aku dah bengong habis ni. hehe. Lirik lagu pun dag tunggang langgang.
Actually nak focus tang " cinta terhalang " aje..
Nampak tak permainan aku di situ . kikiki. macam main bola sepak rasanya.
Apesal lately, aku sibuk cakap pasal cinta ek? maybe sebab musim orang kahwin kot..
Pada pendapat aku, tak semua cerita cinta dapat disempurnakan tanpa ada halangan.
Itulah nama ujian orang bercinta. haha. begitulah kekdahnya. ceewaahh !! puihh..
Hensem lagi macho lelaki di atas kan? hik hik.
Sila jangan pandang untuk kali ke-2 ye gadis-gadis sekalian. Tak tidur siang jawabnya.
Ofcoz dia bukan boypreng aku yang sebenar. Tapi terlebih dan terkureng macam ni rupanya.
Mama meletakan 1 syarat, yang lamaran si dia akan diterima..
Jika si mamat arab nun jauh di Dubai balik ke Malaysia.
Dan menetap bersama keluarga aku di sini. Malaysia yang tercinta gitu. woah !
Orang kata jika cinta lautan api sanggup direnangi.
Tapi tak payah nak berenang kuak lentang pelbagai aksi. Dah tak sanggup. huhu
Tak sanggup nak pindah ke luar kepompong. hik hik. Aku lah orang tu ! hahaa
Family dia ok, sepupu dia pun rajin FB Chat dengan aku.
Tapi itulah. Tak ade jodoh katekan. Aku ok je . haa. Ok.. next halangan !!
Ala~ ade boypreng kembar tu biasalah kot.
Selagi hampo-hampo tak tertukar pasangan time nak dating. Kira dah ok la tu.
Bukan aku nak cerita pasal kembar pun. Point yang penting its ..
Percintaan berlainan AGAMA. boleh di terima tak?
Lagi-lagi lelaki tu, mix blood (cina + indian) = Kembar cindian
Terhalang kerana.. si ibu kepada lelaki tersebut. Tak benarkan si anak masuk ISLAM.
Dia takut si anak, akan lupakan si ibu (cina)
Walaupun lelaki itu, memang dah lame berkeinginan nak masuk ISLAM.
'' He such a good man, very gentleman & respect other people " - aku doakan dia-
Aku tak nak sentuh bab halangan dari segi status dan kekayaan.
Sebab.. depend on people. Ade yang ok, sanggup share kekayaan & kesenangan bersama.
Ada yang ukur tahap Pendidikan. Nak baka pandai (Dr. Professor) katanya ! hahaha.
Last thing pasal Keturunan. Urm.. masalah yang aku sedang hadapi sebenarnya.
Sebab aku tak ada Sharifah. Aku ada SITI. Bukan si tikuss ye. hehee
Aku kurang pasti bab keturunan ni. Sebab aku tak ada pengalaman.
Any one can share with me ? haahaa.
'' Umi dia kata proceed after a month "
'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''
Wednesday, April 9, 2014
Nak Tarik Perhatian Si DIA
Selamat Petang Rabu kawan-kawan ^_^
Aku nak cerita sikit, aku ada seorang sepupu lelaki.
Hari tu kan, mase pergi holiday sesama. Aku dok perli dia. Mane girlprengg epol ??
Tak kan sampai sekarang tak dapat nak ngurat girlprengg kot. Menyendiri aje?!
choiii ~ siap buat nada-nada perli dan sinis gitu. hahaa. Pelawak je tu. hohooho
So, sepupu aku pun ngadu kat aku ....
" member epol yang pecah ghumah pun dapat aweks lawa & comel "
hahaaaahaha !! serios. kiteorang terbahak-bahak gelak. Dah macam ponti pulak. huhuhu
Aku pun bagilah sikit-sikit tips. Niat nak menyakat dia semakin membuak-buak. hehee
" epol, kalau nak ngorat buatlah muka macho. Ni muka jambu ! mana nak dapat "
aku menyakat sepupu aku. Mamat tu kalau malu, muka merah padam. Macam pakai blusher.
Itu lah siapa suruh putih sangat. hahaaa. dah kantoi malu ! iskk.iskk.
kalau nak pikat jangan terus cakap nak couple ke, nak meminang, nak kahwin ke.
itu gelojoh sangat. takut lah si dia tu. Terkejut monyet lah jawapnya. hahaa.
Orang tua-tua kata:
bagaikan tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak.
Susah sangat ke nak mengorat perempuan? hurm. tak susah asalkan ikhlas dan berusaha.
Nak ngurat tak tahu no HP? tak apa, boleh cuba step yang pertama ni.
Bagilah nota perkenalan. kat FB, Twitter, IG, surat pun boleh kalau nak. oldskool gitu.
So, si dia akan tercari-cari siapa pengirim tersebut ye. hurmmm T_T
Try buat dalam seminggu macam tu. Tak payah jiwang-jiwang sangat.
Cukup si dia tahu korang cuba mendekati dia.
kalau dia bagi respond yang positif, korang boleh teruskan ke step yang ke 2. hihiihii
2nd step boleh start bagi lollipop yang comel-comel. Coklat 20 sen pun ok. ahaha.
Jangan lupa tampal kan NOTA ok ?
Say : Jiran saya nama Mak Eton, Nak Nombol handpon. *kikiki
Kalau dah berjaya dapat no HP si dia. Kira dah senang sangatlah kerja mengurat tu. hohoho
Boleh sekali-sekala bagi bunga + note. Tak payahlah buat hari-hari.
Bankrup nak cop duit. hahaa. Tak pun petik bunga mak korang. Habis togel pasu bunga nanti.
Then final step, if korang berhajat nak melamar secara sweet. Boleh bagi Encik Teddy.
So, peluang si dia untuk menolak lamaran anda hanya 45% mungkin.
Jangan gelojoh bagi cincin terus.
Kalau aku pun tak nak. Terperanjat mak jemah. hahaa. Slow its better.
Bila dah betul-betul berkenan? nak langkah bendul-bendul di atas?
Terus nak say " will you marry me ? "
Macam omputih kekdahnya. 101% akan direject dari kehidupan si dia. haha
Kalau dia terima beruntunglah. Maybe anda tak bertepuk sebelah tangan.
Kalau dah dapat hati si Dara, jangan lupa orang tuanya. Tak elok tu namanya.
Next entry, aku share macam mana nak ngurat keluarga si DIA pulak ye ^__^
'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''
Wednesday, January 29, 2014
# 5 Wordless Wednesday
Sepupu merangkap Suami. Suamiku Sepupuku.
Ibu saudara ku ibu mertua ku jua !!
Mane satu pilihan kalbu ??
urm.. tajuk bikin gempak aje kan? hoho. Bila dok ulang perkataan ' sepupu-sepupu ' lama-lama jadi kupu-kupu. hik hiks.
Dah la W.W sibuk pulak nak taip panjang-panjang. Ade mak jemah heran ? hahahaa.
Semalam aku termimpikan pasal benda tu lah. Giler tak seriauu ??!! huhhhh. tak sanggup aku.
Kahwin dengan sepupu sendiri ibarat aku berkahwin tanpa cintan-cintun paksaan dan lebih hebat lagi.
Macam kahwin dengan abang kandung sendiri kot.
Ni, mesti pasal perbincangan antara aku, mama and akak aku. Bual-bual kosong je kot.
Hope tak menjadi kenyataan. heheee. aku takk nakk wehh.
Tapikan mane boleh cakap 'tak nak' nanti Allah uji aku macam mane? tapi tak kan nak cakap 'nak' pulakk =/
Susah benorrr. haaiiihh..
'' Rejekiii (jawa pekat giler) jodohhh, mautt, semuanya Rahsia Allah ''
'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''
Wednesday, January 15, 2014
I'm Come Back
Assalamualaikum & Hello Everybody =)
Pejam-celik-pejam-celik dah lebih 3 hari aku menyepi dari menaip. Membiarkan vlog picisan aku bersawang ibarat tapak pembinaan terbengkalai. Haih ! gaya macam nak stop berblogging nampaknya. hehee. Eh ! tajuk entry pun macam tak betul aje nak tinggalkan dunia blog! Huhu. Kenapa, why, bakit (filipino) ??? Pertanyaan kenapa dalam banyak version dan muka penuh tanda soal. (betul ke imaginasi aku ni) hahaaa. 'Font Saiz' blog aku pun dah bertukar, dah tak gedabak-gedabak macam dulu kan. kikiki
Okey-okey, sebelum aku jawab pertanyaan anda-anda semua. Boleh aku nak buat pertanyaan poyo tahap muntah hijau tak? Ready answer my question (tu dia speaking jawee pulak) hihihi. Rindu kat aku ke kalau aku tak ade nanti ? hahahaa.
POYO-poyo aje soalan aku tu ?? Macam aku pulak yang dah terlebih menggunakan tanda 'SOAL' (maafkan saya !)
Merujuk kepada entry aku yang terakhir last week. Entry yang penuh dengan luahan perasaan tahap jiwang bagai. Macam tak sangka akulah yang bertanggungjawab menjadi tukang taip entry yang sadis tu. heheheee. Tak sanggup sebenarnya aku nak baca entry tu balik. Rasa macam nak hempok kelapa kat kerusi pulak rasanya. Tapi disebabkan korang-korang blogger yang sporting habis/ meletop & baik hati gitu. Juga blogger otai +HASRUL HASSAN pun sanggup turun padang bagi kata-kata semangat dan nasihat. Terima kasih sangat-sangat kat my dear friend +Khairunnisa Dahalan. Yang lain-lain kau tak mention -love u korang- (Felling macam menang Anugerah Grammy plak) heheee
Tak dapat gambarkan perasaan terharu aku ni, sampai kabur bijik mata aku tahan air mata. Ok, aku mula nak jiwang lagi. hehee. Actually, aku tak jiwang pun. Aku masih lagi berjantina perempuan dan mempunyai sindrom PMS . Kadang-kadang cerita tu tak sedih pun. Aku boleh menangis tersedu-sedu. Akak aku dok pelik tengok menangis macam mati laki. kikikiii.
Aku pun cover-cover tutup muka dengan bantal. Padahal air hingus semua dah meleleh keluar. T_T
Special thanks to 'blogger' yang update kehidupan korang setiap hari. Opkos termasuk cerita pasal keluarga dan anak-anak dan tak terkecuali Encik Somi tersayang kan?? Ok nak dijadikan cerita aku ada join satu segment ni, so aku blogwalking satu per satu blog untuk singgah dan follow. Then aku terjumpa 1 blog yang memang aku tercari-cari, memang aku nak stalker blog orang tu. Nak tahu kenapa??? apsal aku nak stalker vlog orang tu plak ye? urm,,, tunggu next entry k.
Baru boleh tahu kenapa aku jadi emosi semacam =') Bagi aku semangat nak cerita . Kitee makan dulu !!! yeahhh ~
Baru boleh tahu kenapa aku jadi emosi semacam =') Bagi aku semangat nak cerita . Kitee makan dulu !!! yeahhh ~
'' Selamat ber'lunch dan menunaikan Solat Zohor ''
Thursday, January 9, 2014
Terusik Jiwa Sebentar
Tiba-tiba aku nak buat entry sedih-sedih pulak hari ni. Mentang-mentang dah hujan.
Tapi kalau banjir bukan sebab aku menanggis ye.
hmm .. aku sedih ke? hurmm. tak adelah. aku tak sedih pun.
im cool and im crazy same like before.
Takdir Tuhan. Aku tak boleh lari. Kalau memang di gariskan untuk bertemu dengan masa silam =')
Berdoalah bersungguh, Nescaya Allah menjawab doa hamba-NYA,
Maka aku pasrah untuk terima takdir.
Itu sudah satu kecukupan untuk mengetahui kebenaran yang selama ini aku dambakan.
Pilihan ke-2 menjadi peluang ke-2.
Jangan pernah sia-sia kan =)
Sahabat aku pernah berkata :
'' kalau kau tak ada Jodoh kat dunia ni. Tunggulah Bidadara kat Syurga nanti ''
Wednesday, December 18, 2013
# 4 Wordless Wednesday
'' Tiada kata yang mampu terluah,
seribu ungkapan tak mampu aku gambarkan.
Zahir nampak kosong.
Namun, tercipta dari hati.
Biarlah ia begitu ''
-BELLA LUNA-
Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu
(jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmuKu kan memilikimu, jodoh pasti bertemu.
- Afgan-Jodoh Pasti Bertemu -
Subscribe to:
Posts (Atom)












