Showing posts with label CINTA. Show all posts
Showing posts with label CINTA. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Kau Tercipta Untuk Diri ku

Hai,

Dah lama tak update pasal diri sendri. Ter.. rasa nak update pasal diri sendri pulak. hahaa. Hari ni, mood feeling2 cintan cintun. *blushing tetiba. ahhh !! Penangan dengar lagu Lah Ahmad. Suara da la merdu, lembut je. betul2 buat aku keawang-awangan. Power tak ayat aku. layan perasaan bosan depan PC, boleh gak Lah teman aku. kiki >_<


Telah lama ku nantikan
Saat semua ku impikan
Kau jadi ratuku
Wahai bidadari ku
langkah lah duniaku..

Bawalah aku ke alam mimpimu
Mencintai mu takkan pernah menjenuh akan ku
Tulusnya hatiku dalam mencintai mu
Semuanya untukmu...

Peluklah aku jika terkenang
Semua kau idamkan
Semua hanya milikmu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksudku untuk melukaimu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna ku sayang padamu
Kau tercipta untuk temani diriku...

o0o0o.. yeh yehhh

Bersyukur kita pada Yang Esa(terciptanya cinta)
Ku mendoakan kebahgiaan selalu
Peluk lah aku jika terkenang
Semua kau idamkan semua hanya milikmu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksud ku untuk melukai mu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna ku sayang pada mu
 
Ok, tak nak cerita pasal Lah Ahmad. haha. aku nak citer yang aku suka lagu dia! lepas tu boleh la operasi berangan-angan ke langit tercipta. Mula terpikirkan jejaka yang jadi video klip kat otak aku ni. *blushing lg ! Hadoi perempuan ni memang tak dapat dipisahkan dengan fantasi kan.hihhii. Petang2 macam ni layan jiwang, malam tak boleh tidur la. Lagi-lagi petang tengok Zul Ariffin !!! mau tak histeria aku. hahaa. Aku tenung dia lama2.

'' bella !! ko jangan nak tenung dia lama-lama ye ?! tu ma punya ''

Mak aku kalau bab potong line nafsu aku memang teror. Aku dah selalu sangat berebut abang2 sado kat tv tu dengan mak aku. kiki. Walaupun dia bukan Zul Ariffin, aku tak tahu siapa yang tercipta untuk aku. Tapi ape yang aku selalu doa.. Seseorang yang dapat memahami aku, bersama ketika aku susah dan senang, ketika aku sakit dan paling penting mencintai aku sepenuh hati dia. Ceecehhh. jiwang la aku . Semua perempuan pun nak macam ni. Tapi tak ada pulak listing nak hensem, kaya ke sado ke apa. Kalau tak boleh melindungi kaum wanita pun tak guna jugak. 
 
Tak semestinya jumpa lelaki idaman , dia adalah yang terbaik untuk kita kan ? bersyukur dengan apa yang ada dan terus menunggu. haha. Insyallah . Ok sambung jiwang lagi. Bye!

Thursday, April 24, 2014

CINTA Terhalang Oleh Dot..Dot..Dot

'' Dia.. Insan pertama yang bertatah. Dia.. Insan Pertama yg ku cinta ..
Tapi cinta terhalang oleh ..... "
Sila isikan jawapan di tempat dot.dot.. di atas. kalau betul dapat 1 sen ! hehee

Nampak sangat aku dah bengong habis ni. hehe. Lirik lagu pun dag tunggang langgang.
Actually nak focus tang " cinta terhalang " aje..
Nampak tak permainan aku di situ . kikiki. macam main bola sepak rasanya.

Apesal lately, aku sibuk cakap pasal cinta ek? maybe sebab musim orang kahwin kot..
Pada pendapat aku, tak semua cerita cinta dapat disempurnakan tanpa ada halangan.
Itulah nama ujian orang bercinta. haha. begitulah kekdahnya. ceewaahh !! puihh..


Hensem lagi macho lelaki di atas kan? hik hik.
Sila jangan pandang untuk kali ke-2 ye gadis-gadis sekalian. Tak tidur siang jawabnya.
Ofcoz dia bukan boypreng aku yang sebenar. Tapi terlebih dan terkureng macam ni rupanya.
Mama meletakan 1 syarat, yang lamaran si dia akan diterima..
Jika si mamat arab nun jauh di Dubai balik ke Malaysia.
Dan menetap bersama keluarga aku di sini. Malaysia yang tercinta gitu. woah !
Orang kata jika cinta lautan api sanggup direnangi.
Tapi tak payah nak berenang kuak lentang pelbagai aksi. Dah tak sanggup. huhu
Tak sanggup nak pindah ke luar kepompong. hik hik. Aku lah orang tu ! hahaa
Family dia ok, sepupu dia pun rajin FB Chat dengan aku.
Tapi itulah. Tak ade jodoh katekan. Aku ok je . haa. Ok.. next halangan !!


Ala~ ade boypreng kembar tu biasalah kot.
Selagi hampo-hampo tak tertukar pasangan time nak dating. Kira dah ok la tu.
Bukan aku nak cerita pasal kembar pun. Point yang penting its ..
Percintaan berlainan AGAMA. boleh di terima tak?
Lagi-lagi lelaki tu, mix blood (cina + indian) = Kembar cindian

Terhalang kerana.. si ibu kepada lelaki tersebut. Tak benarkan si anak masuk ISLAM.
Dia takut si anak, akan lupakan si ibu (cina)
Walaupun lelaki itu, memang dah lame berkeinginan nak masuk ISLAM.

'' He such a good man, very gentleman & respect other people " - aku doakan dia-


Aku tak nak sentuh bab halangan dari segi status dan kekayaan.
Sebab.. depend on people. Ade yang ok, sanggup share kekayaan & kesenangan bersama.
Ada yang ukur tahap Pendidikan. Nak baka pandai (Dr. Professor) katanya ! hahaha.

Last thing pasal Keturunan. Urm.. masalah yang aku sedang hadapi sebenarnya.
Sebab aku tak ada Sharifah. Aku ada SITI. Bukan si tikuss ye. hehee
Aku kurang pasti bab keturunan ni. Sebab aku tak ada pengalaman.

Any one can share with me ? haahaa.
'' Umi dia kata proceed after a month "


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Thursday, April 17, 2014

My Love Everywhere



Luaran nampak bersahaja,
Namun di dalam hanya Allah yang tahu.

Isi hati tak terucap dengan kata ..
Tapi aku mahu kamu Tahu,
Aku sayangkan kamu..

Keluarga, sahabat, kawan-kawan,
Yang aku sayang Tanpa sempadan..

Maafkan aku jika terlanjur kata,
Terlebih perkataan,
Sekiranya aku khilaf.

Nukilan di petang hari.
Di hari terakhir ..

Wednesday, April 9, 2014

Nak Tarik Perhatian Si DIA

Selamat Petang Rabu kawan-kawan ^_^

Aku nak cerita sikit, aku ada seorang sepupu lelaki.
Hari tu kan, mase pergi holiday sesama. Aku dok perli dia. Mane girlprengg epol ??
Tak kan sampai sekarang tak dapat nak ngurat girlprengg kot. Menyendiri aje?!
choiii ~ siap buat nada-nada perli dan sinis gitu. hahaa. Pelawak je tu. hohooho

So, sepupu aku pun ngadu kat aku ....
" member epol yang pecah ghumah pun dapat aweks lawa & comel "

hahaaaahaha !! serios. kiteorang terbahak-bahak gelak. Dah macam ponti pulak. huhuhu
Aku pun bagilah sikit-sikit tips. Niat nak menyakat dia semakin membuak-buak. hehee

" epol, kalau nak ngorat buatlah muka macho. Ni muka jambu ! mana nak dapat "
aku menyakat sepupu aku. Mamat tu kalau malu, muka merah padam. Macam pakai blusher.
Itu lah siapa suruh putih sangat. hahaaa. dah kantoi malu ! iskk.iskk.

kalau nak pikat jangan terus cakap nak couple ke, nak meminang, nak kahwin ke.
itu gelojoh sangat. takut lah si dia tu. Terkejut monyet lah jawapnya. hahaa.
Orang tua-tua kata:
bagaikan tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak.

Susah sangat ke nak mengorat perempuan? hurm. tak susah asalkan ikhlas dan berusaha.
Nak ngurat tak tahu no HP? tak apa, boleh cuba step yang pertama ni.
Bagilah nota perkenalan. kat FB, Twitter, IG, surat pun boleh kalau nak. oldskool gitu.
So, si dia akan tercari-cari siapa pengirim tersebut ye. hurmmm T_T


Try buat dalam seminggu macam tu. Tak payah jiwang-jiwang sangat.
Cukup si dia tahu korang cuba mendekati dia.
kalau dia bagi respond yang positif, korang boleh teruskan ke step yang ke 2. hihiihii


2nd step boleh start bagi lollipop yang comel-comel. Coklat 20 sen pun ok. ahaha.
Jangan lupa tampal kan NOTA ok ?
Say : Jiran saya nama Mak Eton, Nak Nombol handpon. *kikiki


Kalau dah berjaya dapat no HP si dia. Kira dah senang sangatlah kerja mengurat tu. hohoho
Boleh sekali-sekala bagi bunga + note. Tak payahlah buat hari-hari.
Bankrup nak cop duit. hahaa. Tak pun petik bunga mak korang. Habis togel pasu bunga nanti.


Then final step, if korang berhajat nak melamar secara sweet. Boleh bagi Encik Teddy.
So, peluang si dia untuk menolak lamaran anda hanya 45% mungkin.
Jangan gelojoh bagi cincin terus.
Kalau aku pun tak nak. Terperanjat mak jemah. hahaa. Slow its better.

Bila dah betul-betul berkenan? nak langkah bendul-bendul di atas?
Terus nak say " will you marry me ? "
Macam omputih kekdahnya. 101% akan direject dari kehidupan si dia. haha
Kalau dia terima beruntunglah. Maybe anda tak bertepuk sebelah tangan.

Kalau dah dapat hati si Dara, jangan lupa orang tuanya. Tak elok tu namanya.
Next entry, aku share macam mana nak ngurat keluarga si DIA pulak ye ^__^


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Thursday, January 16, 2014

'' My Dear Boy Friend ''



Selamat Petang kawan-kawan !!! (sambil melambai-lambai tangan) hehehe 0_x
Hari ni, aku nak kenalkan korang dengan pada seseorang.  Here !! My new Boy Friend !! hehe.
Juga merangkap menjadi anak angkat aku yang sangat tomey~tomeyy. Geram aku tengok dia sampai aku ketap-ketap gigi





Eh ~ tapi tak kan aku nak panggil seseorang pulak. Kenalah panggil seseekor. hurmm. Seseekor? macam peliks je. hahaa.
Ok~ ignore pls. huhu. Nak tahu aku panggil dia ape?? cer teka - cer teka. kiki
Aku pangggil dia 'sayang'. Romantik giler kan ? kan. kan .. kan.. T_T

''sayangggg.. sayang dah makan ? ''
'' sayangg dah yarrrkk ? ''
'' sayang nak tidurrr ehhh ? ''

Itu semua adalah pertanyaan wajib aku kat sayang. Dia jawab ape? 

'' meeoww~meoww  ~ meeeooowww "

kiki. Nak jawab ape lagi. Kalau kucing bercakap, demam setahun aku. heheee.
Dia bagi respond kalau aku panggil dia 'sayang'. Selain dari itu. Dia buat bodoh !! huh. kuwang asem
Part ni aku tak tipu, kucing aku ni memang kekurangan kasih sayang. Tak percaya ye?
Nampak dia tidur macam tenang. urmm.. Jangan disangka air yang tenang tak ada buaya.
Punyalah comel,  muka tahap wali-wali kucing kan? hahaha. Sekali dah kenal. Huhh! hambik ko!!
Menyesal tak sudah , dan contohnya jadi macam aku. Tapi aku dah terlanjur Cinta. pewwitt. cewaah




Still nampak comel je kan? sebenarnye dia tengah gigit tangan aku.
Kuku dia dah cengkam kuat-kuat jari aku. Ok, tu tak berapa nak menunjukan aksi yang cemerlang.
hehee. Meh tengok wajah di balik ketampanan dan kemanchoaan beliau tahap gangster macha !



^o^


*****


t_t


tarraaaa !!!!!!!




'' Auuurmmmmm ~ meowwwwghhh ''
See ~ dia nak gigit HP aku !! hahaa. Kuat mengigit natang ni. Geram betul !!
Entah ape yang mak dia terkenan masa buntingkan budak ni. Aku pun tak tahu.
Tahap Hyperaktif yang serious, boleh membawa kepada kegeraman. Habis calar balar tangan aku dia kerjakan.
Kalau tak bagi tangan, dia kejar kaki aku, dia panjat badan aku.

Mula-mula aku jumpa, muka baik giler siot. Tak nampak hyperaktif-gangster macha.
Lepas sehari aje, dia mula menunjukan belang. Tak belang sangat pun. Misai kontot je kot. hehehe




Sayang suka makan telur. Pagi-pagi aku kena goreng telur untuk dia. Padahal nak goreng untuk diri sendiri punyalah malas.
hahahaa.tapi sekarang ni dah pandai demand pulak. Tak nak makan telur. Habis aku dibulinya. hahaa

Tapi yang buat aku kesian kat dia. Sayang ni pandai 'yark' kat toilet. Macam mane dia penat main pun.
Dia akan bangun dan yark kat toilet. Tak yark bersepah-sepah. Walaupun dia masih muda. Tapi reti bahasa.
Senang aku nak train nanti. Dia akan jadi baik bila dia nak mintak aku tidurkan dia.
Sebijik macam baby. hahaha. Aku kena kepit dan dodoikan sayang sampai dia tidur.

Bila dia bangun siaplah. Tangan, kaki kepala aku jadi mangsa ! hehehe.
Esok aku nak outstation 2-3 hari ni, terpaksa bagi Nenek and mak long dia jaga. Moyang dia pun ada.
Boleh tolong kepit-kepit dia kalau dia nakal.

Kalau ada tips untuk kurangkan terkejal otak kucing bagitahu aku eh?
sharing its caring maa ~


 '' Happy Holiday & Happy Reading ''


Wednesday, January 15, 2014

9 MIMPI Nabi Muhammad S.A.W






Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”


1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.






4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.


6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.


7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.


8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.


9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.




Sabda Rasulullah SAW yang mulia :






Thursday, December 19, 2013

Kenapa Guwa Mengantuk !!


Adoi, bila nak pukul 5.00 petang ni??
Just imagine, keadaan aku hari ni.
Macam nak sendal bijik mata dengan batang mancis penyapu!


mr bean-mengantok


Dari pagi sampai ke petang aku mengantuk giler-giler.
Penat? urm.. Nak bernafas pun susah. Dada pun sakit.
Seminggu ni, pikiran aku tak berapa nak centre sangatlah.
Adoiyai, semak guwa.


bercinta

Begitulah keadaan aku pada setiap malam.
Sejam or dua jam sekali aku akan terbangun.
Capekk deh! itu yang membuatkan aku tidak mendapat tidur yang berkualiti.

Mata tertutup, badan dah penat. Tapi fikiran aku ni.
Tak reti-reti nak tidur. Kalau tak menganggu tak ape.
Entah ape-ape lah pikir. huhuhu >_<


angau bercinta


' Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang '

Tu sesuai untuk orang yang hanyut bercintan. Terkena penyakit angau.
Tapi aku tak bercinta pun. apahal la dengan guwa ni.
Dulu kalau tak boleh tidur sebab banyak kerja kat offices.
Over stress kononya. Doctor pun bagi aku ubat 'penenang'

Lunch tadi, aku sempat jadi minah rempit di atas meja kerja. Makan memang tak larat. 


love u lee min hoo


Maybe ingat kat mamat tu (gambar di atas).
sampai tak boleh tidur! haha.
Aku harap malam ini, aku berjaya mendapat tidur dengan cemerlang.


* Atok google sumbangkan gambar *

Tuesday, December 17, 2013

Carian Google Melampau


Sebelum aku chaw pulang.
Apa kata korang layan benda ni dulu.
hahaha. Entah ape-ape aje yang dowang cari.
Sakit otak aku.
Tekeeezuut makk. ko nyahh~

pencetus ummah tunang rahmat
Tengok yang bawah sekali.
* Tunang Rahmat Ikhsan biodata *


tunang rahmat
Aku termasuk dalam pencarian tersebut. Adoiyai.. sedih makk. haha


Yang Allah, kesian betul. huhu
Aku tak pernah dengar lagi mamat ni bertunang ke kahwin.
hahaha. Janganlah search yang peliksss's
Sawan mak kalau hari-hari tertengok benda-benda macam ini.

Kalau ade yang berminat dengan si Jejaka ini. Sila bertanya pada tuan punya badan.
Aku memang tak ade pertalian darah atau tak berdarah dengan beliau.


** hehe ! ok. bye kawan-kawan. Nak tengok Upin-Ipin **

Sunday, December 1, 2013

Happy ke SINGLE ?


Selamat Malam Isnin ^_^ Esok sudah kerja.
Happy ke single ni? happy dowhh~
Ini sekadar pandangan aku aje. Pandangan korang gue ngak tahu dongg.
So kalau yang baik, ambil sebagai positive.
Yang tak baik, korang buang dalam tong sampah.
Suruh alam flora kutip. hehe
Aku ada amalan sesat sikit. Bukan amalan khurafat ok!
Not allowed. Syirik. iskk.. iskkk



FAKTA NO # 1


Ape yang sangat owshemm !
korang tak payah bermati-matian nak mesej sampai tengah malam.
Tak payah nak berjaga macam burung hantu. Esok pagi mata lebam mengalahkan Encik Panda.
Perasan tak? masa untuk korang makan dah tunggang-langgang. Mandi pun sehari sekali.
Aku teka ajelah. haha. Then nak pulak dapat bf/gf caring-mareng ni.
Banyak sangat kredit HP. Sejam sekali dok menelepon. Tak ada kerja kah ??
Orang joho kata. 'Asik dok bergayut aje!




single



Situasi aku tak banyak berubah baik single or taken.
Bangun tidur tengok HP sebab alarm memekak.
Kalau ade mesej buka tengok. Kalau tak pun, lepas siap baru check HP.
HP pun letak merata-rata tempat. Malas nak chas HP.
Malas nak on the phone bergayut (cakap lelama).
Habits yang aku tak tahu sejak bila bermula. Sekarang ni, memang aku tak suka nak angkat call. Mesej pun ikut mood, kalau free laju je la. Kalau idok. Aku hold. 
Pemalas gilerr kan?





FAKTA NO # 2



single



'' Kalau u nak couple dengan i, u tak boleh keluar tanpa pengetahuan i. Kena mintak izin dulu ''

Reality kan?? kadang-kadang kita sudah di sekat dengan bermacam benda.
Aku cakap secara universal. Tak kira lelaki. Perempuan pun same ok. Kebebasan sudah tersekat. Apa yang kita suka. Tak boleh nak buat, kalau tak bagitahu pasangan kita.
Kalau perkara yang buruk. Memang elok sangat di tegah.
Kalau nak jogging pun kena marah? achane tu ??
Konon-konon, takot orang lain usha. Pasangan kita tak gatal lah, tak setia lah!
Hello?! itu semua terletak pada hati masing-masing ohkey. Kalau tak percaya. Baik korang kawan aje.
Soooo...  saweet (sweet)

Pasal kasut pun jadi isu nak bergaduh.
'' u tak boleh beli kasut tinggi. Nanti kalau u jalan dengan i pakai kasut tinggi.
Orang nampak i pendek. Tak macho la ''

Ni pulak pasal rambut.
'' eh !! apsal u potong rambut tak bagitahu i?
sudahlah macam upin. I nak u buat rambut macam maggie "
( macam kesalahan masuk mahkamah pulak ye )



single



Malam ni , aku bagi 2 sebab Happy Single.
Penatlah nak taip panjang-panjang.
Heaven kalau ade orang nak taipkan untuk aku. haha
Apsal aku jahat giler malam ni? ^_^ kiki

So, kalau ada sesiapa yang single mingle pringle macam aku.
Jangan sedih, jangan rasa down. Relax bro, relax sis !
Ada pasangan belum tentu menjamin kebahagiaan kita.
Masa tu mula nak cakap orang tak memahami kita.
Tak reti nak sayang kita.
Aku pun belajar dari kesilapan yang lalu.
Kalau tak bersedia untuk ber'komitmen.
Sila jangan bagi kehancuran kat hati orang lain.
Berdosa ok !!

Best tak fakta-fakta aku ni? cakaplah best. haha
(nak paksa org pulak)
Kalau macam best macam havoc.
Aku boleh meneruskan kesinambunganya nanti 

Ohkey ~ good nite dear's