Showing posts with label karangkraf. Show all posts
Showing posts with label karangkraf. Show all posts

Sunday, December 28, 2014

Majalah LIBUR Lancar Blog O' Rama Untuk Blogger


Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Pada hari Sabtu, 20 Disember 2014 yang lepas. Majalah LIBUR telah mengadakan satu majlis khas santai bersama blogger yang bertempat di Starbucks Coffee Kota Kemuning, Shah Alam. Majalah LIBUR yang mula diterbitkan pada 2002, sudah pun memasuki 12 tahun penerbitan. Sempena Ulang Tahun ke 12 tahun, Majalah LIBUR telah melancarkan ruangan khas untuk para blogger mengasah bakat penulisan iaitu ''Blog O' Rama''


Majlis gilang-gemilang berbentuk santai itu, dipengerusikan oleh penyampai radio Era.fm iaitu Radin Amir Affenddy. Turut sama hadir pada acara pada hari tersebut, 20 orang blogger dan krew majalah Libur. Kami juga sempat berkenalan dengan Editor Majalah LIBUR, Encik Meor Khairi Idris dan juga penyumbang artikel untuk LIBUR blogger Rosmadi Shakri dari www.mrjocko.com


Slogan ''Mudah dan Selesa'' amat bertepatan dengan konsep Majalah Libur menyediakan isi kandungan yang padat bagi memudahkan para pengembara kita mendapat tips yang berguna sepanjang mereka pergi bercuti nanti. Bermula pada tahun 2015, pihak majalah Libur akan menyiarkan 2 buah blog yang menarik bagi diperkenalkan kepada pembaca LIBUR dalam kolum khas Blog O' Rama bagi penulisan blog terpilih.



Jika kamu seorang blogger yang gemar mengembara dan suka mencari tempat makan yang menarik, bolehlah berkongsi pengalaman sambil mengasah bakat penulisan formal di kolum khas Blog O' rama. Ruangan khas ini bertujuan memperkenalkan penulis-penulis blog yang berasaskan konsep 'Pelancongan dan Gaya Hidup'. Ini bukan sahaja terbuka untuk blogger otai, tetapi blogger-blogger yang baru berkecimpung dalam dunia blogging juga boleh menyertai kolum khas ini.



Berita baik bagi mereka yang terpilih untuk berkongsi artikel di majalah LIBUR, juga diberi peluang untuk menyertai aktiviti majalah LIBUR bersama blogger. Antaranya seperti bengkel penulisan dan fotografi juga berpeluang mengikuti program percutian dan tugasan bersama krew majalah LIBUR. Wah seronoknya !


Sudah bersedia dengan artikel-artikel percutian yang menarik ? Ingin menjadi sebahagiaan dalam majalah kesayangan kamu ? Jangan malu-malu untuk menghantar penyertaan kepada ahmad.syahir@karangkraf.com


Terima Kasih tak terhingga khas untuk krew majalah LIBUR dan rakan blogger yang lain. Walaupun agak lewat sampai ke acara berkenaan, namun layanan 'tuan rumah' yang peramah amat selesa buat kami sebagai tetamu. Rugi rasanya jika blogger yang lain tidak merasai pengalaman kami. Hadiah tajaan sebagai kenangan dari pihak Karangkraf untuk kami. Jangan lupa beli Majalah LIBUR Januari 2015 ! Selamat Tahun Baru !


Thursday, December 25, 2014

HI-TEA : Majalah LIBUR bersama Blogger

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua .



Malam ni aku buat entry disebalik tadbir perjalanan aku semasa hari kejadian. hehe. Sementara virus M belum menjejaskan mood dan naluri seorang perempuan. Baik aku update dulu. Memandangkan aku tak berapa sihat, namun gatal jari nak berblogging.So, aku guna ayat santai dan ringan je. Tapi tak pernah pun nak guna ayat baku sangat pun. harharhar =) Siapa-siapa terlepas pandang entry aku semalam boleh tekan SINI. perjalanan korang sudah dipendekan. Guna aje laluan alternative, tak payah guna trafik light. Kena saman sila bayar sendiri ye ! 

Sebelum aku mengarut mencarut , baik aku teruskan misi #throwback untuk event last week. Bagaikan rezeki disiang hari, dapat jemputan dari blogger kacak ,terhebat +Bro Framestone . Thanks for invited us! Bro macam tahu-tahu je tekak bella ni request nak rasa starbuck. kikiki. So, memandangkan aku dah lama tak jumpa bro. Aku pun bersetuju menerima lamaran. EH?! jemputan beliau. hik hik. Baik sungguh hati bro ni =) Aku dengan muka yang malu, sibuk ajak blogger +Faez Ramly  dan +Sally Samsaiman merangkap segroup wassap yang kaki bahan. 


Pic ni adalah selepas sejam lebih majlis berlangsung. ahahahah !! sila buat muka tebal masuk private event. Tapi acah-acah macho dan bersahaja. Siap mengigil-gigil tangan aku ni hah. Hilang selera makan. Kesian Sally lambat dek kerana KTM yang kurang power. Pakej aku bertekak dengan pakcik teksi lagi. Kfine! sudahlah kami ni lambat boleh pulak macam-macam hal jadi . 


Fuhhhh.. muka lega + panas dan muka blushing kena bahan dengan emcee. Siapa emcee tu ? DJ Radin dari radio era. hehhee. Nampak pulak mata dia aku dok bisik-bisik kat sally. Tanya siapa mamat tu. kekekekkee. die sound aku pakai mic kot. hahhaa. Sabar ajelah. pergh.. Nasib aku ni cool dan macho . macho ke ? heheheheheheheh.


Kami bertiga sampai pun sudah pertengahan majlis, so sempat jugak la si sally and adik aku merasa lucky draw. Aku ? hampehh.. memang susah nak lucky ni,. kiki. Rezeki datang lambat jatuh kepada adik aku +Faez Ramly . Menang 1st prize dohh. lagak dah macam menang TOTO daaa. hik hik hik.

Puas aku suh sally doa untuk aku, nak sangat menang benda alah tu. Tapi tempias pergi kat depan aku. kakaka. Haihh. memang tak bertuah betul aku ni. mandi air kelapa la macam ni. Sally frust tak dapat beg backpacker. Tak apa sally kite cari yang lain ok? Mulut memang kalau dasar puaka plus masin agaknya.Cakap gurau-gurau gelak manja dengan sally, menjadi pulak menang hadiah besar gabak tu. Alhamdulillah. rezeki mulut manis. hehehe. Sally cakap dengan aku. ''haihh, macam manalah kalau bella menang khemah tu kan ? besar giler kot. kita ni nak balik pun tak ade transport!'' kakkaaa. gelak sawan kami berdua

bella pun cakap, alaaa.. tak akan menang lah. bukan kecik weh nak usung balik port klang. haha. tapi dok gelak-gelak menunggu pemenang. Tup-tup adik sendiri menang. Masa tu, tak tahu nak rasa ape. hehe. suke ke derita ? haiyokkkk.. suke la kot mengusung khemah !

Alhamdulillah, tengah fikir siapa nak mintak tolong drop by kiteorang kat KTM. Encik syahir dari majalah libur offer nak hantar kami si gelandangan. huhuu. korang boleh la melawat blog beliau. Mana tahu penulisan bagus boleh masuk majalah weh ! Terharu kami ! kesat air liur sikit. Di KTM Shah Alam aku dengan sally berpisah. Balik dengan keadaan yang gembira.

Aku naik motor dengan segrombolan barang-barang gedabak dengan jayanya. Yeahh !! petang tak sempat lepas lelah berguling. Aku masuk office. Kerja melambak  weeh.

Nota Kakitangan aku :
Ni entry disebalik tadbir aje. Tunggu entry part 2 dengan penuh bahasa baku dari aku ok ?
Lepas ni makan ubat tidur esok nak berjimba !! yeahh i like. Good night semua.

Friday, March 28, 2014

Bersyukur Wahai Hati


Assalammualaikum wbt & Salam Jumaat.

Alhamdulillah.. rezeki tak putus-putus dari Allah. Walaupun bukan nilai yang besar.
Namun itu juga salah satu rezeki dan nikmat yang Tuhan berikan kepada aku.
Aku berharap tahun 2014 adalah tahun rezeki. Setelah aku harungi tahun 2013 yang penuh kesukaran. ^__^ 


sample from #berrybright. Also bertemu janji dengan Model Kembar yang ohsem !!



Akhirnya dapat jugak aku merasa nak guna #pixy. Dulu tengok blogger lain review produk ni.
Memang best sangat. Aku dapat sample yang kecik-kecik. comel sangat! hehe
Majalah ni semua sponsor dari #Karangkraf. So banyaklah extra majalah kat aku. huhu


owh ! beg 'jeep' ni aku dapat dari blogger Pendekar Berkuda. Sampai 3 beg gitu.
1st aku guna yang ini dulu. Memang class habis. haha. Dapat jolokan retis tak bertauliah gituu. hik hok


Akak bodyshop yang baik hati bagi sample kat aku. hahaa
Mana tak banyak dia bagi kiteorang sampel. sebab aku gan akak aku borong barang body shop.
Sampai berterbangan 200 kerat lebih. huhu. haaih *berpeluh mak jemah.


hahh !! yang ini panas-panas dari thailand. Bos akak aku yang permurah bagi kat aku.
Sebab aku adalah pelawat tetap office akak aku. Sampai berkhemah kat sana. haha
Dasyat tak dasyat lah. hohoho

p/s : Alhamdulillah,,syukur, walaupun kecik tapi rezeki ok.Ingat tu !! Kalau ada nak bagi hadiah kat aku dipersilakan ye. hahaa. Nak bagi sampel buat review pun ok gak. **kidding


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Thursday, January 16, 2014

Aku dan R.E.M.A.J.A


HAI awek-awek comel & pakwe-pakwe hensem =)

cewahhh ~ comel ke? hensem ke? yang penting siapa yang baca blog aku.
Memang cantik, cun, hensem, kachak dan seangkatan dengannya. heheee. Jangan Sentap k!
Kembang kuncup hidung tu aku dapat bayangkan. huhuuu. Sekali skala kena puji kan? apa salahnya. mihhmihhmih

Semalam tepat 15 Jan 2014, kawan-kawan yang kat krangkraf send 1 gambar.hehee. 
Dramatik giler penulisan aku ni. Siap tag kat instagram. Kat Facebook pun ade.
Tapi aku memang jarang bukak FB. Busy benor la gamaknya. hahaaa.




Aku terlupa yang gambar kiteorang akan keluar semalam. Aku aje yang tak excited kot. huhu
Hari ni pun aku belum sempat nak beli majalah R.E.M.A.J.A. Agak susah nak cari.
Kena pergi mall or kedai-kedai yang terpilih aje k.

So, siapa yang suka layan REMAJA jangan lupa dapatkan edisi 15 JAN.




Entry pendek dari aku sebelum aku bercuti panjang dan menyepi dari dunia vlog !!

Wait for next entry ~ banyak yang beratur nak publish ni =)


'' Selamat Menyambut Thaipusam Dan Bercuti Bersama Keluarga ''


Wednesday, December 4, 2013

# 3 Wordless Wednesday





Last week, 28-Nov-2013.
Bersamaan Khamis yang mendung kelabu dek hujan.
Hari yang sangat bertuah bagi aku.
Aku dapat panggilan 'hangat' dari wartawan karangkraf





Untuk apa aku ke karangkraf ??
Tunggu ~ Officially di magazine.
layan gambar di sebalik tadbir ^_^




u'oolls ! supporting giler babe 




Di lobby 'karangkraf '
(tak malu betul kiteorang)






'' one of my wish list ~ TERCAPAI ''