Tuesday, December 31, 2013

Bella Luna Blog : Ranking & Pageskoring



Heeheee =)
Muka badget ceria , cun-cun pulak. senggih macam kerang hanggit !!
huhuhu. aku gian menaip pulak hari ni. Short entry semua.
Taip panjang-panjang kang tak ade sape nak baca.
Semua sibuk nak sambut 2014 !! yeeeahhh

Di hari yang pengabisan 2013 ni, tangan aku gatal nak spot check.
Blog picitan aku ni. hohoooo. Mane tahu dapat NO.1
heheee * imaginasi terlebih. ketukk kepala satt.

Bersumberkan dari blog Fiqa Nsz nak check. boleh terjah situ.
Jangan #copy paste macam korang punya harta pulak.
kiki. sorry . gurauu je. senyum sikit. muaahhaa


bella luna blog


bella luna blog

Nampak sangat aku tak fofularrr. eh! aku memang tak fofular.
Maksud aku blog picitan aku ni hah. (cover cun balik)
heheee. Alhamdulillah. tak adelah jauh kebelakang sangat.
*ayat pujuk diri sendri =)


Selamat Tahun Baru Semua !!!!



SEGMEN : Bloglist Tak Gempak 2014


Entry menyambut tahun baru dengan muka teging dan kejam!
huarghh huarghh huaaa ( gelak jahat )

Jom join segment tak gempak dari blogger Paly


http://www.paly.my/2013/12/bloglist-tak-gempak-2014.html



Ok semua !! syarat-syaratnya sangat simple :

1. Buat entri baru, curi gambar atas dan backlink ke blog ni.
2. Publish dan letak link segmen kat komen bawah ni.


** join sebelum pukul 10 malam ohkey ? **


Please Be Respect



Assalamualaikum Wbt & Salam Sejahtera Semua

31 Dec 2013 Last day 2013.
Aku dah merasai kehangatan kedatangan tahun baru.
For sure. semua orang hendak yang terbaik dalam kehidupan masing-masing.
Tak perlu azam yang menggunung. Cukup sekadar memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Aku sangat terkejut also sedih bila aku terbaca satu entry dari Nur Azu.

INSTAGRAM MENGHINA ISLAM

Pada aku. Tak kisah apa agama engkau dan apa kepercayaan engkau.
Please be respect. Kalau kita bukan sebangsa ataupun seagama.
Tolong hormat-menghormati perasaan orang lain.
' If you feel that you are human '

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

AMARAN ! entry bertujuan menyatakan pendapat aku sahaja.
Semua orang berhak berfikir mana yang terbaik untuk diri sendri.
Tapi, kenapa pilih jalan macam ini untuk rosakan otak orang lain??
jalan macam ni ke agama-agama yang lain ajarkan??
'' please think before your do "

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

kalau sayangkan agama kita. Agama ISLAM.
Tolong pergi ke "setting" dan klik "report inappropriate" untuk page di instagram ni : 

http://instagram.com/porkymuhammad


'' Dulu aku pernah ada BF orang bukan ISLAM juga ramai kawan orang bukan ISLAM "
* Tapi mereka sangat menghormati aku dan mereka tak seteruk macam ni *


Monday, December 30, 2013

Slot Akasia TV3 - Ariana Rose


My first novel in 2013 '' THE WEDDING BREAKER ''
Aku dah lama stop baca novel cintan-cintun ni.
Sebab bosan dengan jalan cerita yang lebih kurang sama.
Kawin paksa & bercinta.

Tak merangsang otak aku langsung. heeeehee
sorry. bukan nak condem ye. Ini adalah pendapat peribadi aku.
Sebagai pembaca, aku ada garis panduan yang aku ikut.
ecececehh da macam nak amik exam gamaknya.

But seriously, aku begitu tertarik dengan hasil penulisan beliau.
Pada aku beliau seorang penulis yang kreatif dan luas pemandangan.
Sedikit biodata yang aku dapat dari blog ' EVELYN ROSE '
Graduate Master Engineering UK.
Then now, still bergelar student PHD Research kat UK jugak.

Kalau siapa yang da baca Novel The wedding breaker tu. ada biodata pasal dia.
Aku pikir dia ni, dah tua tau. haha. sebab gaya penulisan orang muda tak macam dia.
Macam banyak pengalaman. saje aku nak puji lebih-lebih.


ARIANA ROSE

Mesti tak sabar nak tunggu pukul 6 ye? hahaaa
Aku tengok kat blog lain banyak update pasal cerita ni.

Ok, sabar. aku pun sama. memang tunggu-tunggu cerita ni.
Tak sangka diadaptasikan kat TV.

Aku saja nak buat review watak.
AWAS !! Jangan Tiru Aksi Mengarut aku. huhu.
Aku kan imaginasi terlebih, so bila aku baca novel tu.
Mulalah aku terbayangkan watak-watak utama.

Kalau watak dalam Malaysia yang lebih sesuai aku pilih mamat kat bawah ni >_<

ARIANA ROSE

Kenapa Afiq Muiz?
sebab watak Tengku Adam agak belagak, macho and sangat superb hensem.
Potongan badan lebih kurang macam aku rasa. hehe
Aku tak adelah minat dia sangat-sangat.
Watak utama dalam Mimpi Cinderella, sangat berkesan.
Walaupun dia muda and sangat baru dalam dunia hiburan.
Disebabkan itu, terpalit kotroversi yang tak berapa elok.
Sampai tak muncul kat media lagi. Kesian jugak dia ni =) 

ARIANA ROSE

Base on Novel, watak ariana rose.
Seorang yang kecil molek, putih dan gebu.
Berasal dari Kelantan. Ciri-ciri gadis melayu pada aku.
More to Tiz Zaqyah. hehee

Ini sekadar pandangan dari aku. Seorang pembaca novel.
Kebiasaannya aku bayangkan, akulah watak utama.
hehehe. perasaan betul aku.
Tapi sebab penulisan evelyn rose ni betul-betul details.
So, aku terbayangkan watak-watak ini.

Tapi, tak kisahlah. Hope yang galas watak ni. dapat beri yang terbaik.
'' penulisan best, lagu best, tapi watak pulak spoil ''

* That novel sangat istimewa pada aku. Sumber kekuatan *
Aku baca this novel masa Allah turunkan ujian pada aku.
** Aku faham apa yang dimaksudkan dengan Takdir, jodoh dan maut **

arghhhhh ! stresss



Morning =(
nada sodih, awan tak berarak mendung tak hujan.
Stress di hari Isnin ??

huaaarghhhhhh!!!!!!



 Sebelah senyum. Sebelah sedih??
muka apakah itu ..
stress lagi?



Muka jadi blurrr !!! hohohoho


Jerawat? maybe.
tak stress pun, sibuk nak muncul kan diri.
Rasa macam nak kikis je jerawat ni.
Ok, jangan kutuk sangat.
kang dia meradang.lagi banyak keluar.
Tapi bukan itu sebab aku stress !!


** krikkk ~ krikkk ~ krikkk **



Please dont go !! huaaargh

sebenarnya aku stress HP aku buat hal.
Satu hal nak mencari bateri baru.
Dah nak dekat sebulan. aku sabar aje.
today tak boleh bendung kestressan aku.
huuhu. ade hal penting time tu lah. rosak bateri ni!!

Mane ade orang boleh tenang tanpa HP.
(mana ada orang mati sebab tak ada HP)
manelah aku tak stress, nak wechat tak boleh.
Nak ambil gambar tak boleh.
semua pun tak bolehhh.


* im lost connection with people *


Throw Back - Gathering At Putrajaya


Selamat hari Isnin Kawan-kawan >_<
Kat tempat aku, hujan non stop dari petang tadi.
Memang tak boleh nak keluar. Dok rumah diam-diam sudahhh.

Untuk mengisi masa kosong aku dengan keboringan.
a.k.a menyampah esok harus kerja. heheee
Aku update entry lagi. hehe. propa tadi nak tidur.
so, aku memang update entry-entry sudah bersawang dalam draft.
Sepatutnya aku publish awal December. Tapi tu la nak kata Busy melampau itu tak adelah sangat.
Cuma tak ada masa ajee. Adoi, panjang sangat celoteh aku malam ni.

So, dipendekkan cerita, beberapa minggu yang lepas.
Aku memenuhkan agenda hujung minggu yang kosong.
Gathering kecil-kecilan Shaklee kat Putrajaya.

No! no.no.. aku bukan penjual Shaklee.
Akak aku sahaja yang mendaftar sebagai Ahli.
Sebab kami adalah penguna tegar dan tak tegar produk itu. Bukan aku nak promote ke ape.
Kalau aku tak promote pun, korang mesti sudah tahu keberkesanan Shaklee kan?

Ada 2 misi penting yang harus aku settle kan.
1st- Ada tempahan Satay untuk gathering.
Kalau nak tempah boleh contact aku ohkey ? hahh! yang ini aku memang nak PROMOTE.
2nd - Jemputan dari kawan lama merangkap customer. Kenalah join.
Makan pun free. hahaha ( kejam giler )



on the way nak pergi putrajaya kenalah snap dulu *syok sendri*
Muka mengantuk frust kena bangun pagi.. hik hik hik


Anak kawan aku. Memang comel then tak takut orang.
Memang aku gomol-gomol budak tu. hehee
Geram tengok pipi Annur tembam giler.


Memang dah lame mengidam makan kek Red Velvet ni.
Sedap sangat. salah sorang dari yang join sumbangkan.
Semua ni, dia yang buat. aku pun dah lupa siapa namanya.
Tapi, kalau aku tempah. aku bagi contact ye. hehe

Ada butterscotch and brownies. Pun sedap.
Marvellosss. Tengok kek banyak-banyak rambang mata.
Nak makan mana satu. hikhikhik >_<

08 Dec 2013. Aku baru terperasan. Esok 9 Dec birthday aku.
Kira, advance birthday la. dapat makan kek awal-awal.

Iskk. dah tua macam ni. tak mengharap ada sambutan.
kiki. kek tak payah tunggu hari jadi dah selalu makan.

Tapii ......
So, surprise to me! hehehe
Tak sangka bungkusan dari sarawak tepat sampai pada masanya,
pagi-pagi 09 Dec. Birthday aku. posman dah tercongok.


Nak tahu apa yang aku dapat ? dari Siapa?
jeng..jeng.jenggg.
hehee. nanti aku kongsikan. Next entry.



* maaf entry macam cincai. hehe. tapi jari gatal nak update *
** good night everybody **


Throw Back - JB & Fraser Hill


Hai korang >_<
Malam ni aku saja nak buat throw back.
Percutian yang tak berapa nak jadi percutian sangat.
Bulan Jun yang lepas. Aku merajinkan diri turun ke JB.
Selalunya setahun sekali aku balik. Tu pun time raya.
This time, ada kelainan sikit. hehee


kelainan apa? badan aku dah susut.
so, ramai sedara mara aku tegur badan aku slim.
Raya yang lepas, sepupu aku siap ejek 'bluehippo'
hahaaa ! jahat giler. tapi aku memang tak sentap.
Lagi ejek, lagi membuak-buak selera makan.
Sampai mak aku pun malas nak tegur. dasyatt!

Jangan tanya aku kenapa aku kurus,
walaupun aku makan banyak. heeeehe
yang itu soalan sentap. +_+


terlanjur dah balik ke JB, aku ambil kesempatan melawat kubur arwah adik lelaki aku.


Gambar diatas memang hobi kiteorang.
Tak sah kalau tak pegi karok. kaki karoks semua ni *tak boleh blah
hehee. melantaklah aku karaoke dari pkul 11 malam pai pukul 3 pagi kalau tak silap aku.
Memang hilang suara kejap. Menyumbang kepada virus demam. huhuhu
Lepas karok lepak pulak kedai mamak sampai pagi.
Memang bertambah-tambah aku tak sihat.



aktiviti siang hari yang seterusnya, keluar shopping dengan sepupu kesayangan aku ni.
Macam adik aku sendiri yang boleh layan kepala aku.
Then memang jadi giler-giler la kalau dah bergabung.


So, hari yang aku nak balik tu. Boleh pulak demam panas.
Macam tak nak balik. tapi sebab nak book tiket awal-awal.
Terpaksa gerak balik. Sorang pulak tu. Mood terpaksa redha.


Keesokan harinya aku gerak pergi Bukit Tinggi, Pahang.
Memang terbaik bercuti dengan demam dan hujan-hujan.
Hahaaa. Teruja giler demam pun dah tak kisah.
Aku selalu pergi genting tapi aku tak pernah pergi Fraser Hill.
So, that why. aku memang excited nak pergi jugak.

Pukul 10 pagi member aku ambil, then kiteorang gerak.
Sampai sana around pukul 12 lebih. Sampai sana hujan renyai.
Tak ape. aku redah jugak. hahaha



Bila dapat jejak kaki kat sana. Rasa macam nak loncat-loncat je.
hik.hik.hik. macam budak-budak rabina kan?
Tapi suasana kat sana sejuk, segar dan nyaman.



Aku beria-ria nak pergi sana sebab bangunanya macam kat obersea (oversea)
tu yang mengila aku nak pergi sana.
Felling konon-konon macam kat venice, tak pun london.


Pintu masuk tu, ada jambatan panjang.
Bawah jambatan ada tasik kecil.
Eh, bukan tasik. Kolam kecik. Nampak swan babe!!
Comel sangat >_<


opss! kat sana memang tak ada MCD.
Kalau korang pusing 10 kali pun memang tak ada.
hehe. itu aku tapau sebelum aku naik atas.
Bekalan. laparrr siot.




Comel kan swan tu?? geram aku tengok.
Aku nak pegang tak berani. Takut dia gigit aku.
Tengok kat tepi ajelah.


Gambaran sebenar dalam bangunan tersebut.
Tak ramai sangat orang datang masa hari tu.
Maybe pergi tempat lain kott.
Kalau korang bernasib baik. ada pertunjukan budaya kat situ.
Kat dalam bangunan tu, ada banyak kedai-kedai comel.
Bolehlah korang mengperhabiskan duit beli ole-ole.
Lepak makan or minum pun memang best.
Bolehlah rasa kat luar negara kejap. hehe
harga aku tak jamin murah.


Sebelum balik, harus bergambar dulu.
huuhuhu. Nampak tak kat belakang tu?
* Fraser Hill *


Tak boleh nak lepak lame sangat. Kejar masa.
Gerak pergi kampung Jepun.
Kena mendaki. perghhh! memang penat.
Hujan plus licin. Must be carefull ohkey.


Stop berjalan. snap-snap kejap. hehee
Berdiri kat tepi tu, rasa macam nak jatuh ke bawah.


Long journey. fuuuhh ketihh den.
Pintu masuk perkampungan tu boleh nampak ciri-ciri Jepun.
Yang ketara. Memang feel kat jepun sangat la.
Sejuk sebab hujan. So, aku tak boleh nak snap banyak gambar.


ada mini air terjun. memang release tension.
macam nak stay lama-lama. Ikan pulak gemok-gemok.


Taraa! dah sampai. ohkey lagi sikit dah sampai.
hehehe. Rumah ala-ala Jepun gitu.
semuanya berasaskan kayu.
Kat dalam tu, ada perkhidmatan sewa baju
hanbok kalau tak silap aku.
Pakaian tradisi Jepun.
Aku malas nak try. hahaa. Rugi kan?

Pukul 2 petang aku dah gerak turun. Banyak lagi tempat aku tak pergi.
Tak sempat, sebab lawatan pendek aje ni.
Insyalah lepas ni, nak pergi lagi sekali.

Round semua tempat yang ada kat sana.
Tapi kena ada camera yang bagus sikit. hehe
Ni pakai camera HP cap Itik. >_<


* Ohkey, Now pukul 12am. Jom tidur *

Friday, December 27, 2013

Jom JADI Sahabat IQRA !!!



Salam Jumaat Semua =)
Hari ni, adalah last jumaat dalam tahun 2013.
So, sebelum kita semua menyambut tahun baru.
Apa kata, korang semua Join Sahabat Iqra !!


sahabat iqra


Tak rugi pun Mendaftar sebagai Sahabat Iqra.
Tak keluar satu sen pun. Melainkan ada sesiapa yang baik hati nak jadi sponsor.


sahabat iqra


sahabat iqra


Blog aku sudah tersenarai dalam web mereka.
Korang pun boleh . Jika mendaftar dengan mereka =)


sahabat iqra


'' Jika kita tidak punya harta hendak disumbangkan,
lagi elok kita sumbangkan tenaga untuk membantu.
Jika tidak punya tenaga untuk membantu,
Kirimkan DOA agar mereka sentiasa diperlihara Allah''


* Mana tahu boleh naikan traffik akhirat nanti. Insyallah *

Bahasa Ibunda ke ni ??


Tolong Bincangkan >_<

macam nak menangis aku baca !!
hahaha. lawak tu memang dah 1 hal.
Bahasa malaysia pun tunggang langgang.
Kenapa tak orang melayu aje yang tulis sign board ni.
adoiiyaiii. sedihhh aku . hahaaaa




Tak paham?? nanti try tanya Uncle Google ye. mane tahu boleh kasi yuu olang paham.
hahahahhaaaaa


Thursday, December 26, 2013

REVIEW : Follower #130


Hai U'olls !
Today aku nak buat entry kelainan sedikit. hehee
Semakin hari followers aku semakin meningkat.
Millions thanks for all.
Yang sudah follow aku tapi aku tak follow korang lagi.
Sila bagitahu aku ye.
Sebab waktu aku agak terhad nak cari check satu-satu ape dah jadi kat blog aku ni.
Bukan aku sombong ke ape tau ! huhuhu

Meh. rapat-rapat !! aku nak kenalkan seorang blogger ala-ala detective.

http://glamorousbybellaluna.blogspot.com/


My Followers #130 its Miss Fiqa
Thanks dear >_<


http://conan2657.blogspot.com/

Miss Detective Conan

Try la visit her ! blog yang simple and comel.
Jepun-jepun mood gitu. Macam tahu aje bella suka tengok Detective Conan.
Tapi ni versi girgirl la. Sweet ohkey. Ingat lelaki je minat kartun? heheeee

http://glamorousbybellaluna.blogspot.com/

* kawan kat alam maya tak semestinya tak boleh jadi kawan baik kan ?? *


From JAPAN


Hai ! selamat bercuti kepada sesiapa yang still berholiday sakan tu.
Hujung tahun ni lah, time nak menghabiskan cuti yang ada.
Lagi-lagi cuti sekolah. Boleh bawak anak-anak ke adik-adik pergi makan angin (sampai kembung)

Aku memang tak ada planning hujung tahun. Sebab aku kalau plan tak pernah menjadi. haha.
So, selalunya plan yang tak di rancang yang menjadi. >_<

Last week honeymoon time untuk aku berjimba di office. heheee
sebab bos aku yang workaholic tu amik cuti panjang.
Jepang wehhhh ! hohohhho

Kebiasaannya bos aku ni agak baik hati membelikan ole-ole untuk kami.
Last year dapat Coin Bag dari Thailand.
This year nak tahu dapat ape?



ekonomi betul bos aku ni. haaaha ! mentang-mentang semua NAIK.
Dapat benda ni sorang dua. bolehlah daripada tak ada.
Memula aku tak nak makan.

kenapa??
sebab.. was-was juga aku makanan dari obersee (oversea)




Tapi bila aku amati dan aku belai-belai dari luaran. heheee
aku nampak label 'nestle' and kit kat.
Mentang-mentang aku buat shipment nestle. Bos perli aku eh?!




Pelik sebab packaging dan dalaman dia berlainan dari malaysia ye?
Setahu aku, apa-apa brand hendak dipasarkan ke luar negara.
Haruslah berbeza dengan label dalam negara. Kira macam ada International Packaging.
Depend ke negara mana ko nak pasarkan.
So, kes kit kat warna hijau walaupun plastik dia warna pink.

Tekak orang japan ni. tak minat coklat macam orang malaysia.
Sebab tu, kit kat malaysia warna coklat dan rasa coklat.

Kit kat yang aku makan dari Japan tu, terasa sedikit macam makan sayur.
Vegetarian pulak aku. Coklat pun vege ke? Orang Japan kan jaga kesihatan. Semua nak hijau.

Kesimpulan yang aku boleh bagi. macam MCD lain negara lain menu.
Selalunya dorang akan buat survey makanan dan selera di sesuatu tempat.
Tak caya? tanya kawan-kawan korang yang selalu berhijrah ke luar negara.
Sos kat Singapore pun tak sama macam Malaysia.
Yang paling kelakar bila aku nak order Bubur Ayam. Mane ada menu tu kat sana. hehe


** ada ole-ole jangan lupakan aku **