Showing posts with label happy. Show all posts
Showing posts with label happy. Show all posts

Tuesday, March 4, 2014

Anda BerOtak Kanan Atau Kiri ?


Hai semua ^__^ Assalamualaikum wbt.

Hari ni demam check otak rasanya. hahaa. So, aku terbaca dari satu blog NIE. Aku dengan sepantas kilat.
Tak tunggu ape lagi dah. terus buat ujian mental. Iskk. buat sakit mental tau. Nak tahu kecenderungan otak kita berpikir.
Kiri atau Kanan? YES or No ?

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

Result yang aku dapat. Urm.. aku banyak seorang berotak KIRI ??
Nasib ade otak, kalau otak udang. Masuk Hospital Bahagia. Memangg bahagiaa. ehehe

Ade yang betul ade gak yang tak berapa nak betul. Memang aku suka fikir secara rasional.
Lagi-lagi melibatkan masalah dan pekerjaan. Tapi di posisi yang lain, aku suka bidang seni.
Dari kecik aku suka melukis, menyanyi, menjahit. Memasak memang bukan aku la.
Mathematic ?? Oh My Allah !! janganlah sogok kat aku. Sejarah dan BM ok la.

Kalau bab jiwang? memang tak la. tapi more romantik. haha. POYO. Nampak sangat macam aku ni hati batu.
Aku memang mudah mengalirkan air mata kalau aku sedih.
But, my prinsip tak kan menangis depan orang yang aku sayang or sakitkan hati aku.
Bukan ego, tapi itulah kekuatan dalaman dan mental aku.

Panjang pulak ceramah, eheee. Sorry. Korang punya mana???



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Friday, February 7, 2014

Penangan si Retiss !!

** Hai, saja nak menghapdate picture dari kawan aku yang terlebih kreatif..
entry ni suka-suki hati aku aje. Hobi kiteorang memang suka mengarut.
Watak di bawah tak ada kena mengena antara hidup dan mati . hehe. Sekian dan maklum **


1ST - Kawan aku si Lya merangkap tukang mix & match lukisan-lukisan kiteorang. haha
Sampai hati kau singkirkan Scha demi berada disamping Awal. ^_^ mihmihhh


Di sebabkan muka member aku ala-ala Siti sarah sikit. Kiteorang kenenkan dia dengan shuib.
hihihihii. Rasa macam sweet couple plak. Mentang-mentang Maharaja Lawak Mega malam ni =)


Ni hah lagi sorang, tergila-gilakan si Keith Foo. hahaha. Tak abis-abis cakap pasal keepoo.
Fenomena betul Arina Rose ni. Sabarr je la. Tapi cer tegok pic keepo tu. Apsal pakai skirt?
Lyia ko salah pilih pic ni. hehehehehee


eerrrrr . yang kat atas tu Pic sape erk??? hahaha. Ade ke patut letak TMJ.
Sikit pun tak seiras ok. Mengarut betul kawan aku ni. Bila tak ada kerja.
Otak masuk air. ^_^




'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Tuesday, February 4, 2014

'' Cancer Day 2014 "


Selamat Pagi Pepps ^_^

Hari pertama bekerja setelah menghadapi 'Nightmare Holiday in 2014' hehehe. Berlaku secara live bukan dari panggung wayang yang terpilih hokey. Malas aku nak cerita panjang-panjang. Tunggu next entry. huhuhu. So, mood bercuti terpaksa aku tolak ke tepi buat selama-lamanya. hihi. Ok! yang ini aku tipu. T_T

Pagi tadi sebelum memulakan pekerjaan. Jangan lupa ucapkan Bismillah. Then bagi enjin badan panas-panas sikit. Kalau tak memang tersengguk-sengguk aku menahan godaan mengantuk. hahahaaa. So, secara tak langsung aku aku terpandang kan benda alah tu. Ape ke namanya. Tak reti aku nak taip. Maybe doodle kot. Eh doodle ke? Hurm,,, entahlah ek...
Kite bedal ajelah labu. hihihihi ^_^


Today is 4th February 2014 also " World Cancer Day "
Jangan risau korang tak ketinggalan pun sebab aku pun baru aje tahu pagi tadi. hehehe. Poyo an?



Kenapa aku sibuk-sibuk nak post pasal benda alah ni? alaa.. biarlah. ni kan blog aku. Suka hati maklahnak. hahaha. kejam betul kenyataan hidup aku ni. mihhmiimihh. Sebab aku sayang orang-orang yang aku sayang. Aku nak orang yang aku sayang baca. haha. Confius dengan perkataan *sayang.

Nak dijadikan cerita. Akhir tahun lepas, ada sorang kawan aku ni bagitahu aku. Lepas mak dia buat 'medical check up' ade sel-sel kanser mula membiak. So, doc sahkan mak dia terkena kanser otak. Aku rasa peringkat pertama. Hurmm.. memang tak teruk sangat. Tapi boleh buat semangat untuk hidup hilang. Aku yang mendengar tapi yang tak merasa. Terbang semangat aku kejap. kuusshhhh! semangaattt.. oooihoiiiii.. hoiii

Walaupun member aku story dalam wechat je. Aku macam boleh nampak reaksi dan air muka dia. Mestilah sedih kan.
Tak kan nak lompat-lompat macam katak pulak. Plus member aku ni, sibuk nak sambung study kat Yaman bulan 6 nanti. Hurmm.. macam manalah agaknya. huhuhu. Again, U leave me alone.. t_t



Jangan bertanya itu dan ini. Kerana segala yang berlaku ada hikmah. Tak semestinya kita baik, Allah tak uji kita.
Bila Allah turunkan ujian. Jangan tuduh diri kita ni terlalu jahat sampaikan tidak terbuka langsung pintu kemaafan dan taubat dari hati kita.

Alhamdulillah. Just being the positive person, sokongan dari keluarga dan orang sekeliling. Sel kanser mak kawan aku tu semakin menghilang. Aku terus berdoa agar mak kawan aku tu bebas dari kanser. Sebab kanser pun salah satu dari penyakit keturunan.


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Wednesday, January 15, 2014

I'm Come Back


Assalamualaikum & Hello Everybody =)


Pejam-celik-pejam-celik dah lebih 3 hari aku menyepi dari menaip.  Membiarkan vlog picisan aku bersawang ibarat tapak pembinaan terbengkalai. Haih ! gaya macam nak stop berblogging nampaknya. hehee. Eh ! tajuk entry pun macam tak betul aje nak tinggalkan dunia blog! Huhu. Kenapa, why, bakit (filipino) ??? Pertanyaan kenapa dalam banyak version dan muka penuh tanda soal. (betul ke imaginasi aku ni) hahaaa. 'Font Saiz' blog aku pun dah bertukar, dah tak gedabak-gedabak macam dulu kan. kikiki

Okey-okey, sebelum aku jawab pertanyaan anda-anda semua. Boleh aku nak buat pertanyaan poyo tahap muntah hijau tak? Ready answer my question (tu dia speaking jawee pulak) hihihi. Rindu kat aku ke kalau aku tak ade nanti ? hahahaa.
POYO-poyo aje soalan aku tu ?? Macam aku pulak yang dah terlebih menggunakan tanda 'SOAL' (maafkan saya !)

Merujuk kepada entry aku yang terakhir last week. Entry yang penuh dengan luahan perasaan tahap jiwang bagai. Macam tak sangka akulah yang bertanggungjawab menjadi tukang taip entry yang sadis tu. heheheee. Tak sanggup sebenarnya aku nak baca entry tu balik. Rasa macam nak hempok kelapa kat kerusi pulak rasanya. Tapi disebabkan korang-korang blogger yang sporting habis/ meletop & baik hati gitu. Juga blogger otai +HASRUL HASSAN pun sanggup turun padang bagi kata-kata semangat dan nasihat. Terima kasih sangat-sangat kat my dear friend +Khairunnisa Dahalan. Yang lain-lain kau tak mention -love u korang- (Felling macam menang Anugerah Grammy plak) heheee

Tak dapat gambarkan perasaan terharu aku ni, sampai kabur bijik mata aku tahan air mata. Ok, aku mula nak jiwang lagi. hehee. Actually, aku tak jiwang pun. Aku masih lagi berjantina perempuan dan mempunyai sindrom  PMS . Kadang-kadang cerita tu tak sedih pun. Aku boleh menangis tersedu-sedu. Akak aku dok pelik tengok menangis macam mati laki. kikikiii.
Aku pun cover-cover tutup muka dengan bantal. Padahal air hingus semua dah meleleh keluar. T_T

Special thanks to 'blogger' yang update kehidupan korang setiap hari. Opkos termasuk cerita pasal keluarga dan anak-anak dan tak terkecuali Encik Somi tersayang kan?? Ok nak dijadikan cerita aku ada join satu segment ni, so aku blogwalking satu per satu blog untuk singgah dan follow. Then aku terjumpa 1 blog yang memang aku tercari-cari, memang aku nak stalker blog orang tu. Nak tahu kenapa??? apsal aku nak stalker vlog orang tu plak ye? urm,,, tunggu next entry k.
Baru boleh tahu kenapa aku jadi emosi semacam =') Bagi aku semangat nak cerita . Kitee makan dulu !!! yeahhh ~


'' Selamat ber'lunch dan menunaikan Solat Zohor ''


Thursday, January 9, 2014

Terusik Jiwa Sebentar


Tiba-tiba aku nak buat entry sedih-sedih pulak hari ni. Mentang-mentang dah hujan.
Tapi kalau banjir bukan sebab aku menanggis ye.

hmm .. aku sedih ke? hurmm. tak adelah. aku tak sedih pun.


im cool and im crazy same like before.
Takdir Tuhan. Aku tak boleh lari. Kalau memang di gariskan untuk bertemu dengan masa silam =')


Berdoalah bersungguh, Nescaya Allah menjawab doa hamba-NYA,
Maka aku pasrah untuk terima takdir.
Itu sudah satu kecukupan untuk mengetahui kebenaran yang selama ini aku dambakan.


Pilihan ke-2 menjadi peluang ke-2.
Jangan pernah sia-sia kan =)


Sahabat aku pernah berkata :
'' kalau kau tak ada Jodoh kat dunia ni. Tunggulah Bidadara kat Syurga nanti ''



Monday, December 30, 2013

Throw Back - JB & Fraser Hill


Hai korang >_<
Malam ni aku saja nak buat throw back.
Percutian yang tak berapa nak jadi percutian sangat.
Bulan Jun yang lepas. Aku merajinkan diri turun ke JB.
Selalunya setahun sekali aku balik. Tu pun time raya.
This time, ada kelainan sikit. hehee


kelainan apa? badan aku dah susut.
so, ramai sedara mara aku tegur badan aku slim.
Raya yang lepas, sepupu aku siap ejek 'bluehippo'
hahaaa ! jahat giler. tapi aku memang tak sentap.
Lagi ejek, lagi membuak-buak selera makan.
Sampai mak aku pun malas nak tegur. dasyatt!

Jangan tanya aku kenapa aku kurus,
walaupun aku makan banyak. heeeehe
yang itu soalan sentap. +_+


terlanjur dah balik ke JB, aku ambil kesempatan melawat kubur arwah adik lelaki aku.


Gambar diatas memang hobi kiteorang.
Tak sah kalau tak pegi karok. kaki karoks semua ni *tak boleh blah
hehee. melantaklah aku karaoke dari pkul 11 malam pai pukul 3 pagi kalau tak silap aku.
Memang hilang suara kejap. Menyumbang kepada virus demam. huhuhu
Lepas karok lepak pulak kedai mamak sampai pagi.
Memang bertambah-tambah aku tak sihat.



aktiviti siang hari yang seterusnya, keluar shopping dengan sepupu kesayangan aku ni.
Macam adik aku sendiri yang boleh layan kepala aku.
Then memang jadi giler-giler la kalau dah bergabung.


So, hari yang aku nak balik tu. Boleh pulak demam panas.
Macam tak nak balik. tapi sebab nak book tiket awal-awal.
Terpaksa gerak balik. Sorang pulak tu. Mood terpaksa redha.


Keesokan harinya aku gerak pergi Bukit Tinggi, Pahang.
Memang terbaik bercuti dengan demam dan hujan-hujan.
Hahaaa. Teruja giler demam pun dah tak kisah.
Aku selalu pergi genting tapi aku tak pernah pergi Fraser Hill.
So, that why. aku memang excited nak pergi jugak.

Pukul 10 pagi member aku ambil, then kiteorang gerak.
Sampai sana around pukul 12 lebih. Sampai sana hujan renyai.
Tak ape. aku redah jugak. hahaha



Bila dapat jejak kaki kat sana. Rasa macam nak loncat-loncat je.
hik.hik.hik. macam budak-budak rabina kan?
Tapi suasana kat sana sejuk, segar dan nyaman.



Aku beria-ria nak pergi sana sebab bangunanya macam kat obersea (oversea)
tu yang mengila aku nak pergi sana.
Felling konon-konon macam kat venice, tak pun london.


Pintu masuk tu, ada jambatan panjang.
Bawah jambatan ada tasik kecil.
Eh, bukan tasik. Kolam kecik. Nampak swan babe!!
Comel sangat >_<


opss! kat sana memang tak ada MCD.
Kalau korang pusing 10 kali pun memang tak ada.
hehe. itu aku tapau sebelum aku naik atas.
Bekalan. laparrr siot.




Comel kan swan tu?? geram aku tengok.
Aku nak pegang tak berani. Takut dia gigit aku.
Tengok kat tepi ajelah.


Gambaran sebenar dalam bangunan tersebut.
Tak ramai sangat orang datang masa hari tu.
Maybe pergi tempat lain kott.
Kalau korang bernasib baik. ada pertunjukan budaya kat situ.
Kat dalam bangunan tu, ada banyak kedai-kedai comel.
Bolehlah korang mengperhabiskan duit beli ole-ole.
Lepak makan or minum pun memang best.
Bolehlah rasa kat luar negara kejap. hehe
harga aku tak jamin murah.


Sebelum balik, harus bergambar dulu.
huuhuhu. Nampak tak kat belakang tu?
* Fraser Hill *


Tak boleh nak lepak lame sangat. Kejar masa.
Gerak pergi kampung Jepun.
Kena mendaki. perghhh! memang penat.
Hujan plus licin. Must be carefull ohkey.


Stop berjalan. snap-snap kejap. hehee
Berdiri kat tepi tu, rasa macam nak jatuh ke bawah.


Long journey. fuuuhh ketihh den.
Pintu masuk perkampungan tu boleh nampak ciri-ciri Jepun.
Yang ketara. Memang feel kat jepun sangat la.
Sejuk sebab hujan. So, aku tak boleh nak snap banyak gambar.


ada mini air terjun. memang release tension.
macam nak stay lama-lama. Ikan pulak gemok-gemok.


Taraa! dah sampai. ohkey lagi sikit dah sampai.
hehehe. Rumah ala-ala Jepun gitu.
semuanya berasaskan kayu.
Kat dalam tu, ada perkhidmatan sewa baju
hanbok kalau tak silap aku.
Pakaian tradisi Jepun.
Aku malas nak try. hahaa. Rugi kan?

Pukul 2 petang aku dah gerak turun. Banyak lagi tempat aku tak pergi.
Tak sempat, sebab lawatan pendek aje ni.
Insyalah lepas ni, nak pergi lagi sekali.

Round semua tempat yang ada kat sana.
Tapi kena ada camera yang bagus sikit. hehe
Ni pakai camera HP cap Itik. >_<


* Ohkey, Now pukul 12am. Jom tidur *

Thursday, December 26, 2013

From JAPAN


Hai ! selamat bercuti kepada sesiapa yang still berholiday sakan tu.
Hujung tahun ni lah, time nak menghabiskan cuti yang ada.
Lagi-lagi cuti sekolah. Boleh bawak anak-anak ke adik-adik pergi makan angin (sampai kembung)

Aku memang tak ada planning hujung tahun. Sebab aku kalau plan tak pernah menjadi. haha.
So, selalunya plan yang tak di rancang yang menjadi. >_<

Last week honeymoon time untuk aku berjimba di office. heheee
sebab bos aku yang workaholic tu amik cuti panjang.
Jepang wehhhh ! hohohhho

Kebiasaannya bos aku ni agak baik hati membelikan ole-ole untuk kami.
Last year dapat Coin Bag dari Thailand.
This year nak tahu dapat ape?



ekonomi betul bos aku ni. haaaha ! mentang-mentang semua NAIK.
Dapat benda ni sorang dua. bolehlah daripada tak ada.
Memula aku tak nak makan.

kenapa??
sebab.. was-was juga aku makanan dari obersee (oversea)




Tapi bila aku amati dan aku belai-belai dari luaran. heheee
aku nampak label 'nestle' and kit kat.
Mentang-mentang aku buat shipment nestle. Bos perli aku eh?!




Pelik sebab packaging dan dalaman dia berlainan dari malaysia ye?
Setahu aku, apa-apa brand hendak dipasarkan ke luar negara.
Haruslah berbeza dengan label dalam negara. Kira macam ada International Packaging.
Depend ke negara mana ko nak pasarkan.
So, kes kit kat warna hijau walaupun plastik dia warna pink.

Tekak orang japan ni. tak minat coklat macam orang malaysia.
Sebab tu, kit kat malaysia warna coklat dan rasa coklat.

Kit kat yang aku makan dari Japan tu, terasa sedikit macam makan sayur.
Vegetarian pulak aku. Coklat pun vege ke? Orang Japan kan jaga kesihatan. Semua nak hijau.

Kesimpulan yang aku boleh bagi. macam MCD lain negara lain menu.
Selalunya dorang akan buat survey makanan dan selera di sesuatu tempat.
Tak caya? tanya kawan-kawan korang yang selalu berhijrah ke luar negara.
Sos kat Singapore pun tak sama macam Malaysia.
Yang paling kelakar bila aku nak order Bubur Ayam. Mane ada menu tu kat sana. hehe


** ada ole-ole jangan lupakan aku **

Saturday, December 21, 2013

Sepetang Bersama Artis - blogrrr


Hai Sunshine >_<
Walaupun mood malas sudah merebak, tapi disebabkan gian nak menaip jugak.
Maka, aku paksa jari jemari aku yang kontot ini, cuba untuk menaip. heheee
Maaf, ye! maybe akan terkeluar ayat tak mesra ayat atau entah ape-ape. huhuuuu

Last week aku pergi event blogrrr !
alaaaa ~ bosan laaar. asik cakap pasal event tu aje. hehehe.
Sudah basi la machik bella. (sedih)
Ohkey +_+ '' saya janji (dengan jari-jari kaki yang terbantot) ''
Ini last update pasal Event Gtahering Blogrrr !

Ade yang aku tak puas hati pasal event ni, bukan aku aje.
Ramai yang cakap macam tu. Sebenarnya event ni sangat best.
Seriously, mungkin disebabkan kurang promosi pasal event ni. So, ramai yang tak tahu.
Tempat event pun salah satu faktor jugak.
Aku malas nak kupas banyak-banyak. Kang jari sakit tertusuk pisau.
Peribahasa apakah itu. I dont care. Tak nak lah tulis secara terang-terangan.
Takot kena bam-bam bom pulak. huhu. So, amik mood redha ajela.

Disebabkan pkul 6pagi aku sudah terpacak kat event tu.
Ade jugak aku terserempak dengan otai-otai blogger.
Tapi aku segan giler kot nak tegur. Lagi-lagi nampak Encik Amir.
Pemilik blog terkenal dan terhotts! Denai Hati.

Aku rasa ramai yang sudah update pasal event ni.
Bagusnya aku, tak banyak tulis banyak-banyak.
hehe (makan gaji buta nampaknya ko bella)
Antara artis-artis yang turut memeriahkan majlis yang tak berapa meriah.

blogrrr


Kalau dengar suara Si Shakinah ni. Memang sudah boleh agak. Memang becok.haha
Havoc, happening and sempoi. Tinggi kurus jugak sangat gebus'sss.
Kalau marsha aku tak berapa nak cam sangat. Lain benor dalam tv dengan kat luar tv.
Tapi u'olls memang cantik, tinggi and gebus'ss (lagi sekali pujian)

Ally Iskandar pun ada jugak. Bila berada dalam keadaan yang sesak.
Memang susah nak kenal si Ally ni. Orangnya tak berapa nak tinggi.
Lebih kurang macam aku aje. Jalan pun menunduk aje.
wife ally pun seorang blogger. tapi aku tak nampak beliau.


blogrrr


Kenal tak? Iqram Dinzly with Nisa Kay ?
Mestilah u'olls kenal, kalau tak kenal, penchen aje jadi blogger.
heheeehe. kidding ok. (mohon jangan terasa)

Iqram Dinzly ni, memang sempoi habis, kelakar and suka sangat loyar buruk.
Part paling best bila dia ajak semua blogger menari 'pocho-pocho' kat dalam dewan.

Nisa Kay ? blogger famous amos tu, same age with me.
22 y'old. Very eloquent in speech and looks smart too.
Dia ade bagi tips nak berblogging, etika seorang blogger.


blogrrr-iqram-dinzly

boleh jenguk Insta Iqram  dia pakai T-Shirt blogrrr.
Yang ini, aku nak mohon korang terasa. Jahat aku! hehe
Iqram kata 'blogger juga media'
So, gunakan kuasa menulis dengan fakta yang betul.
Jangan menulis tanpa sumber yang sahih, yang kena orang lain.
Hari tu, shila amzah ade cakap kat 'meletops'
blogger ni macam tahu aje. (ahli nujum)
belum keluar apa-apa berita. Sudah ada spekulasi.
Huhu. aku agak terasa jugak.
Sebab aku 'blogger'

So, sebelum aku lagi terlambat. (memang pun) >_<
Aku ucapkan TAHNIAH kepada semua pemenang.
Hopefully ada peningkatan dan tips untuk blogger baru macam aku jadi maju.


  • Best Blogshop: A-dressing
  • Best IT and Gadget Blog: JomPHP.com
  • Best Art & Photography Blog: Theeggyolks
  • Best Entertainment Blog: Rotikaya
  • Best Food & Travel Blog: Thebigsmallboy
  • Best Sports Blog: Sokernet
  • Best Fashion & Beauty Blog: Maxmayo
  • Best Family & Health Blog: Ibubapacemerlang2012
  • Best Personal Blog: Denaihati.com
  • Best Automotive Blog: Paultan.org
  • Best of Disability Blog: Amir-Hamidi

Sebelum aku menamatkan entry ni. Layan gambar-gambar aku kat sana.
Haritu ade janji dengan seseorang nak posted gambar aku yang tak berapa nak footfullar.

bella luna

bella luna

bella luna

bella luna

bella luna

bella luna


bella luna


bella luna




https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com


Today aku ada 'date' dengan someone. Beliau juga seorang retiss.
Bertempat di Mid Valley. Kalau terserempak.Tegurlah jangan malu & segan.
(alamak~macam nak buat sesi beramah mesra pulak)
Ayat badjet nak famous bagai. hahaha.


*Ok bye ! Nak tahu ? tunggu aku update next week =)*
** selamat berhujung minggu bersama orang tersayang, walaupun tak sayang **


Friday, December 6, 2013

Pencetus Ummah


Salam Jumaat pepps.

Malam Jumaat. Semalam. Ade sesiapa tengok Astro 'Oasis' tak?
Bior kak bell terangkan ohkey? keep quite. (kejam sungguh den)

Rancangan diterbitkan bagi menyampaikan dakwah islam dalam cara yang kreatif.
Secara ringkasnya, berkonsepkan dakwah yang moden.
Sesuai dengan jiwa masyarakat dan anak muda zaman sekarang.

Pada aku, cara penyampaian atau communication skill dengan audience sangat penting.
Pendekatan mengunakan cara psychology adalah satu bonus.

Hey! korang suka Ustaz Azhar Idrus kan? mesti ada yang sanggup pergi tengok movie dia. hahaha ^_^
Alhamdulillah~dari sudut positive. Dakwah secara halus dalam gelak dan tawa.
Hati pun ikhlas menerima teguran.


pencetus ummah astro oasis


Berbalik cerita asal, selain dari 12 peserta yang berentap.
Barisan Murabbi (fasilitator) yang terdiri daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Zulkefli Hamat dan Ustaz Ahmad Termizi Abdul Razak
Tang pengacara aku memang suka sangat.
Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Tak sangka beliau lawak giler!
Setakat ini, tetamu dari kalangan artis yang datang.
Mawi, A.C Mizal, Catt, Anita Baharom, Samsul ghau-ghau.

Dua kali aku tengok rancangan ni, aku tertarik pada 2 peserta.

PENCETUS UMMAH


1# PU SHAHRUL HAMID BIN M.P.H. SEENI MD.
Berumur 38 tahun dari Teluk Kumbar Pulau Pinang.
Master Hadith (Al Quran danSunnah) UKM dan mempunyai
Maahad Tahfiz juga Kedai Runcit.
Beliau merupakan peserta paling senior di antara peserta yang lain.
Kalau bagi speech, memang powerlah!
Beliau juga guru kepada ' Juara Imam Muda Asyraf '


PENCETUS UMMAH



2# PU Rahmat Ikhsan Bin Mohd Sofyan
Berumur 20 merupakan peserta paling termuda.
Boleh buat calon Imam ni. Sanggup berkorban tangguhkan pelajaran dia di Matrik Melaka.
Beliau berasal dari Kuala Lumpur.



MACAM MANA AKU BOLEH TERJEBAK ???


Peliks bin ajaib.
Semalam aku excited tunggu depan TV. haha
Terjebak dengan rancangan macam ini. Tak ape kot.

Sebab apa aku suka?
Speech yang tak membosankan.
Pendekatan dengan isu semasa, lawak dan lagu yang berkaitan.
Salah satu menyucian jiwa untuk aku, boleh clorox otak aku yang berkeladak.


p/s : Kebetulan itu menyebabkan aku tersedar sesuatu. Juga tanpa aku sangka.