Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Friday, April 24, 2015

Mother's Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza

Salam Jumaat & Hari Barakah..

Pejam kelip, pejam kelip.. sudah mahu setengah tahun mengharungi 2015 kan?
cepat sangat masa berlalu. Rasanya macam baru je buat entry pasal tahun baru,
azam baru. hihihi.Nanti tiba-tiba je umur berganjak 30 series. Permulaan hidup kita dalam perut mak selama 9 bulan. Mak yang melahirkan, menyusukan kita, macam-macam mak kita buat untuk kita.

Perasan tak , kalau kita menangis kita cari mak kita untuk tumpang dibahu untuk menangis? Bila hati resah, mak berikan pelukan hangat untuk redakan rasa resah tu. Until now, mak masih jaga kita. Walaupun kita dah kahwin, dengan mak jugak tempat kite meleset dan bermanja *_* Korang prepare hadiah untuk ibu korang ?

Sempena Hari Ibu tahun ni, korang ingin beri hadiah terbaik untuk yang tersayang?
Nak tahu ??! pihak OMGFest Ventures akan mengadakan Makan Malam Amal bersama Dato Siti Nurhaliza sempena "Mother's Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza". Acara ini akan diadakan pada hari Jumaat, 15th May 2015 bertempat di Dewan Kristal TM Convention Centre (TMCC) Menara TM, Bangsar bermula pukul 8pm-11pm.



Acara ini juga, turut meraikan 20 anak-anak yatim yang istimewa dari Pusat Jagaan Budaya Harapan untuk mengumpul dana bagi mengurangkan beban tanggungan mereka. Bukan itu sahaja, majlis makan malam amal secara eksklusif ini akan memaparkan Dato Siti Nurhaliza bukan sahaja sebagai penghibur tetapi sebagai tukang masak/chef dimana beliau akan memilih seorang "ibu bertuah" untuk naik ke pentas dan rasa masakan beliau yang dimasak di atas pentas. Selalu tengok Dato Siti post kat IG air tangan beliau untuk suami tercinta, tapi pada malam berkenaan berpeluang merasa air tangan Dato Siti !!
 
Untuk pengetahuan semua, Pembeli tiket "tier 1" akan dapat peluang berjumpa dengan Dato Siti Nurhaliza secara eksklusif selepas majlis. wahh !! memang best sangat dapat jumpa Dato Siti Nurhaliza secara personal. Untungkan ?
Lagi INFO.. Untuk semua warga TM serta anak syarikat boleh mendapat 10% diskaun ke atas semua jenis tiket yang dibeli.
 
Untuk pembelian boleh hubungi talian +6011-2626 1656 / +6010 279 6275 atau email mereka di booking@omgfest.my Pembelian secara online juga boleh dibeli di www.omgfest.my (sila hubungi pihak omgfest dulu untuk mendapatkan kupon diskaun sebelum pembelian).

**Resit pembelian boleh digunakan sebagai pengurangan cukai (majlis amal)
***SEAT DAH TERJUAL LEBIH 50%...SO KENA CEPAT-CEPAT Tempah.
VISIT PAGE OMG Fest WWW.OMGFEST.MY

 
Below are the ticket price range for your perusal

Tier 1: RM 9,990 per table
: RM 999 per person

Tier 2: RM 7,990 per table
: RM 799 per person

Tier 3: RM 5,990 per table
: RM 599 per person

Tier 4: RM 3,990 per table
: RM 399 per person

** Price are inclusive with GST
** Tax deductions for company/individual tax
** All tickets holder will received special goodies & entitle for special lucky draw



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Monday, February 10, 2014

Fenomena : Wak Doyok Malaysia


Selamat Petang Semua ^_^

Breaking News ! Trafik blog aku mencanak naik 2-3 hari ni disebabkan kata carian 'Siapakah Wak Doyok'
Mungkin kerana tidak disengajakan korang nak taip key words tersebut then keluarlah blog cabuk aku ni? hehee.
Terharu aku. isk..isk.. Apeape pun thanks to uoollss. Baca entry pasal Wak Doyok tu.





Memang aku mengunakan ayat yang ringkas dan entry tu memang seringkas-ringkasnya. Tanpa ada ayat-ayat membina. huhu. Lepas tu sumber semua aku main cedok-cedok kat internet. Dengan bantuan Wak Google. hehehe.
Sebab aku tak expect korang akan cari mamat bermisai ni. Aku rasakan popularity wak doyok mencanak-canak naik selepas beliau menghadiri ''Anugerah Meletop'' jumaat yang lepas.

That why, korang semua berlumba-lumba cari siapa mamat ni kan? mimimihmihh . Aku pun kurang info pasal dia.
Sebab wartawan pun kureng nak Interview dia. Maybe sebab dia bukan artis. Tapi more to fesyen kan? Aku nak interview dia? hahaha. Omaaigadd !! Memang aku caras kerja wartawan-wartawan kat Malaysia ni. Opss Maaf ! tak ade niat pun nak caras-caras ni. hik hik. Better jadi wartawan tak berbayar. kiki. Macam kiah propa pulak gamaknye.

Tadi aku saje teropong Instagram Mr Doyok ni. Pestime teropong nih. hehehee. Pasal yang FB tu korang mesti tertanye-tanyakan. Betul ke wak doyok tu nak add aku? HAHAHAA. Hambik kau. Gelak besar nampak. Jawapannya memang TAK la!! manelah dia ade masa nak FB-FB bagai. Lagi punya baik hati nak add orang lain. Macam gila fofulariti sangat kan?? huhuhuu.
Siap berbahasa-basi bagai chat dengan aku. Saje aku layankan. Rupanya ada orang obses dengan Wak Misai ni. Tak boleh marah ye abang Misai. Awak dah semakin femess. hehe

Jom layan Abang Misai punya gamabr. Aku rembat kat Insta dia. Jangan marah ok ^_^
Kita pinjam sat nahhh =)




hahaha !! yang ini kelakar. Selalu orang tanya. Tak panas ke fesyen yang wak doyok pakai??
Dia fashion designer, lantak dialah nak bergaya macam mana.
Kalau korang rasa badan selalu sejuk masuk angin. Boleh try bergaya macam dia.
Kompem tak ada masalah kembung perut lagi !! hehe.
Tengok macam Wak doyok. mana ada bun--cit. ^_^ peace yo


Muka nampak ganas, Hati ada taman wo..
Terkedu i tengok u main piano Mr. Misai ! haehehehe
sweet benor aku menengoknye =)



hahhh~ yang ini muka beliau mase suci murni ok.
Nak ngurat ?! ok. sila ke Instagram beliau.
Tata uoollss !! muaaaahhh xoxo



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Thursday, January 2, 2014

Entry Yang Tertinggal Di 2013


'' Hello 2014 & Happy New Year To All Reader's ''

Sebenarnya gigil tangan aku nak menaip 1st entry untuk 2014.
hehehee. konon-konon jiwa barulah sangat. Nothing Changes. Umur ajelah semakin meningkat.
Membuat aku semakin peninggg arhh !!! huhuhu. Relaxx sudah. No more tension today!

speeking omputih pulak aku. Jawa pun tunggang langgang, habis gagap terkucil. Macam nak menghadiahkan sepakan penalti untuk sang pencakap. opss! ahakss

Actually still ada beberapa entry yang bersawang kat draft blog aku ni.
Tak kan nak publish tahun depan kot.
So, aku dengan sikap pemalas. Gabungkan tenanga dan kuasa-kuasa mereka.
Dommm!! eh salah **bommmm! meletops gitu di entry hari ini. (kepoyooan lagi melanda)

Blogger yang aku terjumpa di event Blogrrr bulan lepas,
Si dia tuu macam tahu je. aku minat membaca kan?
Lalu si dia yang putih loteh. Menghadiahkan aku. Sebuah buku.


365 ways

Maaf ye blogger '' Kak Rosniena '' lambat buat entry penghargaan,
kepada akak yang susah-susah nak belikan buku untuk bella.
Sobb..sobb ! sedihh sangat. terlebih emosi, Cair terus make up. hohohohoo

Bella baru start baca dalam beberapa chapter. Kalau bahasa jawa tak sampai sehari dah katam.
Di sebabkan bahasa yang begitu extrem untuk daya pemikiran ku. terpaksa merujuk  Cik Kamus >_<

Millions thanks to you kak !

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

Memang aku tak sengaja meletak gambar yang sebegitu rupa. heheee. 
Terpulanglah kat korang. Nak tengok melintang ke, Laptop ke bawah ke. Juling kan mata ke.
Hehehe. sebarang kecacatan tidak ditanggung oleh pihak penerbitan. hihihihhi

Kebiasaannya memang aku letak apa-apa buku dalam handbag. Tanda yang aku menghargai pemberian beliau. Maka buku tersebut masih di dalam handbag aku.
So, kalau waktu terluang boleh baca.
Disebabkan, mengikut kajian membaca HP boleh merosakan mata anda!
So, aku berubah habitat yang asal. Jangan tebiat ok!heheee *apasal aku suka gelak niii.

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

Masa yang dinanti-nantikan! jeng.. jeng.. Hadiah daripada someone yang dah terkantoi. hihihi
Tak perasan pulak masa entry yang lepas tak tutup name pemberi.
Tak pasal-pasal tuan tanah menegur.

To my lovely & sweet blogger friend Niesa. Thanks so much. muaah ! muahhh
berikan bella sehelai jersey pasukan Sarawak. Kiteorang dah janji nak exchange jersey tau!
Rezeki aku, dia dah belikan aku terlebih dahulu. huuuuhuu. Terharu banget!

Lebih mengharu-birukan. Hadiah tersebut sampai ketika aku menyambut hari jadi yang ke 22 tahun.
Pak posmen sedia menanti ku bersama sang hadiah.
Ape lagi menjerit-jeritlah aku bagaikan ternampak Lee Min Hoo berikan hadiah.
(ayat terlebih dramatik dan ada unsur-unsur pembohongan semata-mata)

jersey sarawak

Perasan tak ?? * ala~mintak-mintak korang perasan. heheee
Alamat yang diberikan adalah Shin Yang Shipping.

Bos! kenapa support pasukan Sarawak tak bagi kiteorang sorang satu jersey ?? kedeekk

Tulisan Shin Yang ibarat sing board bergerak di belakang aku.
Tak apa. aku memang selalu dalam mood redha dan kembang.


jersey sarawak-shin yang

Sayang sangat nak pakai baju ni. Hari tu sudah terpakai. heheee
Tapi lepas aku basuh, Simpan elok-elok dalam almari buruk aku kat bilik. Dok diam-diam key!

Mane tahu 18-Jan-14, aku sempat pergi stadium. Ada perlawanan bola sepak.
JDT menetang Sarawak!! aku confius nak pakai jersey sarawak ke jersey JDT?? haha
Berbual kencang aku ni, Padahal 18hb nak mencemar duli pergi ke kenduri kahwin member teknik.
Buat pertama kalinya aku menghadiri perkahwinan kawan-kawan sekolah. huhu.
Aku tak sombong ok, just buzy and tak sempat nak pergi. *alasan yang munasabah dari Mancik pah!

happybirthday bellaluna

Kek memang sudah basi didalam perut ku. heeeehe. baru sibuk nak buat entry kan?
Nampak sangat tak teruja nak sambut birthday sendiri. kekekee
No lah! on that day (09 Dec 13) Aku berpuasa sunat.

Member sekepala aku join sama. Sehari sebelumnya.
Mereka berdua dah ingatkan aku untuk berpuasa.
Baguskan korang, sangat islamik hari itu.hehe. Alhamdulillah ! we done!

Balik rumah, konon aku rajin nak masak untuk berbuka.
Tapi mak aku kata tak payah masak.
Aku pun stay depan TV, tunggu azan magrib.

Sungguh tak disangka ada sebijik kek yang sangat Mancho. Sebab ade tulis
" Happy Birthday Bella Luna "
heeehe. macam femess pulak letak nama ala color Luna tu. =) sila jangan jeles.

Tiada gambar bithday girl, kerana waktu tidak bersedia. hehee
snap dengan muka sememeh, penat dan rambut ala puaka niyang rapik kalah Hantu Kak Limah.

Tak sesuai untuk tontonan Umum. Ditapis khas dengan tempat tapis omak aku. tak sape kisah! hehe

Ohkey, mesti korang penat nak baca? hehee. alooo~sikit je lagi.
Aku malas nak postpone, tak elok kerja bertangguh amalan bapak setan.
Layan gambar tak payah baca. Tak penat. kasi lu olang rest kejap. hehee

mid valley


mid valley


https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

22-Dec-2014 aku pergi ke Mid Valley.
Konon nak berdating dengan kekasih hati. tapi...
aku ternampak pulak si dia bersama si isteri.
Sungguh pruusst hati kecik aku ni hah.
Sepasang couple yang baru berkahwin. Jovian and nina.
Sangat manis (so sweet) jalan pegang-pegang tangan.
Nina seorang yang kecik molek. Jovian tak nak comment la.

Aku tak berani nak tegur mereka. Orang tengah honeymoon.
Nanti apa pulak kata sang isteri, ex gf jovian tegur. hehee
*Eh, betull ke?? Ini perkataan imaginasi aku sahaja.
Jangan terpengaruh dengan kata-kata nista belaka, gossip liar. huhuhu

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

Sabar sat ye kawan-kawan, lagi skit nak habis ni.
So, kenapa aku pergi Mid Valley. Niat aku untuk menemani Si kembar ke Helath Fair.
Sekarang sibuk blogger yang femes buat review produk mata kan ?
Mata aku pun ibarat Miss Panda Bandar. So, ape lagi.
Jom terjah WEB SITE mereka !!! air die memang sedap.
Rasa buah. Eh tak rasa besi pulak. adoi aku ni pun.

Yang aku boleh cakap, the taste so fresh and delicious.
Tak rugi kalau try. heehe =)

iena-ieda

Aku juga mengambil kesempatan untuk meramah mesra bersama si kembar.
Kami menjadi kembar 3 hari itu. hehee.

Ieda & Iena memang sangat sempoi, friendly yang amat. Suka bercakap macam aku.
Tak rasa janggal lepak dengan diorang ni. Macam dah lama kawan pulak.

Lepas event tu, kiteorang lepak makan-makan sebentar.
Tapi seperti biasa aku terlupa nak merakanlan aksi luar biasa kami. hehe
syok sangat berborak. sampai lupe orang keliling.
Macam-macam kami citer. Sampailah ke issue 'Boy Friend' hahaa
see! girgirl mana boleh lupakan topik tu. Mase tu lah dok ngumpat sang lelaki.
hehee. tak adalah. kami tak ngumpat! sebab we'all single but not for available.

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

Iena dan Ieda ni sangat comel, gebu's macam anak patung dan langsing dari aku.
Aku kategori demokk *sedihh . huargghh

Kalau bercakap dengan dorang ni. Kepala aku masih tak dapat terima keadaan yang sbenarnya.
hehee. macam cakap dengan cermin. Sebab muka mereka sangat sama.
Ok, kalau nak usha dowg boleh search kat google. banyak entry pasal model kembar ni hah.

* Sorry sebab create entry panjang-panjang. Sebab aku pun tak sihat sangat *
Ape kaitannya?? OMG blurr betul aku ni kan? hihihihi
korang kasi comment ini entry manyak-manyak.
Sebab aku dah penat taip juga korang pun penat membaca.
BYE !

Saturday, December 21, 2013

Sepetang Bersama Artis - blogrrr


Hai Sunshine >_<
Walaupun mood malas sudah merebak, tapi disebabkan gian nak menaip jugak.
Maka, aku paksa jari jemari aku yang kontot ini, cuba untuk menaip. heheee
Maaf, ye! maybe akan terkeluar ayat tak mesra ayat atau entah ape-ape. huhuuuu

Last week aku pergi event blogrrr !
alaaaa ~ bosan laaar. asik cakap pasal event tu aje. hehehe.
Sudah basi la machik bella. (sedih)
Ohkey +_+ '' saya janji (dengan jari-jari kaki yang terbantot) ''
Ini last update pasal Event Gtahering Blogrrr !

Ade yang aku tak puas hati pasal event ni, bukan aku aje.
Ramai yang cakap macam tu. Sebenarnya event ni sangat best.
Seriously, mungkin disebabkan kurang promosi pasal event ni. So, ramai yang tak tahu.
Tempat event pun salah satu faktor jugak.
Aku malas nak kupas banyak-banyak. Kang jari sakit tertusuk pisau.
Peribahasa apakah itu. I dont care. Tak nak lah tulis secara terang-terangan.
Takot kena bam-bam bom pulak. huhu. So, amik mood redha ajela.

Disebabkan pkul 6pagi aku sudah terpacak kat event tu.
Ade jugak aku terserempak dengan otai-otai blogger.
Tapi aku segan giler kot nak tegur. Lagi-lagi nampak Encik Amir.
Pemilik blog terkenal dan terhotts! Denai Hati.

Aku rasa ramai yang sudah update pasal event ni.
Bagusnya aku, tak banyak tulis banyak-banyak.
hehe (makan gaji buta nampaknya ko bella)
Antara artis-artis yang turut memeriahkan majlis yang tak berapa meriah.

blogrrr


Kalau dengar suara Si Shakinah ni. Memang sudah boleh agak. Memang becok.haha
Havoc, happening and sempoi. Tinggi kurus jugak sangat gebus'sss.
Kalau marsha aku tak berapa nak cam sangat. Lain benor dalam tv dengan kat luar tv.
Tapi u'olls memang cantik, tinggi and gebus'ss (lagi sekali pujian)

Ally Iskandar pun ada jugak. Bila berada dalam keadaan yang sesak.
Memang susah nak kenal si Ally ni. Orangnya tak berapa nak tinggi.
Lebih kurang macam aku aje. Jalan pun menunduk aje.
wife ally pun seorang blogger. tapi aku tak nampak beliau.


blogrrr


Kenal tak? Iqram Dinzly with Nisa Kay ?
Mestilah u'olls kenal, kalau tak kenal, penchen aje jadi blogger.
heheeehe. kidding ok. (mohon jangan terasa)

Iqram Dinzly ni, memang sempoi habis, kelakar and suka sangat loyar buruk.
Part paling best bila dia ajak semua blogger menari 'pocho-pocho' kat dalam dewan.

Nisa Kay ? blogger famous amos tu, same age with me.
22 y'old. Very eloquent in speech and looks smart too.
Dia ade bagi tips nak berblogging, etika seorang blogger.


blogrrr-iqram-dinzly

boleh jenguk Insta Iqram  dia pakai T-Shirt blogrrr.
Yang ini, aku nak mohon korang terasa. Jahat aku! hehe
Iqram kata 'blogger juga media'
So, gunakan kuasa menulis dengan fakta yang betul.
Jangan menulis tanpa sumber yang sahih, yang kena orang lain.
Hari tu, shila amzah ade cakap kat 'meletops'
blogger ni macam tahu aje. (ahli nujum)
belum keluar apa-apa berita. Sudah ada spekulasi.
Huhu. aku agak terasa jugak.
Sebab aku 'blogger'

So, sebelum aku lagi terlambat. (memang pun) >_<
Aku ucapkan TAHNIAH kepada semua pemenang.
Hopefully ada peningkatan dan tips untuk blogger baru macam aku jadi maju.


  • Best Blogshop: A-dressing
  • Best IT and Gadget Blog: JomPHP.com
  • Best Art & Photography Blog: Theeggyolks
  • Best Entertainment Blog: Rotikaya
  • Best Food & Travel Blog: Thebigsmallboy
  • Best Sports Blog: Sokernet
  • Best Fashion & Beauty Blog: Maxmayo
  • Best Family & Health Blog: Ibubapacemerlang2012
  • Best Personal Blog: Denaihati.com
  • Best Automotive Blog: Paultan.org
  • Best of Disability Blog: Amir-Hamidi

Sebelum aku menamatkan entry ni. Layan gambar-gambar aku kat sana.
Haritu ade janji dengan seseorang nak posted gambar aku yang tak berapa nak footfullar.

bella luna

bella luna

bella luna

bella luna

bella luna

bella luna


bella luna


bella luna




https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com


Today aku ada 'date' dengan someone. Beliau juga seorang retiss.
Bertempat di Mid Valley. Kalau terserempak.Tegurlah jangan malu & segan.
(alamak~macam nak buat sesi beramah mesra pulak)
Ayat badjet nak famous bagai. hahaha.


*Ok bye ! Nak tahu ? tunggu aku update next week =)*
** selamat berhujung minggu bersama orang tersayang, walaupun tak sayang **