Friday, April 24, 2015

Mother's Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza

Salam Jumaat & Hari Barakah..

Pejam kelip, pejam kelip.. sudah mahu setengah tahun mengharungi 2015 kan?
cepat sangat masa berlalu. Rasanya macam baru je buat entry pasal tahun baru,
azam baru. hihihi.Nanti tiba-tiba je umur berganjak 30 series. Permulaan hidup kita dalam perut mak selama 9 bulan. Mak yang melahirkan, menyusukan kita, macam-macam mak kita buat untuk kita.

Perasan tak , kalau kita menangis kita cari mak kita untuk tumpang dibahu untuk menangis? Bila hati resah, mak berikan pelukan hangat untuk redakan rasa resah tu. Until now, mak masih jaga kita. Walaupun kita dah kahwin, dengan mak jugak tempat kite meleset dan bermanja *_* Korang prepare hadiah untuk ibu korang ?

Sempena Hari Ibu tahun ni, korang ingin beri hadiah terbaik untuk yang tersayang?
Nak tahu ??! pihak OMGFest Ventures akan mengadakan Makan Malam Amal bersama Dato Siti Nurhaliza sempena "Mother's Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza". Acara ini akan diadakan pada hari Jumaat, 15th May 2015 bertempat di Dewan Kristal TM Convention Centre (TMCC) Menara TM, Bangsar bermula pukul 8pm-11pm.



Acara ini juga, turut meraikan 20 anak-anak yatim yang istimewa dari Pusat Jagaan Budaya Harapan untuk mengumpul dana bagi mengurangkan beban tanggungan mereka. Bukan itu sahaja, majlis makan malam amal secara eksklusif ini akan memaparkan Dato Siti Nurhaliza bukan sahaja sebagai penghibur tetapi sebagai tukang masak/chef dimana beliau akan memilih seorang "ibu bertuah" untuk naik ke pentas dan rasa masakan beliau yang dimasak di atas pentas. Selalu tengok Dato Siti post kat IG air tangan beliau untuk suami tercinta, tapi pada malam berkenaan berpeluang merasa air tangan Dato Siti !!
 
Untuk pengetahuan semua, Pembeli tiket "tier 1" akan dapat peluang berjumpa dengan Dato Siti Nurhaliza secara eksklusif selepas majlis. wahh !! memang best sangat dapat jumpa Dato Siti Nurhaliza secara personal. Untungkan ?
Lagi INFO.. Untuk semua warga TM serta anak syarikat boleh mendapat 10% diskaun ke atas semua jenis tiket yang dibeli.
 
Untuk pembelian boleh hubungi talian +6011-2626 1656 / +6010 279 6275 atau email mereka di booking@omgfest.my Pembelian secara online juga boleh dibeli di www.omgfest.my (sila hubungi pihak omgfest dulu untuk mendapatkan kupon diskaun sebelum pembelian).

**Resit pembelian boleh digunakan sebagai pengurangan cukai (majlis amal)
***SEAT DAH TERJUAL LEBIH 50%...SO KENA CEPAT-CEPAT Tempah.
VISIT PAGE OMG Fest WWW.OMGFEST.MY

 
Below are the ticket price range for your perusal

Tier 1: RM 9,990 per table
: RM 999 per person

Tier 2: RM 7,990 per table
: RM 799 per person

Tier 3: RM 5,990 per table
: RM 599 per person

Tier 4: RM 3,990 per table
: RM 399 per person

** Price are inclusive with GST
** Tax deductions for company/individual tax
** All tickets holder will received special goodies & entitle for special lucky draw



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

No comments:

Post a Comment