Showing posts with label JDT. Show all posts
Showing posts with label JDT. Show all posts

Monday, February 10, 2014

Fenomena : Wak Doyok Malaysia


Selamat Petang Semua ^_^

Breaking News ! Trafik blog aku mencanak naik 2-3 hari ni disebabkan kata carian 'Siapakah Wak Doyok'
Mungkin kerana tidak disengajakan korang nak taip key words tersebut then keluarlah blog cabuk aku ni? hehee.
Terharu aku. isk..isk.. Apeape pun thanks to uoollss. Baca entry pasal Wak Doyok tu.





Memang aku mengunakan ayat yang ringkas dan entry tu memang seringkas-ringkasnya. Tanpa ada ayat-ayat membina. huhu. Lepas tu sumber semua aku main cedok-cedok kat internet. Dengan bantuan Wak Google. hehehe.
Sebab aku tak expect korang akan cari mamat bermisai ni. Aku rasakan popularity wak doyok mencanak-canak naik selepas beliau menghadiri ''Anugerah Meletop'' jumaat yang lepas.

That why, korang semua berlumba-lumba cari siapa mamat ni kan? mimimihmihh . Aku pun kurang info pasal dia.
Sebab wartawan pun kureng nak Interview dia. Maybe sebab dia bukan artis. Tapi more to fesyen kan? Aku nak interview dia? hahaha. Omaaigadd !! Memang aku caras kerja wartawan-wartawan kat Malaysia ni. Opss Maaf ! tak ade niat pun nak caras-caras ni. hik hik. Better jadi wartawan tak berbayar. kiki. Macam kiah propa pulak gamaknye.

Tadi aku saje teropong Instagram Mr Doyok ni. Pestime teropong nih. hehehee. Pasal yang FB tu korang mesti tertanye-tanyakan. Betul ke wak doyok tu nak add aku? HAHAHAA. Hambik kau. Gelak besar nampak. Jawapannya memang TAK la!! manelah dia ade masa nak FB-FB bagai. Lagi punya baik hati nak add orang lain. Macam gila fofulariti sangat kan?? huhuhuu.
Siap berbahasa-basi bagai chat dengan aku. Saje aku layankan. Rupanya ada orang obses dengan Wak Misai ni. Tak boleh marah ye abang Misai. Awak dah semakin femess. hehe

Jom layan Abang Misai punya gamabr. Aku rembat kat Insta dia. Jangan marah ok ^_^
Kita pinjam sat nahhh =)




hahaha !! yang ini kelakar. Selalu orang tanya. Tak panas ke fesyen yang wak doyok pakai??
Dia fashion designer, lantak dialah nak bergaya macam mana.
Kalau korang rasa badan selalu sejuk masuk angin. Boleh try bergaya macam dia.
Kompem tak ada masalah kembung perut lagi !! hehe.
Tengok macam Wak doyok. mana ada bun--cit. ^_^ peace yo


Muka nampak ganas, Hati ada taman wo..
Terkedu i tengok u main piano Mr. Misai ! haehehehe
sweet benor aku menengoknye =)



hahhh~ yang ini muka beliau mase suci murni ok.
Nak ngurat ?! ok. sila ke Instagram beliau.
Tata uoollss !! muaaaahhh xoxo



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Thursday, February 6, 2014

Keputusan Kemenangan Milik JDT




Apa kes dah ni ?? hurm. actually, kalau tanya aku beribu-ribu kali. Apa yang terjadi antara JDT dan T-TEAM
For sure aku geleng kepala lelaju cakap tak tahu. Eheee ^_^ 

Budak-budak office aku sibuk interview aku pasal isu tu. ahhaa. Aku tak ada ditempat kejadian. Lagi pulak aku bukan wartawan yang berbayar. Sebab tak berbayarlah. Entry selalu lambat nak post. hahahaha. 1st game hari tu pun aku tak sempat nak story lagi. Sorry babe!

So, punyalah semangat kawan aku si Lyia ni jadi Fans JDT walaupun dia tak ada kena mengena dengan darah JOHO pun. Salute lu akakk! maybe sebab pakwe kau minat giler kat JDT ni. hahaha. kau pun ikut sama. Keluar je berita tu kat twitter. Sibuk interkom aku. (lyia floor bawah, aku kat floor atas) kalau sama floor memang kerja bergossip. hehehe.

Lyia : Eh !! bella. bella.. Ko tengok kat twitter. Keputusan Piala FA dah keluar.
Aku  : apesal kau ni. Aku mana layan twitter sangat. hahahahha
Lyia : alaaa ~ kau ni pun. JDT menang 3-0 menentang T-TEAM. wehhyy !!
Aku  : yeke??? ok-ok.. aku g search sekarang.

hahaha. semangat betul kau lyia. Thanks jadi akak nara.com untuk aku. hehehe. aku pulak macam siput ba alip ba ya. lembap sangat. So, korang boleh picit gambar tu.
Aku dah back link ke sumber asal. hehehe. dah pandai backlink pulak aku sekarang ni. ^_^





Yang mana nak tahu kes pasal ape. Boleh terjah kat SINI. aku pun kurang paham apa yang terjadi.
Tak berani nak cakap siapa betul dan siapa yang salah. Yang penting semangat menyokong tu terus segar.
Jangan kerana bola sebijik, kita pulak yang bergaduh. Pasal bola je kot. Kita tukang tengok ni just duduk and sorak.
Pls be matured sikit. Menang dan kalah tu kan adat pertandingan. macam korang join sukaneka kat sekolah dulu.
Janganlah nak nangis kalau kalah  ^_^ peace yoo



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Thursday, January 2, 2014

Entry Yang Tertinggal Di 2013


'' Hello 2014 & Happy New Year To All Reader's ''

Sebenarnya gigil tangan aku nak menaip 1st entry untuk 2014.
hehehee. konon-konon jiwa barulah sangat. Nothing Changes. Umur ajelah semakin meningkat.
Membuat aku semakin peninggg arhh !!! huhuhu. Relaxx sudah. No more tension today!

speeking omputih pulak aku. Jawa pun tunggang langgang, habis gagap terkucil. Macam nak menghadiahkan sepakan penalti untuk sang pencakap. opss! ahakss

Actually still ada beberapa entry yang bersawang kat draft blog aku ni.
Tak kan nak publish tahun depan kot.
So, aku dengan sikap pemalas. Gabungkan tenanga dan kuasa-kuasa mereka.
Dommm!! eh salah **bommmm! meletops gitu di entry hari ini. (kepoyooan lagi melanda)

Blogger yang aku terjumpa di event Blogrrr bulan lepas,
Si dia tuu macam tahu je. aku minat membaca kan?
Lalu si dia yang putih loteh. Menghadiahkan aku. Sebuah buku.


365 ways

Maaf ye blogger '' Kak Rosniena '' lambat buat entry penghargaan,
kepada akak yang susah-susah nak belikan buku untuk bella.
Sobb..sobb ! sedihh sangat. terlebih emosi, Cair terus make up. hohohohoo

Bella baru start baca dalam beberapa chapter. Kalau bahasa jawa tak sampai sehari dah katam.
Di sebabkan bahasa yang begitu extrem untuk daya pemikiran ku. terpaksa merujuk  Cik Kamus >_<

Millions thanks to you kak !

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

Memang aku tak sengaja meletak gambar yang sebegitu rupa. heheee. 
Terpulanglah kat korang. Nak tengok melintang ke, Laptop ke bawah ke. Juling kan mata ke.
Hehehe. sebarang kecacatan tidak ditanggung oleh pihak penerbitan. hihihihhi

Kebiasaannya memang aku letak apa-apa buku dalam handbag. Tanda yang aku menghargai pemberian beliau. Maka buku tersebut masih di dalam handbag aku.
So, kalau waktu terluang boleh baca.
Disebabkan, mengikut kajian membaca HP boleh merosakan mata anda!
So, aku berubah habitat yang asal. Jangan tebiat ok!heheee *apasal aku suka gelak niii.

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

Masa yang dinanti-nantikan! jeng.. jeng.. Hadiah daripada someone yang dah terkantoi. hihihi
Tak perasan pulak masa entry yang lepas tak tutup name pemberi.
Tak pasal-pasal tuan tanah menegur.

To my lovely & sweet blogger friend Niesa. Thanks so much. muaah ! muahhh
berikan bella sehelai jersey pasukan Sarawak. Kiteorang dah janji nak exchange jersey tau!
Rezeki aku, dia dah belikan aku terlebih dahulu. huuuuhuu. Terharu banget!

Lebih mengharu-birukan. Hadiah tersebut sampai ketika aku menyambut hari jadi yang ke 22 tahun.
Pak posmen sedia menanti ku bersama sang hadiah.
Ape lagi menjerit-jeritlah aku bagaikan ternampak Lee Min Hoo berikan hadiah.
(ayat terlebih dramatik dan ada unsur-unsur pembohongan semata-mata)

jersey sarawak

Perasan tak ?? * ala~mintak-mintak korang perasan. heheee
Alamat yang diberikan adalah Shin Yang Shipping.

Bos! kenapa support pasukan Sarawak tak bagi kiteorang sorang satu jersey ?? kedeekk

Tulisan Shin Yang ibarat sing board bergerak di belakang aku.
Tak apa. aku memang selalu dalam mood redha dan kembang.


jersey sarawak-shin yang

Sayang sangat nak pakai baju ni. Hari tu sudah terpakai. heheee
Tapi lepas aku basuh, Simpan elok-elok dalam almari buruk aku kat bilik. Dok diam-diam key!

Mane tahu 18-Jan-14, aku sempat pergi stadium. Ada perlawanan bola sepak.
JDT menetang Sarawak!! aku confius nak pakai jersey sarawak ke jersey JDT?? haha
Berbual kencang aku ni, Padahal 18hb nak mencemar duli pergi ke kenduri kahwin member teknik.
Buat pertama kalinya aku menghadiri perkahwinan kawan-kawan sekolah. huhu.
Aku tak sombong ok, just buzy and tak sempat nak pergi. *alasan yang munasabah dari Mancik pah!

happybirthday bellaluna

Kek memang sudah basi didalam perut ku. heeeehe. baru sibuk nak buat entry kan?
Nampak sangat tak teruja nak sambut birthday sendiri. kekekee
No lah! on that day (09 Dec 13) Aku berpuasa sunat.

Member sekepala aku join sama. Sehari sebelumnya.
Mereka berdua dah ingatkan aku untuk berpuasa.
Baguskan korang, sangat islamik hari itu.hehe. Alhamdulillah ! we done!

Balik rumah, konon aku rajin nak masak untuk berbuka.
Tapi mak aku kata tak payah masak.
Aku pun stay depan TV, tunggu azan magrib.

Sungguh tak disangka ada sebijik kek yang sangat Mancho. Sebab ade tulis
" Happy Birthday Bella Luna "
heeehe. macam femess pulak letak nama ala color Luna tu. =) sila jangan jeles.

Tiada gambar bithday girl, kerana waktu tidak bersedia. hehee
snap dengan muka sememeh, penat dan rambut ala puaka niyang rapik kalah Hantu Kak Limah.

Tak sesuai untuk tontonan Umum. Ditapis khas dengan tempat tapis omak aku. tak sape kisah! hehe

Ohkey, mesti korang penat nak baca? hehee. alooo~sikit je lagi.
Aku malas nak postpone, tak elok kerja bertangguh amalan bapak setan.
Layan gambar tak payah baca. Tak penat. kasi lu olang rest kejap. hehee

mid valley


mid valley


https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

22-Dec-2014 aku pergi ke Mid Valley.
Konon nak berdating dengan kekasih hati. tapi...
aku ternampak pulak si dia bersama si isteri.
Sungguh pruusst hati kecik aku ni hah.
Sepasang couple yang baru berkahwin. Jovian and nina.
Sangat manis (so sweet) jalan pegang-pegang tangan.
Nina seorang yang kecik molek. Jovian tak nak comment la.

Aku tak berani nak tegur mereka. Orang tengah honeymoon.
Nanti apa pulak kata sang isteri, ex gf jovian tegur. hehee
*Eh, betull ke?? Ini perkataan imaginasi aku sahaja.
Jangan terpengaruh dengan kata-kata nista belaka, gossip liar. huhuhu

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

Sabar sat ye kawan-kawan, lagi skit nak habis ni.
So, kenapa aku pergi Mid Valley. Niat aku untuk menemani Si kembar ke Helath Fair.
Sekarang sibuk blogger yang femes buat review produk mata kan ?
Mata aku pun ibarat Miss Panda Bandar. So, ape lagi.
Jom terjah WEB SITE mereka !!! air die memang sedap.
Rasa buah. Eh tak rasa besi pulak. adoi aku ni pun.

Yang aku boleh cakap, the taste so fresh and delicious.
Tak rugi kalau try. heehe =)

iena-ieda

Aku juga mengambil kesempatan untuk meramah mesra bersama si kembar.
Kami menjadi kembar 3 hari itu. hehee.

Ieda & Iena memang sangat sempoi, friendly yang amat. Suka bercakap macam aku.
Tak rasa janggal lepak dengan diorang ni. Macam dah lama kawan pulak.

Lepas event tu, kiteorang lepak makan-makan sebentar.
Tapi seperti biasa aku terlupa nak merakanlan aksi luar biasa kami. hehe
syok sangat berborak. sampai lupe orang keliling.
Macam-macam kami citer. Sampailah ke issue 'Boy Friend' hahaa
see! girgirl mana boleh lupakan topik tu. Mase tu lah dok ngumpat sang lelaki.
hehee. tak adalah. kami tak ngumpat! sebab we'all single but not for available.

https://glamorousbybellaluna.blogspot.com

Iena dan Ieda ni sangat comel, gebu's macam anak patung dan langsing dari aku.
Aku kategori demokk *sedihh . huargghh

Kalau bercakap dengan dorang ni. Kepala aku masih tak dapat terima keadaan yang sbenarnya.
hehee. macam cakap dengan cermin. Sebab muka mereka sangat sama.
Ok, kalau nak usha dowg boleh search kat google. banyak entry pasal model kembar ni hah.

* Sorry sebab create entry panjang-panjang. Sebab aku pun tak sihat sangat *
Ape kaitannya?? OMG blurr betul aku ni kan? hihihihi
korang kasi comment ini entry manyak-manyak.
Sebab aku dah penat taip juga korang pun penat membaca.
BYE !

Thursday, December 12, 2013

Harimau Selatan JDT 2014



Evening Readerss!

Rajin sunggguh lu stay offices petang-petang ni.
Pekerja terbaeekk woo! good~good

Sebelum aku bungkus beg dan pulang ke rumah.
Meredah lautan api (tak sesuai)
lautan kenderaan yang berhon-hon (jammed)

Saje nak ubatkan kerinduan peminat JDT.
Yang tak sabar nak tunggu musim baru.
Aku pun da siap order gan kawan kat joho. Nak jersey Nike terbaru.

Tetapi, buat masa inii. Hanya jersey training sahaja dikeluarkan.
Untuk penyokong belum ade final design kot.
Entahlah. Nanti aku roger-roger lagi ! 



JERSEY-JDT-2014


Gambar kat bawah ni, aku cilok kat member aku.
Die kerja company kusyen kalau aku tak silap.
Then si member posted gambar seat kereta 'Harimau Selatan'
Perghhhh~ meleleh wa cakap lu.
Kerusi kat rumah macam nak tukar pakai seat JDT aje.
Punyalah semangat. Tak boleh blah. haha


jersey-jdt-2014


ok , adios amigos ! sambut salam mesra =)


Meletopss!!!



Selamat Petang babe =)

Wow ! Tak sangka betul.
'Jersey JDT 2014' Top #1 Carta Entry Meletops Aku. ^_^
Ohkey! ramai jugak peminat JDT ni ye.
clap-clap-clap! special thanks for yours yang dok godek muzium uncle google.
Entry yang meletops juga rezeki bagi aku.
(dapat jersey Sarawak dari blogger cantik plus baik hati, mesra alam. best giler !)

BUT !!!! (nada seram tak seram)
Ade lagi yang lebih menyeramkan dari Highland Tower!

hahaha. ok kiding. let's check it out~





Baik ngaku! cepat-cepat!
haha. aku nak kiss (potong. Dosa k)
babap ajelah paling sesuai.
Just say thanks, sanggup google. (terharu)

Curious sangat ke? sampai search 'biodata bella luna'
(tapp!) tampor sikit muka jiran sebelah.
Seriously, kelakar sebab dulu-dulu aku dok stalker Fatin Liyana.
Aku pelik, kenapa muka dia selalu terpampang.
Aku bukanya reti nak ambil tahu pasal orang fofulaar.
Mase tu aku blogger belog sendrian berhad.
Tak expose or friend gan sape-sape.
Now sudah closed. Sebab bankrup! (tipu-tipu)
Membonggaak aje kerja aku. huhu

OK, my sayang-sayang. Aku memang belum ada biodata diri.
Kertas biodata zaman sekolah dulu. Sudah menjadi sampan. Lupa nak simpan.
hik hik hik ( gelak picit hidung)

Agak-agak ade ke yang nak tahu pasal aku ni?
Rasanya macam-macam aku sudah bagitahu pasal diri aku dalam entry-entry yang lain.
Tak cukup eh. heeheee
For sure, aku bukanlah Mrs Cinderella a.k.a Mrs Encik Mimpi
Aku masih menunjukan diri, walaupun tak banyak.
Kena sedor diri yang memang tak fofular dan tak layak.

Insyallah lepas semua kerja, kerja dan kerja!
arghhh! aku tak tension. Malah bersyukur. Rezeki tuu.
Aku try to write anything about me. Mase tu jangan muntah pulak.
Kalau ade volunteer nak tolong pun ok jugak.


* eh? korang pergi perhimpunan blogger sabtu ni tak?
Nak jumpe korang! aku ada kat booth no 22
Sila rajinkan diri singgah ye. Boleh roger-roger aku.
Yang penting kenalkan diri korang. Alam maya dengan tak maya sangat berlainan. hehe.
Nanti aku update apa yang ada kat booth no 22.
Ramai yang dah tanya. Sorry sangat tak ada masa *



Wednesday, November 27, 2013

Jersi JDT Musim Baru - 2014

Petang u'olls  ^_^

Semangat kesukanan 'Bola' kengkonon nya.
Kesian kawan aku, dok surveykan baju JDT musim akan datang.

Kawan aku yang dok Selangor, pun pakai baju JDT musim lepas.
Aku langsung tak ada koleksi.
Hampehhh!

Next year aku dengar, penaja rasmi untuk Jersi JDT.
Adalah NIKE.

So, harga agak mahal! (memang mahal)



JERSI JDT


RM180.00 kalau tak silap aku.


JERSI JDT


Aku harap sangat. Musim depan aku boleh g stadium.
Jadi '' pom-pom girl ''. kikiki
^_^ wink wink