Showing posts with label JOHOR. Show all posts
Showing posts with label JOHOR. Show all posts

Monday, February 10, 2014

Fenomena : Wak Doyok Malaysia


Selamat Petang Semua ^_^

Breaking News ! Trafik blog aku mencanak naik 2-3 hari ni disebabkan kata carian 'Siapakah Wak Doyok'
Mungkin kerana tidak disengajakan korang nak taip key words tersebut then keluarlah blog cabuk aku ni? hehee.
Terharu aku. isk..isk.. Apeape pun thanks to uoollss. Baca entry pasal Wak Doyok tu.





Memang aku mengunakan ayat yang ringkas dan entry tu memang seringkas-ringkasnya. Tanpa ada ayat-ayat membina. huhu. Lepas tu sumber semua aku main cedok-cedok kat internet. Dengan bantuan Wak Google. hehehe.
Sebab aku tak expect korang akan cari mamat bermisai ni. Aku rasakan popularity wak doyok mencanak-canak naik selepas beliau menghadiri ''Anugerah Meletop'' jumaat yang lepas.

That why, korang semua berlumba-lumba cari siapa mamat ni kan? mimimihmihh . Aku pun kurang info pasal dia.
Sebab wartawan pun kureng nak Interview dia. Maybe sebab dia bukan artis. Tapi more to fesyen kan? Aku nak interview dia? hahaha. Omaaigadd !! Memang aku caras kerja wartawan-wartawan kat Malaysia ni. Opss Maaf ! tak ade niat pun nak caras-caras ni. hik hik. Better jadi wartawan tak berbayar. kiki. Macam kiah propa pulak gamaknye.

Tadi aku saje teropong Instagram Mr Doyok ni. Pestime teropong nih. hehehee. Pasal yang FB tu korang mesti tertanye-tanyakan. Betul ke wak doyok tu nak add aku? HAHAHAA. Hambik kau. Gelak besar nampak. Jawapannya memang TAK la!! manelah dia ade masa nak FB-FB bagai. Lagi punya baik hati nak add orang lain. Macam gila fofulariti sangat kan?? huhuhuu.
Siap berbahasa-basi bagai chat dengan aku. Saje aku layankan. Rupanya ada orang obses dengan Wak Misai ni. Tak boleh marah ye abang Misai. Awak dah semakin femess. hehe

Jom layan Abang Misai punya gamabr. Aku rembat kat Insta dia. Jangan marah ok ^_^
Kita pinjam sat nahhh =)




hahaha !! yang ini kelakar. Selalu orang tanya. Tak panas ke fesyen yang wak doyok pakai??
Dia fashion designer, lantak dialah nak bergaya macam mana.
Kalau korang rasa badan selalu sejuk masuk angin. Boleh try bergaya macam dia.
Kompem tak ada masalah kembung perut lagi !! hehe.
Tengok macam Wak doyok. mana ada bun--cit. ^_^ peace yo


Muka nampak ganas, Hati ada taman wo..
Terkedu i tengok u main piano Mr. Misai ! haehehehe
sweet benor aku menengoknye =)



hahhh~ yang ini muka beliau mase suci murni ok.
Nak ngurat ?! ok. sila ke Instagram beliau.
Tata uoollss !! muaaaahhh xoxo



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Monday, December 30, 2013

Throw Back - JB & Fraser Hill


Hai korang >_<
Malam ni aku saja nak buat throw back.
Percutian yang tak berapa nak jadi percutian sangat.
Bulan Jun yang lepas. Aku merajinkan diri turun ke JB.
Selalunya setahun sekali aku balik. Tu pun time raya.
This time, ada kelainan sikit. hehee


kelainan apa? badan aku dah susut.
so, ramai sedara mara aku tegur badan aku slim.
Raya yang lepas, sepupu aku siap ejek 'bluehippo'
hahaaa ! jahat giler. tapi aku memang tak sentap.
Lagi ejek, lagi membuak-buak selera makan.
Sampai mak aku pun malas nak tegur. dasyatt!

Jangan tanya aku kenapa aku kurus,
walaupun aku makan banyak. heeeehe
yang itu soalan sentap. +_+


terlanjur dah balik ke JB, aku ambil kesempatan melawat kubur arwah adik lelaki aku.


Gambar diatas memang hobi kiteorang.
Tak sah kalau tak pegi karok. kaki karoks semua ni *tak boleh blah
hehee. melantaklah aku karaoke dari pkul 11 malam pai pukul 3 pagi kalau tak silap aku.
Memang hilang suara kejap. Menyumbang kepada virus demam. huhuhu
Lepas karok lepak pulak kedai mamak sampai pagi.
Memang bertambah-tambah aku tak sihat.



aktiviti siang hari yang seterusnya, keluar shopping dengan sepupu kesayangan aku ni.
Macam adik aku sendiri yang boleh layan kepala aku.
Then memang jadi giler-giler la kalau dah bergabung.


So, hari yang aku nak balik tu. Boleh pulak demam panas.
Macam tak nak balik. tapi sebab nak book tiket awal-awal.
Terpaksa gerak balik. Sorang pulak tu. Mood terpaksa redha.


Keesokan harinya aku gerak pergi Bukit Tinggi, Pahang.
Memang terbaik bercuti dengan demam dan hujan-hujan.
Hahaaa. Teruja giler demam pun dah tak kisah.
Aku selalu pergi genting tapi aku tak pernah pergi Fraser Hill.
So, that why. aku memang excited nak pergi jugak.

Pukul 10 pagi member aku ambil, then kiteorang gerak.
Sampai sana around pukul 12 lebih. Sampai sana hujan renyai.
Tak ape. aku redah jugak. hahaha



Bila dapat jejak kaki kat sana. Rasa macam nak loncat-loncat je.
hik.hik.hik. macam budak-budak rabina kan?
Tapi suasana kat sana sejuk, segar dan nyaman.



Aku beria-ria nak pergi sana sebab bangunanya macam kat obersea (oversea)
tu yang mengila aku nak pergi sana.
Felling konon-konon macam kat venice, tak pun london.


Pintu masuk tu, ada jambatan panjang.
Bawah jambatan ada tasik kecil.
Eh, bukan tasik. Kolam kecik. Nampak swan babe!!
Comel sangat >_<


opss! kat sana memang tak ada MCD.
Kalau korang pusing 10 kali pun memang tak ada.
hehe. itu aku tapau sebelum aku naik atas.
Bekalan. laparrr siot.




Comel kan swan tu?? geram aku tengok.
Aku nak pegang tak berani. Takut dia gigit aku.
Tengok kat tepi ajelah.


Gambaran sebenar dalam bangunan tersebut.
Tak ramai sangat orang datang masa hari tu.
Maybe pergi tempat lain kott.
Kalau korang bernasib baik. ada pertunjukan budaya kat situ.
Kat dalam bangunan tu, ada banyak kedai-kedai comel.
Bolehlah korang mengperhabiskan duit beli ole-ole.
Lepak makan or minum pun memang best.
Bolehlah rasa kat luar negara kejap. hehe
harga aku tak jamin murah.


Sebelum balik, harus bergambar dulu.
huuhuhu. Nampak tak kat belakang tu?
* Fraser Hill *


Tak boleh nak lepak lame sangat. Kejar masa.
Gerak pergi kampung Jepun.
Kena mendaki. perghhh! memang penat.
Hujan plus licin. Must be carefull ohkey.


Stop berjalan. snap-snap kejap. hehee
Berdiri kat tepi tu, rasa macam nak jatuh ke bawah.


Long journey. fuuuhh ketihh den.
Pintu masuk perkampungan tu boleh nampak ciri-ciri Jepun.
Yang ketara. Memang feel kat jepun sangat la.
Sejuk sebab hujan. So, aku tak boleh nak snap banyak gambar.


ada mini air terjun. memang release tension.
macam nak stay lama-lama. Ikan pulak gemok-gemok.


Taraa! dah sampai. ohkey lagi sikit dah sampai.
hehehe. Rumah ala-ala Jepun gitu.
semuanya berasaskan kayu.
Kat dalam tu, ada perkhidmatan sewa baju
hanbok kalau tak silap aku.
Pakaian tradisi Jepun.
Aku malas nak try. hahaa. Rugi kan?

Pukul 2 petang aku dah gerak turun. Banyak lagi tempat aku tak pergi.
Tak sempat, sebab lawatan pendek aje ni.
Insyalah lepas ni, nak pergi lagi sekali.

Round semua tempat yang ada kat sana.
Tapi kena ada camera yang bagus sikit. hehe
Ni pakai camera HP cap Itik. >_<


* Ohkey, Now pukul 12am. Jom tidur *

Tuesday, December 17, 2013

# 10 FAKTA Tentang Bella Luna


Entry ni Khas untuk orang-orang yang nak tahu pasal aku. (ade ke yang nak tahu??)
Ohkey, macam syok sendiri. haha.
So, aku memang tak reti nak tulis biodata formal.
Sebab tak nak kena bahan. Orang cakap aku ni 'Baku' sangat. kui kui
Antara 10 fakta yang terbesar dalam sejarah kehidupan aku.
Cehh! ayat tragis giler. Tak hinggat.


#1 - Aku dilahirkan pada 09-Dec-91. Aku baru aje 22 tahun 8 hari. hehe.
Siapa-siapa baca Mental Level aku. Igore pls. sesunggunya aku belum masuk 3 series lagi.

#2 - Tempat kelahiran aku di Jalan Gambang, Kuantan, Pahang.
Aku di hanyutkan ke Johor Bahru dan membesar dengan cara dan percakapan JB. kiki

#3 - Mixed blood? maybe? haha. Tak tahu nak cakap ade ke tak.
Ikut warisan ayah aku. Kelantan-thailand-arab.
Kalau ikut warisan Bonda aku. Johor-bugis-aceh.
Macam tak berapa nak mix & match. haha. Reghaa

#4 - Aku anak no. dua dari empat adik beradik.
1st mestilah kak long kawasan ,
2nd aku yang entah ape-ape, 3 arwah adik lelaki aku. Last sekali adik lelaki bongsu yang kepoh.
hehe. kena potong. nanti dia gigit aku. haha. Sudah habis SPM pun adik aku.
Bulan 1 nak masuk Kolej. Good Luck Bro.

#5 - Bekas pelajar. Sek. Rendah. Taman Damai Jaya.JB
Juga Sek. Rendah Kampong Pasir. JB

#6 - Sekolah rendah dulu. belum mumaiyis, belum matang dan seangkatan dengan maksud tersebut.
Aku aktif Menyanyi. Wakil sekolah dalam Bintang kecil.
Cita-cita konon nak jadi Penyanyi, nak kalahkan Kak Siti. hihi (poyo terlebih)
Terpilih menyertai Koir Nyanyian Lagu Kebangsaan untuk Malaysia Book Of Record.
Then aktif juga dalam Coral Speaking.
Tapi sampai sekarang hampeh cakap English. haha 

#7 - Selepas tamat UPSR, bajet-bajet sudah matang konon.
Aku kena paksa diri aku mendaftar Form 1 di Sek. Men. Dato' Abdul Rahman Yassin.(JB)
Sekolah pengumpulan budak gangster. No choice babe. sekarang tak lagi.

#8 - Zaman sekolah dulu pun, aku pernah kena buli. Aku tahu nikmat kena buli tu. haha.
Yela~form 1 kott, hinggusan lagi. Tak belajar nak protect diri sendri.
Bajet orang lain tu baik aje dengan kita. >_< Kak long kawasan aku pun tak boleh back up.
Tak tahu ape salah aku, penuh contengan nama siap pakej dengan kata makian dalam tandas.
Aku cool aje. Buat bodoh sudah. Sampai masa diorang penat jugak. Alhamdulillah.
Setiap tahun aje ada yang akak-akak @ abang-abang senior sukarelawan jadi back up terbesar aku.
Kelakar giler kalau hingat balik. Thanks senior !

#9 - Bila sudah matang, hehe. aku pun mula melasakkan diri aku. Masuk Kadet Polis.
Latihan lasak dah terbiasa. Bumping atas jalan tar. Guling dalam lecak, Kawad dalam hujan.
Masuk hutan. Agak extrem. Nasib tak jadi tomboy. Walaupun rambut macam jantan mase tu.

#10 - Cer'try tanya budak Johor. Wajib ke tak pergi sekolah agama & mengaji ??
Ape rasanya kalau tak pandai baca jawi, ngaji or failed dalam sekolah agama?
Pergh. aku pernah rase diri ini, bodo yang amat. Mase mula nak belajar baca jawi,
ngaji Al-Quran, nak kuasai bahasa Arab lagi. Memang nangis wa cakap lu.
Umur 7 tahun dah struggle exam sekolah agama dan sekolah rendah. hehe.

#11 - Nama sebenar aku. Siti Nabila Binti Ramlie.
Bella Luna nama tak commersial aku. hehe


biodata-10fakta-bellaluna


opps~ opp~ terlebih sudah!
Banyak fakta yang aku tulis. Siap kenangan bagai.
Lain kali jangan suruh aku tulis bab biodata. haha
Cikgu sekolah pun taubat nak bagi aku buat karangan.

Aku tak tahu nak sambung lagi ke tak.
Kalau ada niat nak suruh aku sambung lagi. Boleh feedback kat comment. hehe.


** Thanks for reading aweks & pakweks **