Sunday, December 28, 2014

Majalah LIBUR Lancar Blog O' Rama Untuk Blogger


Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Pada hari Sabtu, 20 Disember 2014 yang lepas. Majalah LIBUR telah mengadakan satu majlis khas santai bersama blogger yang bertempat di Starbucks Coffee Kota Kemuning, Shah Alam. Majalah LIBUR yang mula diterbitkan pada 2002, sudah pun memasuki 12 tahun penerbitan. Sempena Ulang Tahun ke 12 tahun, Majalah LIBUR telah melancarkan ruangan khas untuk para blogger mengasah bakat penulisan iaitu ''Blog O' Rama''


Majlis gilang-gemilang berbentuk santai itu, dipengerusikan oleh penyampai radio Era.fm iaitu Radin Amir Affenddy. Turut sama hadir pada acara pada hari tersebut, 20 orang blogger dan krew majalah Libur. Kami juga sempat berkenalan dengan Editor Majalah LIBUR, Encik Meor Khairi Idris dan juga penyumbang artikel untuk LIBUR blogger Rosmadi Shakri dari www.mrjocko.com


Slogan ''Mudah dan Selesa'' amat bertepatan dengan konsep Majalah Libur menyediakan isi kandungan yang padat bagi memudahkan para pengembara kita mendapat tips yang berguna sepanjang mereka pergi bercuti nanti. Bermula pada tahun 2015, pihak majalah Libur akan menyiarkan 2 buah blog yang menarik bagi diperkenalkan kepada pembaca LIBUR dalam kolum khas Blog O' Rama bagi penulisan blog terpilih.



Jika kamu seorang blogger yang gemar mengembara dan suka mencari tempat makan yang menarik, bolehlah berkongsi pengalaman sambil mengasah bakat penulisan formal di kolum khas Blog O' rama. Ruangan khas ini bertujuan memperkenalkan penulis-penulis blog yang berasaskan konsep 'Pelancongan dan Gaya Hidup'. Ini bukan sahaja terbuka untuk blogger otai, tetapi blogger-blogger yang baru berkecimpung dalam dunia blogging juga boleh menyertai kolum khas ini.



Berita baik bagi mereka yang terpilih untuk berkongsi artikel di majalah LIBUR, juga diberi peluang untuk menyertai aktiviti majalah LIBUR bersama blogger. Antaranya seperti bengkel penulisan dan fotografi juga berpeluang mengikuti program percutian dan tugasan bersama krew majalah LIBUR. Wah seronoknya !


Sudah bersedia dengan artikel-artikel percutian yang menarik ? Ingin menjadi sebahagiaan dalam majalah kesayangan kamu ? Jangan malu-malu untuk menghantar penyertaan kepada ahmad.syahir@karangkraf.com


Terima Kasih tak terhingga khas untuk krew majalah LIBUR dan rakan blogger yang lain. Walaupun agak lewat sampai ke acara berkenaan, namun layanan 'tuan rumah' yang peramah amat selesa buat kami sebagai tetamu. Rugi rasanya jika blogger yang lain tidak merasai pengalaman kami. Hadiah tajaan sebagai kenangan dari pihak Karangkraf untuk kami. Jangan lupa beli Majalah LIBUR Januari 2015 ! Selamat Tahun Baru !


No comments:

Post a Comment