Showing posts with label bff. Show all posts
Showing posts with label bff. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

My Love Everywhere



Luaran nampak bersahaja,
Namun di dalam hanya Allah yang tahu.

Isi hati tak terucap dengan kata ..
Tapi aku mahu kamu Tahu,
Aku sayangkan kamu..

Keluarga, sahabat, kawan-kawan,
Yang aku sayang Tanpa sempadan..

Maafkan aku jika terlanjur kata,
Terlebih perkataan,
Sekiranya aku khilaf.

Nukilan di petang hari.
Di hari terakhir ..

Tuesday, April 15, 2014

L.O.V.E Letter For You

Assalammualaikum w.b.t & Salam Selasa.

Hampir 2 hari aku tak dapat tidur dengan nyenyak. Membuatkan aku stress. huhuhu.
Nak bagi LOVE Letter kat si dia, terasa macam tak sampai hati.
Almost 3 years aku bertahan dengan si dia.

Walaupun agak tak cukup kasih sayang yang si dia curahkan kepada aku.
Namu, langkah aku berat nak tinggalkan si dia. Adakah aku jatuh cinta??
ohhh nomm nom no !! tak mungkin. haha. Nonsense ever !! hohoho

Apa perasaan korang bila nak bagi love letter (resign letter) kat bos korang?
Walaupun mase kerja ada aje benda yang uolls tak puas hati.
Still ada sesuatu yang korang tak boleh tinggalkan. betul tak?

Tapi kalau dah menyampah sangat. tak payah tunggu 1 month notice kot.
hahaha. rasa nak bagi notice serta merta. Dasyat sungguh tu.
Mesti mental tercedera kan, sebab tu ada yang buat keputusan drastik tak hinggat dunia.

Kenapa aku nak berhenti kerja ?
ofcoz bila dapat better offer, kita akan berpaling tadah. Bukan tak setia ok.
Tapi bila kita terlalu selesa dengan apa yang kita ada. Kehidupan sangat membosankan.
Kalau nak berjaya mesti ada target dan wawasan. Ceitt !! baru sekarang aku ada matlamat.
Dulu ada angan-angan aje! hahahaa. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.


Surat resign aku dah bertaip. Copy je kat internet. hahaha.
Tapi ade betul jugak. Company yang aku kerja sekarang. Memang buat aku banyak makan.
Stress tu faktor. Tapi hantu-hantu raya merangkap BFF aku juga faktor ke-2.

Gilerlah ! badan bagai di pam-pam. adoiyai. Korang ni perosak diet aku la.
ahahhaa. Tu yang aku sayang nak tinggalkan korang.

Rindu nanti nak dengar makian korang dan tangisan korang.
Walaupun stress kerja, ada kawan macam dorang. Aku happy aje.
Thanks buddy for all thing ! sorry aku tak bagitahu korang aku nak resign.

Kalaulah budak 2 orang tu tahu. aku dah plan nak resign. Mau berbakul makian aku terima.
Eh !! jap aku nak pasang perisai. Macam kapten amerika (pegang tudung periuk)


p/s : terima kasih korang yang supporting baca bebelan aku sampai habis !!
sob.. sobbb.. kesat air mata sikit. hohohoho ^__^


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Monday, January 27, 2014

Persahabatan


Dulu, di dalam tawa mahupun sedih,
Aku selalu berdoa,
Agar persahabatan yang kami bina, tak kan pernah terpisah.




Kami pernah berjanji, walau apa pun halangan kami mesti bersama.
Ujian Allah kan ? sejauh mana Allah nak uji kesetiaan kawan itu.
Erti sesuatu hubungan pada kita.
Kemaafan ataupun Ego & Malu. Mana lebih penting ??



'' dalam persahabatan tak terlepas dari kesalahan "


'' Menyepi bukan kerana marah mahupun benci, tetapi memberi kamu ruang untuk membetulkan keadaan ''



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Friday, January 24, 2014

Bidadari Dunia


Salam Jumaat Semua ;)


Alhamdulillah !! Berita baik di hari Jumaat yang penuh berkat.

'' Bella, malam ni boleh temankan aku pergi cari tudung ?? "

Kamalya bersuara. Amboi. terzekut beruk aku. Kalah beruk terkejut !! hehee. Pepagi g-chat aku mintak temankan dia cari tudung malam ni. Kebiasaanya kalau g-chat aku mesti ada aje nak bahan aku. Kerjanya nak mengacau aku aje.
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat. Allah bukakan pintu hati dia untuk memakai tudung.

Kalau aku tengok lya, teringatkan pulak masa aku dulu-dulu (zaman mak jemah free hair). Tapi lyia tak seteruk aku dulu.
At least bersopan jugak pakaian dia walaupun tak bertudung. huhu. Berkat orang yang mendoakan kebaikan aku, rasanya hampir 2 tahun aku bertudung =)




BerTUDUNG dengan berHIJAB. Pada pendapat korang sama ke tak ?? Cer tengok carta kat atas tu.
Bukan sekadar gambar hiasan ok. Dari fasa 1 hingga fasa ke-3 aku sudah lalui.
Zaman perubahan aku bermula terus dari fasa 5 dan aku sekarang aku masih lagi di fasa 6 atau 7.
Aku masih mengejar fasa yang terakhir. Mampukah aku realisasikan ??




Doa-doakanlah aku semoga tahun 2014, aku boleh berHIJAB penuh.
Mungkin aku tak mampu menjadi bidadari syurga. Bidadari dunia di mata Allah sudah mencukupi bagi aku.




Semua orang berhak berubah dan mendapatkan yang lebih terbaik untuk diri sendiri.
Jangan pra-sangka buruk dengan takdir Allah. Cari jalan keluar dari kegelapan.
Dan aku masih lagi manusia yang selalu buat kesalahan. mencari penerang di jalan yang lurus. 



'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Thursday, January 16, 2014

'' My Dear Boy Friend ''



Selamat Petang kawan-kawan !!! (sambil melambai-lambai tangan) hehehe 0_x
Hari ni, aku nak kenalkan korang dengan pada seseorang.  Here !! My new Boy Friend !! hehe.
Juga merangkap menjadi anak angkat aku yang sangat tomey~tomeyy. Geram aku tengok dia sampai aku ketap-ketap gigi





Eh ~ tapi tak kan aku nak panggil seseorang pulak. Kenalah panggil seseekor. hurmm. Seseekor? macam peliks je. hahaa.
Ok~ ignore pls. huhu. Nak tahu aku panggil dia ape?? cer teka - cer teka. kiki
Aku pangggil dia 'sayang'. Romantik giler kan ? kan. kan .. kan.. T_T

''sayangggg.. sayang dah makan ? ''
'' sayangg dah yarrrkk ? ''
'' sayang nak tidurrr ehhh ? ''

Itu semua adalah pertanyaan wajib aku kat sayang. Dia jawab ape? 

'' meeoww~meoww  ~ meeeooowww "

kiki. Nak jawab ape lagi. Kalau kucing bercakap, demam setahun aku. heheee.
Dia bagi respond kalau aku panggil dia 'sayang'. Selain dari itu. Dia buat bodoh !! huh. kuwang asem
Part ni aku tak tipu, kucing aku ni memang kekurangan kasih sayang. Tak percaya ye?
Nampak dia tidur macam tenang. urmm.. Jangan disangka air yang tenang tak ada buaya.
Punyalah comel,  muka tahap wali-wali kucing kan? hahaha. Sekali dah kenal. Huhh! hambik ko!!
Menyesal tak sudah , dan contohnya jadi macam aku. Tapi aku dah terlanjur Cinta. pewwitt. cewaah




Still nampak comel je kan? sebenarnye dia tengah gigit tangan aku.
Kuku dia dah cengkam kuat-kuat jari aku. Ok, tu tak berapa nak menunjukan aksi yang cemerlang.
hehee. Meh tengok wajah di balik ketampanan dan kemanchoaan beliau tahap gangster macha !



^o^


*****


t_t


tarraaaa !!!!!!!




'' Auuurmmmmm ~ meowwwwghhh ''
See ~ dia nak gigit HP aku !! hahaa. Kuat mengigit natang ni. Geram betul !!
Entah ape yang mak dia terkenan masa buntingkan budak ni. Aku pun tak tahu.
Tahap Hyperaktif yang serious, boleh membawa kepada kegeraman. Habis calar balar tangan aku dia kerjakan.
Kalau tak bagi tangan, dia kejar kaki aku, dia panjat badan aku.

Mula-mula aku jumpa, muka baik giler siot. Tak nampak hyperaktif-gangster macha.
Lepas sehari aje, dia mula menunjukan belang. Tak belang sangat pun. Misai kontot je kot. hehehe




Sayang suka makan telur. Pagi-pagi aku kena goreng telur untuk dia. Padahal nak goreng untuk diri sendiri punyalah malas.
hahahaa.tapi sekarang ni dah pandai demand pulak. Tak nak makan telur. Habis aku dibulinya. hahaa

Tapi yang buat aku kesian kat dia. Sayang ni pandai 'yark' kat toilet. Macam mane dia penat main pun.
Dia akan bangun dan yark kat toilet. Tak yark bersepah-sepah. Walaupun dia masih muda. Tapi reti bahasa.
Senang aku nak train nanti. Dia akan jadi baik bila dia nak mintak aku tidurkan dia.
Sebijik macam baby. hahaha. Aku kena kepit dan dodoikan sayang sampai dia tidur.

Bila dia bangun siaplah. Tangan, kaki kepala aku jadi mangsa ! hehehe.
Esok aku nak outstation 2-3 hari ni, terpaksa bagi Nenek and mak long dia jaga. Moyang dia pun ada.
Boleh tolong kepit-kepit dia kalau dia nakal.

Kalau ada tips untuk kurangkan terkejal otak kucing bagitahu aku eh?
sharing its caring maa ~


 '' Happy Holiday & Happy Reading ''


Saturday, November 30, 2013

NO HEART


My lazy day ^_^

Terima kasih kepada 'Sahabat' baru aku.
Baiknya dia ! kirimkan sajak dan doa kepada aku.
Walaupun, we don't know each other.
Thanks mendoakan aku dan beri aku semangat.


dugaan


Susah payah dia cari kod my Favorite Song.
Katanya nak main guitar.
Wish u good luck kawan.
'' First Love - Utada ''


first love



Lately, aku rasa malas. No mood. Bored. Serba tak kena. Susah Tidur.
Haihh! macam-macam masalah. 


doa & malas



Insyallah akan aku amalkan DOA ini.
See???
Niat memang nak update Belog. Tapi malas nak perah otak.
Adoiyaiii ~ sodeh koden T_T

Padahal banyak entry nak update. Cuma mood tak ada.
Hope sebelum memori aku hilang.
Malam nanti aku cuba cari idea.

Terasa macam isi blog nothing this week!
Tak suka rasanya penulisan aku yang tak memberi makna.
(Bergaduh pulak dengan diri sendiri) ^_^

To follower, stalker (saja buat tak tahu) yang rajin singgah & comment.
Aku tahu korang mengharapkan gaya penulisan yang bukan macam sampah.
I'll do the best.


'' hari ini, aku menulis tanpa isi, aku menulis dengan hati,
  dengan mata terbuka tapi renungan kosong.
Mencari yang memahami tapi tak kutemui ''


Wednesday, October 23, 2013

What a Life ?


Kehidupan, kehidupan dan kehidupan. Agak-agak apa yang akan jadi selepas seminit, sejam, sehari? Hari ini bila aku terjaga, '' Syukran Ya Allah '' kerana masih sayangkan aku. Walaupun zahirnya aku bukan hamba-Nya yang baik dan kadangkala aku terkeluar dari landasan hidup tapi dengan berkat keyakinan aku pada-Nya, aku masih di jalan yang benar. Alamak!! first entry aje aku dah beremosi bagai, dengan ayat yang cukup baku dan metaflora-warna bagai. But seriously, its me and totally be my self. Maybe akan ada ayat-ayat *free style
(gaya formal dan tak formal, gaya kuak lentang, ibarat rojak di kedai mamak) Apa punya perbandingan daaaa~ hoho. So, life must go on event your heart so hurt. Don't ever give up, fight for our LIFE  =) 



glamorous by bella luna

     
           
              Teringat pulak aku masa zaman hingusan (sekolah). Berdebar bertahun kot sebab nak merempuh UPSR. That my first EXAM ever, semenjak aku diberikan nyawa untuk menikmati kehidupan aku yang penuh semak samun lagi lorong berliku ini. Wow! setengah hari aku dok menaip tapi tak jugak posted.Kecik-kecik dulu bagi sejam pun sudah 2 muka surat penuh aku tulis. Markah pun 70% ke atas. Menaip lagi lambat dari menulis kah?? *muka cunfius . Adakah disebabkan otak aku dah berlumut, maka susahlah aku nak dapat '1st entry' yang agak superb-duperb. Its okey! practice make perfect yeah babe.*muahaahaaa




glamorous by bella luna



aku     : wehy ! im so, stress. arghhhh!!! (muka teging) 
bff      : ala~ relax arhh.. aku kalau tension dengar lagu pun dah ok ! haha

(aku pun try sumbat ear-phone then konon-konon enjoy the song)

aku    : wehy ! aku rasa macam lagi stress apesal??
bff     : haha! ape ke peliks kau ni, org stress dengar lagu la best! baru la rock.
aku    : okey, aku da tahu ape yg boleh re-fresh otak aku ni hah 
            (tersenyum sambil capai novel dan baca)


# okey !! BUBYE ! Time Out~ back to my sweet home. Last words today, aku kena dan harus menulis bila membaca sudah tidak boleh membuatkan aku tenang #