Selamat Tengahari Blogger & Pembaca semua ^_^
Eheeee.. Uolls ape khabar? sihat?. Kesian korang datang menjenguk teratak piscisan aku ni tanpa penghuni. hehehee. Nasiblah tak bersawang sampai tumbuh lalang. Aku dah standby penyapu aje ni. Melampau benor ayat aku ni. hahahaa. Dahlah tak lawak, gelak sendiri pulak. mihmihmihh. T_T
OK, Korang mesti tak menyabar aku bukak topik yang ituuu.. ala yang beleh turunkan berat badan tu. Eheee. Ape rahsianya ye?? Padahal aku pun tak kurus mana pun. Chubby macam korang-korang jugak. So, orang yang kurus tu tak payahlah nak baca. Buat i lagi jelos aje uolls. hahaha. Sorrylah aku tak menghalau pun. Silakan, kalau nak baca. Boleh share teknik dan aplikasi yang aku buat. kikiki.
Aku sebenarnya cemburu dengan orang yang slim-slim tu. Pakai baju ape semuanya beoleh masuk. Boleh match. Pendek kata walaupun korang tak tinggi tapi still looking good. uhuuu. Aku jugak yang menangis frust. Sebab badan semakin membesar mengikut peredaran umur yang semakin bertambah. huaagggrrr !! tu la, dulu mase slim-melim sibuk nau nak naikkan berat badan.
Nah! hambik kau. Bila lemak-lemak berjaya diternak dengan jayanya. Usaha gigih selama bertahun-tahun aku memang tak sia-sia. Memang sangat-sangat membuahkan hasil lemak tepu yang bertengkek-tengkek, macam apartment. Tak pun KLCC. hahaha. Nampak nau menipu kan? tapi tulah kenyataan. Nak gemuk tak susahlah der. Cuma perlu makan banyak mengikut waktu yang ditetapkan. Nak-nak melantak tengah malam lepas tu tidur. Pergh.. memang terbaik dari ladanglah !!
Aku tak nak cerita cara naikkan berat badan. Point aku macam mana nak turunkan berat badan dan mengawal selera korang yang selalu berada di kemuncak. wink wink T_T Hampir seminggu lebih aku berjaya mengawal nafsu makan aku.
Selama itulah aku terpaksa tolak tepi makanan kegemaran aku. Fuhhh~ kau pikirin emang gampang mahu lupain makanan favorit guwe ? aduhh. bikin sebal banget nih. hehee. Tettiba aku jadi bibik surti. ^_^
Korang have to say "NO" to : Makanan ringan bahasa jawenya Junk Food. Macam kropok penuh MSG. Aku tahu bila korang tengah diet. Konon tak nak makan NASI sangatlah. Tapi korang duk melantak makan Twisties, Mr Potato dan makanan yang sewaktu dengannya. Korang makan benda-benda tak berpaedah tu, semata-mata nak mengaburi selera raksasa yang membuak-buak kan? hahaha. U got wrong my dear. Nak tahu tak? snek ringan macam itulah yang akan buat korang punya lemak berlipat kali ganda banyaknya. Bunyi macam seram kan? Bila banyak sangat MSG dalam badan, tak elok tau. Boleh mengundang banyak penyakit. Darah tinggi dan sakit buah pinggang. Badan pun tak ada zat. Yang ado lemak haih.
Kalau lapar sebelum masuk waktu makan? Ok, teknik yang aku aplikasikan ialah makan 'Oat ataupun biskut marrie' yang lain kena tolak jauh-jauh (masuk kubur). Biskut juga tergolong dalam makanan membunuh diet korang k. hehe. Take nOte pls!
Say 'NO' to ~ '' Fast Food Fast Die ''!!! perghh..lagi scary. ahhaha. orang yang bagi tips ni pun bagi ayat macam nak membunuh pulak ye. mihmihmihh. Aku terpaksa jauhkan diri dari tengok Makanan favorite aku. Dalam mata aku ni sekarang terbayangkan MCD ! KFC ! PIZZA!! menari tanggo dalam kepala hotak aku ni. Menjadi satu penyeksaan batin bagi diri aku.
Say 'NO' to ~ Minuman bergas, bikabonat, minuman manis-manis, teh, kopi, milo dan bersusu lemak penuh krim disukai orang ramai. Panjangkan amanat aku tu? haha. Aku lapar just minum air tanpa gula dan garam tau! huh.. air ape? air kosongla. tu yang paling sedap untuk orang diet macam aku. hahaha. Awek-awek kena ingat, jangan diet secara memvavi buta. Nanti badan jadi lemah dan tak bertenaga. Aweks jugak yang sakit. hehehe. Balaks yang jaga. ^_^
Semua say NO !! ape yang YES nye?? hahaha. Say YES to healthy food ! yes u can do it! macam iklan kesihatan kan. hihihi. So, aku sarankan korang banyakan makan sayur hijau. Sebab bila kita tengah berdiet ni, proses pembuangan kumbuhan kotor akan sikit terganggu. Aku memang nasihatkan uolls makan sayur fiber. So senang nak BOM tandas nanti. hahaha
Ok, untuk seminggu ni aku amalkan cara pemakanan macam mana ye? Actually, semua diet aku dah try. Tapi aku tak istiqamah. Bila tak istiqamah. Maksudnya tak ada disiplin dan semangat yang kuat. Semua plan-plan diet akan hilang ter'flush dalam toilet rumah korang. So mental kena kuat, siapkan target berat yang korang nak. Let say dalam sebulan aku berazam nak turukan 4kg. So, kena usaha capai benda tu. Kalau tak tercapai jangan menyerah. Kena usaha lebih sikit je. Maybe kena bersenam untuk dapatkan bentuk badan yang cantik dan sexy liur terliur gitu.
Mehh !! bonus untuk yang membaca blog aku hari ni. Aku kongsikan Plan Pemakanan aku.
08.30 am - sampai offices aku akan ambil Supplement or makanan tambahan aku sebagai sarapan. Pantang untuk supplement aku ni, memang tak boleh minum teh, kopi, milo dan bikabonat. Sesuai dengan rules diet aku la. hehe.
10.00 am - Sepatutnya selepas 1jam aku boleh ambil snek. Tapi lepas aku minum ambil suppliment. Aku akan kenyang. Around that time aku akan minum susu panas campur dengan kulit kayu manis. Kebiasaanya aku tak rasa lapar. Oklah nak tunggu waktu lunch. kalau lapar? Ambil biskut Oat atau pun cornflakes macam tu je. Tak lupe minum air kosong !!
01.00 pm - Lunch time aku akan makan lauk (ikan atau ayam) dengan roti penuh serat. Bukan roti gandum k. Aku ambil 2-3 keping memang dah terasa kenyangnya. Jangan lupa waktu pagi ke tengahari better minum air kosong 2-3 liter ok? korang mesti ok punya. tak kan rasa lemah.
04.00 pm - Petang macam ni memang terasa lapar. Depend pada kerja yang korang lakukan. Boleh makan buah macam epal, buah lai, buah tembikai pun rendah kalori. Tolong refer kat google before set up buah ape korang nak ambil. Takut tinggi kalori.
06.00 pm - Masa untuk makan malam, boleh makan sayur dan roti kalau nak. Sebab aku memang tak nak makan nasi. Perang dengan nasi buat sementara waktu. hehehe. Jangan lupa kena minum 2-3 liter untuk waktu lepas lunch ke malam.
(waktu malam) kalau lapar boleh kunyah buah dan minum air kosong. Aku disiplin skit sebab sebelum tidur aku akan kosong kan perut 1 jam sebab nak minum supplement lagi. wink wink
" aku bukanlah nak kurus macam Scha Al-yahya. Sedor diri ni katik. hehe. Tapi aku nak berat badan yang ideal !!
Doakanlah aku berjaya dalam proses menurunkan berat badan. Tak makan nasi adelah rasa badan ringan skit.
Naik tangga pun best je. Yang paling best mak aku tertukar orang. die pikir aku ni akak aku. yela aku kan chubby! ''
'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''
No comments:
Post a Comment