Thursday, January 1, 2015

'' Selamat Datang 2015 ''

Hai ! Hello peeps,

Wahhh .. sebelum pukul 12am lagi, HP aku sudah bertalu-talu masuk mesej. Siang tadi aku dapat half day off, pergi pulak merayap dengan si bujang. hehe. kononnnya nak shopping year end sale tak sudah-sudah. Nak muntah aku tengok barang-barang. Rambang mata juga. hehe. Nafsu perempuan kan ada 9.. katanya!! Clear stock cepat sikit, boleh cuci mata tengok stock baru pulak. huhu. Belinya tidaak. Sampai hilang nafsu aku nak berbelanja. Perempuan cepat jemu ke? ahaks. Tapi dalam diam-diam, dah beratus jugak abis.
Garu kepala aku yang tak gatal ni ^_^

Anyway , selamat menyambut tahun baru, 2015 semua!! Alhamdulillah, diberi peluang bernafas di permulaan tahun baru ni. Orang kata buka buku baru, tutup buka lama rapat-rapat. Jangan buang dalam tong sampah weh. Kalau boleh tak nak ingat yang pahit-pahit dah. huhuhu Pedihh weh. sakit hanya kita je yang tahu. Macam diri sendiri yang terasa kan ? Yang manis jadikan kenangan yang terindah dan semangat untuk mengharungi masa-masa yang akan datang. Amin..

Azam tahu baru ? urmm. macam tak berapa nak ada azam sangat la. haha. Untuk diri aku yang kerdil ni, aku berazam nak capai ape yang aku belum aku capai. Tapi sebelum aku berumur 25 tahun, Alhamdulillah.. Allah sudah permudahkan dari segi rezeki dan kerjaya. Aku berdoa , kesihatan aku bertambah baik. DIA beri aku semangat yang kuat untuk aku mengharungi hari-hari yang mendatang nanti. Semangat yang kuat untuk aku terus bertahan. Beri kebahagiaan dan Insyallah kurniakan bakal suami untuk aku. hihi. *_*

Azam tahun untuk dunia blogging aku ? semestinya, aku nak lebih maju dan matang dalam penulisan aku. Tak nak la merepek yang bukan-bukan. huhuhu. Kadang-kadang melawak dalam menulis, orang bukan paham pun. hohoho. Lagi-lagi kalau membaca tanpa perasaan, memang sadisss laa weeh *_*  bila baca entry lepas-lepas rasa macam nak sorok muka bawah katil kot ! tergelak-gelak, geli-geliman pun ada. maaf la ye, kalau entry lama agak poyo sikit. nak padam. Update tak banyak. Insyallah, aku akan baiki sikit demi sedikit =)

Thanks jugak kepada siapa yang volunteer follow aku. Kalau nak mintak aku follow, pls remind me. Aku terlepas banyak benda. Aku tak mengharap sangat angka follower bertambah, tapi aku lagi happy kalau dapat BW kesemua followers aku. Aku hanya termampu melayan comment di blog aku. Thanks kawan-kawan blogger's, hopefully our friendship never ending =)



Buka buku baru , tingalkan buku yang lama. Azam tahun baru nak pergi travel. huhu. Bercuti itu satu ibadah! Jadikan semalam sebagai satu pengajaran , untuk mengajar kita jadi manusia yang lebih baik. Tak dinafikan kadang-kadang, kita tergelincir disaat melalui penghijrahan. Peace No War !! Love u all

p/s : boss single aku dah lamar awek die. hehee. so sweet ! Doakan jodoh mereka kekal.


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''