Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua !
'' Kan best kalau ada Pelayaran mewah di atas kapal tapi berkonsepkan Islamik.
Tapi ada ke pakej yang macam tu? ''
Korang pun tahu, kalau pakej biasa-biasa yang cikai cap ayam tu pun dah lebih RM 2K ke atas sekepala. Bukan sekapal ok. Ni lagi nak buat konsep Pelayaran Islamik kan. haah? Ketuk kepala sendirilah ! suka sangat imaginasi lebih-lebih aku ni. Tapi Alhamdulillah. bagaikan seruan Illahi. Kini sudah ada pakej PELAYARAN ISLAMIK di Malaysia. malahan kapal pelayaran mewah berkonsepkan Islamik yang pertama di dunia!! Wahhh , berpinar mata aku. seperti yang aku idam-idamkan telah menjadi kenyataan. Tapi mampu ke cik bella nak pergi ni? Kalau ada yang sudi sponsor ape salahnya kan. Ok, Jom baca. ape yang istimewa sangat Pelayaran Islamik ni tawarkan. walaupun kite tak dapat pergi. Yahoooo.
Pelayaran Islamik 3.0 yang dianjurkan oleh IntraTama Travel Consultant & Tour Sdn Bhd,juga akan disertai barisan penceramah terkenal negara kita. Bukan calang-calang orang, nanti aku perkenalkan barisan panel yang akan berkongsi ilmu. Kan seronok kalau kita bercuti tapi dapat ilmu. Jangan bersangka buruk, tak baik tau.. Bercuti atas kapal yang mewah, jangan ingat tak dapat ilmu dan pahala. Orang tua-tua selalu berkata, sambil menyelam minum air. Sambil bercuti banyak ilmu yang dapat dipelajari. Mana ada guru-guru kat sekolah kita nak berkongsi cara mengetahui kedudukan arah Kiblat di lautan, betul tak? Nama pun kat darat. Selain itu, kita dapat mempelajari Solat Jama' & Qasar dan juga dapat mendengar ceramah & kuliah oleh barisan penceramah. Seronok tak kalau dapat bangun awal untuk Qiyamulail di atas kapal mewah yang membelah lautan. Mesti terasa syahdu kan.
Aku dah mula terbayangkan betapa indahnya permulaan pagi kita diteranggi dengan Qiyamulail. MasyaAllah ! Tengah-tengah seronok bercuti dapat juga kita kumpul pahala dengan berzikir dan berselawat. Tak lupa juga dengan program ziarah dan makan malam kesyukuran. Hidup mesti bersyukurr barulah rezeki tu berkat. Amin.
Wahhh. Teruja sungguh aku tengok barisan pendakwah. Terbaiklah !! Tak kan lah kita tak kenal dengan barisan pendakwah kat dalam gambar tu kan? selalu sangat masuk TV bagi ceramah. Dapat dengar tazkirah dan perkongsian ilmu secara berdepan dengan Ustaz Badlishah, Sheikh Abdelaziz Ghonim dan Imam muda Miril. Haahh... Dato Hassan Mahmud dan Dato Dr. Hj. Fadzilah Kamsah kita selalu tengok kat dalam program Pencetus Ummah. Pasti kenangan yang paling terindah. Jangan kita fikir bercuti atas kapal mewah, mesti dipenuhi dengan benda-benda negative. Haip! tak baik fikir buruk. Buang fikiran macam tu ye. Bukan mudah nak mengajak sesama kita menimba ilmu, lagi-lagi tengah bercuti. Ape ke halnya? tapi Pelayaran Islamik yang berkonsep SYUKUR, TENANG dan DAMAI pasti mengamit sanubari kita. Itu namanya release tension yang sebenar.
Shopping-shopping jugak, tapi jangan dilupakan mereka yang lebih susah dari kita. Sebahagian harga pakej yang korang bayar itu akan disalurkan kepada anak-anak yatim, tahfiz dan fakir miskin. Eh tak seronok lagi ke bercuti sambil beramal? Mudah-mudahan rezeki kita mendapat berkat dari DIA. Walaupun tak banyak, at least ada sedikit daripada bahagian kita untuk mereka yang memerlukan.
Sudah baca sampai bawah ni, rasa minat dan perasaan nak pergi membuak-buak?? boleh aje skip pembacaan korang dan boleh layari link di SINI untuk langkah-langkah pendaftaran.
Pilihlah mana-mana pakej yang korang nak. Ikut kemampuan masing-masinglah. Kalau nak keselesaan sila bayar lebih. Tapi kalau lambat mendaftar, memang tak ada tempat untuk korang. Harga pakej Pelayaran Islamik bermula dari RM 1677 seorang hingga RM 2577 untuk seorang.
Tapi maaf, hanya tingal lagi 7 pakej sahaja. Lagi 2 pakej sudah ''Sold Out''
Pakej Pelayaran Islamik 3.0 pada 1-4 Februari 2015 ini merangkumi segala cas. Kecuali perbelanjaan untuk shopping ditanggung oleh individu. Toksah pening-pening lagi, bus dari KL Sentral ke Penang, pelayaran cruise dari Penang ke Phuket dan Krabi termasuk dalam harga yang korang bayar tu. Murah dan berbaloi kan? mana nak dapat lagi pakej macam ni. Pertama di Malaysia dan Dunia ye. SIla booking laju-laju. Jom tengok program lawatan.
wahhh .. Terbeliakk biji mata aku. Nak pergi sangat! ehee. Ok, siapa yang tak sabar macam aku ni jangan lupa mendaftar cepat-cepat tau. Kalau habis, jangan nangis. Jangan risau mereka semua menggunakan Bahasa Ibunda kita, iaitu Bahasa Malaysia. Tak payah susah-susah nak pakai google translate. Jika korang ada sebarang pertanyaan dan masalah tentang pendaftaran, boleh cuba call no di bawah :
Contacts
Tel : +603 6185 0010Fax : +603 6189 9010
Email : info@intratamatravel.com
Web : https://pelayaranislamik.com
'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''
No comments:
Post a Comment