Friday, January 9, 2015

Mitsubishi Electric

Hello peeps ,

Pada Sabtu 3 Januari 2015 yang lepas, bertempat di Mitsubishi Electric Office, Petaling Jaya. Pihak Mitsubishi Electric Malaysia telah menganjurkan satu acara bagi memperkenalkan produk keluaran Mitsubishi bersama blogger. Ini bagi meluaskan lagi penjenamaan Mitsubishi dalam keluaran electrik.

Mungkin nama Mitsubishi gah dalam keluaran kereta, tetapi mereka juga turut memasarkan produk electrik jenama mereka sendiri. Acara yang berlangsung selama 3 jam itu berobjektif, perkenalkan 4 produk keluaran Mitsubishi iaitu Aircond, Jet Towel, Fan dan Fridge. Wah. lepas ni bolehlah shopping barangan Mitsubishi Electric. Untuk mobile application, akan dilancarkan pada pertengahan Januari bagi android application dan IOS pada akhir Januari 2015.



Aircond jenama Mitsubishi ni senang dibersihkan. Ada 3 cara mudah macam mana cara hendak bersihkan aircond ini tanpa perlu kita susah-susah upah maintenance luar untuk bersihkan aircond kita. Jangan risau aircond Mitsubishi juga senyap dan tak bising, selain itu juga dapat menjimatkan bil elektrik. Aircond Mitsubishi juga telah mendapat iktiraf 5 bintang - less energy used and energy efficiency.




Pada pendapat aku, aircond Mitsubishi ni cepat sejuk tau. Instal 2 aircond , tapi guna 1 aje. Jimat tak? Mudah aje Nak control swing mode aircond Mitsubishi ni. Mesti lah mesra pengguna kan.



Sekarang nak keringkan tangan tak payah Nak guna mesin pengering yang bunyi2 bising tu. Letak aje tangan yang basah kat Jet Towel keluaran Mitsubishi ni , 10 saat aje tangan korang sudah pun kering. Hahh.. Senangkan dan mudah tanpa perlu sentuh jet towel (hand towel) tersebut.



Aku rasa setiap rumah kat Malaysia, wajib ada kipas. Pelik kot kalau tak ada kipas kat rumah. Kalau tak ada, boleh cuba salah 1 saiz kipas keluaran Mitsubishi dan jangan risau ada waranti untuk 3 tahun. Kipas ni juga selamat digunakan. Banyak keistimewaan , antaranya double fuse protection dan fuse automatic cut off bila overheat.


Peti ais ? ni sangat excited. Nak simpan makanan dan sejuk beku mestilah nak ruangan yang luas dan besar. Peti ais keluaran Mitsubishi mempunyai keluasan capacity (width 950mm)


Vitamin Factory - Triple-coloured LED light which helps to increase vitamins 1.5 times
acts as ‘miniature sun’ to help promote longer-lasting freshness, sustain nutrient and increase vitamins in vegetables.


Peti ais Mitsubishi juga ada '' Humidity control'' suitable for vegetables and fruits to stay crisper and fresher for longer. Tak perlu risaulah lepas ni sayur dan buah-buahan kita tak akan cepat rosak dan makanan lain tak serap rasa peti ais bila kita makan makanan dari peti ais. Sangat tak sedap. 

Pendek kata, barangan Mitsubishi amat berpatutan dengan harga dan penggunaannya. Ingat Mitsubishi , ingat jugak barangan elektik keluaran mereka !