Tuesday, January 7, 2014

Tips & Idea Hadiah Untuk Pengantin


Selamat petang blogger's ^_^

Hei !! Sekarang ni kan musim orang kahwin-kahwin la. hehee. Aku pulak yang terlebih excited yee.
Padahal bukan diri sendiri nak kahwin. Ohkey, tak ape. Biarkan mereka-mereka mendahului aku.
Untuk mengambil 'BERKAT' dari kawan-kawan yang dah menjadi isteri mahupun yang beranak pinak.

Maka aku dengan baik hati mengkorbankan cuti tahunan untuk hari sabtu minggu depan. Rugi woo. Tapi tak mengapalah. Bukan selalu nak attend kenduri kendara.

Dengan mood perasan yang terlebih, mungkin aku akan dapat jodoh pada bila-bila masa.
Maka aku harus persiapkan diri untuk menghadiri undangan orang lain dulu.
kiki. Ni ajaran sesat jangan tiru ok.

Peningg arhh !! bila fikir nak bagi hadiah ape ye?
Tak kan nak bagi duit je kot?? Ni member paling rapat kat Teknik dulu.
Korang ade IDEA tak ?? hehe. banyak betul tanda soal. (pening lagi)

Jangan pening-pening dah. Tadi aku ada tanya Pokchik Google.
Boleh kurangkan sikit blur kat kepala aku ni.
So, aku plan nak bagi barangan dapur. Tapi aku rasa mesti ramai yang dah bagi. Betul tak?
Kebiasanya mak-mak korang akan bagi set pinggan mangkuk, set pisau, dapur gas pun ade jugak.
Nak lagi unik bagi 'batu lesung'. boleh ketuk sambal belachan. hehe

Kalau tak reti nak shopping barang dapur, maybe boleh try survey barangan elektrik.
Tapi yang ini budget besar sikitlah. Dulu officemate aku kahwin. Kiteorang bagi TV LED kat dia.
Nasib tak mintak Washing Machine. Naya woo ~ puas nak mengangkat.
Kalau nak murah dan simple bagi blander or cerek elektrik pun ok.


Buat lelaki yang memang tak ada pengalaman membeli hadiah plus single-mingle.
Aku suggest korang boleh bagi hadiah macam hiasan rumah. Macam Jam Dinding, Frame Gambar, Kaligrafi Ayat Al-Quran. Nak yang paling senang, boleh bagi Album Book.

Kaum hawa tak payah aku nak bagi tips banyak-banyak. Dah biasa shopping kan?
Belilah ape yang patut mengikut citarasa dan minat kawan kau.
Kalau dia suka kumpul cerita korea, bagi DVD Korea. kalau dia minat menjahit, hadiahkan dia dengan set menjahit. Then, nak yang Islamik sikit. Apa kata hadiahkan dia, buku-buku agama, telekong.
Senaskah Al-Quran ataupun Sejadah. Secara tak langsung dapat gak pahala =)


Kalau aku?? Boleh tak aku nak request korang sponsor Honeymoon trip.
Kalau tak pun. Sponsor tiket Tambang Murah Air Asia pun ok je. hehee
Itupun kalau aku terjumpa dengan Putera Katak idaman hati.
Kalau tak jumpe, rembat Putera Kambing pun ok juga. hoho
Ni namanya Pengantin Demand to-be !! =)

Aku dah plan something. Nak bagi kawan aku hadiah yang special punya. Jeng..jeng..jeng..
Hope janganlah dia bukak depan orang ramai. hehe
Secreto de amore gitu.