Thursday, January 16, 2014

'' My Dear Boy Friend ''



Selamat Petang kawan-kawan !!! (sambil melambai-lambai tangan) hehehe 0_x
Hari ni, aku nak kenalkan korang dengan pada seseorang.  Here !! My new Boy Friend !! hehe.
Juga merangkap menjadi anak angkat aku yang sangat tomey~tomeyy. Geram aku tengok dia sampai aku ketap-ketap gigi





Eh ~ tapi tak kan aku nak panggil seseorang pulak. Kenalah panggil seseekor. hurmm. Seseekor? macam peliks je. hahaa.
Ok~ ignore pls. huhu. Nak tahu aku panggil dia ape?? cer teka - cer teka. kiki
Aku pangggil dia 'sayang'. Romantik giler kan ? kan. kan .. kan.. T_T

''sayangggg.. sayang dah makan ? ''
'' sayangg dah yarrrkk ? ''
'' sayang nak tidurrr ehhh ? ''

Itu semua adalah pertanyaan wajib aku kat sayang. Dia jawab ape? 

'' meeoww~meoww  ~ meeeooowww "

kiki. Nak jawab ape lagi. Kalau kucing bercakap, demam setahun aku. heheee.
Dia bagi respond kalau aku panggil dia 'sayang'. Selain dari itu. Dia buat bodoh !! huh. kuwang asem
Part ni aku tak tipu, kucing aku ni memang kekurangan kasih sayang. Tak percaya ye?
Nampak dia tidur macam tenang. urmm.. Jangan disangka air yang tenang tak ada buaya.
Punyalah comel,  muka tahap wali-wali kucing kan? hahaha. Sekali dah kenal. Huhh! hambik ko!!
Menyesal tak sudah , dan contohnya jadi macam aku. Tapi aku dah terlanjur Cinta. pewwitt. cewaah




Still nampak comel je kan? sebenarnye dia tengah gigit tangan aku.
Kuku dia dah cengkam kuat-kuat jari aku. Ok, tu tak berapa nak menunjukan aksi yang cemerlang.
hehee. Meh tengok wajah di balik ketampanan dan kemanchoaan beliau tahap gangster macha !



^o^


*****


t_t


tarraaaa !!!!!!!




'' Auuurmmmmm ~ meowwwwghhh ''
See ~ dia nak gigit HP aku !! hahaa. Kuat mengigit natang ni. Geram betul !!
Entah ape yang mak dia terkenan masa buntingkan budak ni. Aku pun tak tahu.
Tahap Hyperaktif yang serious, boleh membawa kepada kegeraman. Habis calar balar tangan aku dia kerjakan.
Kalau tak bagi tangan, dia kejar kaki aku, dia panjat badan aku.

Mula-mula aku jumpa, muka baik giler siot. Tak nampak hyperaktif-gangster macha.
Lepas sehari aje, dia mula menunjukan belang. Tak belang sangat pun. Misai kontot je kot. hehehe




Sayang suka makan telur. Pagi-pagi aku kena goreng telur untuk dia. Padahal nak goreng untuk diri sendiri punyalah malas.
hahahaa.tapi sekarang ni dah pandai demand pulak. Tak nak makan telur. Habis aku dibulinya. hahaa

Tapi yang buat aku kesian kat dia. Sayang ni pandai 'yark' kat toilet. Macam mane dia penat main pun.
Dia akan bangun dan yark kat toilet. Tak yark bersepah-sepah. Walaupun dia masih muda. Tapi reti bahasa.
Senang aku nak train nanti. Dia akan jadi baik bila dia nak mintak aku tidurkan dia.
Sebijik macam baby. hahaha. Aku kena kepit dan dodoikan sayang sampai dia tidur.

Bila dia bangun siaplah. Tangan, kaki kepala aku jadi mangsa ! hehehe.
Esok aku nak outstation 2-3 hari ni, terpaksa bagi Nenek and mak long dia jaga. Moyang dia pun ada.
Boleh tolong kepit-kepit dia kalau dia nakal.

Kalau ada tips untuk kurangkan terkejal otak kucing bagitahu aku eh?
sharing its caring maa ~


 '' Happy Holiday & Happy Reading ''