Salam Jumaat Semua ;)
Alhamdulillah !! Berita baik di hari Jumaat yang penuh berkat.
'' Bella, malam ni boleh temankan aku pergi cari tudung ?? "
Kamalya bersuara. Amboi. terzekut beruk aku. Kalah beruk terkejut !! hehee. Pepagi g-chat aku mintak temankan dia cari tudung malam ni. Kebiasaanya kalau g-chat aku mesti ada aje nak bahan aku. Kerjanya nak mengacau aku aje.
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat. Allah bukakan pintu hati dia untuk memakai tudung.
Kalau aku tengok lya, teringatkan pulak masa aku dulu-dulu (zaman mak jemah free hair). Tapi lyia tak seteruk aku dulu.
At least bersopan jugak pakaian dia walaupun tak bertudung. huhu. Berkat orang yang mendoakan kebaikan aku, rasanya hampir 2 tahun aku bertudung =)
BerTUDUNG dengan berHIJAB. Pada pendapat korang sama ke tak ?? Cer tengok carta kat atas tu.
Bukan sekadar gambar hiasan ok. Dari fasa 1 hingga fasa ke-3 aku sudah lalui.
Zaman perubahan aku bermula terus dari fasa 5 dan aku sekarang aku masih lagi di fasa 6 atau 7.
Aku masih mengejar fasa yang terakhir. Mampukah aku realisasikan ??
Doa-doakanlah aku semoga tahun 2014, aku boleh berHIJAB penuh.
Mungkin aku tak mampu menjadi bidadari syurga. Bidadari dunia di mata Allah sudah mencukupi bagi aku.
Semua orang berhak berubah dan mendapatkan yang lebih terbaik untuk diri sendiri.
Jangan pra-sangka buruk dengan takdir Allah. Cari jalan keluar dari kegelapan.
Dan aku masih lagi manusia yang selalu buat kesalahan. mencari penerang di jalan yang lurus.
No comments:
Post a Comment