Monday, January 27, 2014

Pss ~ I Love U !!


Good Morning peps ;)

Morning my LOVE. huhu. Setelah 2 hari aku melembik dan terlantar di atas katil bersama si busyuk Mr Teddy ku. hoho.
Heaven giler. Thanks my Mom. Panik giler tengok aku sakit sampai berguling-guling nangis-nangis ! haha.

Eh. Siapa LOVE tu? eheeee. Opkos Emak kite laa =) siapa lagi yang sanggup nak sayang and layan perangai kat kite kan? hik hik hik. *blushing

Iye la, kite dah janji dengan mama nak tolong meniaga hari sabtu tu. Tapi kan tibe-tibe pulak kite ter'peood tengah hari tu (Allah Bagi Cuti). Mula-mula kite steady je, tak sakit. Pergh boleh terkinja-kinja macam budak hyper. huhu. Lame-lame kan, selepas 4 jam berlalu. ummm.. umm..

Kite rasa semacam sangat. Perut rasa tak selesa. Senak giler. Pinggang kita dah senggal ubi, berdenyut-denyut. Adoiiii !! pleasee, janganlah P.P sakitkan kite untuk hari ni. ** Please! kite dah janji dengan mak kite nak tolong dia. 

'' bella, stop act like child ! '' eh ~ eehhhh, vahh vahh.. nak bergaduh dengan diri sendiri. Aku ni nak emo aje. apesal ! huh. Serious rimas dengan diri sendiri. hihihi. Pun boleh ? Mengedik kan ayat aku kat atas? bajet cute pulak tulis 'kite-kitee'' werrk! muntah dulu.

Aku memang tak pernah merengek dengan siapa-siapa kalau aku sakit. Teruk macam mana pun, better keep quite and sleep. So, nanti dah ok. Tapi hari tu, Ya Allah, Ya Rabbi. Sakit dia macam nak tercabut pinggang aku. Kaki aku cram sangat badan aku mengigil sejuk. Walaupun hari panas then aku siap bergulung dan berguling macam tenggiling. Still tak ok.

Ubat 'Pink' tinggal betul-betul sebijik. Fine aku telan dengan ubat sakit perut yang doc dah bekalkan kat aku. Aku terlelap sekejap. Setengah jam kemudian aku bangun nak siap-siap. Perghhh! sakit sampai meleleh air mata wa cakap lu.
Power tak ayat wa. hoho

Aku dah macam orang hilang pedoman mencari ubat menahan sakit. Berlari-lari sambil membongkokkan badan, ibarat nenek bongkok 3 si penagih dadah. Seksa sangat wehh. Can ur imagine ?

Mak aku kelam kabut carikan ubat. Minyak angin segala bagai. Tapi ubat tak jumpa-jumpa jugak. Muka mak aku panik tengok aku nangis-nangis berguling-guling. Agaknya nebeess, 1st time tengok anak dara dia meroyan tahap cipan kot. Dulu mase kena tahan hospital relax je, mak aku tak payah teman aku. Aku buat semuanya sendiri. Tak nangis pun. Walaupun kena operate. Ini pasal sakit senggugut aje wehhy.

Tapi kan... mak cik aku kata sakit orang nak beranak macam kena sengugut. Huhu. Masalahnya kalau nak beranak boleh push sampai keluar baby. Aku nak push ape? push sampai keluar anak tekak. hahaa. tu yang sampai gigit-gigit selimut tahan sakit. Practice la konon. So, kira tiap-tiap bulan aku practise beranak. Imaginasi aku melebihi cerita kartun gitu.

OK, my mom tengah sibuk-sibuk on call dengan my sis tanya panadol and bla..blaa kat mana. Badan aku tak dapat bendung kesakitan. Then aku mun....tahh !! haha. fine. aku lega sikit. Kesakitan yang aku alami dapat diluahkan di mangkuk jam?%$ (maaf tak boleh terus terang sangat) haha. Lepas tu aku telan lagi 2 biji panadol. Bapppp ! aku tidur.

Selang bape jam, aku tak hinggat. Mak aku jenguk aku kat bilik. Tak pernah dibuat. hehee. Terharu banget gue ! huhu. dalam keadaan mamai aku nampak mak aku selak gebar (selimut) then tolong sapukan minyak angin kat peha, perut dan pinggang aku. Aku redhaa walaupun aku benci minyak angin dan seangkatan keturunannya. Dah sakit, nak pulak mak tolong sapukan. Redha ajelah. Berkat kasih sayang cap ibu dan anak. Maka selepas 2-3 jam. Sakit aku beransur pulih. Cehhh. pengakhiran ayat novel. hihihihihi

Sesungguhnya babak-babak kasih sayang itu terkeluar dalam scene 'sakit'. Thanks to mom. Love my mom. Sebab kecik-kecik dulu dah kena belajar untuk berdikari sebab tu sakit ke perit ke kena belajar tanggung sendiri. Tak boleh nak mengadu sakit. Nanti kena tambah dengan bebelan maut dari mulut mama ku. huk huk huk. Belajar tak jadi gembeng (kuat nangis)

Bila teringat, dulu aku pernah menangis teresak-esak di bahu mama ku. Sebab putus cinta aje kot. hahaa. Emosi perempuan terlebih. Mak aku usap-usap kepala aku then bagi ayat membina walaupun dia nak nangis tengok keadaan aku. Sorry ter'emo lagi.

'' Girls ni, problem la. Bila nak datang bulan. Macam-macam perangai " -by lelaki itu =)

Hello !! all girls face same problems. Ok? Kalau uolls cakap macam tu serupa macam u orang kutuk ur mom. Nama pun perempuan. Lelaki gastrik pun guling-guling macam tenggiling. Tak tahan sakit. Siap marah-marah lagi. cakap tak paham kesakitan yang diaorang alami. Ewahh-ewahh.. habis yang girls ni. Mahkluk yang lemah gitu. miihmimmihh. Jangan marah ye. So, hope yang dah berumah tangga tu janganlah marah isteri balik kalau die tengah moody menunggu hari
(datang bulan). Cool babe. hehee. We all pun tak minta macam tu. Seksa sungguh hati kite.

Today ? urmm.. like every month. Aku dalam keadaan berpantang datang ke office. Sungguh aku tak tipu. hehee.
Kena pakai socks, sweater and mafla untuk mengelakan badan masuk angin (econd). Ade jugak senggal-senggal kat pinggang ni sebab duduk tak menyandar. Terpaksa aku pakai bengkung untuk sokong pinggang and perut aku. hik hik hik.
So, girl there's any story want share with me ??? 





'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

No comments:

Post a Comment