Showing posts with label story of bella luna. Show all posts
Showing posts with label story of bella luna. Show all posts

Thursday, May 3, 2018

OUTDOOR : GO-KART WITH GIRLFRIENDS

Holla!

Mission accomplished ! Alhamdulillah.. one of my bucket-list is successful. I'm so happy.
Disebabkan along tak nak ikut kiteorang. So, this mission open for girls only. Yeahh !

So hari Isnin yang lepas, aku,bunga, kak yati, mai and yatt berkumpul dulu sebelum kita semua bergerak ke tempat kejadian. Alamak, part yang tak best nya, pagi nya tu elok je langit cerah.
Tiba-tiba, langit bertukar warna. Gelapnyaa..macam nak hujan je ni. Hati aku mula risau.

Tapi selagi hari belum hujan, tak ribut taufan or banjir bagai. Prinsip kiteorang senang aje, redah sampai jadi. Sebelum sampai tempat go-kart kena masuk dalam ladang kelapa sawit pulak. Masing-masing semua tak tahu tempatnya kat mana. Ikut aje lah waze. Tawakal! HaHaHa
Dalam 10-15 minit redah ladang kelapa sawit dengan jalan yang sempit tu. Kami pun sampai.
Alamat tulis kat Plentong. Ingat dekat-dekat je tp punya lah jauh kat belakang. Sabar je la..

So sampai je di tempat kejadian, tengok tak banyak lagi kereta yang ada sontak ramai orang lah. Kiteorang terus parking kereta then cepat-cepat pergi kat kaunter pendaftaran. Hari makin gelap. Makin risau hati ni, dapat main go-kart ke tak. Kelam kabut simpan barang then pakai helmet. Mesti pakai helmet ya. For safety! (sebenarnya nak berangan jadi pelumba professional)

Masing-masing beriya pilih kereta. Punya lah susah nak masuk nak duduk. Haha. Kereta memang rendah sangat, dah macam main kereta mainan pulak. Semua orang dah get ready dalam kereta kecuali bunga!! Oh God. Aku tengok dia terkial-kial nak duduk dalam kereta kecik tu. Kiteorang punya lah gelak sampai sakit perut. Memasing dajal pergi snap gambar. Lagi tak boleh tahan gelak terbahak-bahak.


Ok. Kes bunga tak settle lagi. Budak jaga trek benarkan aku,mai dan kak yati jalan dulu. Bunga dengan yatt kemudian masih lagi kat belakang. Cuaca makin gelap, hujan dah mula turun. Aku redha go-kart dalam hujan. Orang kata baru mencabar. Nak sangat kan outdoor activity. Hambik kau…

First lap, aku slow aje. Takut nak drive laju. Bila hujan turun, trek dah mula licin. Member aku yang lain makin laju ke depan. Second lap, aku dah mula confident then aku pijak pedal minyak untuk tambah kelajuan. Ni kalau terbabas, aku dengan kereta ni tercampak keluar dari trek.

Ye lah sebelum ni, aku fikir macam senang je nak main go-kart ni. Tapi bila aku cuba sendiri.
Baru aku tahu betapa susahnya nak handle steering. Drive kereta yang biasa aku bawak tak sama rasa dia compare dengan go-kart. Biasanya aku siap boleh makan burger Mcd sambil drive, masih menyempat lagi tuang sos, makan kentang bagai. Tapi bagi kes kelaparan dan kebuluran melampau. So, pada aku ni adalah pengalaman yang sangat-sangat berharga yang tak mungkin aku lupakan.  

Hujan makin lebat, pedih jugak kena hujan ni. Teringat moment merempit dalam hujan. Pedih wooii So, dalam 4-5 lap macam tu,kami kena stop. Rasa terkilan, sebab baru aje 15 minit dah kena stop. Kerana faktor cuaca dan keselamatan kami semua akur. Cewahh !! terpaksa akur sebenarnya.



Alhamdulillah.. semua ok, selamat dan berjalan lancar. Yang masalahnya bila si bunga tak boleh keluar dari kereta. Bukan ape, aku pun tersangkut bila nak duduk dengan bangun. Ini lagi lah dia. Hahaha buat orang sakit perut gelak aje tau. Bila bunga sudah selamat dikeluarkan dari kereta. Macam biasa lepak dulu, ambil gambar sampai lebam then let’s go home babeh !



Jumlah kerugian : RM35 seorang.
So next time nak pergi boleh waze alamat kat bawah ni.



with Love,
belle

Sunday, March 25, 2018

OUTDOOR : ATV KOTA TINGGI,JOHOR

Hello.. Ok. Sebenarnya aku dah excited nak menaip. Tapi tu lah, idea tu datang lambat sangat
Hmmm.. cepat-cepat lah masuk ilham dalam kepala otak aku ni… blank plak tiba-tiba.

Okay, never mind.. Aku try flash back. Aku pun tak pernah terfikir nak try sukan “atv” ni
Pernah survey and tengok orang lain main atv tapi aku belum sampai seru nak cuba.


So nak dijadikan cerita, member aku pun ajak main atv. Aku pun tak ingat siapa start dulu topik atv ni. Haih.. pelupa betul la aku ni. So, make it simple. We start planning and then set date,time and booking.

Destinasi tersebut terletak di Kota Tinggi. Sebenarnya pada aku agak jauh dari Johor Bahru.
Maybe aku pun tak biasa pergi ke arah sana. Jadi, aku rasa macam jauh je perjalanan aku kali ni. Walaupun bukan aku yang drive. HaHaHa. Duduk kat belakang sambil mendajal member.

Memandangkan trip kali ni tak semua ahli jemaah ikut, yang follow this trip si along, bunga, kak yati, yeng dan sarah. Kiteorang gerak 1 kereta. Senang tak payah nak convoi. Nanti belum masuk kes sesat bagai. Plus boleh kurangkan kos kerugian. Makanan biasanya kami potluck. Semua bawak makanan sikit-sikit then kongsi sama-sama. Yang penting kerjasama. Jangan nak berkira sangat . hahaha


Kami sampai di Kota Tinggi, lebih kurang pukul 1 lebih. Sebelum mulakan aktiviti ATV, kami berbincang tentang jenis trek dan taklimat ringkas dari tuan tanah ATV.
Nervous bak hang !! aku tak pernah bawak ATV. Lagi nak masuk redah kelapa sawit. Trek pun aku tak tahu macam mana rupa. Tawakal je la, semoga tak melambung ATV ni aku kerja kan.
Lepas taklimat ringkas diadakan, jangan lupa pakai helmet. Aku nak guna kepala ni lama lagi oi..


Nervous aku slowly hilang. Escort ada 2 orang untuk guide and tolong kami. Jadi tak adalah aku risau bagai nak rak. Agaknya dah lama aku tak buat outdoor, aku mudah rasa takut dan risau.
Kalau dulu bukan main excited. Bahaya ke tak, aku redah. Sorang-sorang pun menjadi. Janji puas hati. Aku rasa bukan faktor umur or kesihatan. Aku rasa, aku lagi sihat dari dulu. Antibody aku kuat sekarang ni. Cuma self esteem aku makin menurun. Kena start motivate diri sendiri lagi. (Terfikir nak pergi camping)

Aku kalau stress or moody, layan gambar kat bawah ni boleh buat aku gelak-gelak.



Jumlah kerugian : RM100 seorang untuk ATV tidak termasuk lain-lain kos
Alamat dan contact boleh cari kat facebook : ATV KOTA TINGGI

with Love,
belle


Saturday, March 22, 2014

My Big Day - Part 1


Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera kawan-kawan

Im here again, menulis dan menaip. Rajin sungguh cik bella korang hari ni. ehehee. Ok, 1st of all thanks so much kepada semua yang koment entry
Pra-Perkahwinan iools !! Sungguh terharu gitu dengan ucapan selamat pengantin baru dari mengkoment tegar sahabat blog bella. Thanks again korang. Sorry tak dapat nak reply satu-satu komentnya. Bella jawap kat sini ok? alaaa ~ bolehlah,, bolehlah T_T

Actually, bukan bella nak kahwin. Wat suspend je kan. Lepas bella baca balik, entry yang lepas. Baru bella perasan kenapa korang beria-ria wish kat bella. Nak tergelak sangat. Bella lambat lagi nak mendirikan rumah tangga. Jauh lagi perjalanan tu. Calon Pengantin Lelaki masih banyak kekosongan ni. ehehee. Silalah apply kalau tak malu ye. aha !!

Last week, bella busy attend event kat Shah Alam. Tempat event tersebut memang tersangat gojes uolls. Bella pun rasa macam nak kahwin gitu. Dengan dewan yang sangat romantik and ala-ala garden. Memang kena dengan jiwa bella. Al-maklumlah, retis-retis macam Che Ta, Izzue Islam and ada beberapa retis pernah melangsungkan perkahwinan kat dewan tu. Syamsul Yusof & Puteri Sarah pun bakal melangsungkan majlis resepsi mereka di sana. Mesti olls nak tahu kat mana kan? Korang layan gambar dulu . eheheee



Dewan tu ada 2 tingkat. Memang besar and best. Kat tepi Entrance Door ade mini stage pelamin tau.
Perghh.. memang menangis tengok. Banyak gila bunga-bunga kat situ.
Rasa nak rembat sorang jejaka nikah kat situ terus. hahaha.
Ganas tak ganas ? Nama pun girl kan, mesti nak yang sweet ever on big day. ehehe ^_^ ok, next picture pls !



Tak payah bella nak cerita panjang-panjang. Tahap histeria kot tengok Tengku Adam & Ariana Rose bersanding.
Lagi-lagi tema Winter. Berdarah hidung wa cakap lu. ehehee. Eh, jangan sampai macam tu.
Masa cerita tu di tayangkan aku dok terpikir, siapa punya set perkahwinan lah dorang ni tumpang.
Banyak betul nak keluar duit buat decoration grand giler *$&% macam tu.
Rupa-rupanya, set pengambaran pelamin mereka tempat aku nak 'runway' !! omaigaddd !!
Excited giler kan. Mana tak gilerr engkauuu. hahaa.


Ok, ok !! nak bagitahu ni, Kat situlah bella kena runway. Dari Red Carpet yang kat bawah tu sampailah ke atas pentas.
Tapi time che ta kahwin, die pakai purple carpet. ehehee.
Time bella special edition sikit. Pakai Red Carpet. Nak tengok actual stage? Jom !! scroll down.


Cantik kan??? ehehe. Jangan malu-malu nak cakap cantik ok. Menangis tengok.
hahaha. propa betul si bella ni. Tapi masa bella runway tak adalah banyak bunga macam tu.
Just simple props, tapi memang best. Dewan ni kat tingkat atas ye.
Harus naik tangga yang tinggi sambil pakai my heels yang 5 inch !!


My shoes #goldblack nasib tak sakit sangat pakai heels ni. Selesa je kat kaki.
Kalau idok, memang aku campak p main jauh-jauh ye! ahaha.
Ok, kesinambunganya bella story next entry ye.


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

Friday, March 14, 2014

Counting My Big Day


Assalam wbt & Salam Sejahtera kepada awek's juga balak's semua ^__^


Yahooo !! i want take a holiday and stop blogging for two weeks !!!
ehehehe. hohoho. boleh tahan aku gelak. T_T 

ok, we skip story about holiday tu. Aku tengah gemuruh, sejuk, keras beku tahap peti ais ni.
Tinggal sehari je lagi weh ?! serioslly? arghhhh.. tiba-tiba hati aku tak tentu arah menanti esok.
Rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Eh esok dah 15-March-14 ?? huhuhu.
Maybe this 1st and last time for me. hik hik hik. will do the best ever for event tomorrow !!

Disebabkan last entry sebelum aku mendiamkan diri. Aku nak citer sikit-sikit pasal esok. sikit je ok?
So, theme yang dipilih adalah ''Gold & Black "


opsss !! so nice !! memang glamour gile ah. hihiihi
macam tak ada sebab aje aku nak gelak kot. urmm, maybe nak sembunyikan gemuruh di hati?
Apa yang bakal aku lalui esok ye. Excited but a bit nebess jantung kita ni. kikikiki


Lovely shoes. tetibe terbayangkan citer ' Cinderella ' hahaha. kebudak-budakan betul aku ni.
Aku nak cari kasut lebih kurang macam tu, tapi puas pusing punye pusing kat Jusco. Tak jumpa jugak.
Dengan rushing nye, mengalahkan marathon.  Adoii ! maaf aku tak mengeluh pun. hehehee.
So, dengan redha aku pilih heels lain. Warna hitam & ada perincian manik berwarna keemasan.
Wooow !! im very like it. Post gambar yang sebenarnya selepas event ye berlangsung. ehehe

For the dress, aku imagine la dapat baju ala-ala pinchesss. yang kembang-kembang gitu. tapi...
Huh !! dasar tak sedar diri betul aku ni, boleh pulak high taste yang tak bertempat. hehehe.
Aku suka tengok dress kat bawah ni, nampak sangat simple dan mewah sangat !! admire gile!


Sampai sini sahajalah aku buat post ala kadar ni, dengan banyak kerja menimbun-nimbun.
Nanti iollss cerita lagi ok.. 

Sorry sangat pada yang tanya kat aku bila nak publish entry #SBBYEOS2014
Kerana aku masih belum pikir nak post entry event last week. eheee. lambat benor aku ni.
Tak apa, bagi blogger yang lain bukak cerita dulu. Post banyak-banyak muntah pulak korang. T_T
Insyallah, i will update soon, cover semua pasal event tu. After tomorrow event and honeymoon time.
Ohkey anak-anak ? jaga diri ye anak-anak. ehehe


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''