Thursday, May 3, 2018

OUTDOOR : GO-KART WITH GIRLFRIENDS

Holla!

Mission accomplished ! Alhamdulillah.. one of my bucket-list is successful. I'm so happy.
Disebabkan along tak nak ikut kiteorang. So, this mission open for girls only. Yeahh !

So hari Isnin yang lepas, aku,bunga, kak yati, mai and yatt berkumpul dulu sebelum kita semua bergerak ke tempat kejadian. Alamak, part yang tak best nya, pagi nya tu elok je langit cerah.
Tiba-tiba, langit bertukar warna. Gelapnyaa..macam nak hujan je ni. Hati aku mula risau.

Tapi selagi hari belum hujan, tak ribut taufan or banjir bagai. Prinsip kiteorang senang aje, redah sampai jadi. Sebelum sampai tempat go-kart kena masuk dalam ladang kelapa sawit pulak. Masing-masing semua tak tahu tempatnya kat mana. Ikut aje lah waze. Tawakal! HaHaHa
Dalam 10-15 minit redah ladang kelapa sawit dengan jalan yang sempit tu. Kami pun sampai.
Alamat tulis kat Plentong. Ingat dekat-dekat je tp punya lah jauh kat belakang. Sabar je la..

So sampai je di tempat kejadian, tengok tak banyak lagi kereta yang ada sontak ramai orang lah. Kiteorang terus parking kereta then cepat-cepat pergi kat kaunter pendaftaran. Hari makin gelap. Makin risau hati ni, dapat main go-kart ke tak. Kelam kabut simpan barang then pakai helmet. Mesti pakai helmet ya. For safety! (sebenarnya nak berangan jadi pelumba professional)

Masing-masing beriya pilih kereta. Punya lah susah nak masuk nak duduk. Haha. Kereta memang rendah sangat, dah macam main kereta mainan pulak. Semua orang dah get ready dalam kereta kecuali bunga!! Oh God. Aku tengok dia terkial-kial nak duduk dalam kereta kecik tu. Kiteorang punya lah gelak sampai sakit perut. Memasing dajal pergi snap gambar. Lagi tak boleh tahan gelak terbahak-bahak.


Ok. Kes bunga tak settle lagi. Budak jaga trek benarkan aku,mai dan kak yati jalan dulu. Bunga dengan yatt kemudian masih lagi kat belakang. Cuaca makin gelap, hujan dah mula turun. Aku redha go-kart dalam hujan. Orang kata baru mencabar. Nak sangat kan outdoor activity. Hambik kau…

First lap, aku slow aje. Takut nak drive laju. Bila hujan turun, trek dah mula licin. Member aku yang lain makin laju ke depan. Second lap, aku dah mula confident then aku pijak pedal minyak untuk tambah kelajuan. Ni kalau terbabas, aku dengan kereta ni tercampak keluar dari trek.

Ye lah sebelum ni, aku fikir macam senang je nak main go-kart ni. Tapi bila aku cuba sendiri.
Baru aku tahu betapa susahnya nak handle steering. Drive kereta yang biasa aku bawak tak sama rasa dia compare dengan go-kart. Biasanya aku siap boleh makan burger Mcd sambil drive, masih menyempat lagi tuang sos, makan kentang bagai. Tapi bagi kes kelaparan dan kebuluran melampau. So, pada aku ni adalah pengalaman yang sangat-sangat berharga yang tak mungkin aku lupakan.  

Hujan makin lebat, pedih jugak kena hujan ni. Teringat moment merempit dalam hujan. Pedih wooii So, dalam 4-5 lap macam tu,kami kena stop. Rasa terkilan, sebab baru aje 15 minit dah kena stop. Kerana faktor cuaca dan keselamatan kami semua akur. Cewahh !! terpaksa akur sebenarnya.



Alhamdulillah.. semua ok, selamat dan berjalan lancar. Yang masalahnya bila si bunga tak boleh keluar dari kereta. Bukan ape, aku pun tersangkut bila nak duduk dengan bangun. Ini lagi lah dia. Hahaha buat orang sakit perut gelak aje tau. Bila bunga sudah selamat dikeluarkan dari kereta. Macam biasa lepak dulu, ambil gambar sampai lebam then lets go home babeh !



Jumlah kerugian : RM35 seorang.
So next time nak pergi boleh waze alamat kat bawah ni.



with Love,
belle

No comments:

Post a Comment