Saturday, November 19, 2016

#hargagiler Tak Masuk Akal di Jalan Jalan Japan

Irasshaimase / Selamat Datang !!

Hai dan Selamat berhujung minggu semua. Korang masih tercari-cari koleksi 'Pre-Loved' yang berkualiti terbaik, fesyen terkini dengan harga yang murah ? Syarikat dari Jepun iaitu Box Marketing Sdn Bhd berbesar hati memilih Malaysia yang merupakan cawangan pertama mereka di rantau asia. Mereka memilih One City Mall, USJ sebagai lokasi terbaik untuk memperluaskan perniagaan mereka di sini.


Dari luar hakak dah tak sabar nak tengok apa yang menarik yang ada di dalam kedai mereka ni. Jangan risau sebelum mereka membawa barangan dari Jepun, mereka akan memilih hanya yang terbaik untuk dijual. Memang terbaekk dari ladang ! Harga tak payah cakaplah. memang mampu milik, hanya serendah RM5.00 dan kedai Pre-loved ini tidak mengenakan sebarang cas tambahan seperti GST. Korang hanya perlu bayar harga yang tertera di tag sahaja. Ehhh.. mana nak dapat lagi barang serendah RM5.00 kan? kalau kat kedai lain yang ada mesin GST tu pandai-pandailah kira sendri. Hahaha. Ok ! me excited so much  !!


Jom shopping !! dah tak sabar sangat nak habiskan duit. hahaa. Muka happy tarik troli. Lagi excited kedai ini, mempunyai 2 tingkat. Tak tahu berapa jam boleh habis round.
AMARAN KERAS ! jangan sesekali pakai heels. hahahaa ! maka derita lah kaki, tumit betis anda. Seksa weh.. kalau boleh tak pakai kasut pun tak ape. sebab kat sana korang boleh jumpe kasut or selipar berharga RM5 jugak. Serius! tak tipu.
Tipu dose ok. =)  


 Apa korang nak cari ? baju segala jenis fesyen baju ada. Seluar, jacket, kasut sport, kasut jalan ke, kasut g pasar semua ada. Tapi jangan risau fesyen bukan oldskool zaman tok kadok bagai, dengan #hargagiler murah terus nampak macam Japanese. haaa.. Kau hado? Tapi cik akak adik, makcik2 jangan tanya hakak 'tudung ade ke idok?' Memang tak adee la jawab die. Orang kek Japun sana bolom buek style Jepundung laghi. Hahaha. Tapi overall macam-macam benda yang asas boleh dapat kat dalam kedai tu.


Nak bagitahu gak, jaga-jaga kat dalam kedai tu ada taman Syurga bagi anak-anak kecik. Aduhh, aku tengok pun rasa macam nak mengecil balik. Punyalah banyak segala mak datok nenek mainan. Ada anak patung, bapak mak patung, gelongsor, basikal. Tak tahu ape benda lagi yang tak kat luar tu, semua ada kat situ. Cuma kluarkan ''KERTAS AZIMAT'' je. hahaha. semoga kuat iman adik-adik sekalian. 
 

Sesuai benor kepadamereka yang sedang merancang ekonomi keluarga untuk menyumbang kepada negara tercinta. Ok seperti dijanjikan memang murah belaka. Kalau tak murah memang tak nak lah buang masa cerita kat korang. Terasa diri ini macam menjalankan perniagaan MLM pulak. hahaha. Tapi serious sangat rugi kalau korang tak datang kedai Jalan Jalan Japan ni. Tengok-tengok dulu dik.. tak beli pun tak apa ! Tapi kalau dah balik nanti menyesal hakak tak campur. kihkikhi 


Siapa yang tercari-cari alat Muzik, naik tingkat atas then ada bahagian peralatan muzik. Pilih je, ada gitar kapur, gitar karen, gitar tak karen, ukelele, violin, semua ada dengan harga serendah RM100 sahaja.


Ini view dari tingkat atas dari dalam kedai. Abaikan gitar kat tepi tu! hahaha excited nak beli gitar. Terus sambar je. Takot sejarah berulang kembali. Barang hanya terdapat 1 je dalam kedai. Korang tak payah berangan tanya ada warna lain ke? model lain ke ? or pertanyaan yang tak masuk akal. Sebab barangan tersebut hanya datang 1 sahaja. The one only ! Exclusive sangat kan. haha. orang lain tak akan dapat apa yang korang dapat dari kedai ni. Kecuali ada kembar dari Japan. Drama terus. kikiki..


 Nampak gembira sangat terkeluar dari Akademi Fantasi Bulan Madu. haha. 2 beg nak hangkut. Tak tahu nak pilih yang mana. Ada macam-macam saiz. Dari saiz anak kucing sampai saiz peti ais. Korang pun boleh duk dalam luggage tu. So, aku dah pilih yang berkenan di hati, super duper cuteness meleleh dengan harga RM20.00 tunai dan sah juga halal dan toyibah. Sesuai sangat dengan rakyat melesia yang suke pergi berjalan.



See the picture? haaa,, cer zoom rapat-rapat. Boleh nampak tag harga RM5 tanpa GST. Jangan risau. Beg mampu milik. harga mampu beli. bukan mampu tengok yehh.


Ok , lepas menghabiskan masa lebih dari 4 jam hanya shopping dalam 1 kedai sahaja. Memang mencabar minda, nafsu akal dan fikiran hakak. Fuhh.. mohon tak nangis sebab hakak tak beli robok PINK 'hello kitty' . Nafsu jagaa nafsu. hahaha



Jangan lupa singgah ke sana, dan kalau dah singgah jangan lupa hagtag #hargagiler

Jalan Jalan Japan is located at Level 1A, One City Mall, USJ.
Business Hours: 10.00am – 10.00pm

For more information visit our :
Facebook page: Jalan Jalan Japan.Malaysia

Instagram: http://www.instagram.com/jalanjalanjapanmy/