Sunday, March 25, 2018

OUTDOOR : ATV KOTA TINGGI,JOHOR

Hello.. Ok. Sebenarnya aku dah excited nak menaip. Tapi tu lah, idea tu datang lambat sangat
Hmmm.. cepat-cepat lah masuk ilham dalam kepala otak aku ni… blank plak tiba-tiba.

Okay, never mind.. Aku try flash back. Aku pun tak pernah terfikir nak try sukan “atv” ni
Pernah survey and tengok orang lain main atv tapi aku belum sampai seru nak cuba.


So nak dijadikan cerita, member aku pun ajak main atv. Aku pun tak ingat siapa start dulu topik atv ni. Haih.. pelupa betul la aku ni. So, make it simple. We start planning and then set date,time and booking.

Destinasi tersebut terletak di Kota Tinggi. Sebenarnya pada aku agak jauh dari Johor Bahru.
Maybe aku pun tak biasa pergi ke arah sana. Jadi, aku rasa macam jauh je perjalanan aku kali ni. Walaupun bukan aku yang drive. HaHaHa. Duduk kat belakang sambil mendajal member.

Memandangkan trip kali ni tak semua ahli jemaah ikut, yang follow this trip si along, bunga, kak yati, yeng dan sarah. Kiteorang gerak 1 kereta. Senang tak payah nak convoi. Nanti belum masuk kes sesat bagai. Plus boleh kurangkan kos kerugian. Makanan biasanya kami potluck. Semua bawak makanan sikit-sikit then kongsi sama-sama. Yang penting kerjasama. Jangan nak berkira sangat . hahaha


Kami sampai di Kota Tinggi, lebih kurang pukul 1 lebih. Sebelum mulakan aktiviti ATV, kami berbincang tentang jenis trek dan taklimat ringkas dari tuan tanah ATV.
Nervous bak hang !! aku tak pernah bawak ATV. Lagi nak masuk redah kelapa sawit. Trek pun aku tak tahu macam mana rupa. Tawakal je la, semoga tak melambung ATV ni aku kerja kan.
Lepas taklimat ringkas diadakan, jangan lupa pakai helmet. Aku nak guna kepala ni lama lagi oi..


Nervous aku slowly hilang. Escort ada 2 orang untuk guide and tolong kami. Jadi tak adalah aku risau bagai nak rak. Agaknya dah lama aku tak buat outdoor, aku mudah rasa takut dan risau.
Kalau dulu bukan main excited. Bahaya ke tak, aku redah. Sorang-sorang pun menjadi. Janji puas hati. Aku rasa bukan faktor umur or kesihatan. Aku rasa, aku lagi sihat dari dulu. Antibody aku kuat sekarang ni. Cuma self esteem aku makin menurun. Kena start motivate diri sendiri lagi. (Terfikir nak pergi camping)

Aku kalau stress or moody, layan gambar kat bawah ni boleh buat aku gelak-gelak.



Jumlah kerugian : RM100 seorang untuk ATV tidak termasuk lain-lain kos
Alamat dan contact boleh cari kat facebook : ATV KOTA TINGGI

with Love,
belle