Tuesday, January 13, 2015

Kau Tercipta Untuk Diri ku

Hai,

Dah lama tak update pasal diri sendri. Ter.. rasa nak update pasal diri sendri pulak. hahaa. Hari ni, mood feeling2 cintan cintun. *blushing tetiba. ahhh !! Penangan dengar lagu Lah Ahmad. Suara da la merdu, lembut je. betul2 buat aku keawang-awangan. Power tak ayat aku. layan perasaan bosan depan PC, boleh gak Lah teman aku. kiki >_<


Telah lama ku nantikan
Saat semua ku impikan
Kau jadi ratuku
Wahai bidadari ku
langkah lah duniaku..

Bawalah aku ke alam mimpimu
Mencintai mu takkan pernah menjenuh akan ku
Tulusnya hatiku dalam mencintai mu
Semuanya untukmu...

Peluklah aku jika terkenang
Semua kau idamkan
Semua hanya milikmu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksudku untuk melukaimu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna ku sayang padamu
Kau tercipta untuk temani diriku...

o0o0o.. yeh yehhh

Bersyukur kita pada Yang Esa(terciptanya cinta)
Ku mendoakan kebahgiaan selalu
Peluk lah aku jika terkenang
Semua kau idamkan semua hanya milikmu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksud ku untuk melukai mu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna ku sayang pada mu
 
Ok, tak nak cerita pasal Lah Ahmad. haha. aku nak citer yang aku suka lagu dia! lepas tu boleh la operasi berangan-angan ke langit tercipta. Mula terpikirkan jejaka yang jadi video klip kat otak aku ni. *blushing lg ! Hadoi perempuan ni memang tak dapat dipisahkan dengan fantasi kan.hihhii. Petang2 macam ni layan jiwang, malam tak boleh tidur la. Lagi-lagi petang tengok Zul Ariffin !!! mau tak histeria aku. hahaa. Aku tenung dia lama2.

'' bella !! ko jangan nak tenung dia lama-lama ye ?! tu ma punya ''

Mak aku kalau bab potong line nafsu aku memang teror. Aku dah selalu sangat berebut abang2 sado kat tv tu dengan mak aku. kiki. Walaupun dia bukan Zul Ariffin, aku tak tahu siapa yang tercipta untuk aku. Tapi ape yang aku selalu doa.. Seseorang yang dapat memahami aku, bersama ketika aku susah dan senang, ketika aku sakit dan paling penting mencintai aku sepenuh hati dia. Ceecehhh. jiwang la aku . Semua perempuan pun nak macam ni. Tapi tak ada pulak listing nak hensem, kaya ke sado ke apa. Kalau tak boleh melindungi kaum wanita pun tak guna jugak. 
 
Tak semestinya jumpa lelaki idaman , dia adalah yang terbaik untuk kita kan ? bersyukur dengan apa yang ada dan terus menunggu. haha. Insyallah . Ok sambung jiwang lagi. Bye!

Friday, January 9, 2015

Mitsubishi Electric

Hello peeps ,

Pada Sabtu 3 Januari 2015 yang lepas, bertempat di Mitsubishi Electric Office, Petaling Jaya. Pihak Mitsubishi Electric Malaysia telah menganjurkan satu acara bagi memperkenalkan produk keluaran Mitsubishi bersama blogger. Ini bagi meluaskan lagi penjenamaan Mitsubishi dalam keluaran electrik.

Mungkin nama Mitsubishi gah dalam keluaran kereta, tetapi mereka juga turut memasarkan produk electrik jenama mereka sendiri. Acara yang berlangsung selama 3 jam itu berobjektif, perkenalkan 4 produk keluaran Mitsubishi iaitu Aircond, Jet Towel, Fan dan Fridge. Wah. lepas ni bolehlah shopping barangan Mitsubishi Electric. Untuk mobile application, akan dilancarkan pada pertengahan Januari bagi android application dan IOS pada akhir Januari 2015.



Aircond jenama Mitsubishi ni senang dibersihkan. Ada 3 cara mudah macam mana cara hendak bersihkan aircond ini tanpa perlu kita susah-susah upah maintenance luar untuk bersihkan aircond kita. Jangan risau aircond Mitsubishi juga senyap dan tak bising, selain itu juga dapat menjimatkan bil elektrik. Aircond Mitsubishi juga telah mendapat iktiraf 5 bintang - less energy used and energy efficiency.




Pada pendapat aku, aircond Mitsubishi ni cepat sejuk tau. Instal 2 aircond , tapi guna 1 aje. Jimat tak? Mudah aje Nak control swing mode aircond Mitsubishi ni. Mesti lah mesra pengguna kan.



Sekarang nak keringkan tangan tak payah Nak guna mesin pengering yang bunyi2 bising tu. Letak aje tangan yang basah kat Jet Towel keluaran Mitsubishi ni , 10 saat aje tangan korang sudah pun kering. Hahh.. Senangkan dan mudah tanpa perlu sentuh jet towel (hand towel) tersebut.



Aku rasa setiap rumah kat Malaysia, wajib ada kipas. Pelik kot kalau tak ada kipas kat rumah. Kalau tak ada, boleh cuba salah 1 saiz kipas keluaran Mitsubishi dan jangan risau ada waranti untuk 3 tahun. Kipas ni juga selamat digunakan. Banyak keistimewaan , antaranya double fuse protection dan fuse automatic cut off bila overheat.


Peti ais ? ni sangat excited. Nak simpan makanan dan sejuk beku mestilah nak ruangan yang luas dan besar. Peti ais keluaran Mitsubishi mempunyai keluasan capacity (width 950mm)


Vitamin Factory - Triple-coloured LED light which helps to increase vitamins 1.5 times
acts as ‘miniature sun’ to help promote longer-lasting freshness, sustain nutrient and increase vitamins in vegetables.


Peti ais Mitsubishi juga ada '' Humidity control'' suitable for vegetables and fruits to stay crisper and fresher for longer. Tak perlu risaulah lepas ni sayur dan buah-buahan kita tak akan cepat rosak dan makanan lain tak serap rasa peti ais bila kita makan makanan dari peti ais. Sangat tak sedap. 

Pendek kata, barangan Mitsubishi amat berpatutan dengan harga dan penggunaannya. Ingat Mitsubishi , ingat jugak barangan elektik keluaran mereka !